Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Usah merungut bila gelap; pasang lampu teranglah ia
-- Peribahasa Jawa

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 67
Ahli: 0
Jumlah: 67




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 21 jam, 46 minit yang lalu


Komputer dan IT
Topik: nak bli laptop


Carian Forum

Moderator: Administrator, ibnuyahya
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Komputer dan IT
    »» nak bli laptop

Please Mendaftar To Post


Oleh nak bli laptop

princess_of_heart
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.06.2004
Ahli No: 9744
Posting: 74
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 02-12-04 13:12


assalammualaikum wbt...saya plan nak bli laptop tp ana xde pengalaman bli laptop..so leh x bg ana tips penting utk bli laptop? laptop brand apa yg bagus? itu jer...sekian tima kasih

Bookmark and Share

    


  Member Information For princess_of_heartProfil   Hantar PM kepada princess_of_heart   Pergi ke princess_of_heart's Website   Quote dan BalasQuote

epi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.12.2003
Ahli No: 6043
Posting: 86
Dari: penang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 03-12-04 08:04


beli jer yang murah, tak yah la branded sgt... dan tgk spesifikasi yang terkini... buat survey harga kat kedai2 komputer.. ok

Bookmark and Share

    


  Member Information For epiProfil   Hantar PM kepada epi   Pergi ke epi's Website   Quote dan BalasQuote

helmi_techno
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.10.2003
Ahli No: 3955
Posting: 228
Dari: Batu Pahat-->Seremban-->Shah Alam-->UIA Gombak

Johor  


posticon Posting pada: 06-12-04 15:07


kalu anta ingin cari laptop yang bagus , anta tak perlu fiir untuk berjimat dan tidak berjenama pun . Jenama tidak penting dalam hal ini . Yang penting sekarang ialah kemampuan bagi sesebuah laptop itu. Bagi saya laa .. kalu diikutkan dengan teknologi sekarang , laptop sekarang harganya tak sampai 4 ribu dah dapat high performance laptop . spesifikasi bagi laptop tersebut ialah , Intel centrino , ram 512DDR kingston , grafik pakai teknologi G force FX 5200 , DVDCombo , dan hard disk 80 gig . pasal ari tue , saya beli untuk di hadiahkan kepada ayah saya ... syaa beli just hanya 3,799 sahaja .. tak tau laa kalu sekarang nie dah naik .. dengar kater ram dah naik harga dah ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For helmi_technoProfil   Hantar PM kepada helmi_techno   Pergi ke helmi_techno's Website   Quote dan BalasQuote

winamp
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.11.2004
Ahli No: 12377
Posting: 39
Dari: Bangsar

canada   avatar


posticon Posting pada: 08-12-04 23:45


saya syorkan awak beli jenama ASUS.......cuba le ...............


Bookmark and Share

    


  Member Information For winampProfil   Hantar PM kepada winamp   Quote dan BalasQuote

princess_of_heart
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.06.2004
Ahli No: 9744
Posting: 74
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 09-12-04 07:56


assalammualaikum wbt...boleh x winamp xplain apa kelebihan guna jenama ASUS....

Bookmark and Share

    


  Member Information For princess_of_heartProfil   Hantar PM kepada princess_of_heart   Pergi ke princess_of_heart's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 09-12-04 09:23



Beli je apa2. Tapi kalau boleh...bukan Dell atau Intel. Sebab ni syarikat yang sokong AS....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

MuSaFiR_SaYYaFF
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 905
Posting: 572
Dari: Daerah Perjuangan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-12-04 01:48


..

Yeah, pun dalam plan. Tapi, tangguh dulu sebab tak reti nak beli lagi.

Eheh? Apple orait tak? Ana nak notebook yang working faster untuk semua duty. Macam mana tu? Mana2 pakar notebook mai la tolong sat..

-----------------
Genggam bara api, biar sampai jadi abu!

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuSaFiR_SaYYaFFProfil   Hantar PM kepada MuSaFiR_SaYYaFF   Pergi ke MuSaFiR_SaYYaFF's Website   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-12-04 02:02


ok...ni sorg pakar dah mari..
ana mmg wat bisnes komputer dan byk memberi khidmat nasihat...

klu nak beli, x kisah lah jenama apa...
budget kena ada...bg ana, ana suggest NEC

princess_of_heart..org melaka kan??
klu boleh trn lah KL, kat Plaza Low Yat Jln Bukit Bintang..

klu boleh cari yg warranty 3 thn, cth NEC....tmbh dlm RM550, dptlah warranty 3 thn tu..

Klu beli NEC, kilang kat Seberang Perai, Penang, spare part murah skit, dari segi service...

Spesifikasi :
Intel Centrino 1.5M
512MB DDR RAM leh upgrade samapi 2GB
80GB Hard Disk
DVDRW Drive
Graphic ni biasa pun dah ok...
sama asa Intel Extreme, Ati Radeon, GeForce 4
Wireless, Infrared,
Siap dgn Windows XP Professional Edition..
Setakat tu dulu....

klu ada apa2 masalah le[as beli....p saja Mahkota Parade, House Of Note Book..kat situ hntr service..tapi jgn beli laptop kat situ, sbb mahal skit..

Wassalam..
Merbau IT Centre
L01, Kolej Tun Hussein Onn
Universiti Tewknologi Malaysia
Skudai







-----------------
Mencari Keredhaan Ilahi
Merasa ketenangan Hakiki
Mencuit rasa Rendah Diri
Ya Rabbul Izzati

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

MuSaFiR_SaYYaFF
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 905
Posting: 572
Dari: Daerah Perjuangan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 11-12-04 03:51


..

Saudara tirmidziey02 buat bisnez comp? Jual notebook jugak ke? er.. boleh tolong? Notebook yang ada ciri2 mcm ni pulak macam mana?

1. Ringan and kecil
2. Laju untuk semua kerja esp IT
3. Tak banyak songeh
4. Tak terlampau sensitive
5. Up to date
6. Tak mudah kena virus
7. Bagus and establish punya brand.
8. Yang paling perfect dan yang paling orang suka guna laa..

Hehehe... Orang yang banyak songeh nak pc kurang songeh.. Er? Soal budget.. RM 6000 boleh ke? Semua notebook highquality ke? I mean memang terjamin habis ke? ke yang mahal je bagus2? Macam mana yea.. Tahu guna je... Nak beli tak reti..

Kalau suruh ana beli, ana beli je yang mahal.. kononnya bagus lah tu.. THats me... But the doctrine is not like that act rite?

Er... memang ana naive dalam beli membeli ni actually.. eheh... Harap sudi membantu ye?

-----------------
Genggam bara api, biar sampai jadi abu!

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuSaFiR_SaYYaFFProfil   Hantar PM kepada MuSaFiR_SaYYaFF   Pergi ke MuSaFiR_SaYYaFF's Website   Quote dan BalasQuote

EmEmEs
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.10.2004
Ahli No: 12052
Posting: 60
Dari: segumpal_Darah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-12-04 08:32


takpe..
kita pakat pegi ramai-ramai pc fair...
sana buleh buat survey banyak kedai..
tapi cash laa, kredit card tak diterima..

-----------------
iNgatLah....
SabaR itu iMan,
Duit buKan kawaN,
DuNia haNya piNjaman,
Dan mAti taK beRtEman.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For EmEmEsProfil   Hantar PM kepada EmEmEs   Quote dan BalasQuote

farina_haikal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11708
Posting: 245
Dari: seoul,korea

north_korea  


posticon Posting pada: 12-12-04 11:40


saya pakai laptop NEC...sebenarnya,mane2 pun same....hari tu saya ader pegi LOW YARD....pusat komputer kat kl...saya rasa tempat tu memang bagus sbb byk pilihan...hyundai yg ader web camera pun br rm3599....kira o.k lah tu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For farina_haikalProfil   Hantar PM kepada farina_haikal   Quote dan BalasQuote

khailifah_bumi
Warga Rasmi
Menyertai: 13.04.2004
Ahli No: 8377
Posting: 6
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 15-12-04 11:17


carik yang ader "intel inside"kat dalam nyer...dan yg murah2 jer...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khailifah_bumiProfil   Hantar PM kepada khailifah_bumi   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-12-04 17:33


Quote:

On 2004-12-11 03:51, MuSaFiR_SaYYaFF wrote:
..

Saudara tirmidziey02 buat bisnez comp? Jual notebook jugak ke? er.. boleh tolong? Notebook yang ada ciri2 mcm ni pulak macam mana?

1. Ringan and kecil
2. Laju untuk semua kerja esp IT
3. Tak banyak songeh
4. Tak terlampau sensitive
5. Up to date
6. Tak mudah kena virus
7. Bagus and establish punya brand.
8. Yang paling perfect dan yang paling orang suka guna laa..

Hehehe... Orang yang banyak songeh nak pc kurang songeh.. Er? Soal budget.. RM 6000 boleh ke? Semua notebook highquality ke? I mean memang terjamin habis ke? ke yang mahal je bagus2? Macam mana yea.. Tahu guna je... Nak beli tak reti..

Kalau suruh ana beli, ana beli je yang mahal.. kononnya bagus lah tu.. THats me... But the doctrine is not like that act rite?

Er... memang ana naive dalam beli membeli ni actually.. eheh... Harap sudi membantu ye?

-----------------
Mencari Keredhaan Ilahi
Merasa ketenangan Hakiki
Mencuit rasa Rendah Diri
Ya Rabbul Izzati




ana memang jual komputer kat sini, tapi note book ni, malas lah nak jual, sebab modal yang terlalu besar....

Tapi, klu repair laptop, kira biasalah....
sekarang nak menjawab soalan...
Budget RM 6000, mmg ok sgtlah....

1) klu ringan dan kecil....oklah, x sampai 2 kilo
2) x sume note book high quality..
3) x byk songeh?? yg ana fhm, jenis ssh nsk rosak, yg ni, terpulang kepada penngunaan kita
4) komputer, mmg sensitif, pd habuk, air, jatuh....
5) up to date, adalah suatu yg mustahil, sbb, klu kita beli hari ini, entah2 bulan depan, dah ada yg lagi baru...tgklah mcm handset skrg..
6) bab kena virus ni, adalah software, walaupun ada yg merosakkan hardware...tapi, kita installkan antiviruss...
7) brand mmg byk dah ok..
NEC, ACER, COMPAQ, FUJITSU, dan byk lah lagi..
klu nak cari yg paling perfect..mmg x dapatlah, setiap keluaran mesti ada cacat cela serba sikit, penguranag dari segi item, kapasiti, kelajuan..

setakat itu dahulu..

-----------------
Mencari Keredhaan Ilahi
Merasa ketenangan Hakiki
Mencuit rasa Rendah Diri
Ya Rabbul Izzati

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

MuSaFiR_SaYYaFF
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 905
Posting: 572
Dari: Daerah Perjuangan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-12-04 02:51


..

Owh, macam tu. Boleh ana tau, brand apa yang mengutamakan capacity and speed? Paling ringan berapa gram? 2 kilo berat lah. eheh..

-----------------
Genggam bara api, biar sampai jadi abu!

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuSaFiR_SaYYaFFProfil   Hantar PM kepada MuSaFiR_SaYYaFF   Pergi ke MuSaFiR_SaYYaFF's Website   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 18-12-04 20:07


paling ringan setakat ni, 1.7 hilo gram, x tahu lah klu ada yg lagi ringan. Untuk speed, tgk harganya jgk,

klu processor, Intel Centrino 1.0 ke atas
klu, memery, 128MD ke atas...paling tinngi 512MB..tapi boleh upgrade sampai 2 GB

-----------------
Mencari Keredhaan Ilahi
Merasa ketenangan Hakiki
Mencuit rasa Rendah Diri
Ya Rabbul Izzati

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-12-04 04:48


mai sini, kita perturunkan ilmu....

10 TIPS PENTING BELI KOMPUTER BIMBIT!!!!

Notebook kini sama pentingnya dengan komputer PC atau lebih dikenali dengan desktop. Ini adalah kerana notebook lebih ringan dan mudah dibawa kemana sahaja. Pada masa ini notebook bukan sahaja digunakan oleh golongan professional malah para pelajar turut menggunakannya kerana ia lebih selesa untuk digunakan terutamanya dalam kerja-kerja atau tugasan berkumpulan dan juga untuk membuat persembahan (presentation). Anda bagaimana, sudah memiliki notebook? Jika belum, saya hendak memberikan beberapa tips (yang saya gunakan) yang mungkin berguna untuk anda ketika hendak membeli notebook. Tips ini mungkin sangat berguna bagi mereka yang tinggal di terutamanya kat Lembah Kelang.

1. Perlu tahu keperluan, kenapa beli notebook.

Ok, tips yang pertama ialah anda perlu tahu kenapa anda perlu menggunakan notebook. Adakah anda sering membuat persembahan (presentation) atau melakukan kerja-kerja berkumpulan? Jika ya, notebook adalah jawapannya. Jika tidak cukuplah dengan menggunakan desktop sahaja agar tidak membazirkan wang. Kemudian, anda perlu tahu spesifikasi yang diperlukan jika mahu membeli notebook, misalnya jenis pemproses yang diperlukan, ruang ingatan yang diperlukan perlukan CD Writer atau tidak dan bermacam-macam lagi. Sebagai contoh, jika anda memerlukan sambungan tanpa wayar (wireless) maka anda perlu memikirkan untuk membeli notebook yang menggunakan pemproses Centrino kerana ia telah dikhususkan untuk kegunaan tanpa wayar.

Bagi ruang ingatan pula, anda perlu tahu berapa banyak ruang ingatan yang diperlukan iaitu sama 128 Mb atau 256 atau 512 Mb bergantung kepada jenis kerja yang anda buat. Jika tugasan anda memerlukan banyak kerja-kerja grafik atau pengaturcaraan, pertimbangkanlah ruang ingatan 256 Mb dan keatas. Pada masa yang sama, anda juga perlu tahu tentang ruang ingatan yang diperlukan untuk grafik. Kebanyakan notebook yang ditawarkan dipasaran menyediakan ruang ingatan grafik sebanyak 64 Mb. Selain daripada itu, anda perlu mempertimbangkan samada memerlukan CD Writer atau tidak kerana jika anda tidak memerlukan Cd Writer, maka anda boleh membeli notebook yang hanya dilengkapi degan pemacu CD ROM biasa dan harga akan menjadi lebih murah. Dan lagi satu, saiz paparan skrin. Saiz yang normal ialah 14.1”. Walaubagaimanapun, pada masa ini ada pengeluar yang telah mengeluarkan notebook yang mempunyai paparan sehingga 17’’ yang mungkin disasarkan kepada pengguna yang terlibat dengan kerja-kerja grafik atau mungkin juga untuk hiburan seperti bermain games atau menonton filem.

2. Sediakan peruntukan (budget)

Ya, peruntukan adalah sangat penting. Jika anda hanya mempunyai peruntukan antara RM3000 hingga 4000, anda sebenarnya sudah mampu membeli notebook yang berkuasa agak tinggi juga malah anda mampu membeli komputer yang tidak berjenama terkenal tetapi mempunyai spesifikasi yang sangat bagus. Pokoknya anda perlu rajin tawar-menawar dengan penjual terutamanya jika anda ingin membeli dipusat-pusat IT utama misalnya di Plaza Low Yat atau Plaza Imbi. Malah jika anda perhatikan betul-betul di Plaza Low Yat misalnya, ada dua atau tiga kedai yang menjual notebook ini sebenarnya adalah dibawah satu syarikat yang sama.

Ok, berbalik kepada peruntukan tadi, jika anda mempunyai peruntukan melebihi RM 4000 hingga 6000, saya mencadangkan anda membeli komputer yang berjenama terkenal seperti Compaq (atau HP), Acer, Toshiba, IBM, Fujitsu atau NEC. Ini adalah kerana, kebiasaannya komputer berjenama terkenal ini mempunyai waranti dan perkhidmatan sokongan pelanggan yang sangat bagus serta meliputi peringkat antarabangsa. Dengan kata lain, jika anda mempunyai masalah menggunakan notebook tersebut ketika berada diluar negara, anda hanya perlu menghubungi pusat khidmat pelanggan dinegara tersebut untuk mendapatkan bantuan.

3. Buat kajian ke pusat-pusat IT utama

Setelah tahu keperluan dan mempunyai budget, maka buatlah kajian ke pusat-pusat IT utama misalnya jika anda berada dikawasan Lembah Kelang, jangan malas untuk berkunjung ke Plaza LowYat, Plaza Imbi, Sungei Wang ataupun Mid Valley. Ini adalah kerana terdapat pelbagai jenis barang dan aksesori komputer yang ditawarkan disana.

4. Dapatkan senarai harga

Jika anda berkunjung kepusat-pusat IT seperti yang saya nyatakan diatas, dapatkan senarai harga yang biasanya diletakkan dihadapan kedai dan kalau boleh ambil senarai harga dari kebanyakan kedai yang ada disitu, kemudian cuba buat perbandingan harga berdasarkan spesifikasi dan jenama yang sama.

5. Tanya penjual

Pada masa yang sama, anda perlu rajin bertanya kepada penjual. Ini adalah kerana bukan semua spesifikasi yang tertera dalam senarai harga itu menepati citarasa kita. Adakalanya kita memerlukan customization keatas perkakasan notebook tersebut. Untuk itu, senaraikan spesifikasi yang dikehendaki dan minta penjual menghitung semula harga berdasarkan spesifikasi yang dikehendaki. Gunakan cara yang sama dikedai-kedai yang lain dan buat semula perbandingan harga. Selain daripada itu, anda perlu memeriksa senarai harga dengan betul kerana ada notebook yang tidak disertakan dengan sistem operasi dalam ertikata lain, anda perlu membeli sistem operasi secara berasingan. Bagi mereka yang tidak mahu pening kepala, notebook berjenama terkenal adalah jawapannya kerana notebook-notebook ini biasanya dipakejkan sekali dengan sistem operasi. Anda juga perlu tahu membezakan yang mana satu notebook, PC tablet atau desknote kerana jika dilihat secara fizikal ketiga-tiganya kelihatan sama. Harga notebook biasanya agak murah jika dibandingkan dengan PC Tablet tetapi mahal sedikit jika dibandingkan dengan desknote. Perlu dijelaskan disini bahawa desknote sebenarnya bukanlah notebook kerana ia menggunakan pemproses yang sama seperti desktop bukannya jenis ‘mobile’ yang khusus untuk notebook. Selain daripada itu, kebanyakan desknote tidak didatangkan dengan bateri sebaliknya perlu menggunakan bekalan kuasa elektrik sepanjang masa.

6. Tanya jika ada promosi

Tips ini mungkin selalu orang terlupa terutamanya bagi mereka yang ‘berat mulut’ dan terlalu mengikut apa yang tertera pada senarai harga. Sebagai contoh, katakan notebook A hanya mempunyai RAM sebanyak 256 Mb sahaja. Sebenarnya ada kedai yang menawarkan proses menaiktaraf RAM kepada 512 Mb dengan percuma sahaja. Begitu juga dengan menambah bebrapa aksesori lain misalnya menaiktaraf pemacu CD-ROM kepada Combo atau menaiktaraf pemproses dengan hanya mengenakan kadar bayaran yang sangat rendah. Ada juga yang menawarkan promosi seperti kad WiFi atau mouse optical secara percuma jika anda membeli notebook dikedai mereka. Pangkalnya, seperti yang saya katakan tadi, anda perlu rajin bertanya kepada penjual.

7. Bayar pendahuluan

Setelah anda berpuashati dengan harga serta spesifikasi notebook yang ditawarkan, mungkin anda dikehendaki untuk membuat sedikit bayaran pendahuluan (deposit) untuk proses menaiktaraf beberapa komponen atau jika anda membeli mengikut spesifikasi sedia ada, anda hanya perlu membuat bayaran sekaligus. Tetapi sebelum membuat bayaran sekaligus, anda perlu mengikuti langkah 8 dan 9 terlebih dahulu.

8. Periksa semula notebook

Setelah itu, anda perlu memeriksa semula notebook tersebut. Anda perlu memastikan bahawa kesemua komponen tambahan yang dimasukkan (jika anda menaiktaraf) adalah betul.

9. Periksa samada perkakasan sampingan adalah lengkap

Langkah seterunsya ialah dengan memeriksa perkakasan sampingan samada lengkap atau tidak. Perkakasan sampingan ini termasuklah adaptor, manual dan CD driver. Pastikan juga anda mempunyai kad waranti (jaminan).

10. Pulang dengan hati gembira.

Sudah selesai membeli apa lagi, pulanglah dengan hati gembira. Kepuasan membeli hanya akan datang jika kita benar-benar membeli notebook mengikut spesifikasi yang dikehendaki disamping harga yang lebih murah dari harga asal, hehe. Mungkin kita boleh ubah sedikit peribahasa Melayu dari alah membeli menang memakai kepada menang membeli menang memakai. Ingat,rajin-rajinlah bertanya kepada penjual!

Oklah tu, dah banyak ilmu yang saya perturunkan...

Waallahu'alam

-----------------
Mencari Keredhaan Ilahi
Merasa ketenangan Hakiki
Mencuit rasa Rendah Diri
Ya Rabbul Izzati

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101014 saat. Lajunya....