Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Never explain yourself to anyone, the one who likes you don't need it, the one who hates you won't believe it
-- -- Snickers (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 208
Ahli: 0
Jumlah: 208




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 36 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: tafsir penyakit melalui mata


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» tafsir penyakit melalui mata

Please Mendaftar To Post


Oleh tafsir penyakit melalui mata

ifmiza
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.05.2004
Ahli No: 8734
Posting: 63
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 10-12-04 14:34




Mata yang Allah kurniakan bukan sahaja untuk melihat. Ianya juga merupakan gambaran tahap kesihatan seseorang. Apa-apa sahaja yang berlaku terhadap organ-organ dalam badan kita, ianya akan terakam dalam mata kita. Kelebihan dari rawatan ini ianya boleh menganalisis dan mengawasi tahap kesihatan seseorang itu.

Kalau kita lihat, secanggih mana pun teknologi perubatan kadangkala gagal untuk mengesan dan mengesahkan penyakit seseorang itu. Berbanding dengan kaedah IRIDOLOGI, ianya boleh menganalisis penyakit seseorang itu dengan cepat dan tidak perlu perbelanjaan yang tinggi.

Iridologi kini merupakan salah satu ilmu yang sedang berkembang dan mulai digunakan oleh pengamal perubatan tradisional dan homeopati.

Didalam iridologi terdapat carta iris yang menunjukkan lokasi organ-organ pada tubuh manusia. Teorinya menyatakan iris mata itu pada hakikatnya berhubungan dengan setiap organ dan tisu tubuh menerusi sistem saraf dan otak. Fiber saraf yang terdapat pada iris akan memberi tindakbalas terhadap sebarang perubahan yang berlaku didalam tubuh dengan cara memanifestasikan fisiologi refleks yang sejajar dengan lokasi dan perubahan tisu tertentu.

Menerusi kanta pembesar dan sebuah lampu khas, seorang iridologis boleh melihat dan mentafsir atau menganalisa tahap kesihatan seseorang, juga menunjukkan dimana terdapat kekuatan dan kelemahan organ-organ dan tisu tubuh seseorang itu.


Berikut beberapa panduan asas yang perlu anda pelajari :-

1. WARNA HITAM



Menandakan gejala tekanan darah rendah. Pening apabila bangkit terlalu cepat. Selalunya ketika sebaik sahaja bangun dari tidur atau bangun dari membongkok. Cepat rasa letih dan muka kelihatan pucat. Dan ianya ada kaitan dengan kelemahan penguncupan jantung. Oleh kerana terlalu banyak toksin dari oksigen, akhirnya toksin ini akan merosakkan seluruh organ-organ. Ada orang berpendapat, tekanan darah rendah ini tidak merbahaya. Sebenarnya ianya lebih merbahaya dari penyakit tekanan darah tinggi.

2. WARNA COKELAT .
Ianya berkaitan dengan masalah kulit atau pun alahan. Terjadinya tompok-tompok merah. Kulit terasa gatal dan sakit. Termasuk juga semua jenis masalah kulit. Seperti muka berjerawat, kayap, kudis, ekzema, kurap, panau, kelemumur dan sebagainya. Bukannya mudah untuk mengatasi masalah kulit ini. Kerana ada banyak sebab yang perlu dikaji. Biasanya ia berkaitan dengan darah yang kotor. Berdasarkan pengalaman saya. Penyakit kulit ini berpunca dari kegagalan fungsi organ hati. Seperti mana yang kita ketahui hati bertindak sebagai agen penapis segala kekotoran dalam tubuh kita. Ia akan mengeluarkan segala kekotoran berupa najis, peluh, air kencing, bersin dan sebagainya melalui proses perkumuhan semulajadi. Tetapi apabila terlalu banyak toksin yang terkumpul dan menjadi beban pada tugas hati ini. Akhirnya ia gagal untuk berfungsi mengeluarkan kekotoran ini melalui sistem perkumuhan semulajadi. Maka dikeluarkan melalui sistem perkumuhan seperti bisul, kudis, kayap, kurap, jerawat dan sebagainya.

3. WARNA BIRU
Perjalanan darah tidak lancar. Akibat daripada pengumpulan toksin di saluran darah. Badan selalu rasa sejuk yang amat sangat. Terutama diwaktu pagi ketika mandi atau waktu hujan turun.

4. WARNA PUTIH.

Irisnya menunjukkan ada tanda yang disebut sebagai 'Sodium Ring' ( calsium ring atau salt ring). Ini menunjukkan proses penimbunan atau pengerasan sedang berlaku di dalam sirkulasi apabila campuran kalsium atau kolestrol mendap pada dinding salur darah utama dan kecil. Sekiranya mendapan ini bertambah, tentulah jantung mesti bekerja lebih keras demi memastikan sistem berfungsi. Kesannya pesakit tersebut mudah mendapat kekejangan, keletihan dan sakit-sakit pada bahagian tertentu tubuh bila mana dia bergerak. Alamat seperti ini menunjukkan sesuatu harus dilakukan ke atas sistem salur darah sebelum simptom yang lebih serius berlaku. Lebih-lebih lagi apa tangan dan kaki mula terasa kebas-kebas. Ini menandakan seseorang itu akan menghadapi masalah lumpuh atau mati sebelah badan jika lambat bertindak untuk membuang kolestrol. Inilah kelebihan iridolgis dapat menganalisis lebih awal lagi tahap kesihatan seseorang. Agar dapat bertindak sebelum terlambat.

5. WARNA UNGU.

Berkaitan dengan pembuluh darah atau urat menjadi bengkak. Akibat daripada pengumpulan racun yang tinggi menghalang perjalanan darah di pembuluh dan urat-urat saraf. Kita boleh lihat dengan jelas lagi apabila urat-urat berwarna biru atau hitam timbul disekitar kulit kita. terutama dikawasan betis kaki.

6. BENTUK BULAN SABIT ( Crescent Shaped)

Dikawasan jam 11.00 hingga jam 1.00. Menandakan mudah pelupa atau nyanyuk. Berkaitan dengan faktor usia yang sudah lanjut. Daya ingatan yang kurang bagus.
JIka terdapat di jam 11.00 hingga 1.00 dan jam 5.00 hingga 7.00. ini menandakan masalah Anemia Iaitu kekurangan darah.

7. GARISAN KUNING
Ia berkaitan dengan masalah lebihan asid dalam darah. Badan selalu rasa panas. Kaki mulai rasa bisa-bisa. Perut selalu rasa kurang selesa terutama selepas sarapan pagi. Jika dibiarkan berlarutan akan menghadapi masalah gout.

8. GARISAN LEKUK.

Ia berkaitan dengan masalah stress. Akibat daripada beban ditempat kerja, rumahtangga, kesesakan lalulintas juga berkaitan. Terutama mereka yang tinggal di pusat-pusat bandar.

9. LEKUK ATAU LUBANG.
Dimana terdapat tanda-tanda berlekuk atau berlubang. Maka organ itulah yang bermasalah. Lagi besar lekuknya maka lagi kroniklah masalah yang dihadapi.

10. WARNA GELAP ATAU KELAM.
JIka anak mata kelihatan gelap atau pun nampak kelam sahaja. Ini menandakan ia tinggal dikawasan yang tinggi kadar pencemarannya. Atau pun terlalu lama mengamalkan ubat-ubat yang berunsurkan dadah.

11. COKELAT KEMERAH-MERAHAN.
Ianya berhampiran disekeliling anak mata. Menandakan daya serapan usus kecil kurang bagus. Akibatnya sistem pembuangan najisnya kurang bagus.

12. BENTUK SIKU KELUANG.
Ianya menandakan sarafnya bermasalah. Samada sarat tunjang atau saraf dari punggung hingga ke kaki. Diwaktu malam merasa sakit atau bisa yang amat sangat.

13. PERUT TERLEBIH AKTIF.
Kita boleh tanda usus semakin mengecil di sekeliling anak mata. Ini akibat terlalu banyak asid di kawasan perut. Ianya mengganggu sistem pencernaan.

14. KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN.
Jika terlalu banyak tanda lekuk atau lubang. Hingga sukar untuk mengenal pasti atau analisis. Mungkin disebabkan pernah mengalami kemalangan atau kecederaan yang teruk.

PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIANALISIS OLEH IRIDOLOGI.

1. Kadar tekanan darah seseorang
2. Kadar kandungan gula, lemak, urik asid dalam darah seseorang.
3. Tidak dapat menentukan jenis ubat atau dadah yang digunakan oleh sesorang itu.Termasuk
berapa lama telah diamalkan.
4. Apakah jenis pembedahan yang telah dialaminya.
5. Apakah jenis yang ia boleh makan dan tidak boleh makan.
6. Bila masakah atau sebab apakah seseorang itu mengalami kecederaan.
7. Patukan ular tidak dikesan. Kecuali jika berpuluh-puluh patukan baru ada tanda dimata.
8. Nama penyakit. Iridologis tidak boleh menentukan jenis penyakit seseorang itu.
9. TIdak dapat mengenal pasti mata yang dilihat itu lelaki atau perempuan.
10. Jumlah sesuatu organ dalam badan. Samada ia lahir dengan 3 buah pinggang atau kembar uterus.
11. Jika gigi bermasalah.
12. Kadar kandungan lead, cadmium, aluminum atau lain-lain elemen besi dalam tisu.
13. Jika wanita itu mengandung atau tidak. Kerana mengandung itu fisiologi normal.
14. Samada perlu seseorang itu menjalani pembedahan. Ini perlu pernilaian doktor pakar.
15. Samada terdapat ketumbuhan dan saiznya.
16. Samada buasirnya terkeluar atau tidak. Kerana ia bukannya kejadian tisu.
17. Seseorang itu mengidap AIDS. ( acquired immunodeficiency syndrome)
18. Seseorang itu ada batu karang atau batu dalam hempedu. Kerana batu bukan dari tisu.
19. Samada seseorang menghadapi masalah jantung tersumbat.
20. Bila seseorang itu akan mati.



Bookmark and Share

    


  Member Information For ifmizaProfil   Hantar PM kepada ifmiza   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 12-12-04 13:54



betui kata saudari tu sbb dulu saya pernah kerja sebagai assitant dengan doktor homeopati mengenai salt ring dekat mata tu ade kaitan dengan kolestrol dalam badan....



Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 15-12-04 13:21




info manarik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-12-04 13:39



Memang menarik, kalau ada contoh gambar mata untuk setiap ciri2 tu lagi bagus kan, senang nak cek mata nih.

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

ifmiza
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.05.2004
Ahli No: 8734
Posting: 63
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 15-12-04 14:03




sebenarnya ada contoh gambar mata tu tp bila saya copy dr saya nyer file nk masuk sini x bleh pun so macam mana saya nak tunjuk??
kalau ada caranyer citerlah kat saya boleh saya hantar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ifmizaProfil   Hantar PM kepada ifmiza   Quote dan BalasQuote

casper
Warga 1 Bintang
Menyertai: 13.12.2004
Ahli No: 13023
Posting: 24

jordan  


posticon Posting pada: 16-12-04 03:56


ermmmbleh percaya ke?tp info ini menarik

[ Posting ini telah di edit oleh: casper pada 2004-12-16 03:58 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For casperProfil   Hantar PM kepada casper   Quote dan BalasQuote

zahratul_ikhwan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2003
Ahli No: 4985
Posting: 235
Dari: Chendering

Terengganu  


posticon Posting pada: 16-12-04 10:01


info nie mmg menarik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_ikhwanProfil   Hantar PM kepada zahratul_ikhwan   Pergi ke zahratul_ikhwan's Website   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-12-04 12:28




syuran ifmiza..

-----------------
Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

nursolehah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.04.2004
Ahli No: 8420
Posting: 72
Dari: depan pc

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-12-04 17:20


bagus gak info nie ek!!! thankss

-----------------
ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan dibibir tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nursolehahProfil   Hantar PM kepada nursolehah   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 07-01-05 22:07


Quote:

On 2004-12-16 03:56, casper wrote:
ermmmbleh percaya ke?tp info ini menarik


mmg boleh.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-01-05 22:52



betul gak ckit-ckit....nih...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

sayasarah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 225
Posting: 294
Dari: atas tanah jeh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 08-01-05 01:21




bagus jugek ni.
tadek sesape yg amik bidang ni?baguih ukhwah boleh jadiport utk multi bidang...buat satu syarikat induk..kat bawah tu ade pelbagai intelek islam...

-----------------
Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

warsha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.10.2004
Ahli No: 12144
Posting: 129

Pahang  


posticon Posting pada: 19-01-05 00:02


hem...memang menarik!

Bookmark and Share

    


  Member Information For warshaProfil   Hantar PM kepada warsha   Quote dan BalasQuote

kens2005
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 715
Posting: 647
Dari: Kyoto

japan   avatar


posticon Posting pada: 09-02-05 22:12


Quote:
Memang menarik, kalau ada contoh gambar mata untuk setiap ciri2 tu lagi bagus kan, senang nak cek mata nih.



betui betui tuh!!

Quote:
Memang menarik, kalau ada contoh gambar mata untuk setiap ciri2 tu lagi bagus kan, senang nak cek mata nih.



takkan x bleh?~.... pi mintak tolong sapa2! Kalu dah buleh nanti bleh blajar dari sini ~! ^_^x

-----------------
:: Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For kens2005Profil   Hantar PM kepada kens2005   Pergi ke kens2005's Website   Quote dan BalasQuote

humairak
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.12.2004
Ahli No: 13040
Posting: 57
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-02-05 23:04


thank's .....new information...

Bookmark and Share

    


  Member Information For humairakProfil   Hantar PM kepada humairak   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 17-02-05 10:38




info.menarik... takde contoh mata ker?



Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102127 saat. Lajunya....