Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang dihina semakin mulia. Yang menghina semakin terhina. Selalunya begitu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 75
Ahli: 0
Jumlah: 75




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 22 jam, 5 minit yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: Jadilah suami yang membahagiakan isteri


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» Jadilah suami yang membahagiakan isteri

Please Mendaftar To Post


Oleh Jadilah suami yang membahagiakan isteri

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-12-04 12:14


Ramai sungguh lelaki yang mengabaikan isterinya, tetapi tentu lebih ramai yang baik, bertanggungjawab dan amat pengasih. Sayangnya yang sedikit ini selalu merosakkan nama baik kaum lelaki seluruhnya.

Manakan tidak, kisah rumah tangga bahagia tidak mendapat tempat di dada akhbar tetapi kalau kes isteri didera suami memang menjadi isu hingga berhari-hari.

Saya sebagai lelaki, menyeru anda para lelaki menghargai pasangan anda. Jadilah orang yang bertanggungjawab dan menghiburkan. Kita usah jadi orang yang menghancurleburkan kehidupan orang lain, sebab penggantungan wanita memanglah pada lelaki, itulah kita.

Anda dinilai pada keupayaan membahagiakan bukan apa yang boleh anda sediakan. Wanita lebih memerlukan belaian sayang daripada semua bentuk kekayaan berupa benda, meskipun itu semua amat didambakan oleh mereka.

Lelaki yang kuat adalah lelaki yang boleh dibuat penggantungan, sebaliknya lelaki yang paling lemah adalah yang bertindak seperti ‘jurugantung’.

Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika dia menerima anda sebagai suami. Mujur dia mahu menerima anda sebagai suami untuk membuktikan kejantanan anda. Tanpa dia mungkin tiada siapa yang sudi. Usah sangka saham kita sentiasa tinggi, kadang-kadang kita kena juga melihat sudut ‘tuah’ lebih daripada ‘usaha yang kita pertaruhkan’.

Usah membohongi diri anda dengan mengatakan anda tidak menyintai dia lagi sekarang. Realitinya, wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia. Biar bagaimana susunannya matlamatnya adalah sama. Sama-sama untuk berasa bahagia dan sama-sama untuk saling mencintai dan dicintai.

Mengapa kita tidak boleh turunkan sedikit rasa ego kita untuk memahami hati wanita. Wanita memang begitu, ada kalanya penuh dengan kerenah, ada kalanya cukup menghiburkan, ada kalanya mencabar kesabaran kita.

Kita saling dijodohkan untuk saling lengkap melengkapi. Semua yang kurang pada anda akan dilengkapkan oleh semua kelebihan yang ada pada isteri. Demikian juga semua kekurangan yang ada pada isteri, andalah yang menyempurnakannya. Hidup berumah tangga bermakna perkongisan hidup. Bukan semua yang kita suka akan dipersetujui oleh pasangan kita. Dan begitu juga bukan semua yang disukainya akan dipersetujui pula oleh kita. Tetapi sudah namanya berkongsi hidup, kita memang kena saling bertolak ansur. Saling memberi dan menerima.

Hidup ini penuh dengan misterinya jika kita ingin merenung masa hadapan tanpa melupakan jejak-jejak silam. Dahulu tiada siapa mempedulikan kita. Kemudian kita bertemu cinta. Kita tatang cinta itu dengan penuh gembira. Kita percaya kita sudah bertemu sesuatu yang amat berharga dalam hidup kita. Kita tidak mahu kehilangannya dan kita sanggup berbuat apa saja asalkan ia tidak hilang dalam pandangan kita.

Kita lakukan pelbagai usaha untuk meraih perhatiannya. Kita berjuang untuk meraih cintanya. Kita lakukan apa saja, yang penting dia benar-benar tertawan pada kita dan sudi menjadikan kita suri hidupnya.

Akhirnya kita mendapat. Kata-kata cinta daripadanya menjadi keramat yang membolehkan kita berasa kenyang tanpa makan; tidak mengantuk walaupun tidak tidur, bersemangat untuk bekerja mahupun belajar. Kita mendapat semua kekuatan untuk mendepani hidup, hanya oleh sebutir cinta yang diberikan kepada kita?

Tetapi ke manakah perginya sekarang? Apakah kita masih menghargai butir cinta itu bagaikan mutiara yang sentiasa meningkat harganya? Atau kita merasakan tidak perlu lagi menjaganya sebab sudah berada di tangan?

Jangan, jangan begitu. Wanita yang sudi menjadikan kita suami adalah wanita yang telah ditentukan untuk kita. Dia dari tulang rusuk kita. Dia adalah kita. Kita mengambilnya dengan kalimah ALLAH, kita wajib memeliharanya sebab dia memang jodoh kita yang sudah ditentukan. Mengapa memperjudikan hidup dengan cinta murahan sedangkan yang asli, jitu dan indah kita juga yang menentukan.

Wahai lelaki, mari sama-sama menjadi lelaki idaman wanita yang menghiburkan dan membahagiakan.

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 14-12-04 12:33






berdasarkan tulisan suhaimi marilah kira renung bersama....

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

SrikandiSejati
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.04.2004
Ahli No: 8352
Posting: 110
Dari: Malaysia

Kedah  


posticon Posting pada: 14-12-04 22:39



fuhhh.. panjang giler...
bagus3x

Bookmark and Share

    


  Member Information For SrikandiSejatiProfil   Hantar PM kepada SrikandiSejati   Pergi ke SrikandiSejati's Website   Quote dan BalasQuote

nurbalqis83
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12893
Posting: 52
Dari: sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 14-12-04 23:22


ni ahli sureco ker?


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurbalqis83Profil   Hantar PM kepada nurbalqis83   Quote dan BalasQuote

yeop
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 9097
Posting: 199
Dari: Aalen

germany  


posticon Posting pada: 15-12-04 04:03



insyaAllah abg suhaimi....walaupun lambat lagi...huhu

jap2...sureco tu amende?

-----------------

\Mudah-mudahan kita terdiri dikalangan golongan abdan syakura.


Bookmark and Share

    


  Member Information For yeopProfil   Hantar PM kepada yeop   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-12-04 08:32


Quote:

On 2004-12-14 23:22, nurbalqis83 wrote:
ni ahli sureco ker?



Ha ah...ana ahli sureco...dah setahun 9 bulan joined...kenapa? Nak join ke. Boleh tambah pendapatan sampingan.

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-12-04 08:35


Quote:

On 2004-12-15 04:03, yeop wrote:

insyaAllah abg suhaimi....walaupun lambat lagi...huhu

jap2...sureco tu amende?

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com



Sureco tu ialah syarikat jualan langsung milik penuh bumiputera Islam yg berdaftar di Malaysia nih. Produk2nya adalah spt dlm signature saya tuh. Berminat? Boleh yeop tambah pendapatan sampingan ek..

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099897 saat. Lajunya....