Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 36
Ahli: 0
Jumlah: 36




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 6 hari yang lalu
lidah-penghunus: 8 hari yang lalu
muslimin23: 17 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Doa Ya amanal khaifin berasal dari kaum Yahudi?


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Doa Ya amanal khaifin berasal dari kaum Yahudi?

Please Mendaftar To Post


Oleh Doa Ya amanal khaifin berasal dari kaum Yahudi?

iErA
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 942
Posting: 36
Dari: kulim,kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-06-03 17:59


Doa Ya amanal khaifin berasal daripada kaum yahudi?

Inilah tajuk yang telah saya baca di dalam akhbar utusan Malaysia., Selasa, 3 jun 2002…mukasurat10…di bahagian Forum…ikuti kisah selanjutnya yg telah ditulis oleh ABU ANAS,Alor Gajah,Melaka :

Saudara Pengarang,
YA AMAN.Siapa itu Aman ?Dalam ruangan Forum Perdana Ehwal Islam yang TV1 siarkan pada 29 Mei 2003, salah seorang ahli panel ada menyebut untuk menghilangkan perasaan takut dan lemah hendaklah membaca doa ini :
“Ya amanal khaifin aminna mimma nakhaf…(hingga akhir).”
Ada beberapa persoalan yang saya ingin timbulkan berhubung dengan doa tersebut.
Pertama ialah perkataan Aman.Siapa itu Aman?kerana sekiranya dirujuk kepada sifat-sifat Allah s.w.t. yang sembilan puluh sembilan, tiada terdapat perkataan tersebut.
Di dalam Al-Quran surah Al-Israk (17), ayat 110,Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : “Berdoalah kamu dengan menyebut Allah atau Ar Rahman atau mana-mana Asma’ul Husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu”.
Apabila dirujuk kepada Asma’ul Husna maka jelas tidak terdapat kalimat Aman.
Syeikh Muhammad Al Mandili, guru di Masjid al Haram, Makkah, melarang umat Islam bedoa dengan doa tersebut kerana katanya doa tersebut asalnya doa orang-orang Yahudi.
Menurut Syeikh Muhammad, pengikut Nabi Musa a.s, terbahagi kepada dua golongan. Pertama golongan yang benar-benar beriman dengan Nabi Musa a.s. Golongan satu lagi ialah golongan yang berbelah bagi kerana sungguhpun mereka beriman dengan Nabi Musa a.s, tetapi hati mereka masih takut kepada Firaun.
Akhirnya golongan ini datang menemui Haman (Perdana Menteri Firaun) meminta perlindungan. Lalu mereka beramai-ramai merayu-rayu dengan ungkapan berikut:
Ya Haman, aminnna mimma nakhaf. Ya Haman, salimna mimma nakhaf. Ya Haman, najinna mimma nakhaf.
Maksudnya: Wahai Haman, tenteramkan kami, kami takut (kepada Firaun).Wahai Haman, selamatkan kami, kami takut. Wahai Haman,lepaskan kami, kami takut.
Pendita Yahudi telah membuang huruf ‘ha’ (abjad arab) atau ‘h’, dengan tujuan untuk menyelewengkan masyarakat Islam, khususnya mereka yang tidak memahami bahasa Arab. Oleh itu, sesiapa yang tahu asal usulnya dan masih lagi mengamalkan doa tersebut, maka rosak akidahnya!
Kesalahan bahasa juga boleh dikaitkan kerana “Ya” , adalah huruf seruan yang bermakna “wahai!” Maka selepas “ya” lazimnya diletakkan nama atau sifat seperti “Ya Allah,Ya Latif” atau kuniah yakni nama timangan seperti Ya Aba al Qasim. Sementara perkataan Aman adalah kata nama terbitan yang bererti keamanan.
Keamanan tidak boleh memberi apa-apa ketentuan, kerana penetuan yang mutlak adalah Allah s.w.t.
Mengikut pandangan Datuk Mohd. Yunus, bekas mufti negeri Melaka, doa tersebut boleh dibaca dengan syarat perkataan Aman digantikan dengan Ya Allah atau Ya Ar Rahman atau mana-mana Asma’ul Husna.
Para ulama usul berpendapat, ibadah yang dipersetujui oleh semua ulama adalah lebih baik daripada ibadah yang dipertikaikan. Doa adalah ibadah. Oleh itu, tidak logik selepas kita bersolat kerana Allah, kita menadah tangan meminta kepada yang lain!
Doa tersebut juga bukan doa ma’sur, yakni doa-doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. Lagi pun dalam sebuah hadis Rasulullah memberi amaran yang bermaksud: “Barang siapa yang menunjuk jalan yang salah, maka dia akan memikul semua dosa-dosa pengikutnya!”
Sungguh pun ada orang yang mendoakan dengan doa tersebut sebelum ini, tetapi dengan sebab ahli panel telah menyebut secara terbuka maka saya bimbang masyarakat akan berterusan mengamalkan amalan yang salah itu sekiranya tiada dibuat pembetulan.-ABU ANAS,Alor Gajah,Melaka.

oleh itu, sama-samalah kita renungi...
Dalam album inteam...damba kasih yang baru keluar ada juga dimasukkan doa ini...jadi saya nak tahu pendapat pembaca sekalian...
wassalam...





Bookmark and Share

    


  Member Information For iErAProfil   Hantar PM kepada iErA   Quote dan BalasQuote

amad
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 64
Posting: 147
Dari: Cleveland

usa  


posticon Posting pada: 24-06-03 18:21


Assalamualaikum,

ana rasa la...tang nih tak leh mintak2 pendapat cam tuh ja nih...tang nih kena tanya betoi2 ulamak nih...tapi kita kena ingat nama Allah bukan sahaj setakat asmaul-husna...ada banyak lagi..asmaul-husna tuh yg kita kena tau jaa..

wallahua'lam...

-----------------
~berjalan, melihat, mentafsir..~

Bookmark and Share

    


  Member Information For amadProfil   Hantar PM kepada amad   Pergi ke amad's Website   Quote dan BalasQuote

Redth
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 796
Posting: 65
Dari: South Province Wellesley

iran  


posticon Posting pada: 24-06-03 21:38


Assalamu'alaikum...

Citer ni dah diperdebat beberapa waktu nan lalu di ruangan Forum Utusan Malaysia. Bagi penulis yang mengemukakan persoalan ni, katanya "Aman" tu asalnya dari perkataan "Haman", Perdana Menteri Firaun. Bagi penulis yang menjawab persoalan ni, katanya nama Allah memang tak terhad. Jadi, tak salah amalkan doa tersebut.

Cuma, saya memandang isu ini dari beberapa perkara. Secara umumnya, amalan kita selama ini banyak secara ikut-ikutan tanpa kefahaman yang jelas. Jadi, apabila ada unsur "terkejut tergempar", kita pun keliru dengan apa yang kita buat sekarang. Barangkali, inilah caranya orientalis "brainwash" pemikiran kita.

Saya tau Nabi beristeri lebih dari 4 orang, tapi bukannya lebih 4 orang dalam satu masa. Jadi, sama la dengan umat dia. Masalahnya, kalau ada orang kata Nabi kahwin ramai sebab nafsu, camno kita nak jawab? Ini bukan soalan saya, ini salah satu soalan orientalis. Kat sini ramai "ustaz & ustazah", so, tolonglah jawab dengan jawapan yang bernas ek. Saya confident ramai orang termasuk saya nak tau. See ya!

Bookmark and Share

    


  Member Information For RedthProfil   Hantar PM kepada Redth   Quote dan BalasQuote

iErA
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 942
Posting: 36
Dari: kulim,kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-07-03 17:59


assalamualaikum wrt wbt...ana nak mintak kerjasama kepada semua....sapa2 yang a'riff dalam bab2 cam ni kongsikanlah bersama...wassalam...

-----------------
...ukhwah iTu iNDaH BiLa BerTeMu DaN BerPiSaH HaNYa KeRaNa ALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For iErAProfil   Hantar PM kepada iErA   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: Tm Mlwt, Kl Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-07-03 00:13


Ana masih tawwaquf dengan masalah ini. Apa pun, masalah ini sememangnya perlu dikaji oleh pihak yang berkemampuan untuk mengatasi kemusykilan di kalangan masyarakat Melayu yang lazimnya bertaqlid buta...

Ana agak keliru dengan kenyataan bahawa Allah SWT mempunyai lebih daripada 99 nama. Boleh mana² pihak kemukakan dalilnya untuk memudahkan diskusi ilmiah kita ? Ana amat memerlukannya...

Cuma sedikit nasihat dari ana, sebaiknya kita berdoa berpandukan rujukan dari Al-Quran dan As-Sunnah. Banyak lagi kaedah berdoa yang telah diajarkan oleh RasuluLlah yang jelas dan sahih, kenapa kita tidak ikut, sebaliknya kaedah yang tidak jelas kita kempunan sangat untuk amalkan. Cuba kita sama² fikirkan...

Berlambak-lambak lagi sunnah mulia RasuluLlah yang masih belum kita aplikasikan dalam beribadat secara khusus. Utamakan yang sunnah, dan tinggalkan yang bukan dari agama kita...

Allahu Ta'ala a'lam...



-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

iwan_sirdani_82
Warga 2 Bintang
Menyertai: 13.07.2003
Ahli No: 2300
Posting: 49
Dari: Melbourne, Australia

australia  


posticon Posting pada: 28-07-03 01:38


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillahi nahmaduhu wanasta'iinahu, wanastaghfiruhu, wanatuubu ilaihi, wana'udzubillahi min shuruuri an-fusinaa, wamin sayyi'aati a'maalina.
May-yahdillahu fa huwal muhtad, wa may-yudlill falan tajidaa lahu waliyan murshida.
Wa ash-hadu an Laa iLaaha ill-Allah, wahdahuu laa shariika lah, wa ash-hadu anna Muhammadan 'abduhuu warasuuluh. 'Amma ba'd


Saudara/saudari ahli komuniti ukhwah yg saya hormati dan kasihi sekalian. Untuk menjawab soalan ini, perlulah kita kembali kepada tujuan asal kita membincangkan topik ini. Sebenarnya betul seperti kata akhi salafian tadi, buat apalah kita nak berselisih bab yg kurang penting, sedangkan banyak masalah lagi yg lebih besr patut diberikan perhatian oleh kita semua.

Untuk menjawab persoalan itu, kita sudah sedia maklum bahawa perselisihan telah pun berlaku dan menjadi KEWAJIBAN ulama' untuk membetulkan pendapat tersebut sekiranya ianya telah berlaku. Bukan mereka hendak memperbesarkan perkara yang kecil, tetapi kerana hendak menjernihkan kembali suasana yg keruh, mudah-mudahan saya dan saudara mendapat manfaat daripadanya.

Sebelum kita mulakan perbincangan ini, saya rasa adalah lebih baik kita terjemahkan maksud doa tersebut:-

---------------
Yaa amanal khaifin, aminna mimmaa nakhaf
"wahai (Tuhan) yang mengamankan orang² yg takut, amankanlah kami dari apa yg kami takut"

Ya amanal khaifin, sallimna mimma nakhaf
wahai (Tuhan) yang mengamankan orang² yg takut, selamatkanlah kami dari apa yg kami takut"

Ya amanal khaifin, najjiinaa mimma nakhaf
wahai (Tuhan) yang mengamankan orang² yg takut, lepaskanlah kami dari apa yg kami takut".
---------------

Soalan Pertama
Adakah nama Allah SWT hanya terhad kepada 99 sahaja?

Jawapannya ialah: Tidak.

Nama-Nama Allah Ta’ala BUKANLAH sekadar 99 itu sahaja , kerana kalau kita berpegang sedemikian , maka dimanakah pula Nama-Nama atau Sifat-Sifat Allah Ta’ala berikut ( sbg contoh , tetapi ia bukanlah terhad ) :

ar-ROB : Ertinya : “ Yang Maha Menjaga “
al-HANNAN : Ertinya : “ Yang Maha KasihanBelas “
al-BADI’ “ : Ertinya : “ Yang Maha Memulakan “
al-KAFI “ : Ertinya : “ Yang Maha Mencukupkan “
al-MUGHITS “ : Ertinya : “ Yang Maha Menolong “
al-MUHIT : Ertinya : “ Yang Maha Meliputi Segala Ilmu Dan Kekuasaanya Ke Atas Sesuatu “
al-MUSTA’AN : Ertinya : “ Yang Maha Diminta Pertolongan “
al-AHAD : Ertinya : “ Yang Maha Esa “

Adakah semua ini berada di dalam “ 99 Nama-Nama Allah “ ( AsmaulLah al-Husna ) yang biasa kita hafal dan kita ketahui ? .

Dan kalau kesemua ini tidak ada di dalam “ 99 Nama-Nama Allah “ yang BIASA kita ketahui dan hafali itu adakah ini bermakna kesemua nama / sifat di atas TIDAK BOLEH disandarkan kepada Allah Ta’ala ? .

Sebenarnya , Nama-Nama Yang Maha Indah bagi Allah Ta’ala itu BUKANLAH SEKADAR 99 sahaja sebagai mana yang biasa difahami oleh kita , bahkan semua nama atau sifat yang tersebut di dalam al-Quranul Karim ataupun di dalam Sunnah as-Sahihah ataupun melalui kefahaman ( mafhum ) daripada kedua-duanya adalah nama atau sifat yang layak dinisbahkan kepada Allah Ta’ala .

Sebab itulah para ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jama’ah sendiri ada menyatakan :

Ertinya : “ Semua Sifat Kesempurnaan Dan Keagungan Yang Layak Disandarkan kepada Zat-Nya Yang Maha Tinggi , dan sifat-sifat itu tidak pula membawa kepada persamaan di antara Allah dengan makhluk-makhuk-Nya dan tidak pula mengurangkan kesempurnaan dan keagungan yang sedia ada pada Zat-Nya , maka sifat-sifat itu semuanya boleh disandarkan kepada Allah ‘Azza Wa Jalla “ . Wallahu a'lam.

Soalan Kedua
Adakah perkataan "aman" berasal daripada perkataan "haman"?

Haman bukanlah nama seseorang . Sebab kalaulah benar Haman itu adalah nama seseorang maka kita juga kenalah percaya bahawa Fir’aun juga adalah nama seseorang , walhal yang sebenarnya tidaklah begitu .

Fir’aun adalah gelaran bagi seorang raja yang memerintah Negara Mesir di waktu itu , sebagai mana pemerintah Parsi digelar sebagai “ KISRA “ dan pemerintah Rom digelar sebagai “ KAISAR “ ( Caesar ) .

Gelaran FIR’AUN pada pemerintah Mesir di zaman hidupnya Baginda Nabi Musa a.s sudah tidak lagi digunakan sebagai gelaran pemerintah di zaman Baginda Nabi Yusuf a.s sebagai bukti bahawa sistem pemerintahan di masa itu sudah pun bertukar . Samalah dengan kita dahulu . Dahulu sebelum kedatangan Islam , para pembesar Melayu digelar sebagai “ RAJA “ dan kemudian apabila Islam masuk ke Nusantara , khasnya Tanah Melayu , para tuanku itu semua menukar gelaran kepada “ SULTAN “ .

Begitulah juga dengan HAMAN , ia bukanlah nama seseorang , tetapi ia adalah GELARAN kepada pembantu Fir’aun . Pembantu itu pula ada yang mengatakan sebagai “ Naib Fir’aun “ ( Timbalan Raja ) dan ada pula mengatakan sebagai “ Wazir Fir’aun “ ( Menteri bagi Fir’aun ~ Perdana Menteri ) .

Walau apa pun jawatan sebenarnya itu bukanlah persoalan utama kita sekarang kerana yang penting ialah benarkah “ Ya Amanal Kha-ifin “ ( AMAN ) itu diambil daripada “ HAMAN “ .
Mana mungkin kalimah “ Ya AMANAL Kha-ifin “ itu dinisbahkan kepada HAMAN ( penolong Fir’aun ) disebabkan :

Haman sendiri adalah berbahasa Qibti ( Mesir Kuno ) manakala para pengikut Nabi Musa a.s daripada kalangan Bani Israel pula berbahasa ‘Ibrani ( Hebrew ) dan wirid di atas pula 100 % berbahasa Arab . Jadi bila masa pula kaum Bani Israel itu merayu-rayu kepada Haman dengan menggunakan bahasa Arab ? .

Kalau benarpun dakwaan bahawa di dalam wirid “ Ya Amanal Kha-ifin “ terdapat ILTIBAS ( kesamaran ) dan juga IQTIBAS ( cedokan ) daripada kisah bani Israel dengan maka ini adalah satu kemungkinan yang begitu lemah untuk diterima .




[ Posting ini telah di edit oleh: iwan_sirdani_82 pada 2003-07-28 01:39 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For iwan_sirdani_82Profil   Hantar PM kepada iwan_sirdani_82   Quote dan BalasQuote

nawwal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 448
Posting: 509
Dari: .:Garden of Knowledge and Virtue:.

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-07-03 08:44


Assalamualaikum..

Ana pun bukannya arif sgt bab2 ni...Pening jugak ana dibuatnya..

Rasanya nama2 Allah pun bukanlah setakat 99 tu je..yg kita selalu dengar & hafal tu...
Sebenor2nye...ana pun baru tahu doa tu bila beli kaset inteam...

Hmm..nampaknya ana pu kena tanya ustaz & ustazah di sekeliling ana ni...di samping buah fikiran sahabat semua..

-----------------
Andai bertemu..sapalah aku
Andai tersilap..bimbinglah aku
Andai berduka..khabarkan padaku
Andai berpisah..kenangilah aku
Andai Khaliq m

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawwalProfil   Hantar PM kepada nawwal   Pergi ke nawwal's Website   Quote dan BalasQuote

iErA
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 942
Posting: 36
Dari: kulim,kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-08-03 22:37


assalamu'alaikum wrt wbt.....alhamdulillah.....terima kasih kepada yg memberi maklumat....ana cuma nak tahu sahaja...sebab maklumat tu diambil dari akhbar....jadi semua orang baca.....syukran jazilan kepada amad,redth,SaLaFiaN,iwan_sirdani_82 dan nawwal....kerana sudi memberi respon dengan topik ni....syukran jazilan sekali lagiu..... kerana prihatin....baru-baru ini ana juga ada bertanyakan ustaz sekolah ana ttg topik yg dibincangkan ini...dia mengatakan boleh...alhamdulillah....segalanya sudah terlerai....tiada apa lagi yg perlu di musykilkan...disebabkan kejahilan ilmu agamalah...jika mendapat maklumat yg tergempar sebegini kita akan menjadi keliru.....wassalam....

-----------------
...ukhwah iTu iNDaH BiLa BerTeMu DaN BerPiSaH HaNYa KeRaNa ALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For iErAProfil   Hantar PM kepada iErA   Quote dan BalasQuote

irda82
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 565
Posting: 462
Dari: Sg Petani,Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-09-03 20:34


Assalaamualaikum
ana tak tahu ada 2 topik...
sumber: Utusan Malaysia ,bahagian Forum

berikut dinyatakan kenyataan yang menyangkal kenyataan pertama:

Penjelasan doa Ya Amanal Khaifin tidak merosakkan akidah
Saudara Pengarang,
SAYA merasa terpanggil untuk membetulkan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Abu Anas di ruangan ini pada 3 Jun 2003 berhubung dengan doa Ya Amanal Khaifin.

Beliau mendakwa mereka yang mengamalkan doa tersebut sebagai merosakkan akidah. Apakah benar doa tersebut merosakkan akidah?

Benarkah orang yang berdoa dengan doa tersebut memohon kepada selain Allah, kepada Haman, sebagaimana dakwaan Abu Anas?

Ketahuilah sesungguhnya Ya Amanal Khaifin bererti Wahai Tuhan yang mengamankan orang yang takut, bukannya ``Ya Aman atau Ya Haman'' seperti dakwaan Abu Anas. Adakah salah menyeru Allah dengan panggilan ``Amanal Khaifin'' (Dzat yang mengamankan atau yang memberikan keamanan kepada orang yang takut)? Bukankah dalam surah Quraisy ayat 4, Allah s.w.t. berfirman, kira-kira bererti: ``Tuhan yang memberi mereka penghidupan; menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan.''

Jelas bahawa seruan Ya Amanal-Khaifin itu adalah iqtibas (diambil atau diterbitkan) dari ayat tersebut. Jadi di mana sesatnya orang yang menyeru zat Yang Maha Berkuasa untuk memberikan keamanan dan kedamaian bagi orang yang dalam ketakutan? Dakwaan kononnya yang diseru adalah Haman, adalah dakwaan palsu yang tidak berasas.

Abu Anas juga mengatakan bahawa nama tersebut tidak termasuk dalam Asmaaul Husna. Segala nama Allah tidaklah terbatas setakat 99 sahaja, kerana banyak lagi nama Allah yang tidak disebut dalam hadis 99 nama Allah itu, tetapi disebut dalam ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis lain.

Contoh yang paling mudah nama Rabb atau Rabbul A'alamin tidak disebut dalam hadis 99 nama itu, tapi ia jelas adalah nama Allah yang disebut antara lain dalam surah al-Fatihah. Adakah saudara Abu Anas hendak mengatakan tidak boleh menyeru Allah dengan ucapan Ya Rabbal A'alamin'' kerana ia tidak disebut dalam hadis 99 nama Allah itu?

Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya telah menegaskan bahawa ulama telah sepakat bahawa Asmaaul Husna bagi Allah tidaklah terbatas kepada 99 sahaja, bahkan Imam Ibnu Barjan al-Andalusi dalam kitabnya berjudul Syarah al-Asma al-Husna menghimpunkan 200 nama bagi Allah dan begitu juga Imam al-Qurthubi dalam kitabnya al-Asna fi Syarhil Asmail-Husna.

Bahkan Imam Ibnu Katsir menyebut Qadhi Ibnul `Arabi al-Maliki telah menghimpunkan 1,000 nama bagi Allah. Adakah saudara Abu Anas telah mengetahui 1,000 nama tersebut?

Mengenai cerita yang dikatakan berasal dari Muhammad al-Mandili, maka cerita itu adalah dusta rekaan puak Wahabi. Cerita tersebut tidak dapat diterima oleh akal, tidak logik dan tidak rasional, kerana kaum Yahudi di zaman nabi Musa a.s. tidak menggunakan bahasa `Arab, mereka menggunakan bahasa kitab Taurat, iaitu bahasa Ibrani (Hebrew). Cerita yang dikatakan oleh Abu Anas tidak pun tercatat dalam mana-mana kitab yang muktabar, ia adalah cerita khayalan Abu Anas atau tok-tok gurunya.

Sebenarnya doa Ya Amanal-Khaifin itu telah lama diamalkan bukan sahaja di Malaysia, tetapi di Indonesia, Patani, Hadhramaut dan sebagainya. Ia bukan sahaja diamalkan oleh masyarakat awam, bahkan diamalkan juga oleh alim ulama.

Ingatlah bahawa hadis yang dinukilkan oleh Abu Anas itu, ada pangkalnya yang tidak disebut olehnya iaitu : `Sesiapa yang membuat atau mengadakan satu sunah yang baik (sunnatan nasanatan) maka baginya pahalanya dan pahala orang yang mengikutnya.'' - BUL KHAIR, Kuching.

-UTUSAN MALAYSIA

----------

ini pula tulisan penulis pertama (ABU ANAS, Alor Gajah, Melaka) yang dihantar selepas tulisan BUL KHAIR


Penjelasan Abu Anas mengenai doa Ya Aman
Saudara Pengarang
MERUJUK kepada tulisan saya dalam ruangan Forum pada 3 Jun 2003, saya sungguh terharu dengan respons pelbagai pihak. Saya juga akur dengan pandangan dan komen mereka.

Semoga perbincangan daripada semua pihak adalah sebagai forum ilmu dan khususnya dalam konteks doa Ya Aman sahaja, bukan bertujuan melabel sesiapa dengan tuduhan Wahabi dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w, mengajar kita dan umatnya supaya bersifat terbuka tidak fanatik. Dalam sebuah hadis baginda bersabda yang bermaksud: ``Lihat kepada objek atau perkara yang hendak disampaikan jangan lihat kepada siapa yang menyampaikan.''

Oleh yang demikian tidak timbul sebarang permasalahan. Contohnya, semasa kita dan termasuk imam-imam yang lain mengerjakan ibadat umrah dan haji semua ikut bersolat di belakang imam Masjidilharam. Walau golongan majoriti masyarakat Islam di sana bermazhab Wahabi!

Berbalik tentang doa Ya Aman. Setelah mendapat kritikan barulah Abu Anas teringat hendak merujuk kepada kitab-kitab lama sewaktu belajar di Universiti Al Azhar dahulu.

Di dalam kitab Lisan al Arab bab: Amana. Kata nama pelakunya a~mina yakni Ya A~mina...(hingga akhir). Maksudnya Yang Pengaman, dan boleh juga dibaca dengan timbangan kata nama pelaku mutlak iaitu Ya Ammana (hingga akhir) dibaca dengan sabdu di atas huruf mim. Ertinya Wahai Pemberi Keamanan Yang Mutlak, yakni Allah s.w.t. Contohnya seperti timbangan yang tersebut di dalam surah al-Buruj, ayat 16.

Di dalam kamus Misba al Munir al Hasan al Basri juga mengesahkan perkara yang sama. Dengan itu tidaklah salah jika dibaca: Ya amiina al khaifin(hingga akhir).

Bagaimanapun, berkemungkinan ahli panel dalam Forum Perdana menyebut: Ya Ammana (hingga akhir) dengan sabdu di atas mim, tetapi saya yang tersalah mendengar! Oleh itu, Abu Anas memohon maaf kepada beliau dan kepada pengamal-pengamal doa ini.

Berbalik kepada pandangan bekas mufti Melaka, Datuk Mohd Yunus berkata doa Ya amana (hingga akhir) boleh dibaca dengan syarat digantikan sebutan amana dengan Ya Allah atau Ya Rahman (hingga akhir ). Beliau tidak pula mengatakan sesiapa yang membaca doa tersebut menjadi syirik. Yang melarang masyarakat Islam membaca doa tersebut ialah Syekh Mohammad al Mandeeli guru di Masjidilharam, Mekah sahaja kerana katanya doa tersebut adalah doa israiliyaat.

Sesiapa yang berhajat mendapat penjelasan dalam perkara ini, sila berhubung terus di talian Datuk Hj. Muhammad Yunus 06- 2862145, dan Al Fadhil Syekh Hj Muhammad Al Mandeeli 012-5281487 (sila dapatkan kod Mekah terlebih dahulu)
- ABU ANAS, Alor Gajah, Melaka.

-dipetik dari akhbar UTUSAN MALAYSIA




[ Posting ini telah di edit oleh: irda82 pada 2003-09-21 20:35 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For irda82Profil   Hantar PM kepada irda82   Pergi ke irda82's Website   Quote dan BalasQuote

iErA
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 942
Posting: 36
Dari: kulim,kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-12-03 23:27


assalamualaikum wrt wbt.....
pertama sekali....syukran jazilan kerana akhi irda82 tlh memberi penjelasan yg panjang lebar ttg tajuk ni.......
wassalam....

-----------------
...ukhwah iTu iNDaH BiLa BerTeMu DaN BerPiSaH HaNYa KeRaNa ALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For iErAProfil   Hantar PM kepada iErA   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111085 saat. Lajunya....