Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Naikkan layar anda sekaki, anda akan mendapat angin sepuluh kaki
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 6 hari yang lalu
lidah-penghunus: 8 hari yang lalu
muslimin23: 16 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: RENUNGAN BUAT MUSLIMAHKU....DUNIA BKN SYURGA..


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» RENUNGAN BUAT MUSLIMAHKU....DUNIA BKN SYURGA..

Please Mendaftar To Post


Oleh RENUNGAN BUAT MUSLIMAHKU....DUNIA BKN SYURGA..

TengkuHaiqal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.11.2004
Ahli No: 12640
Posting: 251
Dari: Edinburgh...Scotland,UK

uk   avatar


posticon Posting pada: 16-12-04 08:57


Kata orang "bila dah sayang, semuanya indah
belaka".Dengan perkataan
lain , sesuatu yang indah itu tidak dapat diukur
dengan satu alat
pengukur, seperti kata orang alam ini indah,
bergantung kepada rasa
dan pandangan masing-masing, bergantung kepada rasa
dan pandangan
orang yang mengatakannnya.Oleh itu sesuatu yang
indah, ukurannya
terletak kepada orang yang bersangkutan sahaja.

Jika seseorang itu tergoda dengan seorang perempuan
dan merasakan
bahawa perempuan itu amat cantik tetapi adalah
mungkin orang lain
tidak merasakan sedemikian.Oleh kerana itu pemuja
kecantikan adalah
fitnah dan memburunya akan membuka jalan-jalan fitnah
yang lain.

Antara para penyair dan para solihin serta muttaqin
mereka tidak
sependapat dalam memandang dan menilai sesuatu objek
yang indah,
namun kedua-dua golongan ini sependapat bahawa
keindahan itu adalah
sesuatu yang menarik dan disukai.Titis embun yang
melekat pada
bebungaan , oleh penyair boleh dianggap sesuatu hal
yang indah yang
diciptakan sedemikian rupa olah kuasa langit.Manakala
bagi para
solihin dan muttaqin memandang akan hal itu sebagai
bukti bahawa
tumbuhan juga berzikir dan beribadat kepada
Khaliknya…Seperti inilah
pandangan dan penilaian seseorang terhadap keindahan
bergantung
kepada penerimaan hati dann perasaan seseorang.

Berbicara soal keindahan sebenarnya kita tidak dapat
menyangkal
pengertian keindahan yang terdapat pada diri wanita
dan daya tarikan
yang ada pada mereka.Ramai penyair yang tertarik
dengan suara
wanita, terkadang mereka tenggelam memuji dan memuja
wanita.Lihat
sajalah lirik-lirik lagu yang banyak memuji
kecantikan seseorang
wanita, sedang Islam menegaskan bahawa suara wanita
itu adalah aurat
yang mesti ditutup dengan diam, kerana suara mereka
kunci hati
lelaki yang dapat membuka pintu untuk pelbagai
fitnah.

Kerana sebab yang sama, Allah melarang perempuan
melembutkan suara
mereka di hadapan lelaki, sebab suara yang demikian
akan mengundang
reaksi yang tidak baik di hati lelaki yang mengidap
penyakit.Yang
dimaksudkan dengan hati yang sakit ini bukanlah
kerana urat-urat
darah yang tidak berjalan lancar atau radang
paru-paru yang
selainnya daripada penyakit jasmani(fizikal), akan
tetapi ia adalah
hati yang dihuni oleh penyakit syahwat, yang apabila
ada sedikit
sebab sahaja ia pun bergelora dan terangsang ingin
menerkam sahaja.

Kalau mata suka memandang kepada sesuatu yang indah
dan molek,
telinga pula suka mendengar suara atau bunyi yang
merdu dan manja
serta sedap didengar.Buktinya lihat sahajalah
bagaimana perhatian
lelaki apabila mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan
oleh penyanyi
perempuan.

Ramai lelaki yang menghafal banyak senikata lagu
tetapi tidak boleh
menghafal bacaan sembahyang.Seorang penyair buta,
Basyar bin Baroh
bermadah, "Wahai teman, cinta bukan milik sebahagian
orang, cinta
bukan bagi orang yang celik sahaja tapi ia juga
dimiliki oleh orang
yang dapat mendengar kerana telinga lebih dahulu
mencintai daripada
mata".

Jadi fitnah yang ditimbulkan oleh suara itu tidak
terbatas hanya
pada suara penyanyi perempuan sahaja tetapi ianya
juga boleh timbul
daripada semua suara perempuan.Sehingga ketika dalam
solat pun
wanita tidak boleh mengangkat suara sekiranya imam
(imam lelaki)
tersalah bacaannya tetapi disuruh menepuk tangan
sahaja.Suara wanita
itu ditakuti mengganggu kekusyukan orang
lain.Sesungguhnya, nabi
Muhammmad SAW telah memperingatkan fitnah suara
wanita ini dengan
sabdanya:
" Sesiapa yang duduk mendengar suara perempuan
menyanyi pada hari
kiamat kelak telinganya akan disumbat dengan ini
(benda
cair)".Kerana biasanya lagu itu akan menggerakkan
nafsu yang ada
dalam hati seseorang dan ini akan menghalang
seseorang itu daripada
mengingati Allah dan bersembahyang.Kemudian
membuatkan seseorang itu
suka kepada perkara-perkara yang haram.Bergurau senda
dengan
perempuan adalah satu sebab paling kuat untuk
mendengar suara
mereka , suara yang menjadi pesona luar biasa bagi
lelaki.

Kerana tertariknya mereka kepada suara perempuan maka
mereka
memandangnya sebagai satu perkara yang harus
dipuja.Apakah hal ini
bukan fitnah namanya? Kebanyakan wanita setiap kali
bercakap akan
diikuti dengan senyuman.Ini adalah adat
mereka.Dengan cara ini
berangkali mereka merasa harga diri mereka
terjaga.Ini juga fitnah
yang dahsyat.

Sekarang kita berpindah dari fitnah suara dan
perkataan kepada
fitnah mata dan pandangan, dari fitnah yang boleh
bercakap kepada
fitnah bisu.Adakalanya kebisuan itu lebih bermakna
daripada ratusan
kata-kata.Ada sesetengah perempuan gemar bercakap
dengan lelaki,
mereka tidak merasakan ianya satu kesalahan.Di
samping bercakap
dengan mulut, mereka juga bercakap dengan pandangan
dan isyarat mata.

Ada juga wanita yang tidak gemar bercakap dengan
lelaki, cukup
dengan pandangan mata mereka sahaja.Rupa-rupanya
kepandaian bercakap
dengan mata ini adalah sifat yang dimiliki oleh semua
wanita.Tidak
ada pengecualian antara mereka yang pemalu atau
tidak.Hubungan
antara mata dan hati adalah hubungan yang tidak dapat

disembunyikan.Apa yang terdetik di hati, akan
kelihatan di mata.

Di dalam al-Quran telah digambarkan bahawa selamanya
hati dengan
mata mempunyai hubungan yang rapat.Allah mengatakan
bahawa setiap
yang tersembunyi di relung hati dan yang terkandung
pada mata adalah
jelas dengan ilmuNya.Firman Allah yang bermaksud:
"Allah mengetahui pengkhianatan mata dan apa yang
tersembunyi di
dalam hati".

Yang menjadi fitnah bukanlah kerana mata perempuan
itu indah dan
mempersonakan sahaja, bukan pula kerana perempuan itu
mempunyai bulu
mata yang panjang dan alis yang lentik sehingga mudah
menerobos ke
dalam tanpa izin , bukan pula kerana anak mata hitam
pekat berkilat
atau kebiru-biruan.Yang sebenarnya fitnah itu adalah
kemampuan
wanita itu menggunakan matanya dalam menyatakan
keinginan hatinya,
melontarkan pandangan yang lembut seolah-olah ia
mengajak dan
memanggil lelaki.

Agar tidak terpengaruh oleh kecantikan dan pesona
mata perempuan ,
Islam menyuruh supaya jangan memandang mereka dengan
arahan supaya
kaum muslimin dan muslimat agar menundukkan pandangan
mereka.Kerana
memandang sesuatu yang menarik hati akan mudah jatuh
cinta
kepadanya.Demikian juga kaum wanita, diperintah agar
tidak memandang
kaum lelaki dan mengelakkan diri daripada dipandang
oleh lelaki.Oleh
kerana itu, dia sendiri merupakan fitnah yang
berganda.Pertamanya,
kecantikannya akan menggoda hati lelaki dan keduanya
pandangan
matanya mengisyaratkan apa yang diingini hatinya.

Perempuan juga memiliki kuasa sakti yang menggoncang
perasaan lelaki
dengan hanya melepaskan pandangannya kepada
lelaki.Dengan matanya
perempuan boleh menundukkan lelaki dan jatuh cinta
kepadanya.Tidak
ada hati lelaki yang tidak luluh apabila perempuan
memandangnya
dengan mata yang bercahaya penuh kerinduan atau
dengan mata yang
digenangi air mata.Sepasang mata perempuan adalah
fitnah.

Adakalanya ia menggunakannya dengan pandangan yang
lembut dan
jernih, adakalanya dengan lelehan air mata.Dengan
kedua-dua cara ini
mereka boleh mencapai hasrat mereka.Kata orang ,
fitnah yang timbul
dari mata dan suara sama-sama merbahaya kerana
perempuan tahu mereka
memiliki kedua-dua senjata ini.Mereka kadang-kadang
tidak memakainya
kepada yang disuruh iaitu suami mereka tetapi
menggunakannya untuk
lelaki lain.

Oleh itu Islam melarang mereka memandang benda-benda
haram seperti
wanita memandang lelaki ajnabi dan juga sebaliknya
kerana pandangan
itu lamanya cuma satu atau dua saat tetapi kesannya
kekal di dalam
hati sepanjang hayat.

Salah satu yang menarik perhatian lelaki pada diri
seseorang
perempuan adalah dandanan rambutnya.Perempuan tahu
akan hal ini.Oleh
itu perempuan berusaha menyisir dan membentuk rambut
mereka supaya
lebih menarik minat dan perhatian kaum
lelaki.Selalunya perempuan
berhias itu adalah bertujuan untuk mempamerkan
kecantikannya
terutama kepada lain jantina dan ia merasa megah
apabila dipuji oleh
lain jantina akan kecantikannya itu.

Apabila suara wanita yang lembut dan intonasi yang
sedap didengar
mampu menggetarkan hati lelaki, mata yang dicelak
dapat menundukkan
hati lelaki maka rambut yang cantik dapat menawan
hati lelaki.

Oleh kerana itu Islam mewajibkan kaum wanita memakai
hijab..menutup
aurat.Dengan menutup aurat maka kaum wanita akan
terpelihara
daripada dosa dan noda serta fitnah, juga ia
meletakkan wanita pada
tempat yang selamat dari penglihatan kaum lelaki yang
ada penyakit
di dalam hatinya.Rasullullah bersabda yang bermaksud,
"Ada dua
golongan yang bakal menghuni neraka di mana belum
pernah aku
melihatnya, iaitu golongan yang memiliki cambuk
seperti ekor lembu,
mereka memukul wanita dengannya dan wanita yang
berpakaian seperti
telanjang , memereng-merengkan kepalanya seperti
bonggol unta.Mereka
ini tidak masuk syurga, tidak mencium bau syurga dan
sesungguhnya
bau syurga itu boleh dicium dari jarak yang sangat
jauh".

Sesungguhnya kita sebagai wanita muslimah yang
mempunyai agama dan
maruah diri, janganlah kita melakukan sesuatu untuk
memuaskan nafsu
semata-mata, tetapi ingatlah bahawa hidup di dunia
ini hanyalah
sementara sedang yang kekal hanyalah Allah dan
kehidupan yang kekal
adalah kehidupan akhirat yang mana telah dijanjikan
oleh Allah SWT
kenikmatan syurga yang tiada tolok bandingnya bagi
orang-orang yang
beriman dan beramal soleh.Insya-Allah…

Bookmark and Share

    


  Member Information For TengkuHaiqalProfil   Hantar PM kepada TengkuHaiqal   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 16-12-04 09:53





renunglah......

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-12-04 17:03




emm.. ada ruangan lain yg lebih sesuai utk topik ini... ape2 pun, mmg sesuai utk difikirkan oleh semua...

-----------------
Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

pena_sufi
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3377
Posting: 372
Dari: bumi waqafan Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-12-04 08:25



syukran ya akhi...ana akan ingat nasihat2 ni... sebenarnya inilqh kelebihqn wanita yang akhirnya menjadi kelemahannya sendiri...
wallahualam

-----------------
Mahabbah Mawaddah Lil Ukhwah Fillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For pena_sufiProfil   Hantar PM kepada pena_sufi   Quote dan BalasQuote

KhairulMuna
Warga Rasmi
Menyertai: 18.12.2004
Ahli No: 13124
Posting: 1

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-12-04 10:03


Allhamdulilah...............

Bookmark and Share

    


  Member Information For KhairulMunaProfil   Hantar PM kepada KhairulMuna   Quote dan BalasQuote

jannahsyurga
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.09.2004
Ahli No: 10994
Posting: 35

Terengganu  


posticon Posting pada: 18-12-04 10:25


Cantik wanita kerana kejernihan wajah,manis wanita kerana senyuman indah,ayu wanita kerana keserdahanaan lahiriah,hebat wanita kerana kesabarandan mulia wanita kerana keimanan yang TEGUH!

Bookmark and Share

    


  Member Information For jannahsyurgaProfil   Hantar PM kepada jannahsyurga   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101078 saat. Lajunya....