Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
"Jika seseorang itu berjalan beriringan dengan kita,ini bermakna, dia merupakan sahabat yang sebenar.Jika seseorang itu berjalan di hadapan kita, ini bermakna dia mementingkan diri sendiri, manakala di belakang kita, ini bermakna orang itu lebih pentingkan kita daripadanya".

-- Mutiara Kata

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 53
Ahli: 0
Jumlah: 53




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Copy & Paste
Topik: Anugerah Allah


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Anugerah Allah

Please Mendaftar To Post


Oleh Anugerah Allah

kakyongju
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.04.2004
Ahli No: 8571
Posting: 120
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-12-04 09:39


sumber: harian metro

“SAYA bersyukur ditahan askar Taliban. Walaupun 10 hari dalam tahanan adalah pengalaman paling menakutkan dalam hidup saya, tetapi itulah anugerah Allah yang tidak ternilai,” kata Yvonne Ridley.

Ridley yang memeluk Islam Jun tahun lalu, menyifatkan al-Quran sebagai rujukan terbaik dan cukup lengkap serta sofistikated.

“Islam adalah cara hidup yang sangat mudah dan saya melihat cara hidup Islam hari ini sama seperti dulu. Ajarannya tidak berubah. Mementingkan keamanan dan menggalakkan kasih sayang.

“Saya masih seorang wartawan dan menulis mengikut pandangan saya. Setiap hari adalah cabaran baru buat saya. Islam mengajar mengenai keamanan dan kasih sayang.

“Namun, wartawan malas di luar sana lebih suka menulis Islam sebagai agama yang menggalakkan keganasan,” katanya ketika ditemui pada hari terakhir selepas lima hari ada di negara ini sejak 28 November lalu atas undangan Pertubuhan Kebajikan Islam Al-Khaadem.

Sekali dengar, mungkin kita beranggapan ada yang tidak kena dengan wartawan akhbar Sunday Express itu, yang pernah menjadi tahanan Taliban di Afghanistan pada 28 September 2001 bersama dua pembantunya selepas cuba memasuki negara itu secara haram.

Mana tidaknya, ketika pemimpin dan wartawan media Barat, khususnya Amerika Syarikat dan sekutunya, sibuk meracuni fikiran masyarakat dunia dengan propaganda mengaitkan Islam dan keganasan, dia lantang mendedahkan kemurnian puak yang didakwa paling ganas dan kejam itu.

Kini, nama Ridley, 46, mula dikenali di seluruh dunia kerana dia bukan saja berani membuka ‘pekung’, malah lantang mengkritik tindakan tidak berperikemanusiaan Amerika.

“Saya bersyukur ditahan askar Taliban dan bukan askar Amerika. Memang itu pengalaman yang perit dan menakutkan, tetapi di situlah saya temui keajaiban.

“Saya akui sewaktu ditahan, fikiran saya sarat dengan perasaan takut dan trauma. Saya ditahan puak yang dikatakan paling ganas dan kejam seperti icanangkan Bush dan Blair.

“Pelbagai andaian bermain dalam kepala. Saya mungkin didera dengan kejam sebelum dibunuh atau ditembak dan kematian saya diumumkan melalui televisyen Al-Jazeera.

“Untuk mengatasi perasaan takut, saya maki hamun mereka (Taliban). Anehnya, mereka melayan saya dengan baik dan penuh hormat. Saya rasa tidak percaya, mana mungkin puak yang paling ganas begitu lembut terhadap tahanan seperti saya.

“Bila saya tanya, mereka kata, saya adalah saudara dan tetamu mereka. Mereka mahu saya gembira. Saya melawan, berkasar dan meludah mereka, tetapi mereka tetap memberikan layanan baik,” katanya.

Menurut Ridley, ketika ditahan, dia sedikitpun tidak dikasari, malah tidak digertak, didera, dimalukan, dibogelkan atau dirogol beramai-ramai.

“Selama 10 hari dalam tahanan, saya mogok lapar, memarahi mereka dan minta pelbagai kemudahan termasuk sabun mandi, berus dan ubat gigi. Mereka cuba penuhi permintaan saya. Semakin saya mendesak, semakin baik mereka layan saya.

“Saya ingat mereka sepatutnya bertindak ganas, kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana saya banyak mencabar mereka. Namun, sebaliknya berlaku. Tetapi ketika itu saya masih menaruh prasangka bahawa individu sebenar, yang jahat dari Taliban, akan muncul bila-bila masa.

“Namun sehingga saya dibebaskan, saya tetap dilayan dengan baik,” kata ibu tunggal kepada anak perempuan berusia 12 tahun itu.

Pada hari keenam ditahan, Ridley didatangi seorang lelaki Taliban yang berperwatakan garang dan menakutkan; bertanyakan agamanya.

“Saya jawab saya seorang Kristian Protestan. Dia bertanya, apa yang saya tahu mengenai Islam. Ketika itu sangat sedikit yang saya tahu mengenai Islam. Saya tidak tahu apa perlu dijawab apabila ditanya sama ada saya mahu memeluk Islam.

“Kalau saya kata tidak, saya mungkin ditampar dan diseksa, kalau saya kata ya, mungkin dia ingat saya cuba menipu dan mencari jalan keluar. Jalan paling selamat, saya berjanji akan membaca al-Quran jika dibebaskan. Janji ini saya kotakan dan melaluinya, saya temui ketenangan dan kebenaran,” katanya.

Masuk hari ke-10, Ridley dibebaskan atas dasar kemanusiaan dengan arahan bertulis pemimpin Taliban, Mullah Mohammad Omar. Ridley kemudian dibawa ke Kabul dan ditempatkan bersama enam pendakwah Kristian yang turut ditahan.

Walaupun ditahan, namun sebagai wartawan, dia tidak melepaskan peluang menulis. Sejak hari pertama, dia merekodkan semua pengalamannya di atas kotak ubat gigi yang diberikan askar Taliban.

“Semua nota kecil saya sembunyikan elok-elok. Selepas dipindahkan dari Jalalabad ke Kabul, wanita Kristian yang ditahan bersama saya memberikan kertas yang membolehkan saya terus merekodkan segala apa yang berlaku ketika dalam tahanan. Pada masa sama, askar Taliban turut memberikan layanan baik kepada pendakwah Kristian tadi,” katanya.

Bagaimanapun, Ridley dikritik hebat apabila memeluk Islam. Mereka tidak faham mengapa dia memilih Islam, agama yang dicanangkan sebagai ‘kejam’.

Ramai menyangka dia diugut dan didera ketika ditahan. Namun, katanya, hatinya ikhlas menerima hidayah Allah.

Selepas memeluk Islam, dia bertemu kembali kawan-kawan sekolahnya. Namun, dia merasakan ada jurang sangat besar antara mereka dan rakan baru daripada kelompok wanita Muslim.

“Perbualan mereka (rakan sekolah) banyak berkisar dunia hiburan, David dan Victoria Beckham... sedangkan wanita Islam sangat peka mengenai perkembangan dunia serta nasib saudara seagama. Inilah yang menyebabkan saya lebih mudah tertarik kepada keperibadian wanita Islam.

“Sebagai wartawan yang menjelajah ke seluruh dunia, termasuk Asia dan berjumpa ramai orang Islam, saya cuba mencari sesuatu. Itu yang mendorong saya membaca al-Quran, selain memenuhi janji kepada askar Taliban.

“Saya juga bangga melihat wakil Islam di seluruh dunia bergerak tanpa perasaan takut. Walaupun George Bush dipilih buat kali kedua, bukan bermakna semua rakyat Amerika menyokongnya.

“Takut? Ramai bertanya mengenai ini. Takut mati? Semua orang akan mati dan jika sudah ditakdirkan, bila-bila dan di mana pun kita akan mati. Pegangan saya cuma satu, percaya sepenuhnya kepada Allah. Selagi saya bernyawa, selama itulah saya akan mempertahankan Islam,” katanya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For kakyongjuProfil   Hantar PM kepada kakyongju   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.097086 saat. Lajunya....