Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 139
Ahli: 0
Jumlah: 139




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 18 jam, 16 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: BAGAIMANA CARA MAKAN...BEGITULAH CINTANYA..


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» BAGAIMANA CARA MAKAN...BEGITULAH CINTANYA..

Please Mendaftar To Post


Oleh BAGAIMANA CARA MAKAN...BEGITULAH CINTANYA..

TengkuHaiqal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.11.2004
Ahli No: 12640
Posting: 251
Dari: Edinburgh...Scotland,UK

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-12-04 20:11


Ish! Pelahapnya dia makan! 'Cancel' nak buat pakwe/makwe!! Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii....teruknya."

Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai di terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.

Makan dengan tenang :
Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun
disebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam! membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan :
Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan :
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah,matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu Berbahagialah yek!

Makan sambil borak :
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badan'lah pulak!

Makan sambil kerap tengok jam :
Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut :
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah,macam kat cafe.....,kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis kat cafe atau di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas u all nanti!

~bagaimana pula cara korang makan ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For TengkuHaiqalProfil   Hantar PM kepada TengkuHaiqal   Quote dan BalasQuote

audani83
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7348
Posting: 96
Dari: parit buntar,perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-12-04 12:04




makan sampai habis...tak baik membazir....

Bookmark and Share

    


  Member Information For audani83Profil   Hantar PM kepada audani83   Pergi ke audani83's Website   Quote dan BalasQuote

roninoni
Warga Rasmi
Menyertai: 14.12.2004
Ahli No: 13036
Posting: 7
Dari: skudai

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-12-04 12:33


makan sbl lapar n berenti sbl kenyang
dimulakan dgn bismillahn diakhiri dgn alhamdulillah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For roninoniProfil   Hantar PM kepada roninoni   Quote dan BalasQuote

anggerik_desa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.03.2004
Ahli No: 7794
Posting: 60

Terengganu  


posticon Posting pada: 31-12-04 02:41


Alhamdulillah,makan sambil menikmati rezeki kurniaan Allah.betul ker tips daripada saudara tengku haiqal ni?tak terfikir pulak sy.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anggerik_desaProfil   Hantar PM kepada anggerik_desa   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 31-12-04 09:29


Bagaimana cara makan, begitulah cintanya. Sesiapa yang makan penuh adab, dan mengikuti sunnah Nabi Muhammad saw, itulah menandakan cintanya kepada Nabi Muhammad saw. Serba sedikit adab makan mengikuti sunnah:

1) Basuh kedua-dua belah tangan
2) Berkumur-kumur sebanyak tiga kali (akan jauh dari kepapaan)
3) Duduk tunggu makanan, jgn makanan tunggu kita (akan dpt sifat tawaddhu, sifat hamba)
4) Gunakan saprah (alas, paling baik kulit haiwan)
5) Makan dengan berjemaah, tak kiralah sama ada menggunakan talam ataupun pinggan, jgn makan sendirian
6) Duduk di atas kaki kiri, manakala kaki kanan dilipatkan (duduk bertinggung, cara Nabi saw)
7) Apabila nampak makanan baca doa "allahuma bariklana fiima razaqtanaa waaqinaa 'azaabannaar"
8 ) Baca doa apabila mula makan "bismillahi wa'alaa barkatillaah"
9) Gunakan tgn kanan
10) Sambil makan muzakarahlah tentang kebesaran Allah dgn sahabat "makanan yg kita makan ni tidak boleh memeberi kekenyangan melainkan izin Allah" (nafi makhluk, isbatkan Allah)
11) Kalau diam, berdoalah dlm hati "allahuma lakalhamdu walakasyukr"
12) Makan dgn penuh sifat ikram (utamakan sahabat kita drp diri kita sendiri)
13) Setelah selesai, jilat jari sebelum dibasuh
14) Jgn bangun selagi sahabat kita masih makan kecuali dgn minta izin
15) Setelah selesai, basuh tangan dan kumur-kumur
16) Baca doa selepas makan



Sebenarnya, banyak lagi kalau nak tahu lagi, kene belajar lagi dan lagi

[ Posting ini telah di edit oleh: ridwan_daie pada 2004-12-31 09:31 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 31-12-04 19:10


alhamdulillah teknik ridhwan_daie mmg tepat!!!

-----------------
Mencari Keredhaan Ilahi
Merasa ketenangan Hakiki
Mencuit rasa Rendah Diri
Ya Rabbul Izzati

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 31-12-04 22:01


almaklumlah,
name pun dah daie.
kan kan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.292479 saat. Lajunya....