Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Hasil besar tidak dapat dicapai dengan sekali gerakan. Kita harus terus bergerak ke depan, selangkah demi selangkah seperti ketika kita berjalan.
-- Samuel Smile

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 52
Ahli: 0
Jumlah: 52




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 23 jam, 13 minit yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: BERITA TERGEMPAR!!!LAGI KANAK2 DIROGOL,DICEKIK,DIBUNUH..


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» BERITA TERGEMPAR!!!LAGI KANAK2 DIROGOL,DICEKIK,DIBUNUH..

Please Mendaftar To Post


Oleh BERITA TERGEMPAR!!!LAGI KANAK2 DIROGOL,DICEKIK,DIBUNUH..

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 23-12-04 00:08




Berita yang rasenyer semua dah tahu baru2 nie..Pada 22/12/2004...terbaru seorang kanak2 berumur 9 tahun dirogol,dicekik,dibunuh, ketika baru pulang dari mengaji...keadaannyer sungguh mengerikan...terkejut ana tengok berita nie...Ya Allah dugaan apakah ini??apa komen sahabat2 sekalian....walahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-12-04 08:31


terasa nak ..ntahlah....tu budak lagi la...apa manusia jenis ni.......????????????? ..apalah bengap betul manusia ni...
....
ntahlah.....ALLAH SWT yang akan menentukan nasib manusia ini..

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

lidya_haryati
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 01.07.2003
Ahli No: 1892
Posting: 255
Dari: temerloh

malaysia  


posticon Posting pada: 23-12-04 08:40


entahlah nak ckp mcm mane... tapi org yg tuh memang takdaa iman di dada...




Bookmark and Share

    


  Member Information For lidya_haryatiProfil   Hantar PM kepada lidya_haryati   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-12-04 09:18



Satu je, bila syaitan menguasai diri, keluarga sendiri pun sanggup dibunuh, inikan pula anak org lain.

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

nasiruddin
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.11.2003
Ahli No: 5335
Posting: 23
Dari: Alam Ruh

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 23-12-04 09:33


Ana berpendapat ini semua ujian untuk orang malaysia... kalo di negara lain Allah uji dgn peperangan, kebuluran dan bencana alam.... Sebenarnya amalan orang Islam banyak memberi kesan kepada alam ni. Bile amalan yang naik tu baik, maka keputusan drpd Allah pun berupa kebaikan... tp kalo sebaliknya, maka ni lah yang jadi... musibah demi musibah Allah turunkan...... Musibah yang Allah timpakan bukan kena kepada pendosa sahaja ttp semua orang.... Fikir2kan lah.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For nasiruddinProfil   Hantar PM kepada nasiruddin   Quote dan BalasQuote

rawdhah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2004
Ahli No: 7485
Posting: 193
Dari: bp

Johor  


posticon Posting pada: 23-12-04 09:44


..hmmm cobaan , dugaan.....hmm tp kan sekarang nih...byk la kan macam kat media massa...kes vcd lucah la ...hmm lg apa2 lah yg berkaitan...tu la yg rasenye...hmm bile org da tgk bende mcm tuh ....tu yg nak buat...hmm walaupon da tue bangke....xsedar diri...apa2 pon sentiasa la ingat Allah...wallahu'lam....

-----------------
"Bukan satu paksaan untuk disebarluaskan,saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa"

Bookmark and Share

    


  Member Information For rawdhahProfil   Hantar PM kepada rawdhah   Pergi ke rawdhah's Website   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 23-12-04 09:47





manusia menjadi binatang !!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 23-12-04 13:04


SUNGAI PETANI: Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun yang dilaporkan hilang ketika pulang mengaji al-Quran di sini kelmarin, ditemui dibunuh, dipercayai selepas dirogol di ladang sawit berhampiran Taman Rhu, tidak jauh dari rumahnya.

Mayat Siti Syazwani Ahmad Dusuki, murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal, ditemui dengan kepalanya terbenam dalam parit sedalam 1.5 meter, kira-kira 150 meter dari rumahnya di Taman Rhu Fasa 3, kira-kira jam 9.15 pagi semalam.

Terdapat kesan luka sepanjang tiga sentimeter di dahinya, dipercayai akibat hentakan. Bajunya terselak separuh badan, bahagian bawah berbogel dan seluar dalamnya ditemui kira-kira 50 meter dari mayatnya yang sudah dihurung semut.

Polis dan orang ramai yang melancarkan gerakan mencari sejak malam kelmarin, menemui telefon bimbit bapa Siti Syazwani yang dibawanya dan seluar dalam tersangkut dalam semak, sebelum mayatnya dijumpai tidak jauh dari situ.

Keputusan bedah siasat ke atas mayat Siti Syazwani mengesahkan mangsa dicekik dengan dahi kirinya pecah, dipercayai dihentak dengan benda tumpul sebelum dibuang ke dalam parit.

Berikutan kejadian itu, polis menahan 14 lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan. Dua daripada mereka dipercayai mempunyai maklumat bagaimana Siti Syazwani dilarikan sebelum dirogol dan dibunuh.

Kehilangan Siti Syazwani disedari kira-kira jam 2 petang kelmarin apabila anak bongsu daripada lima beradik itu, tidak pulang ke rumah selepas keluar mengaji al-Quran di rumah jiran tidak jauh dari situ.

Keluarganya membuat laporan di Balai Polis Tikam Batu kira-kira jam 7 malam kelmarin dan gerakan mencari dilancarkan polis serta penduduk taman berkenaan, Taman Sri Pinang dan kampung berhampiran.

Gerakan mencari yang dilakukan sepanjang malam kelmarin hingga awal pagi semalam gagal menemui mangsa walaupun khidmat Unit Anjing Pengesan dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dan beberapa bomoh digunakan.

Gerakan itu kemudian disambung semula pagi semalam dengan bantuan dua anjing pengesan dan 35 anggota Batalion Ke 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim dan orang ramai akhirnya berjaya menemui mayat mangsa pada jam 9.15 pagi, semalam.

Sepasukan anggota polis dari Cawangan Jenayah IPD Kuala Muda bergegas ke tempat kejadian dengan dibantu Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Kedah bagi memeriksa tempat kejadian dan mayat mangsa. Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Law Hong Soon turut berada di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudian dikeluarkan dari dalam parit berkenaan pada jam 1.30 tengah hari semalam dan dihantar ke rumah mayat Hospital Sungai Petani untuk bedah siasat.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Taman Rhu Fasa 2 tidak jauh dari rumah mangsa pada jam 10 pagi semalam, polis menahan tujuh warga Indonesia.

Hasil soal siasat ke atas tujuh lelaki itu, polis menahan dua lagi rakan mereka di kawasan berhampiran dan tidak lama kemudian lima lagi lelaki ditangkap, juga berhampiran taman itu.

“Hasil tangkapan pertama dan soal siasat ke atas tujuh lelaki berkenaan, dua daripada mereka dikatakan berada di ladang sawit itu ketika kehilangan Siti Syazwani dilaporkan kelmarin,” katanya.

Beliau berkata, semua 14 warga Indonesia berusia 20 hingga 40 tahun itu kini ditahan dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atas mereka hari ini.-Berita Harian

Kanak-kanak pun dah tak selamat lagi.Ntah lah,,,

Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-12-04 18:52


memang laknat betullah org yg sok buat kerja tu..ape takde bende lain ke nak di lepaskan nafsu???babun pun tak rogol anak monyet...ni manusia...masyaAllah...ape nak jadi ni???

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-12-04 19:51




memang amat menyedihkan bagi pihak teraniaya..(mangsa dan keluarga) kekadang kita dah berusaha mengelak dari perkara yang tak diingini, namun Allah telah mentakdirkannya sebagai ujian. di sini, kita kena bersabar dan berserah pada Allah.

kepada pelaku (yg kita tak sure sapa yg buat)... memang sesuatu yang melampaui batas kemanusiaan. kezaliman yang dilakukan sepatutnya tak patut terlintas di hati manusia utk melakukannya apatah lagi dilakukan kepada kanak2 yang sememangnya tidak berdosa. malah jenis pelakuan itu amat melampaui batasan norma manusia bergelar lelaki yang sepatutnya melindungi kaum yang lemah

kepada masyarakat... kita sering melenting dan maki hamun dalam keadaan musibah atau perkara mengaibkan berlaku, namun ia aka reda mengikut musim. akan senyap apabila kes menjadi reda. kita patut fikirkan apakah jalan penyelesaian yg mesti dilakukan utk mengelak kejadian seperti ini berulang. kita kena muhasabah diri dan masyarakat hari ini, dan sesungguhnya kembali keapada Allah dan panduan Al-Quran dan sunnah adalah sebaik2nya.

maafkan kalau ada salah silap. harap diperbetulkan.

-hanya Allah yang maha mengetahui-

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 23-12-04 22:56




erm xsabar nak tunggu sape kah penjenayah tue??nak tgk skit muka die..polis masih siasat..mintak2 la dpt tangkap...doa rakyat malaysia nie....jom doa ramai2..aminnn

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

ac
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11304
Posting: 27
Dari: teranu

Terengganu  


posticon Posting pada: 25-12-04 15:07


ya Allah, kau bantu lah kami...!!!
menghadapi dugaan Mu...ya Allah..!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For acProfil   Hantar PM kepada ac   Pergi ke ac's Website   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 26-12-04 02:57


takutnya...tak jauh dari umah....kat area saya indon tak ramai...tapi vietnam ada laa...but diaorg nye hal lain pulak....suka tgkap binatang pastu sembelih.....kucing,anjing,even biawak pun depa sentai....sy siap nmpk diaorg bwk blk biawak dlm karung guni....knapa laa SP byk org asing

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

baitul_izzah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.09.2004
Ahli No: 11156
Posting: 131
Dari: jitra,kedah

spain  


posticon Posting pada: 26-12-04 18:32


hmm..bumi memang bukan tempat yang selamat lagi untuk dihuni...tapi dimana lagi kita nak pergi...wallahualam....

-----------------
berjuang kerana Allah~~

Bookmark and Share

    


  Member Information For baitul_izzahProfil   Hantar PM kepada baitul_izzah   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-12-04 22:40


mana la perginya perikemanusiaan nih ...??!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

jannahsyurga
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.09.2004
Ahli No: 10994
Posting: 35

Terengganu  


posticon Posting pada: 27-12-04 10:02



Semoga orang yang tidak berperikemanusian tu mendapat balasan yang setimpal...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jannahsyurgaProfil   Hantar PM kepada jannahsyurga   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116136 saat. Lajunya....