Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Elakkanlah dirimu dari berhutang kerana hutang itu akan menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam
-- Luqman Al-Hakim

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 49
Ahli: 0
Jumlah: 49




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 6 hari yang lalu
lidah-penghunus: 8 hari yang lalu
muslimin23: 16 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Kurang tidur boleh tambah berat badan


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Kurang tidur boleh tambah berat badan

Please Mendaftar To Post


Oleh Kurang tidur boleh tambah berat badan

insaf
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.07.2004
Ahli No: 9787
Posting: 122
Dari: Bumi Allah

Kedah  


posticon Posting pada: 15-12-04 22:22


CHICAGO: Sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat cuba mencabar tanggapan yang menyatakan tidur yang kurang menyebabkan individu mudah kurus apabila mendakwa amalan itu sebaliknya boleh menambah berat badan seseorang.

Sejak bertahun lamanya, pakar berat badan menekankan kepentingan mengambil makanan berkalori rendah dan senaman yang secukupnya.

Namun, kajian terbaru Universiti Chicago menunjukkan faktor ketiga bagi mengawal berat badan - mendapat tidur yang secukupnya pada waktu malam.

Malah, dua kajian yang disiarkan semalam mendapati, sukarelawan yang terbabit dalam penyelidikan dengan tidak mendapat tidur mencukupi, mempunyai sejenis hormon yang kadarnya tinggi dan mencetuskan rasa lapar.

Mereka juga dikesan mempunyai sejenis hormon pada paras rendah yang menyebabkan seseorang itu berasa kenyang.

“Sehubungan itu, kami mengesyorkan mana-mana program pengurangan berat badan turut memasukkan faktor mendapat tidur yang secukupnya sebagai salah tips berguna,” kata pakar tidur universiti berkenaan, Dr Esra Tasali, yang turut terbabit menghasilkan kajian itu.

Satu kajian membabitkan 18,000 dewasa yang dikeluarkan bulan lalu oleh Pertubuhan Kajian Obesiti Amerika Utara mendapati, mereka yang menikmati tidur kurang empat jam semalam, adalah 73 peratus lebih mudah untuk obese atau gemuk berbanding mereka yang tidur tujuh hingga sembilan jam lamanya.

Kajian terbaru yang dikeluarkan semalam turut menemui hasil hampir sama apabila membabitkan penyelidikan ke atas 1,024 sukarelawan.

Daripada jumlah, 14.9 peratus responden yang tidur hanya lima jam mencatatkan hormon ghrelin yang meningkatkan selera makan.

Mereka yang kurang tidur turut mencatat penurunan hormon leptin yang menyebabkan seseorang itu berasa kenyang.

Dalam kajian itu, penyelidik mendapati tahap optimum tidur bagi tujuan mengawal berat badan adalah purata 7.7 jam.

“Tindakan mengurangkan waktu tidur hanya membuatkan selera makan meningkat dan makan berlebihan.” – Agensi

Bookmark and Share

    


  Member Information For insafProfil   Hantar PM kepada insaf   Quote dan BalasQuote

farabi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2004
Ahli No: 9005
Posting: 247
Dari: kelana jaya

Pahang  


posticon Posting pada: 18-12-04 17:23


ALAMAK.....BETUL KE?????
BAHAYA NI...

-----------------
WARDAH.....SALAM UKHWAH UNTUK SEMUA

Bookmark and Share

    


  Member Information For farabiProfil   Hantar PM kepada farabi   Pergi ke farabi's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 18-12-04 18:07


betul. sokokng 100%

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

MuSaFiR_SaYYaFF
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 905
Posting: 572
Dari: Daerah Perjuangan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-12-04 02:38


Salam Alaik?

Betul ke? Whateva.. Tidur ulamak adalah tidur yang terbaik.

Tidur sekejap dan lena beberapa minit sebelum masunknya waktu Zuhr. Tidur malam pula hanya 2,3, atau 4 jam. Lazimnya, ulama tidak pernah tidur lebih dari 4 jam.

Takda sikit pun menjejaskan aktiviti mereka kerana tidur yang sikit ni. Kenapa? malam mereka dipenuhi dengan amal ibadat yang menjadi tenaga zahir dan batin mereka.

Dari segi saintifiknya ana tak tahu. Cuma inilah tidur yang diamalkan Rasulullah SAW. Tidur yang pendek kerana malamnya dipanjangkan dengan ibadah.

Pada ana sendiri, bila tidur lama.. makin liat nak bangun. Tidur sekejap, o rite semuanya! Yg ptg ana buat qailullah lah.

wallahua'lam

p/s: yg pasti kat rumah skrg tidur tak bangun2.. terlebih tidur.. aiseeyy.. prob laa cam ni.

-----------------
Genggam bara api, biar sampai jadi abu!

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuSaFiR_SaYYaFFProfil   Hantar PM kepada MuSaFiR_SaYYaFF   Pergi ke MuSaFiR_SaYYaFF's Website   Quote dan BalasQuote

Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-12-04 10:16


tanggapan ana selama ni tersilaplah..ana ingat tidur tak cukup menyebabkan kita kurus...tersalah tanggapan..apapun terima kasih dengan maklumat itu


Bookmark and Share

    


  Member Information For Faryzan_IslamicProfil   Hantar PM kepada Faryzan_Islamic   Pergi ke Faryzan_Islamic's Website   Quote dan BalasQuote

insaf
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.07.2004
Ahli No: 9787
Posting: 122
Dari: Bumi Allah

Kedah  


posticon Posting pada: 29-12-04 22:45


hmm...pasal tidur Rasulullah dan para ulama tu lain......baginda dan sahabat tidur pastu buat qiamullail...buat ibadah....dan Rasullullah jaga pemakanan Rasullullah....yg jadi masalah zaman skarang ni lain.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For insafProfil   Hantar PM kepada insaf   Quote dan BalasQuote

jannahsyurga
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.09.2004
Ahli No: 10994
Posting: 35

Terengganu  


posticon Posting pada: 31-12-04 21:54



Thankds 4 de info....

Bookmark and Share

    


  Member Information For jannahsyurgaProfil   Hantar PM kepada jannahsyurga   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.103537 saat. Lajunya....