Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air dari gunung, mengalir, berpecah akhirnya bertemu semula di laut
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 70
Ahli: 0
Jumlah: 70




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 18 hari yang lalu
muslimiman: 23 hari yang lalu
tornado: 42 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Nazar yang dilarang


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Nazar yang dilarang

Please Mendaftar To Post


Oleh Nazar yang dilarang

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-12-04 10:37


NAZAR adalah keadaan yang mewajibkan seseorang Islam itu bagi mereka yang mukallaf melakukan sesuatu ibadat yang tidak wajib ain atasnya.

Contohnya, jika seseorang itu diserang penyakit atau ahli keluarganya ditimpa kesusahan, dia akan bernazar dengan niat: "Jika aku sembuh atau keluarga aku terlepas daripada segala kesusahan, maka aku akan berpuasa pada tempoh waktu tertentu.”

Lafaz yang diucapkan itu dinamakan sebagai nazar dan rukunnya terbahagi kepada tiga bahagian.


Orang yang hendak bernazar itu mestilah beragama Islam tidak sah bernazar oleh orang kafir.


Orang yang bernazar itu mestilah sudah baligh, tidak sah bernazar bagikanak-kanak atau orang gila yang tidak sempurna akal fikirannya.

Apa yang dinazarkan itu perlu mengikut syarat tertentu iaitu:


Bahawa hendaklah pekerjaan yang dinazarkan itu adalah ibadat dan segala kegiatan yang mendekatkan diri umat Islam itu kepada kebaikan dan mengingatkan Allah seperti sembahyang sunat, membaca al-Quran, menziarahi kubur, kenduri, memberi orang miskin makan dan membaca tahlil.

Tidak sah bernazar kepada perkara yang mungkar dan maksiat antaraya dengan lafaz: "Jika aku sembuh daripada sakit ini, aku akan mengadakan majlis tari menari dan memanggil rakan dengan hidangan minuman yang memabukkan.”

Begitu juga tidak sah jika bernazar untuk berpuasa pada hari tasyrik.

Tidak sah juga bagi seseorang Islam itu bernazar kepada perbuatan yang membawa hukum makruh antaranya bernazar untuk makan petai dan jering.

Begitu juga bernazar untuk melakukan pekerjaan yang harus iaitu berniat untuk makan dan tidur.

Setiap nazar itu perlu dilafazkan, tidak sah kalau sekadar niat saja dalam hati.

Adapun lafaz nazar itu terbahagi kepada dua bahagia:


Pertama nazar itu dilafazkan dengan lafaz tunai yang tidak ada padanya sesuatu syarat seperti katanya: "Kerana Allah wajib ke atasku untuk berpuasa hari Isnin".

Lafaz ini dinamakan sebagai lafaz ‘nazar tabarrur.’

Apabila seseorang itu melafazkan nazar tabarrur, maka dia wajib dilakukan apa yang sudah dinazarkan.

Nazar kedua adalah nazar yang dilafazkan dengan digantungkan kepada hasil sesuatu, seperti: "Jika aku sembuh daripada demam ini, maka aku akan membaca surah Yasin sebanyak tujuh kali."

Maka lafaz yang seperti ini adalah ‘nazar muallaq’.

Perlu diingatkan di sini bahawa, seseorang yang sudah bernazar tetapi gagal melaksanakan nazarnya, wajiblah baginya membayar kifarat seperti kifarat sumpah.


-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

ahmad_azhar
WARGA SETIA
Menyertai: 10.12.2003
Ahli No: 5593
Posting: 856
Dari: ~:dari zon 4 johor:~

Johor  


posticon Posting pada: 09-12-04 11:42


thank u...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ahmad_azharProfil   Hantar PM kepada ahmad_azhar   Quote dan BalasQuote

ahmad_azhar
WARGA SETIA
Menyertai: 10.12.2003
Ahli No: 5593
Posting: 856
Dari: ~:dari zon 4 johor:~

Johor  


posticon Posting pada: 09-12-04 11:42


thank u...

-----------------
ku lihat,ku dengar & ku rasa,
ku hirup,ku hayati & ku sedar,
hanya satu keinginanku,
Wasatiah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ahmad_azharProfil   Hantar PM kepada ahmad_azhar   Quote dan BalasQuote

mawarnanmerah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27678
Posting: 78
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-01-09 12:31


apa yang dimaksudkan dengan kifarat sumpah?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarnanmerahProfil   Hantar PM kepada mawarnanmerah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.103959 saat. Lajunya....