Oleh |
bukan tsunami tapi CINTA... |
wafa_mawaddah
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2003 Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah
|
Posting pada: 03-01-05 18:08
e-mel dari yang bernama cinta, bukannya tsunami katalog kematian: 122,122 indonesia: 79,940 sri lanka: 27,000 india: 12,419 thailand: 2,394 somalia: 130 myanmar: 90 maldives: 69 malaysia: 67 tanzania: 10 bangladesh: 2 kenya: 1 Date: Tue, 28 Dec 2004 05:53:51 -0900 (PST) From: “Tsunami Northern Sumatra” Add to Address Book Subject: dari yang bernama cinta, bukannya tsunami Nama saya Cinta, bukan Tsunami. Ia hanya gelaran yang umat saudara berikan kepada kami. Apa yang saya lakukan adalah kerana cinta dan kerana itu nama saya adalah Cinta. Amat sukar untuk saya menulis e-mel kepada saudara. Pertama, dengan tindakan saya itu, sebahagian daripada umat saudara akan menganggap saya sebagai musuh. Kedua, ia tidak pernah dilakukan saudara saya terdahulu untuk berhubung dengan manusia selepas memuntahkan kemarahan. Namun, masa berganjak dan teknologi juga berubah, lalu sekarang ia memungkinkan kami berhubung dengan manusia melalui internet tanpa perlu bertentang mata. Fahami saya, pasti saudara akan menerima tindakan saya yang mengorbankan puluhan ribu manusia. Bahkan, Setiausaha Agung pertubuhan kemanusiaan anda, Kofi Annan jangka melewati ratusan ribu. Jangan tanya saya, angka setepatnya kerana sewaktu saya dilanda kemarahan, sudah saya tinggalkan akal saya di 3.267° Utara, 95.821° Timur; seperti yang dilakukan pemimpin manusia saudara – George W Bush yang tercirit akalnya di White House dan Tony Blair di No 10 Downing Street, apabila kedua kepala kongsi itu melancarkan keganasan ke atas Afghanistan serta Iraq. Mengapa saya begitu marah dan panasaran? Saya tidak boleh memberikan sebab yang objektif. Hanya saya mahu jelaskan – hanya kami golongan ombak besar dan bencana alam lain yang berhak menghapuskan manusia kerana kami bukan manusia, tidak juga makhluk yang mengaku bukan manusia biasa. Sekiranya saudara melihat sasaran kemarahan saya, saudara tentu faham tindakan saya. Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra tidak berhak membiarkan puluhan rakyat di selatan negaranya terkorban. Thaksin tidak berhak membiarkan manusia ghaib tiba-tiba tanpa alasan yang benar dan tanpa sebab yang jelas. Hanya kami umat ombak besar yang berhak merentap jiwa dan menelannya ke dalam tubuh kami tanpa perlu mengembalikannya atau pun hany memuntahkannya selepas itu. Di Indonesia, tidak ada pemimpin dan tentera yang berhak melancarkan operasi ketenteraan hingga menyebabkan ratusan ribu orang awam terkorban. Acheh, bukan bumi berdarah di tangan mereka kerana kami terpaksa membasuhnya dengan kasar kerana darah tak pernah berhenti mengalir. Kerajaan didominasi Sinhalese dengan puak pemisah Tamil tidak berhak mengotorkan bumi Sri Lanka dengan darah, kerana kami umat ombak besar terpaksa menyucikannya dengan tubuh kami. Penyucian yang kami lakukan terpaksa pula menelan korban kerana kami tidak akan menghantar memo terlebih dulu. India perlu berhenti daripada meratah bumi Jammu dan Kashmir sehingga mengorbankan jiwa yang tak berdosa atau kami umat ombak besar terpaksa meratah pesisiran pantainya, lalu menghenyakkan tulang-temulang manusia ke dasar perut kami. Mungkin saudara bertanya, “Mengapa Malaysia?” Maafkan kerana saya terpaksa menjawab, apabila kami menzahirkan kemarahan, tidak ada sempadan yang dapat menghalang daripada sampai ke segenap manusia, termasuk yang tidak ada kena-mengena dengan kemarahan kami itu. Atau dalam perkataan manusia seperti saudara, “Collateral damage.” Manusia seperti saudara memerlukan sebab sebelum melakukan pembunuhan, peperangan dan keganasan. Apabila saudara menemukan sebab itu, kalian terpaksa mencipta bukti dan merancang strategi untuk melaksanakannya. Selepas itu, kalian menghidupkan api peperangan dan mengorbankan hingga puluhan ribu atau ratusan ribu – sebelum kalian mengisytiharkan kemenangan dan keamanan di atas timbunan tubuh manusia. Kami, umat ombak besar tidak perlu apa yang kalian lakukan itu. Seperti saya, yang saya perlukan hanya sedikit esakan ibu kami, Bumi dengan kadar 9 skala Ritcher, sebelum saya melepaskan kemarahan selaju 800 kilometer sejam dan sejauh lebih 4,500 kilometer. Saya tidak perlukan bukti dan strategi, sebaliknya saya hanya membiarkan fitrah menggerakkan kemarahan itu. Saya tidak memilih siapa yang harus dihukum kerana kesalahan perlu ditanggung umat manusia seluruhnya. Saudara mungkin tertanya, “Adakah selayaknya nama saya sebagai Cinta?” Sebelum saudara mempersoalkannya, anggaplah saja saya seperti seorang anak yang melihat ibu bapa yang dicintainya dibunuh di depan mata; zaman kanak-kanaknya diragut di muncung senjata dan harapan sudah lama berkecai. Kanak-kanak itu membesar dengan cintanya yang hilang dan marah pada dewasanya adalah kerana cinta. Sayalah Cinta yang terpaksa mengorbankan puluhan ribu jiwa manusia! Saya yang bertanggungjawab, Cinta aka Tsunami 160 kilometer dari barat Sumatera, Indones
|
sayasarah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 225
Posting: 294
Dari: atas tanah jeh
|
Posting pada: 03-01-05 23:34
eh masa tu missionari kritian tengah sibuk ek? padan muke..abih kena sapu 300 yatim piatu acheh nak samapia kat mesia,mrk ini memerlukan kuarge muslim sbb mubaligh tu nak jadikan anak angkat...tolong sebarkan pade yg berminat... tipun 012-2335380 ----------------- Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu
|
srikandi85
Warga 2 Bintang Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13219
Posting: 54
Dari: kota tinggi
|
Posting pada: 03-01-05 23:36
ermm.....terfikir jugak..tapi..
|
sepi_indah
Warga 2 Bintang Menyertai: 03.06.2003 Ahli No: 943
Posting: 45
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 09-01-05 14:09
logic ke???? ----------------- Sepi itu indah...
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 09-01-05 14:45
|