Mencari teman hendaklah berkait dengan Din/ketakwaaan dalam agama dia sendiri kerana dia akan mengorek rahsia dan mengaibkan kawannya kembali kepada orang lain yang tidak berkait. Dan mereka yang tidak ada Din dalam agama biasanya suka bersengkokol dengan teman yang seperti mereka.
Kalau kaki judi, suka cari kaki judi, kaki dating akan suka cari kaki dating,
kaki merambu akan suka cari kaki merambu, kaki mengorat akan suka kaki mengorat
dan yang suka majlis usrah akan suka majlis usrah dan sebagainya.
Surah Az Zukhruf ayat 67
“Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi
sebahagian yang lain kecuali orang orang yag bertakwa”
Riwayat At Tirmidzi:-
“Seseorang berada (tergantung) kepada agama temannya. Maka hendaklah salah seorang kalian melihat siapa yang menjadi teman baginya”
Dalam sahih AL Bukhari dan Muslim
riwayat Abu Musa AL Asy’ari ra. Rasulullah bersabda
“Perumpamaan teman yang baik dan teman yang jahat adalah seperti yang membawa minyak wangi dan tukang pandai besi. Yang membawa minyak wangi, boleh jadi ia memberimu, atau kamu membeli daripadanya, atau paling tidak
mendapatkan harum semerbak daripadanya. Adapun tukang pandai besi, boleh jadi bajumu bisa terbakar kerananya, atau kamu mendapatkan bau busuk daripadanya”
Abu Daud dan At Tirmidzi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda
“Janganlah engkau berteman, kecuali dengan seorang Mukmin. Dan hendaklah makanan tidak di makan, kecuali oleh seorang yang bertakwa".
Ibn Asakir meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda
“Jauhilah olehmu teman yang yang buruk. Sebab engkau akan dikenal dengannya”
At tirmidzi dan Abu Daud meriwayatkan dari Rasulullah
“Seseorang itu akan berada pada Din temannya. Kerananya, hendaklah salah
seorang di antara kamu itu memperhatikan sesiapa yang akan di temaninya”
Dan diam adalah lebih baik dari meneruskan dari persahabatan sebegini sekiranya teman ini suka mengadakan dusta kepadamu dari Abu Hurairah sendiri Rasulullah s.a.w pernah bersabda
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia memuliakan tamunya. Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia bersilaturahim. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah ia mengatakan kebaikan atau hendaklah ia diam.”
Kawan yang baik ialah berterus terang di depanmu untuk mendidikmu.Kawan yang jahat ialah mengajar kepada perkara kejahatan.
Rasulullah bersabda,
“Bukankanlah golongan ini daripada seorang yang sempurna imannya “
Orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan suka mencarut”
Dan apabila anda di cerca dan di tuduh sekian sekian dan nama anda di jaja
ke sana ke mari kepada orang orang yang tidak kena mengena dengan anda,maka anda layak untuk berkata dari diam kerana untuk membetulkan diri dari fitnah. Dosa akan berlaku kepada orang lain sekiranya cerita di hambur kepada orang yang tidak tahu keadaan apa yang sebenar berlaku.
Surah an nisa ayat 148
“Allah tidak suka akan perkataan perkataan jahat yang keluar dari mulut seseorang, melainkan perkataan (pengalaman ) yang keluar dari mulut orang yang di zalimi (yang menyebut keburukan yang di lakukan ke atasnya dalam pengaduannya ) dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui”
Dan ingatlah apabila mengherdik mengherdik orang bukan atas tujuan untuk mendidik dan mempersenda sendakan orang sebenarnya telah terpedaya dengan iman sendiri. Dia telah menjalankan Ghibah (pembohongan besar)
orang yang mendengar ucapan ghibah juga memikul dosa ghibah kerana dia masuk
dalam ghibah itu sendiri.
Rasulullah s.a.w bersabda dari hadis riwayat muslim
“Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat
dan akibatnya), akan di lempar ke neraka sejauh antara timur dan barat.
Ghibah bukan hanya pada ucapan lidah (kata kata ) ,tetapi boleh berlaku
melalui gerakan tangan, isyarat mata dan juga ungkapan berbentuk sindiran
kata kata dan perbuatan ( mengejek ejek perlakuan sesorang yang tidak menyenangkan hatinya.
Tidak di kira dalam kumpulan ghibah ialah celaan, tulisan atau segala sesuatu yang di fahami sebagai hinaan kepada orang yang di sebutkan itu.
Dan jangan suka mengintip dan mencari kesalahan orang lain surah al Hujarat ayat 12
“Wahai orang beriman ! Jauhilah kebanyakan sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang di larang kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan jangan kamu mengintip atau mencari
kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat sesetengahnya
yang lain"
Dan bila berhadapan dengan kawan yang suka sumpah seranah , suka mengadu domba kepada orang agar dirinya di sokongi dan suka berkelahi maka adalah lebih baik menjauhkan teman sebegini dan diam sahaja kecuali di tanya oleh pihak yang mendengarnya untuk membela dirinya.
Hadis riwayat bukhari dan muslim
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, hendalah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak , hendaklah diam.”