Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal; air juga yang menenggelamkan kapal
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 238
Ahli: 0
Jumlah: 238




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 45 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: MESTI BACA!!!!


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» MESTI BACA!!!!

Please Mendaftar To Post


Oleh MESTI BACA!!!!

insaf
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.07.2004
Ahli No: 9787
Posting: 122
Dari: Bumi Allah

Kedah  


posticon Posting pada: 16-12-04 23:03




>Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara

>pernikahannya sungguh

>megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir

>menyaksikan dan

>menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang

>luar biasa

>dan sungguh mengesankan.

>Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya

>dan

>pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap

>pasang mata

>yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka

>sungguh-sungguh saling

>mencintai dan sepadan.

>Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya,

>"Sayang,

>aku baru membaca sebuah artikel dlm majalah tentang

>bagaimana

>memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita" katanya

>sambil

>menunjukkan majalah tersebut.

>"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang

>kita sukai

>dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana

>kita

>mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita

>bersama

>lebih bahagia....."

>Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari

>pasangannya

>yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung

>ketika

>pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik sebab hal

>tersebut untuk

>kebaikkan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk

>berpisah

>tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka

>masing-

>masing.

>Besok pagi ketika sarapan, mereka sedia membicangkannya.

>"Aku akan

>mulai dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan

>senarainya. Banyak

>sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat... Ketika ia

>mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai dari

>suaminya,

>ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir.....

>"Maaf, apakah aku harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak,

>teruskan..."

>jawab suaminya.

>Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai,

>lalu

>kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan

>berkata dengan

>bahagia "Sekarang giliran abang membacakan senaraimu".

>Dengan suara perlahan suaminya berkata "Aku tidak mencatat

>sesuatupun

>di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna,

>dan aku

>tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu

>sendiri.

>Engkau cantik dan baik bagiku. Tidak satupun dari peribadimu

>yang

>kudapatkan kurang.... "

>Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan

>dan

>ungkapan cinta serta isi hati suaminya. Bahawa suaminya

>menerimanya

>apa adanya... Ia menunduk dan menangis.....

>Dalam hidup ini, banyak kali kita merasa dikecewakan,

>depressi, dan

>sakit hati. Sesungguhnya tak perlu menghabiskan waktu

>memikirkan hal-

>hal tersebut. Hidup ini penuh dengan keindahan, kesukacitaan

>dan

>pengharapan.

>Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan perkara yang

>buruk,

>mengecewakan dan menyakitkan jika kita boleh menemukan

>banyak hal-hal

>yang indah yang baik dan yang boleh kita terima di

>sekeliling kita ?

>Kita akan menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu

>melihat dan

>bersyukur untuk hal-hal yang baik dan mencuba melupakan yang

>buruk....moral of the story...be thankful of what u have....


Bookmark and Share

    


  Member Information For insafProfil   Hantar PM kepada insaf   Quote dan BalasQuote

edlin
WARGA SETIA
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-12-04 23:18


so...conclusion nyer....
hargailaaa....
apa yang ada di sekeliling kita.....
sebab kita takkan tau....
macam mana rasanya bila ia tiada.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For edlinProfil   Hantar PM kepada edlin   Quote dan BalasQuote

ketenteramanku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12678
Posting: 310
Dari: UTM Skudai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-12-04 01:21


Terimalah seeorang itu seadanya.setiap insan yg diciptakan mempunyai keistimewaan yg tidak ada pd org lain.jadilah diri sendiri.

Jangan pandang pd satu kesilapan yg dilakukan oleh seseorg sebaliknya lihatlah berapa banyak kebaikan yg telah dilakukan.kesedihan itu satu dugaan tetapi bersyukurlah dgn kegembiraan yg dikurniakan Pencipta

Bookmark and Share

    


  Member Information For ketenteramankuProfil   Hantar PM kepada ketenteramanku   Pergi ke ketenteramanku's Website   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-12-04 03:42


alhamdulillah, suami yang penyayang!!!

-----------------
Mencari Keredhaan Ilahi
Merasa ketenangan Hakiki
Mencuit rasa Rendah Diri
Ya Rabbul Izzati

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-12-04 08:20


kuterima dirimu seadanya dirimu....

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 17-12-04 20:29






menarik.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

cucu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10226
Posting: 226
Dari: Bumi Milik Allah

russia  


posticon Posting pada: 17-12-04 20:34




mcm pernah baca jer.. apapun citer ni memang best. hargailah isteri / suami kita. kerana kiat telah memilih mereka sebagai pasangan hidup. insyallah susah senang bersama

Bookmark and Share

    


  Member Information For cucuProfil   Hantar PM kepada cucu   Quote dan BalasQuote

insaf
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.07.2004
Ahli No: 9787
Posting: 122
Dari: Bumi Allah

Kedah  


posticon Posting pada: 17-12-04 21:43


Quote:

On 2004-12-17 20:34, cucu wrote:


mcm pernah baca jer.. apapun citer ni memang best. hargailah isteri / suami kita. kerana kiat telah memilih mereka sebagai pasangan hidup. insyallah susah senang bersama




criter ni saya ambil drpd e-mail yg kawan saya hantar...tu la dlm forum copy and paste...


Bookmark and Share

    


  Member Information For insafProfil   Hantar PM kepada insaf   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-12-04 22:37


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah telitilah artikel di bawah ini wahai anak-anak agar menjadi satu pedoman dalam mencapai nikmat berkeluarga dalam Islam di mana Rahmah itu lebih tinggi dari Mawaddah.


Menurut Prof Dr Hamka, rahmah lebih tinggi kedudukannya daripada mawaddah sebab ia kasih mesra di antara suami isteri yang bukan lagi berasaskan keinginan syahwat,
sebaliknya rasa kasih sayang murni yang tumbuh dari jiwa yang paling dalam sehingga suami isteri merasakan kebahagiaan yang tidak bertepi dan ketenangan yang tidak berbatas.

teruskan membaca -

Falsafah perkahwinan menurut Islam

Di dalam al-Quran dijelaskan bahawa tujuan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah
ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah."
(Surah al-Rum, ayat 21)

Alam ini terasa indah kerana Allah menciptakannya berpasang-pasangan. Ada siang, ada pula malam. Ada tempat yang subur, ada pula yang tandus. Ada gunung-ganang yang tinggi tapi ada juga lembah dan lurah yang dalam. Ada lelaki dan ada pula perempuan.

Allah menciptakan pasangan untuk manusia agar mereka dapat hidup seiring sejalan, berbahagi suka dan duka serta tetap bersama dalam melayari kehidupan yang
penuh dengan onak, duri, dugaan, tentangan dan cabaran demi mencapai satu matlamat mendapatkan keluarga sakinah mardatillah.

Selain ketenangan di dalam pernikahan, Allah juga menciptakan mawaddah dan rahmah di hati suami dan isteri. Sebahagian ahli tafsir membezakan makna mawaddah dan rahmah ini.
Bagi mereka, mawaddah adalah rasa cinta berdasarkan syahwat kemanusiaan, iaitu keinginan untuk melakukan hubungan suami isteri yang akan melahirkan dan mengembangkan keturunan manusia.

Mawaddah atau keinginan untuk melakukan hubungan suami isteri ini ada hadnya seiring dengan umur manusia itu sendiri. Apabila seorang lelaki telah berumur 60-70 tahun dan perempuan berumur 50 tahun, mawaddah ini akan berkurangan. Maka, pada saat inilah
Allah akan menimbulkan rahmah atau kasih sayang yang suci murni di hati pasangan berkenaan.

Menurut Prof Dr Hamka, rahmah lebih tinggi kedudukannya daripada mawaddah sebab ia kasih mesra di antara suami isteri yang bukan lagi berasaskan keinginan syahwat,
sebaliknya rasa kasih sayang murni yang tumbuh dari jiwa yang paling dalam sehingga suami isteri merasakan kebahagiaan yang tidak bertepi dan ketenangan yang tidak berbatas.

Pada masa ini mereka bukan lagi berfikir mengenai tongkat ali, Viagra dan ubat-ubat lain bagi mengembalikan kekuatan tenaga batin tetapi yang mereka inginkan adalah mengisi hari-hari akhir ini dengan beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah sedekat-dekatnya secara bersama-sama.

Mereka juga berusaha memberikan contoh yang baik, teladan dan nasihat kepada anak cucu supaya mereka tidak salah dalam memilih jalan hidup di dunia yang penuh dugaan ini. Inilah hakikat rahmah itu.

Melihat kes yang terjadi di negara kita, di mana dilaporkan sudah banyak terjadi pasangan tua yang berpisah kerana ingin bernikah dengan yang lebih muda, maka dapat dikatakan bahawa terjadi krisis rahmah dalam perkahwinan hinggakan hubungan seks menjadi matlamat.

Pada saat ini, seakan-akan Allah hanya memberikan kepada kita mawaddah tetapi mencabut nikmat rahmah. Akibatnya, kes-kes seperti di atas semakin menjadi-jadi dan
kebahagiaan rumah tangga semakin jauh.

Allah akan menurunkan rahmah di dalam satu keluarga apabila keluarga berkenaan dibina atas niat mencari keredaan Allah. Oleh sebab itu, di dalam proses membina satu rumah tangga, Rasulullah memberikan bimbingan kepada umat Islam agar memilih pasangan
kerana empat prinsip, iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan agamanya. Akan tetapi Rasulullah memberatkan agar agama menjadi keutamaan.

Ada kalanya orang memilih pasangan kerana kecantikan dan kekayaan sehingga mereka lupa bahawa kecantikan dan harta bersifat sementara. Begitu juga dengan keturunan dan nasab tidak selamanya menjamin kebahagiaan.

Oleh sebab itulah, Rasulullah menyuruh memilih pasangan kerana agama sebab kekurangan dalam rupa, harta dan nasab atau keturunan akan disempurnakan oleh agama.

Wanita yang beragama akan timbul di wajahnya kecantikan yang lahir dari jiwanya dan menyinari segenap tubuhnya, bukan kecantikan palsu yang diselaputi solekan.

Wanita yang beragama juga akan melahirkan sifat qana'ah, iaitu berasa cukup dengan yang mereka miliki dan tidak terlalu memaksa diri untuk mencapai sesuatu. Sifat inilah yang dikatakan oleh ahli tasawuf dengan kekayaan yang sebenarnya.

Agama pula membezakan seorang manusia dengan manusia yang lain, bukan kerana keturunan dan kedudukan seperti firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya
orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling takwa."

Oleh itu, keluarga yang dibina atas dasar agama ini akan memiliki matlamat yang jelas.

Bagi mereka, hidup di dunia ini hanyalah satu jalan menuju kehidupan akhirat yang abadi sehingga apa pun yang mereka lakukan dalam keluarga itu tidak keluar daripada tujuan asal untuk mencipta keluarga sakinah yang diredai Allah dan berjuang untuk menegakkan agama Allah dalam semua aspek kehidupan mereka.

Dalam keluarga Islam, hubungan yang dihalalkan melalui pernikahan itu bukan sekadar memenuhi hawa nafsu semata-mata tetapi ia satu ibadah yang bertujuan melahirkan generasi atau zuriat yang soleh.

Keluarga yang soleh ini akan melahirkan masyarakat yang soleh dan akan menjadi asas bagi negara yang soleh, bertamaddun dan berwawasan. Konsep pernikahan seperti inilah yang membezakan manusia dengan haiwan.

Salah satu cara terbaik ialah dengan menanamkan kesedaran kepada masyarakat
mengenai hakikat atau falsafah pernikahan dalam Islam sebagai alat mencipta keluarga sakinah, bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat semata-mata.

Pengisian nilai-nilai agama sangat diperlukan dalam sebuah keluarga agar memiliki matlamat yang jelas dalam mengisi sebuah perkahwinan.





-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

insaf
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.07.2004
Ahli No: 9787
Posting: 122
Dari: Bumi Allah

Kedah  


posticon Posting pada: 21-12-04 21:26


syukran jazilan ummimq...


Bookmark and Share

    


  Member Information For insafProfil   Hantar PM kepada insaf   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-12-04 22:34




masya allah... beruntungla si isteri itu.

-----------------
Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

mahadir
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 768
Posting: 69

Johor  


posticon Posting pada: 21-12-04 22:47


bukan senang nak dapat suami yang macam tu sekarang......

Bookmark and Share

    


  Member Information For mahadirProfil   Hantar PM kepada mahadir   Quote dan BalasQuote

insaf
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.07.2004
Ahli No: 9787
Posting: 122
Dari: Bumi Allah

Kedah  


posticon Posting pada: 21-12-04 22:51


hmm...betul tu...susah nak cari lelaki yg baik sekarang...bukan tak der tapi susah nak cari....bagaikan permata di celahan kaca...

Bookmark and Share

    


  Member Information For insafProfil   Hantar PM kepada insaf   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 21-12-04 22:59



Bagai rambut di dalam tepung....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

ismi_insan
Warga Rasmi
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13223
Posting: 7
Dari: dari sini kesana

Perak  


posticon Posting pada: 29-12-04 09:55


Bukan semua orang boleh faham diri kita
Sebab hati kita dan hati mereka lain
Memang rambut sama warna
Tapi itu dulu..
Sekarang rambut dah banyak warna
Hati pula apatah lagi
Susah nak bagi orang faham kita
Tapi kalau kita tak cuba faham mereka
Macam mana orang nak cuba faham kita
Semuanya bergantung pada diri kita sendiri
Memang susah kita nak faham
Kalau kita tak berusaha untuk memahami
Tapi, kalau dah faham..
Jangan buat2 tak faham!

lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik..insyaAllah ana ingin jadi wanita yang baik..

-----------------
"perjuangan itu pahit tapi syurga itu manis"

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_insanProfil   Hantar PM kepada ismi_insan   Quote dan BalasQuote

ash_wl
Warga Rasmi
Menyertai: 07.01.2005
Ahli No: 13598
Posting: 13
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-01-05 21:30


.....

dis is a great story....
Semoga ramai r yg dikurniakan suami mcm tu insyaallah...

So guyz...xnk amik iktibar ker???hehehehe

Wallahualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ash_wlProfil   Hantar PM kepada ash_wl   Quote dan BalasQuote

aierah_me
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.08.2004
Ahli No: 10685
Posting: 252
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-01-05 21:56


Betul ler crite ni mcm crite yg sy dah dapat dulu tp critenye mengenai isterinya yg seorg doktor dan suaminya seorg kunselor.Apa2pun thanks for posting ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For aierah_meProfil   Hantar PM kepada aierah_me   Pergi ke aierah_me's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.130357 saat. Lajunya....