9 sikap wanita yang disukai lelaki:
sekadar renungan buat kita semua...
Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap
keibuan,
lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah
yg keibuan
mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang
stress, cemas dan
gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan
tunggu sampai
melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap
wanita ada potensi
keibuan dalam diri masing2.
Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang
wanita menjadi
daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur
dengan keletah
anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg
melampau dan
menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg
menyenangkan.
Misalnya, kemanjaan wanita ygmembangkitkan naluri
kebapaan dan kelakian
lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai
dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari
perasaan mudah
memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang
masalah dan
sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan
kesilapan, wanita yg
berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar
atau menuduh bukan2
sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman
lelaki. Berbeza dgn
wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka
dihargai, dipuji dgn
tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari
wanita membuat
lelaki berasa bangga.
Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya
agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik.
Penampilan yg baik menunjukkan
wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah
senyuman, pandai merawat
tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya
dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan
bersyukur dengan
dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona
yg menyebabkan lelaki
juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita
tersebut terus
menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan
walau sudah
beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih
kelihatan cantik dan
ramping walau dah punya anak 3??
Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan
boleh diajak
berbual. Walau topik perbualan yg disukai elaki
berbeza dgn topik
kegemaran wanita, wanita tersebut dapat
mengimbanginya.
Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat
memberi
respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi
pendengar yg baik,
serta mengalihkan topik yg agak serius kepada
perbualan yg lebih
menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka
bergurau dan pandai
berjenaka serta boleh menerima jenakalelaki dgn baik
dan berfikiran
terbuka.
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri
mempunyai nilai lebih di
mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg
lebih tua dan cara
berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan
dgn suasana yg
baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat
menyesuaikan diri. Dia mudah
di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada dibandar
atau di kampung.
Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri
sebagai seorang
wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg
menghormati dirinya
sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan
buruk diperlakukan
oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu
apa yg dia inginkan dan
mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak
akan
merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan
lelaki memperlakukan
dirinya sesuka hati.
Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat,
simpati pada
nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak
memilih bulu. Kebaikan yg
wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada
kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn
indah dan mempesona