Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-07-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Jika seseorang itu berjalan beriringan dengan kita,ini bermakna, dia merupakan sahabat yang sebenar.Jika seseorang itu berjalan di hadapan kita, ini bermakna dia mementingkan diri sendiri, manakala di belakang kita, ini bermakna orang itu lebih pentingkan kita daripadanya".

-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 19 hari yang lalu
Daeng_Jati: 40 hari yang lalu
Kang: 44 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Hukum hudud


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Hukum hudud

Please Mendaftar To Post


Oleh Hukum hudud

solehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.06.2003
Ahli No: 1384
Posting: 165
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-06-03 23:12


Ana ni bukannya nak cakap pasal politik.Tapi sebagai umat Islam, ana nak mendapatkan pandangan ahli komuniti ini,setujukah jika negara kita mengamalkan hukum hudud

Bookmark and Share

    


  Member Information For solehahProfil   Hantar PM kepada solehah   Pergi ke solehah's Website   Quote dan BalasQuote

MuTTaQiN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 203
Posting: 594
Dari: ::Gombak @ Bumi Ilmu::

Selangor  


posticon Posting pada: 22-06-03 00:05


Assalamualaikum

Ana setuju jika hukum hudud dijalankan.Malaysia mengata dan menyuarakan kepada seluruh dunia bahawa malaysia merupakan negara islam,syarat pertama negara itu diiktiraf sebagai negara islam ialah negara tersebut mestilah mengamalkan undang2 dan hukum2 islam.

Mengikut kitab yg di karang oleh Al-Kasani iaitu :Bada’I’alsana’I’, juz 7, halaman 130-131 (cetakan Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut 1986)

Al-Kasani menyebut pendapat Abu Yusuf dan Muhammad al-Syaibani (murid Abu Hanifah):

Maksudnya: Zahirnya Islam dan zahirnya kekufuran itu bermaksud zahir dan menonjolnya hukum/undang-undang/peraturan kedua-duanya, Maka apabila zahirnya/dominannya hukum kufur dan undang-undangnya dalam sebuah negara, maka jadilah ia Dar kufr dan betullah sandaran tersebut (al-idafah). Dan begitulah juga akan jadi sebuah negara sebagai negara Islam apabila zahir dan menonjolnya undang-undang Islam di dalamnya tanpa syarat yang lain.

dgn terlaksana nyer hukum hudud,pelbagai gejala dapat dikurangkan,masalah yg timbul dapat diselesaikan mengikut cara islam, secara adil dan saksama,jenayah dapat dikurangkan.


Kalau malaysia ingin diiktiraf sebagai negara islam amalkan perundangan islam dahulu


-----------------
[img /]http://www.inminds.co.uk/boycott-poster3.jpg[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuTTaQiNProfil   Hantar PM kepada MuTTaQiN   Quote dan BalasQuote

Redth
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 796
Posting: 65
Dari: South Province Wellesley

iran  


posticon Posting pada: 22-06-03 00:29


Assalamu'alaikum...

The question whether we agree or not does not arise since we are Muslims thus it's an obligation to accept and practise the Islamic principles. Let alone the ignorants speak about the difficulty of implementation in multi-racial society. Just bear in mind, Islam is relevant anywhere; then, now and in the future.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RedthProfil   Hantar PM kepada Redth   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 23-06-03 00:12


Hukum hudud ni hukum Allah.. kita manusia tak berhak nak kata hukum Allah ni tak sesuai...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 30-06-03 17:40


Assalammualaikum..ana setuju dengan muttaqin...
hudud tue kan ade dalam Al-Quran dan bukankah isi kandungan al-Quran itu sesuai untuk sepanjang zaman..hanya sekadar pendapat ana yang daif


-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

UsTaZaH_CuTe
Warga 5 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 962
Posting: 389
Dari: siNtOk

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-07-03 00:42


yang wajib tetap wajib...

wallahuallam...

-----------------
"NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsTaZaH_CuTeProfil   Hantar PM kepada UsTaZaH_CuTe   Pergi ke UsTaZaH_CuTe's Website   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 08-07-03 01:05



bab ni dah lama dan banyak kali dibincangkn dulu...

isa-VR4 nak bagi tau kat sini...
isa-VR4 stuju 100% pelaksanaan hudud..
memandangkan kes jenayah pada hari ini tidak dapat dibendung lagi dengan hukum manusia


-----------------
Ya Allah !!! berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan jihad para shuhada'

img75.photobucket.com/albums/v228/acma_115/logo.jpg">

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3084
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 08-07-03 12:14


memang benar hal ni ade dibincang kan dulu...bagi saye la memang wajib hudud dilaksanakan di muka bumi Allah ni. sebab Allah telah berfirman Hanya undang2 ku sajalah yang boleh merubah manusia ke jalan yang benar.....kalau tak ikut berdosa tau.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

hanann82
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.06.2003
Ahli No: 1637
Posting: 43
Dari: kuala terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 05-08-03 13:31


klu sebut pasal hudud, mesti org ingat politik..naper??
kita muslim, dan kita wajib perjuangkan spy hukum allah ini dpt dipertegakkan dibumiNYA...



PENGERTIAN HUDUD

Hudud adalah perkataan jamak (banyak) satunya mufrad disebut had, had dari segi bahasa Arab bererti sekatan atau sempadan atau tegahan...

Pengertian ini sudah mengandungi maksud tersendiri iaitu apabila hukuman had itu dilaksanakan dengan penuh ketaatan kepada Allah s.w.t.

Maka ianya akan menjadi sekatan atau sempadan yang akan menegah individu dan masyarakat dari melakukan jenayah.

Dari segi istilah perundangan Islam, hudud itu diertikan dengan siksaan yang ditetapkan wajib dilaksanakan sebagai hak Allah s.w.t.

Perlu dijelaskan juga bahawa Istilah Hudud itu bukan ciptaan sesiapa. Ianya ciptaan Allah s.w.t. Allah yang menciptanya lebih mengetahui dengan hukumanNya.

Jelaslah hukum Hudud itu adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Manusia tidak berhak menolak atau memindanya jauh sekali dari mengingkari dan menghinanya, jika mereka benar-benar beriman kepada Allah(seperti yang kita laung-laungkan di dalam rukun iman yang pertama).



Contohnya hukuman yang dikenakan hudud (had) ialah:-

1. Sariqah (mencuri)
2. Hirabah (merompak)
3. Zina (persetubuhan haram)
4. Qazaf (menuduh org yg suci berzina tanpa 4 saksi yg adil)
5. Syurb (minum arak)
6. Riddah (murtad)

”DALIL-DALIL DAN JENIS HUKUMAN”

1. Sariqah (mencuri)

Firman Allah s.w.t.

“Orang yang mencuri, lelaki atau perempuan, hendaklah dipotong tangan kedua-dua mereka sebagai balasan untuk perbuatan mereka. Cegahan akan datang dari Allah”
– Surah al-Maidah ayat 38

2. Hirabah (merompak)

Firman Allah s.w.t.

“Sesungguhnya balasaan (hukuman) bagi mereka-mereka yang memerangi Allah dan RasulNya dan melakukan kerosakan di muka bumi, mereka itu henndaklah dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka secara bersilang atau dibuang negeri”
– Surah al-Maidah ayat 33

(Menurut Al-Qurtubi di dalam tafsirnya bahawa pihak pemerintah boleh membuat pilihan di dalam menghukum perompak2 samaada hendak menjatuhkan hukuman bunuh atau salib atau potong tangannya dan kaki secara bersilang atau membuang daerah, mengikut seperti mana ayat di atas)

3. Zina (persetubuhan haram)

Firman Allah s.w.t.

“Orang yang berzina perempuan dan lelaki hendaklah dihukum sebat tiap-tiap seorang dari keduanya dengan seratus kali sebatan”
– Surah an-Nur ayat 2

4. Qazaf (menuduh org yg suci berzina tanpa 4 saksi yg adil)

Firman Allah s.w.t.

“Dan mereka yang melemparkan tuduhan zina ke atas perempuan-perempuan yang bersih kemudian mereka tidak dapat membuktikan dengan 4 orang saksi, maka hendaklah dihukumkan mereka itu dengan 80 kali sebat”
– Surah an-Nur ayat 4

5. Syurb (minum arak)

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, patung dan tenungan nasib adalah keji dan cemar dari pekerjaan syaithan, maka jauhilah semuanya”
– Surah al-Maidah ayat 90

6. Riddah (murtad)

Sabda Rasululah s.a.w.

“Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh”
– Riwayat al-Bukhari dan Abu Daud

Diriwayatkan juga oleh Ad-dar Qatni katanya, “Seorang perempuan yang dipanggil Ummu Marwan, telah murtad di zaman Rasulullah s.a.w., Rasulullah telah memerintah supaya perempuan itu bertaubat. Jika tidak ianya hendaklah dibunuh”

Dan banyak lagi hadis tentang hukum bunuh ke atas orang yang murtad seperti tercatit di dalam Mastika Hadis Jilid 1 terbitan Pusat Islam.

Firman Allah s.w.t.

“Dan siapa yang murtad di antaramu dari agama Islam lalu ia mati dalam kekufurannya maka amalan mereka terhapus di dunia dan akhirat. Mereka itu penghuni neraka yang akan kekal di dalamnya”
– Surah an-Nur ayat 4


Bookmark and Share

    


  Member Information For hanann82Profil   Hantar PM kepada hanann82   Quote dan BalasQuote

izad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 66
Posting: 427
Dari: Wakaf Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-08-03 13:35


ana sokong 200%

-----------------
AL-FIRQATU AN NAAJIAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For izadProfil   Hantar PM kepada izad   Pergi ke izad's Website   Quote dan BalasQuote

mardhiah12
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.08.2003
Ahli No: 2797
Posting: 49

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-08-03 13:48


assalamu`alaikum

this is my first posting dan ana tertarik dgn isu ini. sebagai seorang yang mengaku dirinya seorang islam, kita tidak berhak mempersoalkan whther hukum hudud ini wajar dilaksanakan di negara kita atau tidak. sebenarnya hukum hudud bersifat preventive, yakni cuba menghalang daripada maksiat terjadi. sebagai contohnya, pada zaman Rasulullah s.a.w., hanya seorang sahaja yang dihukum potong tangan, manakala dari zaman Raslullah s.a.w. sehingga zaman Umar al-Khattab mmerintah, hanya 3 orang sahaja.

sedangkan untuk hukuman zina sekali pun, perlu ada 4 org saksi yang adil yang melihat peristiwa zina tersebut terjadi ibarat benang dimasukkan ke dalam lubang jarum. jadi fikirkan betapa susahnya untuk convict orang tersebut.. hukuman direjam sampai mati pun sebagai tanda kita membenci zina itu sendiri. direjam sampai mati, bunyinya kejam, tapi perbincangan lanjut dengan suami ana me'reveal'kan apa maksudnya yang sebenar..

insya Allah, harapnya yang lebih arif, boleh tolong huraikan dgn lebih terperinci

Bookmark and Share

    


  Member Information For mardhiah12Profil   Hantar PM kepada mardhiah12   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104912 saat. Lajunya....