Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Raja yang setia pada dayang2 yang hanya inginkan kerusi empuk di singgahsana bukan sahaja akan meruntuhkan seluruh istana bahkan seluruh takluk jajahannya...
-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 156
Ahli: 0
Jumlah: 156




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 12 jam, 31 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: Rugilah kalau buta gurau


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» Rugilah kalau buta gurau

Please Mendaftar To Post


Oleh Rugilah kalau buta gurau

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-12-04 12:35


Anda pernah bergurau dengan pasangan anda? Apa? Tidak pernah? Jadi, bagaimana gaya tiap seorang? Paling muka, masam, muncung, macam patung? Alahai, rumah tangga orang cemerlang dan gemilang adalah rumah tangga yang dihiasi keceriaan. Gelak tawa itu melambangkan kesukaan, keceriaan dan kegembiraan. Mana mungkin anda mengaku bahagia sedang mulut teramat berat untuk dibentuk sebagai senyuman?

Rumah tangga yang tidak dihiasi gurau senda dan tertawa ria ibarat tanah kuburan. Cuba lalu di tanah perkuburan. Bolehkah anda tertawa, tersenyum? Jika boleh... ah, susah nak komen.

Pada suatu Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada Abdullah bin Jabir yang sedang gembira sakan. Kata Jabir, “Aku dah berkahwin ya Rasulullah dan perkahwinan ini mengubat kesunyian di hatiku.”

“Dengan siapa kamu berkahwin? Dengan anak dara atau janda?” tanya Nabi s.a.w.

Jelas Jabir, “Dengan Janda.”

Rasulullah s.a.w. bertanya, “Kenapa kamu tidak berkahwin dengan anak dara? Kerana berkahwin dengan anak dara akan memudahkan kamu bergurau senda.”

Nah, jika pasangan anda asalnya anak dara, anak patut bergurau senda selalu dengannya. Jika janda anda lebih-lebih patut bergurau senda dengannya.

Daripada kisah ini kita diberitahu supaya memperbanyakkan bergurau senda untuk menceriakan rumah tangga. Gurau senda akan mengikat persefahaman seterusnya kasih sayang. Tak percaya ya? Tak patut tak percaya. Kalau tak sungguh tentu Nabi s.a.w. tak bersabda. Malah kalau rajin menyemak sirah Nabi s.a.w. anda akan dapati Nabi s.a.w. cukup banyak bergurau senda dengan isteri-isteri baginda.

Sabda Nabi s.a.w. lagi, “Sesiapa yang berkahwin, sesungguhnya dia telah melengkapkan separuh imannya maka bertakwalah kepada ALLAH (bagi melengkapkan separuh bakinya).”

Kata Iman al-Ghazali, “Yang dimaksudkan dengan baki 50% itu ialah jihad. Berkahwin itu ialah jihad, dan latihan jihad itu ialah menunaikan hak-hak keluarga, mentadbir, bersabar dengan telatah dan budi pekerti pasangan, memimpin ke jalan yang baik, berjuang mencari rezeki yang halal dan mendidik anak-anak.”

Saya ingin menambah, “Menceriakan kehidupan.”

Mana mungkin ceria tanpa bahagia. Mana mungkin bahagia tanpa gurau senda. Mana mungkin boleh bergurau senda tanpa persefahaman. Mana mungkin kesemuanya itu jika tanpa cinta dan kasih sayang. Bukankah kesemuanya itu saling bersatu?

Terdapat secebis kisah tentang seorang sahabat yang anti dengan perkahwinan. Dia bukan sahaja nekad tidak mahu berkahwin bahkah tidak nampak perkahwinan boleh memberi keuntungan padanya. Mungkin dia lebih melihat beban yang terpaksa dipikul.

Suatu malam dia pun bermimpi. Dalam mimpinya itu dia nampak anak-anak kecil sibuk memberi air minum kepada orang ramai yang kehausan di sebuah taman syurga. Bila sampai gilirannya, anak-anak kecil itu berlalu saja, dia tidak diberi minum. Dalam kebingungan dia diberitahu tidak tersenarai antara penerima minuman kerana tidak seorang pun dari kalangan anak kecil itu adalah anaknya.

Jika anda sudah berkahwin, tiada jalan berpatah balik untuk kembali bujang. Hidup perlu diteruskan. Lebih baik hidup dengan penuh rela dan ceria daripada masam dan tak suka. Jadi, bergurau-guraulah untuk mencerahkan hidup.

Apa? Tak tahu macam mana nak bergurau. Tak tahu apa yang nak diguraukan? Okey, cuba ceritakan kisah ini kepada pasangan anda.
Empat orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak. Kemudian keluar jururawat dan memberitahu kepada ayah pertama, “Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua.”

Ayah pertama melompat gembira. “Mungkin satu kebetulan, saya bekerja di Twin Star Enterprise.”

Kemudian keluar pula jururawat lain dan memberitahu kepada ayah kedua, “Tahniah, awak mendapat anak kembar tiga.”

“Wou,” katanya melonjak gembira. “Kembar tiga? Mungkin satu kebetulan. Saya kerja di 3E Corporation.”

Keluar pula jururawat lain dan memberitahu ayah ketiga. “Tahniah, isteri awak dapat kembar empat.”

“Alhamdulillah,” kata ayah ketiga sambil meraup tangan ke mukanya. “Mungkin satu kebetulan. Saya kerja di Four Season Hotel.”

Pada masa ini ayah yang keempat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah sekali. Kesemua ayah yang menunggu pun bertanya, ”Kenapa risau sangat?”

Ayah keempat itu menjawab, “Saya kerja di Seven-Eleven.”

Masih tak ketawa? Senyum pun tidak? Oooo, ruginya...
Cendekiawan berkata, “Pudarlah kebahagiaan seorang wanita/lelaki jika dia tidak mampu menjadikan suami/isterinya teman yang termulia.”

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

juwariah
Warga Rasmi
Menyertai: 12.12.2004
Ahli No: 13016
Posting: 15
Dari: malaysia

Melaka  


posticon Posting pada: 15-12-04 09:16


satu kisah yg menarik

Bookmark and Share

    


  Member Information For juwariahProfil   Hantar PM kepada juwariah   Pergi ke juwariah's Website   Quote dan BalasQuote

telekung
Warga 5 Bintang
Menyertai: 28.07.2003
Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-12-04 09:40


memang indah hidup penuh dgn gurauan....hari2 yg dilalui rs bahagia sgt...sy suke gurau ngn mak....tiap kali balik rumah ade j idea nakal kami nk kenekan ant satu sama lain...

p/s: suke tgk org gembira....

Bookmark and Share

    


  Member Information For telekungProfil   Hantar PM kepada telekung   Quote dan BalasQuote

themartyr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.12.2004
Ahli No: 13027
Posting: 179
Dari: Dataran Syam

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-12-04 21:11


Senyuman yang paling manis ialah senyuman seorang isteri yang solehah.

-----------------
Kenapa kita selalu lupa pada-Nya?
Kenapa kita selalu lemah mempertahankan-Nya?
Kenapa kita tidak mampu menjadi hamba yang taat pada-Nya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For themartyrProfil   Hantar PM kepada themartyr   Pergi ke themartyr's Website   Quote dan BalasQuote

casper
Warga 1 Bintang
Menyertai: 13.12.2004
Ahli No: 13023
Posting: 24

jordan  


posticon Posting pada: 16-12-04 04:18


indah nya senyuman isteri solehah

Bookmark and Share

    


  Member Information For casperProfil   Hantar PM kepada casper   Quote dan BalasQuote

sheikhLUTHFI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3412
Posting: 173
Dari: 'AQaBA,jORDAN

jordan  


posticon Posting pada: 16-12-04 09:58




ana suke bergurau sbb boleh CERIA org lain

-----------------
CINTAKU hanya milik ALLAH
KASIHKU hanya milik yg berhak

Bookmark and Share

    


  Member Information For sheikhLUTHFIProfil   Hantar PM kepada sheikhLUTHFI   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.152885 saat. Lajunya....