Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kalau hanya memikirkan "Apa kata orang..." bila pula masa nak mengenengahkan, "Apa kata saya..."

-- Hanan

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 220
Ahli: 0
Jumlah: 220




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 23 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Bincang Agama
Topik: PERINGKAT2 ISTERI...


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» PERINGKAT2 ISTERI...

Please Mendaftar To Post


Oleh PERINGKAT2 ISTERI...

TengkuHaiqal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.11.2004
Ahli No: 12640
Posting: 251
Dari: Edinburgh...Scotland,UK

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-12-04 19:50


Peringkat-Peringkat Isteri Dalam Memberi Ketaatan dan Meminta Nafkah:

1.Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar.
Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang
Siddiqin.Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2.Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun
tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah.
Itulah dia golongan orang yang soleh.

4.Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja
derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.
Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, Membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping
sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup.
Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan bergelora.
Lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi.
Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat
dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing...


Bookmark and Share

    


  Member Information For TengkuHaiqalProfil   Hantar PM kepada TengkuHaiqal   Quote dan BalasQuote

Irshadianz_Boyz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13291
Posting: 139
Dari: Bumi Al-Irshad

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 25-12-04 21:09




''Seindah hiasan dunia adalah wanita yang solehah!!"

-----------------




Bookmark and Share

    


  Member Information For Irshadianz_BoyzProfil   Hantar PM kepada Irshadianz_Boyz   Quote dan BalasQuote

sitishuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.10.2004
Ahli No: 11861
Posting: 132
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-12-04 16:08


...

sama2lah brdoa mudah2an ibu kita,diri kita sendiri,saudara2 prmpuan kita trgolong dlm kumpulan isteri dan bakal isteri yg mampu akhirnya brsama2 suami dlm syurga abadi..insyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishuhadaProfil   Hantar PM kepada sitishuhada   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-12-04 21:14




ape pula peringkat2 suami?

-----------------
Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-12-04 22:28


ade peringkat2 gak ye...

thankz atas info ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 08-01-05 10:06


kuserahkan cinta ini ----> isteri solehah
@ @ @ @
@ @ @ @
@ @ @
@ @
@ @
i miss @ @0u







-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

birulaut
Warga Rasmi
Menyertai: 23.12.2004
Ahli No: 13246
Posting: 6
Dari: malaysia

Kedah  


posticon Posting pada: 08-01-05 11:59


menjadi insan istri solehah impian smua wanita tapi tak ramai yang sanggup berkorban ke arah tu,,,fikirlah

Bookmark and Share

    


  Member Information For birulautProfil   Hantar PM kepada birulaut   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.364119 saat. Lajunya....