Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-05-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
If we don't succeed, we run the risk of failure
-- Dan Quayle

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 43
Ahli: 0
Jumlah: 43




  Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 27 hari yang lalu
Kang: 46 hari yang lalu
lidah-penghunus: 48 hari yang lalu
muslimin23: 57 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Penggunaan gitar dalam lagu nasyid


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Penggunaan gitar dalam lagu nasyid

Please Mendaftar To Post


Oleh Penggunaan gitar dalam lagu nasyid

acikabu
Warga Rasmi
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13105
Posting: 4
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 17-12-04 01:58


Kenapa lagu nasyid sekarang banyak yang pakai gitar...bukanker yang kiter dah tau yg penggunaan gitar ni sememangnyer harammm...memang perkara ni terdapat percanggahan pendapat antara ulamak...tapi bukan ker nasyid adalah salah satu cara untuk berdakwah...nasyid adalah salah satu cara untuk menyampaikan islam betul tak....so biler menyampaikan islam janganlah sampai menimbulkan persoalan dikalangan org yg menerima...kecualilah kalau ada yg buat album nasyid semata mata untuk carik duit tp bukan berdakwah....bukan senang untuk bawak namer kumpulan nasyid.......so sedarlah kawan kawan

Bookmark and Share

    


  Member Information For acikabuProfil   Hantar PM kepada acikabu   Quote dan BalasQuote

farisHaq
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1169
Posting: 212
Dari: s. alam

kuwait   avatar


posticon Posting pada: 17-12-04 20:35




sape yg kata penggunaan gitar haram? cuba sebutkn sket

Bookmark and Share

    


  Member Information For farisHaqProfil   Hantar PM kepada farisHaq   Quote dan BalasQuote

acikabu
Warga Rasmi
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13105
Posting: 4
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 17-12-04 20:40


1. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau mentafsirkan (lahwul hadith) yang difirmankan di dalam surah 6 Surah Luqman dengan alat-alat yang melalaikan, dan di antaranya ialah alat-alat muzik. Alat-alat yang dipetik tergolong di dalam alat-alat muzik yang melalaikan

2. Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Ghanam, daripada Abu Malik Al-Asy’ari, beliau mendengar Nabi SAW bersabda: “...Akan ada beberapa kaum daripada umatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan alat-alat muzik (al-ma’azif – lafaz am yang meliputi juga alat-alat yang dipetik – pent.)” – Riwayat Bukhari; ... dan alat-alat yang dipetik adalah sebahagian daripada alat-alat muzik yang disebut di dalam hadith berkenaan.

3. Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW[x]: Ijmak : Ibnu Hajar Al-Haitami berkata, “...alat-alat yang dipetik adalah alat-alat yang biasa digunakan oleh golongan fasiq dan maksiat. Ulamak telah berijmak pada pengharamannya. Sesiapa yang menyangka ada khilaf pada perkara ini, sesungguhnya telah melakukan kesilapan”.

correct me if i'm wrong


Bookmark and Share

    


  Member Information For acikabuProfil   Hantar PM kepada acikabu   Quote dan BalasQuote

Syahmushroom
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.11.2003
Ahli No: 5132
Posting: 478
Dari: earth

japan  


posticon Posting pada: 17-12-04 22:15


tu dari hadith yang sahih ke??

try pastikan dulu baru lah berhujah



bimbang bawak hadith yang lemah je... yang mana takleh dibawa untuk berhujah

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyahmushroomProfil   Hantar PM kepada Syahmushroom   Pergi ke Syahmushroom's Website   Quote dan BalasQuote

dila
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8134
Posting: 58

Selangor  


posticon Posting pada: 18-12-04 00:47


salam..kalu sekali terfikir mmg ada btulnya apa yg acikabu ckp tu...so kepada yg memberi respon atau sesiapa yg berilmu tu, cubalah bagi hujah yg lbh kuat-dari quran, hadith, atau dari pendapat ulamak yg sahih+kuat...kita kongsi bersama-kerana setitik nila, boleh menyebabkan byk keburukan..masyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For dilaProfil   Hantar PM kepada dila   Quote dan BalasQuote

Syahmushroom
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.11.2003
Ahli No: 5132
Posting: 478
Dari: earth

japan  


posticon Posting pada: 18-12-04 02:54


ermm betul tu...

hati-hati kawan apabila bawak hadith tu...

sbb ada hadith boleh bawak untuk berhujah dan ada yang tak.

mmg betul .. akibat nila setitik rosak habis semua ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyahmushroomProfil   Hantar PM kepada Syahmushroom   Pergi ke Syahmushroom's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 18-12-04 08:53


ye tak ye juga kan....irama dan lagu tak boleh dipisahkan...

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 18-12-04 16:51


bunyi gitar.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-12-04 01:14




kalau tak silap, alat muzik ketuk2 saja yg buleh kan? gitar semua tu mana buleh dlm Islam.. Tp sy ada tbaca dlm satu buku... al-Farabi sendiri pernah main alat muzik bertali cam gitar tu jugak... so.. macam mana nie? buleh ka dak? kalau tak buleh, kita yg dengaq nie... dapat dosa jugak ka?

-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 20-12-04 18:57




Sekadar berkongsi sedikit pengetahuan yang tak seberapa...

Setahu ana, hadith yang mengharamkan alatan muzik bertali adalah hadith dhaif. Hadith dhaif tidak boleh dijadikan sumber hukum namun boleh digunakan sebagai panduan (untuk lebih menyempurnakan kehidupan).

Namun begitu, dalam keadaan terdapat khilaf pendapat seperti sekarang, perkara ini akan menjadi syubhah. Adalah sangat elok kiranya kita menjauhi perkara-perkara syubhah ini, lebih-lebih lagi dalam dakwah.

Sila betulkan andaikata ana silap....

Wallahu a'lam....

-----------------
HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

farisHaq
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1169
Posting: 212
Dari: s. alam

kuwait   avatar


posticon Posting pada: 20-12-04 21:36


Quote:

On 2004-12-17 20:40, acikabu wrote:

2. Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Ghanam, daripada Abu Malik Al-Asy’ari, beliau mendengar Nabi SAW bersabda: “...Akan ada beberapa kaum daripada umatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan alat-alat muzik (al-ma’azif – lafaz am yang meliputi juga alat-alat yang dipetik – pent.)” – Riwayat Bukhari; ... dan alat-alat yang dipetik adalah sebahagian daripada alat-alat muzik yang disebut di dalam hadith berkenaan.



hadith kedua yg dibawa oleh acikabu adlh hadith sahih,yg mm bleh digunakan utk berhujah. Namun hadith ni sekadar menyebut alat muzik secara umum

berkenaan dgn tafsiran لهو الحديث dlm ayat luqman:6 sbg alat muzik, itulah hanya slh 1 tafsiran dr byk tafsiran2 yg lain.
ada tafsirkn sbg alat muzik
ada yg kata nyanyian
ada yg tafsirkn sbg segala sesuatu yg melalaikn dr mengingati Allah

wslm

Bookmark and Share

    


  Member Information For farisHaqProfil   Hantar PM kepada farisHaq   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 21-12-04 02:10




pd ana lah,kalau dia pakai gitar asli,mmg tak boleh...

tp kalau dia guna teknologi muzik,maka itu harus walaupun bunyinya mmg mcm gitar...

teknologi nie bergerak pantas....sampai org yahudi boleh buat suara penyanyi perempuan tiruan...suara lelaki tp di'perempuan'kan, tak canggih ke tuh...

so dlm bab muzik nie kita bincanglah elok2,jgn terus menghukum dia tak betul,kita je yg betul.itu takkan selesaikan masalah,masalah baru pulak timbul nanti.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

lieya83
Warga Rasmi
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14499
Posting: 4
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 22-02-05 13:39


sememangnye penggunaan gitar dlm suatu muzik haram ........tapi jika kita lihat sekara nie manusia payah utk terima p'kara yg baik.....jika kita lihat pd zmn rasullah b'dakwah begitu ramai umatnye yg menentang baginda apatah lg pd zaman sekarang nie yg serba moden olh yg demikian pada pendapat saya tak slh rasanye mggunakan gitar dlm muzik nasyid dgn niat utk B'DAKWAH mungkin dgn cara ini lbh mudah menarik umat islam dlm mendekatkan diri kpd allah yg esa...........spt dlm hadis rasullah........INNAMAL A'MALUBINNIAT.setiap p'buatan dimulakan dgn niat...........pd pandangan saya jika t'slp hrp d'maafkan dan dp'btlkan.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For lieya83Profil   Hantar PM kepada lieya83   Quote dan BalasQuote

khairoo84
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2004
Ahli No: 9971
Posting: 752
Dari: Banting, Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-02-05 14:08


saya dapat dari sahabat saya, anggota Kumpulan Nasyid OneFaith, Radziq.

setelah ditanya kepada yang lebih mengetahui, alat muzik bertali TIDAK HARAM!. cuba apabila muziknya melalaikan, maka jadilah haram.

bezakan,

1. Persembahan Konsert Rock yang sememangnya menggunakan gitar. Muzik Rock, crowd bercampur ;lelaki perempuan, melalaikan, lupa sembahyang.. memuja-muja artis yang membuat perfomance.

2. Persembahan Nasyid yang menggunakan Gitar, walaupun begitu, muziknya tidak melalaikan. maka tidaklah haram cuma harus dijaga penggunaannya. crowd pun yahu hukum-hakam. tahu nak saparatekan lelaki dan perempuan.

yang dikatakan haram itu adalah kerana dizaman nabi dulu, alat muzik bertali seperti sitar sering digunakan dalam majlis-majlis keraian yahudi termasuk yang disertakan tarian gelek wanita separuh bogel mengikut irama sitar.

sekian.


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairoo84Profil   Hantar PM kepada khairoo84   Pergi ke khairoo84's Website   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 26-02-05 08:47


w.b.t
Sebenarnya, tajuk ini adalah masalah khilafiah diantara ulama'. Berikut adalah beberapa pra dan kontra nya :-

1-Menurut imam al ghazali, tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah nabi saw yg melarang penggunaan alat muzik. menurutnya setiap instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak di larang, malah ianya tidak lebih dari kemerduan suara burung.

seni muzik yang dilarang kepada umat islam ialah sekiranya ia bersekongkol dalam keadaan yang bercampur dengan kumpulan peminum arak, penzina dan lain-lain perbuatan dosa.

oleh itu ada lima hukum mengenainya iaitu, haram, sunat, wajib, harus dan makruh. ia mengikut keadaan.

imam syafi'e di dalam kitabnya "ADAB AL QADA'" menyatakan nyanyian adalah makruh dan sesiapa yang mendengarnya tidak akan diterima sebagai saksi.

imam malik menganggap penyanyi sebagai fasik seperti yang di nyatakan oleh abu bakar al khallal dr ishak bin isa al taba'

ibnu ma'sud mengharamkannya berdasarkan kepada hadis riwayat abu umamah. seni nyanyian adalah diharamkan menurut pandangan beliau, apatah lagi penggunaan alat-alat bantuan bunyian.

2.Berikut pula adalah 2 jawapan dari moderator darulnuman yang berbeza di laman http://darulnuman.com/soal/urut27.html#263
Hukum Bermain Alat Muzik Bertali
Soalan:
Apakah hukumnya seseorang Islam bermain benda bertali seperti gitar?

Tamimi, Batu Caves
Jawapan:
Bermain alat muzik bertali seperti gitar dan lain-lain adalah haram. Ini merupakan pendapat yang telah disepakati oleh madhhab empat. Sesiapa yang berterusan bermain dengan alat-alat muzik tersebut, dianggap fasik dan tidak boleh diterima penyaksiannya di Mahkamah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Al-Bukhari menjelaskan akan timbul satu golongan dari umat Muhammad yang akan menghalalkan arak, khinzir, sutera dan alat-alat muzik.
Dalam Surah Luqman ayat 6 Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan di antara manusia ada yang suka menggunakan hartanya untuk membeli "LAHWA AL-HADIS" untuk menyesatkan orang ramai dari agama Allah". Lahwa Al-Hadis yang disebutkan di dalam ayat ini ialah alat-alat muzik dan hiburan yang melalaikan. Inilah yang dinyatakan oleh Mujahid, Hassan, dan Ibn Umar. Alat muzik yang bertali seperti gitar dan lain-lain samada fesyen lama mahupun yang baru adalah haram bermain dengannya dalam apa jua keadaannya.

1. Samada alat muzik itu mengeluarkan alunan yang rancak atau berirama perlahan.
2. Samada dari barat atau timur.
3. Samada pendengarnya lelaki mahupun perempuan.
4. Samada di majlis keramaian seperti perkahwinan, hari raya, waktu perang dan lain-lain.
5. Samada disertai dengan lagu atau tidak.
6. Samada mendengar secara langung atau melalui pita rakaman.

Selain itu haram berjual beli alat muzik dan mengadakan kilang-kilang bagi memprosesnya, meminjam, mempelajari dan mengambil upah dari mengajar bermain muzik, membuka sekolah muzik dan membuat buku-buku panduan bermain muzik. Kerana kesemuanya adalah jalan kearah penggunaan muzik.

http://darulnuman.com/soal/urut14.html#131
Hukum Penggunaan Alat Muzik
Soalan:
Apakah hukum penggunaan alat-alat muzik bertali seperti gitar dan alat tiupan seperti serunai?
Dan bagaimana pula dengan penggunaan alatan elektronik seperti keyboard yang boleh menghasilkan bunyi seperti gitar dan serunai?
Kamarul Hakim, Kota Bharu
Jawapan:
Bagi pandangan kami alat-alat muzik ini tiada salahnya. Walaupun kita mendapati di dalam kitab-kitab fikah ada menentukan alat begitu dibolehkan dan begini diharamkan. Contohnya, gendang yang tertutup sebelah itu dibolehkan dan tertutup kedua-dua itu tidak dibolehkan. Kami tidak nampak yang benda itu menjadi haram. Yang kami nampak ialah penggunaan alat tersebut. Apakah penggunaan alat tersebut melalaikan kita atau ia digunankan di waktu-waktu yang tidak semestinya. Itu hukumnya haram.
Umpamanya, dalam waktu kita mesti beribadah seperti solat, ketika itu kita bermain muzik. Walaupun hanya gendang yang kita main ataupun hanya belakang timba yang kita pukul tetapi oleh kerana penggunaannya di waktu-waktu ibadah ia menjadi haram. Jika semata-mata untuk hiburan seperti menyatakan kegembiraan umpamanya selepas mendapat anak, hari raya dan sebagainya tidak menjadi kesalahan. Tetapi bila kita menyanyi atau melalak 24 jam di tengah padang, atau pentas sampai tengah malam, itu sudah melalaikan dan menjadi pekerjaan yang tidak baik. Kerana di situ kita kumpulkan muda-mudi sehingga timbul pergaulan bebas. Jadi kalaupun muzik tidak haram, tetapi berada di dalam tempat, waktu dan keadaan yang salah akhirnya menjadi haram, atau mendorong kepada perbuatan haram, hukumnya tetap sama.

Yang paling penting cara menggunakan alat tersebut, bukan alat itu sendiri, sebab seni dan muzik itu merupakan fitrah yang dianugerahkan Allah. Namun fenomena dalam masyarakat ketika ini telah menggunakan muzik jauh dari batas yang dibolehkan oleh syarak. Wallahu A'lam.


3. Berikut pula adalah jawapan dari hijjaz nasyid:-

Muzik Harus
Muzik adalah salah satu khilaf para ulama'. Ada yang suka ada yang menentang, pandangan ulama' berbeza2. Di dalam hadis yang soheh memang tak ada yang mengatakan haram. Kebanyakannya berpandukan kepada sejarah Rasulullah yang mana bila Rasul masuk dalam majlis tari menari yang menggunakan alat muzik Rasul tertidur, para sahabat bertanya Rasul! Rasul diam. Memang sejarah ini yang paling popular, kebanyakan hadis yang ada hari ini adalah daif berkenaan muzik, jadi sebab itu muzik ini menjadi benda yang diperbahaskan dan khilaf hingga hari kiamat, pandangan ulama' berbeza2.

1. Ada ulama' yang mengatakan haram semua alat muzik termasuk yang diketuk dan sebagainya.
2. Ada ulama' yang mengatakan yang berketuk sahaja dibolehkan.
3. Ada yang mengatakan semua muzik diharuskan tetapi hanya untuk tujuan dakwah (kebaikan). Jika tujuannya lain dari dakwah maka haram.

Kami telah mengkaji dan bertanya kepada banyak ulama' yang ada pada hari ini, mereka mengatakan dalam keadaan sekarang, keadaan memerlukan penggunaan muzik yang lebih luas untuk dakwah. Antara yang kami bertanya, mufti di Malaysia Dato' Hashim Yahya, Dato' Hasan Din, Dato' Nik Aziz, Us.Zawawi (UIA), US.Firdaus (Imam Masjid Negara) mereka mengatakan harus bagi tujuan dakwah. Dan dalam kitab karangan Yusuf Qardawi ulama' yang terkenal di dunia pun mengatakan harus. Kalau ianya benar2 hadis yang soheh maka tak akan ada ulama' yang bercanggah pendapat, semuanya akan sependapat ianya mesti dipatuhi.

Dalam huraian yang saya lihat hujah mengatakan muzik seperti gitar itu haram kerana ia dimainkan di majlis yang haram seperti pub2 disco2 dll. Jadi bagaimana kalau kompang, kongga dimainkan di tempat2 tersebut adakah ianya diharuskan, kami rasa anda sedia maklum banyak alat2 yang diketuk seperti kongga, tamboren, kompang arab dimainkan di disco2. Jadi di sini kami rasa kedudukan muzik apa pun sama saja, kalau tujuan lalai maka haram, jika baik maka ia baik.

Tapi walaupun ia diharuskan janganlah berlebihan, kerana dalam islam kita digalakkan bersederhana, apa yang penting kalau anda rasa ianya sesuai dengan anda maka anda dengarlah, kalau tidak maka carilah irama yang sesuai dengan jiwa anda, dalam islam tiada paksaan.

Apa pun kami menghormati pandangan ulama'2 yang mengatakan tidak membenarkan muzik, kerana mereka ada hujah2 yang bernas kenapa ia tidak boleh digunakan, apa yang kami harap anda pun menghormati pandangan ulama'2 yang kami ikut, kerana mereka pun ada hujah2 yang bernas kenapa diharuskan muzik pada masa kini. Ampun maaf dari kami kalau ada salah silap dan terkasar bahasa.. wassalam.
____________________________________________________

Itulah yang mereka jelaskan untuk persoalan muzik yang saya ajukan. Memang benar persoalan mengenai muzik menghadapi banyak khilaf. Jika atas dasar KETAQWAAN, Bagusnya tinggalkanlah perkara yang syubhat, kalau nak dibincang tentang hukumnya maka sampai bila pun masing2 akan cenderung kpd apa yang hatinya terima tetapi cara yang terbaik jika tidak boleh menghindari nyanyi2an maka kurangilah dan sebaiknya tinggalkan atas dasar "subhat" iaitu perkara yang samar-samar hukumnya.

Sekian.


Wallahua'lam bissowab



[ Posting ini telah di edit oleh: Ibnu_muaz pada 2005-02-26 08:57 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117022 saat. Lajunya....