Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Makin lama kita fikirkan sesuatu, makin malas kita nak buat sesuatu

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 146
Ahli: 0
Jumlah: 146




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Jutawan Senyap-Siapakah mereka?


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Jutawan Senyap-Siapakah mereka?

Please Mendaftar To Post


Oleh Jutawan Senyap-Siapakah mereka?

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-12-04 10:17


Takrif jutawan adalah sesiapa saja yang memiliki wang dlm bank atau asset yang mudah cair bernilai RM1 juta atau lebih yang diperolehi drpd hasil usaha sendiri. Pada masa yg sama tidak mempunyai hutang/liability yg mencecah RM100,000.

Mereka ini ada yg buta huruf, bersekolah setakat darjah 6, ada yg janda atau ibu tunggal. Perniagaan yg mrk jlnkan adalah drpd perniagaan yg tidak ada “class”. Rata2 mrk ini jenis suka merendah diri. Mereka sebenarnya, tidak menyangka akan menjadi jutawan krn mrk tidak kisah tentang itu. Apa yg mustahak bagi mrk ialah menjalankan perniagaan mrk dgn betul, tekun, konsisten dan bersungguh-sungguh.

Mereka yakin dgn bumi yg dipijak dan percaya dgn langit yg dijunjung. Mereka bertekad dgn usaha dan perniagaan yg sedang digarap. Ironinya, sewaktu kita sedang berhempas pulas mencari dan membaca buku2 motivasi, bertungkus lumus membongkar dan menggali rahsia b/mana menjadi kaya, sewaktu kita tercari-cari jln pintas utk menjadi jutawan-mrk si pengusaha kecil itu telah membina kejayaan dan kekayaan senyap-senyap.

Mereka terus berusaha dgn konsisten sehingga melepasi had kelayakan jutawan tanpa mrk sedar dan tanpa kita tahu. Ya! Mereka inilah JUTAWAN SENYAP! Membina kekayaan dgn falsafah sang penyu.-naik ke darat utk bertelur dgn susah payah di waktu mlm. Merangkak & menggali pasir. Tiada siapa yg tahu. Bertelur ratusan biji, ditimbusnya telur2 itu lalu ia pun senyap2 pulang ke laut juga tiada siapa yg tahu. Hanya air mata mengiringi kedatangan & kepulangan sang penyu. Bukan spt ayam kampong, bertelur sebiji pukul canang satu negeri.

Mereka tidak tersenarai dlm 100 org terkaya Malaysia krn pihak Editorial Malaysian Business tidak mempunyai sumber utk menilai mrk. Sykt mrk tidak tersenarai di BSKL atau MESDAQ, sekadar berdaftar di ROB atau ROC.

Malah kisah mrk tidak pernah terpapar di mana2 majalah, akhbar, radio atau TV. Tak siapa berminat mewawancara atau mendekati mrk ini krn mrk tidak tahu siapa mrk sebenarnya. Apabila anda bertemu dan berkenalan dgn JUTAWAN SENYAP anda tidak akan tahu yg dia sebenarnya adalah seorang JUTAWAN. Hanya setelah berkenalan rapat utk sekian lama, melalui penilaian dan pemerhatian anda sendiri, barulah anda dpt membuat kesempilan…..’Eh…kalau aku congak-congak, dia ni seorang jutawan….senyap aja’.

Menjadi jutawan tidak ternama dan tidak terpandang lebih bererti berbanding menjadi jutawan terkenal dan sensasi. Sbg jutawan senyap, mrk bebas singgah di mana2 warung utk mkn atau minum tanpa dikenali. Janganlah kita bangga makan burger, steak dan pizza tetapi dikalahkan oleh jiran sendiri yg pendiam, sekolah setakat darjah enam, masih mkn cencaluk dan pekasam dan tiba2 pd suatu hari pulang memandu Mercedes model terkini berwarna hitam. Jiran kita itu sebenarnya adalah seorg JUTAWAN SENYAP.

p/s: Artikel ini telah diolah drpd buku Jutawan Senyap oleh Chef Li.


Suhaimi Hj Abd Karim
Student of Millionaire
[email protected]
Supplier for Jus Mengkudu, Jus Cenkudu, Kopi Cenkudu, Spirulina, Kordial Mengkudu, Ubat Gigi Cenkudu, Tea Cenkudu, Syampu & Gel Mandian Cenkudu.

[ Posting ini telah di edit oleh: suhaimi_sr pada 2004-12-15 10:24 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 15-12-04 16:57





artikel menarik untuk renungan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

centric
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2004
Ahli No: 7819
Posting: 335

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-12-04 16:44




Ana dah baca buku ni tapi belum habis lagi. Quite interesting.

Bookmark and Share

    


  Member Information For centricProfil   Hantar PM kepada centric   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 17-12-04 17:28


Habis, ada jutawan bising ke? Biasanya sesuatu itu berlawan: ada bank islam, ada bank kafir, ada ekor haram, ada ekor halal. Ada jutawan senyap, ada jutawan bising.

Yang jutawan bising tu jenis bagaimana? Oooooo jenis yang "Tong Kosong" -- tong kosong bunyinya kuat.

Selama hidup ini selalu bertemu kontras:

1. Yang mengaku kaya sebenarnya miskin
2. Yang perasan cantik, awet muda, sebenarnya hodoh, awet tua
3. Yang selalu cakap besar rupanya penakut
4. Yang perasan diberi perhatian rupanya sibuk mencari perhatian

Selama ini pun tak pernah bertemu orang yang bising mengaku jutawan. Ramai berkawan dengan jutawan yang tinggal di rumah bernilai RM2 - 3 juta (Tropicana ke, Kelab Golf Shah Alam ke) tetapi sekelumit pun tak pernah mengaku atau bising dirinya jutawan.

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 17-12-04 17:58





lebih baik jadi jutawan besi buruk...hidup selekeh..tapi jutawan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 18-12-04 12:50


Jutawan besi buruk....besi buruk jugak
Besi buruk dapat mana?
"Balas" motosikal orang ker?
Jangan camtu ek?

Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100799 saat. Lajunya....