Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila telah sampai di puncak tetapi meneruskan pendakian, bermakna anda sedang menurun, bukan lagi mendaki
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 59
Ahli: 0
Jumlah: 59




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 21 jam, 58 minit yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: PERHATIAN MEREKA yang MEROKOK!!!!!!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» PERHATIAN MEREKA yang MEROKOK!!!!!!!

Please Mendaftar To Post


Oleh PERHATIAN MEREKA yang MEROKOK!!!!!!!

MuTTaQiN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 203
Posting: 594
Dari: ::Gombak @ Bumi Ilmu::

Selangor  


posticon Posting pada: 21-06-03 16:35


HUKUM MEROKOK!!!!!

Rokok terbukti mengandung berbagai-bagai jenis bahan kimia berbahaya, diantaranya ialah nikotin. Menurut pakar atau ahli kimia, telah jelas dibuktikan bahwa nikotin yang terdapat dalam setiap batang rokok atau pada daun tembakau adalah ternyata sejenis kimia memabukkan yang diistilahkan sebagai candu.

Dalam syara pula, setiap yang memabukkan apabila dimakan, diminum, dihisap atau disuntik pada seseorang maka ia di kategorikan sebagai candu atau dadah kerana pengertian atau istilah candu adalah suatu bahan yang telah dikenal pasti bisa memabukkan atau mengandung elemen yang bisa memabukkan. Dalam mengklasifikasikan hukum candu atau bahan yang memabukkan, jumhur ulama fikah yang berpegang kepada syara (al-Quran dan al- Hadith) sepakat menghukumkan atau memfatwakannya sebagai benda "Haram untuk dimakan atau diminum malah wajib dijauhi atau ditinggalkan". Pengharaman ini adalah jelas dengan berpandukan kepada hujah-hujah atau nas-nas dari syara sebagaimana yang berikut ini: "Setiap yang memabukkan itu adalah haram" H/R Muslim.

Hadith ini dengan jelas menegaskan bahawa setiap apa sahaja yang memabukkan adalah dihukum haram. Kalimah kullu (ßõáøõ)di dalam hadith ini bererti "setiap" yang memberi maksud pada umumnya, semua jenis benda atau apa saja benda yang memabukkan adalah haram hukumnya. Hadith ini dikuatkan lagi dengan hadith di bawah ini: "Setiap sesuatu yang memabukkan maka bahan tersebut itu adalah haram". H/R al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud.

Hadith di atas ini pula telah menyatakan dengan cukup terang dan jelas bahwa setiap apa saja yang bisa memabukkan adalah dihukum haram. Pada hadith ini juga Nabi Muhammad s.a.w menggunakan kalimah kullu (ßõáøõ) iaitu "Setiap apa saja", sama ada berbentuk cair, padat, debu (serbuk) atau gas.

Mungkin ada yang menolak kenyataan atau nas di atas ini kerana beralasan atau menyangka bahwa rokok itu hukumnya hanya makruh, bukan haram sebab rokok tidak memabukkan. Mungkin juga mereka menyangka rokok tidak mengandung candu dan kalau adapun kandungan candu dalam rokok hanya sedikit. Begitu juga dengan alasan yang lain, "menghisap sebatang rokok tidak terasa memabukkan langsung". Andaikan, alasan atau sangkaan seperti ini boleh diselesaikan dengan berpandukan kepada hadith di bawah ini: "Apa saja yang pada banyaknya memabukkan, maka pada sedikitnya juga adalah haram". H/R Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.

Kalaulah meneguk segelas arak hukumnya haram kerana ia benda yang memabukkan, maka walaupun setetes arak juga hukum pengharamannya tetap sama dengan segelas arak. Begitu juga dengan seketul candu atau sebungkus serbuk dadah yang dihukum haram. Secebis candu atau secubit serbuk dadah yang sedikit juga telah disepakati oleh sekalian ulama Islam dengan memutuskan hukumnya sebagai benda yang dihukumkan haram untuk dimakan, diminum, dihisap (disedut) atau disuntik pada tubuh seseorang jika tanpa ada sebab tertentu yang memaksakan atau keperluan yang terdesak seperti darurat kerana rawatan dalam kecemasan. Begitulah hukum candu yang terdapat di dalam sebatang rokok, walaupun sedikit ia tetap haram kerana dihisap tanpa adanya sebab-sebab yang memaksa dan terpaksa.

Di dalam sepotong hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nabi Muhammad s.a.w telah mengkategorikan setiap yang memabukkan itu sebagai sama hukumnya dengan hukum arak. Seorang yang benar-benar beriman dengan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w tentulah meyakini bahawa tidak seorangpun yang layak untuk menentukan hukum halal atau haramnya sesuatu perkara dan benda kecuali Allah dan RasulNya. Tidak seorangpun berhak atau telah diberi kuasa untuk merubah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah melalui Nabi dan RasulNya kerana perbuatan ini ditakuti boleh membawa kepada berlakunya syirik tahrif, syirik ta'til atau syirik tabdil. Hadith yang mengkategorikan setiap yang memabukkan sebagai arak sebagaimana yang di dimaksudkan ialah: "Setiap yang memabukkan itu adalah arak dan setiap (yang dikategorikan) arak itu adalah haram". H/R Muslim.

Dalam perkara ini ada yang berkata bahawa rokok itu tidak sama dengan arak. Mereka beralasan bahawa rokok atau tembakau itu adalah dari jenis lain dan arak itu pula dari jenis lain yang tidak sama atau serupa dengan rokok. Memanglah rokok dan arak tidak sama pada ejaan dan rupanya, tetapi hukum dari kesan bahan yang memabukkan yang terkandung di dalam kedua-dua benda ini (rokok dan arak) tidak berbeza di segi syara kerana kedua benda ini tetap mengandungi bahan yang memabukkan dan memberi kesan yang memabukkan kepada pengguna atau penagihnya. Tidak kira sedikit atau banyaknya kandungan yang terdapat atau yang digunakan, yang menjadi perbincangan hukum ialah bendanya yang boleh memabukkan, sama ada dari jenis cecair, pepejal, serbuk atau gas apabila nyata memabukkan sama ada kuantitinya banyak atau sedikit maka hukumnya tetap sama, iaitu haram sebagaimana keterangan dari hadith sahih di atas.

Di hadith yang lain, Nabi Muhammad s.a.w mengkhabarkan bahawa ada di kalangan umatnya yang akan menyalahgunakan benda-benda yang memabukkan dengan menukar nama dan istilahnya untuk menghalalkan penggunaan benda-benda tersebut: "Pasti akan berlaku di kalangan manusia-manusia dari umatku, meneguk (minum/hisap/sedut/suntik) arak kemudian mereka menamakannya dengan nama yang lain". H/R Ahmad dan Abu Daud.

Seseorang yang benar-benar beriman dan ikhlas dalam beragama, tentunya tanpa banyak persoalan atau alasan akan mentaati semua nas-nas al-Quran dan al-hadith yang nyata dan jelas di atas. Orang-orang yang beriman akan berkata dengan suara hati yang ikhlas, melafazkan ikrar dengan perkataan serta akan sentiasa melaksanakan firman Allah yang terkandung di dalam al-Quran : "Kami akan sentiasa dengar dan akan sentiasa taat". Tidaklah mereka mahu mencontohi sikap dan perbuatan Yahudi yang dilaknat dari dahulu sehinggalah sekarang kerana orang-orang Yahudi itu apabila diajukan ayat-ayat Allah kepada mereka maka mereka akan menentang dan berkata : "Kami sentiasa dengar tetapi kami membantah".

Sebagai contoh iman seorang Muslim yang sejati ialah suatu peristiwa yang mengisahkan seorang sahabat yang terus menuangkan gelas sisa-sisa arak yang ada padanya ke tanah tanpa soal dan bicara sebaik sahaja turunnya perintah pengharaman arak. Hanya iman yang mantap dapat mendorong seseorang mukmin sejati dalam mentaati segala perintah dan larangan Allah yang menjanjikan keselamatannya di dunia dan di akhirat.

Kalaulah Nabi Muhammad s.a.w telah menjelaskan melalui hadith-hadith baginda di atas bahawa setiap yang boleh memabukkan apabila dimakan, diminum atau digunakan (tanpa ada sebab-sebab keperluan atau terpaksa), maka ia dihukum sebagai benda haram dan ia dianggap sejenis dengan arak. Penghisapan dadah nikotin yang terdapat di dalam rokok bukanlah sesuatu yang wajib atau terpaksa dilakukan seumpama desakan dalam penggunaan dadah kerana adanya sebab-sebab tertentu seperti desakan semasa menjalani rawatan atau sebagainya. Sebaliknya, penghisapan rokok dimulakan hanya kerana tabiat ingin suka-suka yang akibatnya menjadi suatu ketagihan yang memaksa si penagih melayani kehendak nafsunya. Dalam pada itu, tanpa kesedaran, ia telah membeli penyakit dan menambah masalah, mengundang kematian dan tidak secara langsung ia telah melakukan kezaliman terhadap diri sendiri di samping mengamalkan pembaziran yang amat ditegah oleh syara (haram).

Dadah (bahan yang memabukkan) telah disamakan hukumnya dengan arak oleh Nabi Muhammad s.a.w disebabkan kedua-dua benda ini boleh memberi kesan mabuk dan ketagihan yang serupa kepada penggunanya (penagih arak dan dadah). Melalui kaedah (cara pengharaman) yang diambil dari hadith Nabi di atas, dapatlah kita kategorikan jenis dadah nikotin yang terdapat di dalam rokok sama hukumnya dengan arak dan semua jenis dadah yang lain.

Kesimpulannya, rokok atau tembakau yang sudah terbukti mengandungi dadah nikotin adalah haram pengambilannya kerana nikotin sudah ternyata adalah sejenis dadah yang boleh membawa kesan mabuk atau memabukkan apabila digunakan oleh manusia. Malah dadah ini akan menjadi lebih buruk lagi setelah mengganggu kesihatan seseorang penggunanya sehingga penderitaan akibat penyakit yang berpunca dari rokok tersebut mengakibatkan kematian. Rokok pastinya menambahkan racun (toksin) yang terkumpul di dalam tubuh badan sehingga menyebabkan sel-sel dalam tubuh seseorang itu mengalami kerosakan, mengganggunya daripada berfungsi dengan baik dan membuka kepada serangan kuman dan barah.

Apabila pengambilan rokok yang mengandungi bahan yang memabukkan dianggap haram kerana nyata ia digolongkan sejenis dengan arak (ÎÜóãúÑñ) oleh Nabi Muhammad s.a.w maka di dalam hadith dan al-Quran pula terdapat amaran keras dari Allah dan RasulNya:

"Dari Abu Musa berkata : Bersabda Rasulullah saw : Tiga orang tidak masuk syurga. Penagih arak, orang yang membenarkan sihir dan pemutus silaturrahmi". H/R Ahmad dan ibn Hibban.

"Mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada keduanya itu dosa yang besar". Al Baqarah:219.

"Hai orang-orang yang beriman, bahawasanya arak , judi, (berkorban untuk) berhala dan bertenung itu adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, sebab itu hendaklah kamu meninggalkannya semuga kamu beroleh kejayaan". Al Maidah:90.

Hadith di atas Nabi Muhammad s.a.w telah mengkhabarkan bahawa penagih arak tidak masuk dan dalam ayat di atas pula, Allah mengkategorikan arak (khamar) sejajar dengan berhala dan bertenung sebagai perbuatan keji (kotor) yang wajib dijauhi oleh akal yang sihat. Perkataan "rijs" ini tidak digunakan dalam al-Quran kecuali terhadap perkara-perkara yang sememangnya kotor dan jelek. Perbuatan yang buruk, kotor, buruk dan jelek ini tidak lain mesti berasal daripada perbuatan syaitan yang sangat gemar membuat kemungkaran sebagaimana amaran Allah selanjutnya yang menekankan bahwa: "Sesungguhnya syaitan termasuk hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran khamar dan judi itu dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang. Apakah kamu tidak mahu berhenti?". Al Maidah:91.

Justeru itu Allah menyeru supaya berhenti daripada perbuatan ini dengan ungkapan yang tajam : "Apakah kamu tidak mahu berhenti?"

Seseorang mukmin yang ikhlas tentunya menyahut seruan ini sebagaimana Umar r.a ketika mendengar ayat tersebut telah berkata: "Kami berhenti, wahai Tuhan kami, Kami berhenti, wahai Tuhan kami".

Utsman bin 'Affan r.a juga telah berwasiat tentang benda-benda yang memabukkan yang telah diistilahkan sebagai khamar (닄) "arak". Sebagaimana wasiat beliau: "Jauhkanlah diri kamu dari khamar (benda yang memabukkan), sesungguhnya khamar itu ibu segala kerosakan (kekejian/kejahatan)". Lihat : Tafsir Ibn Kathir Jld.2, M/S. 97.

Ada yang menyangka bahawa rokok walaupun jelas setaraf klasifikasinya dengan arak boleh dijadikan ubat untuk mengurangkan rasa tekanan jiwa, tekanan perasaan, kebosanan dan mengantuk. Sebenarnya rokok tidak pernah dibuktikan sebagai penawar atau dapat dikategorikan sebagi ubat kerana setiap benda haram terutamanya apabila dibuktikan mengandungi bahan memabukkan tidak akan menjadi ubat, tetapi sebaliknya sebagaimana hadith Nabi s.a.w: "Telah berkata Ibn Masoud tentang benda yang memabukkan : Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan ubat bagi kamu pada benda yang Ia telah haramkan kepada kamu". H/R al-Bukhari.

"Telah berkata Waail bin Hujr : Bahawa Tareq bin Suwid pernah bertanya kepada Nabi s.a.w tenang pembuatan arak, maka Nabi menegahnya. Maka baginda bersabda : Penulis membuatnya untuk (tujuan) perubatan. Maka Nabi bersabda : Sesungguhnya arak itu bukan ubat tetapi penyakit". H/R Muslim dan Turmizi. Allohu a’lam.




-----------------
[img /]http://www.inminds.co.uk/boycott-poster3.jpg[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuTTaQiNProfil   Hantar PM kepada MuTTaQiN   Quote dan BalasQuote

ummu_qistina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 398
Posting: 283
Dari: bumi ALLAH

egypt  


posticon Posting pada: 21-06-03 22:02


assalammualaikum.....
ermmm kan dah tahu hukum rokok aper ..aper lagi nak hisap lagi.....sia2 jer..... ...macam bakar duti jer kan .....kl boleh boikot barangan amerika dan israel mesti boleh boikot rokok...hidup islam sejagat...
wassalam ..maasalamah.......

-----------------
IJLIS BINA NU'MIN SAAH......BeSt 4 iSlAm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_qistinaProfil   Hantar PM kepada ummu_qistina   Quote dan BalasQuote

Redth
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 796
Posting: 65
Dari: South Province Wellesley

iran  


posticon Posting pada: 22-06-03 00:19


Assalamu'alaikum...

This finding maybe irrelevant to non-smokers. But for the sake of our general knowledge, the most hazardous brand of cigarettes is Marlboro. So, for the smokers out there, if u r not able to stop smoking, please puff the other brands. The danger is still there, just the death maybe a little bit later.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RedthProfil   Hantar PM kepada Redth   Quote dan BalasQuote

ZahRaTuL_RaiHaNaH81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 426
Posting: 861
Dari: .: SaBah :.

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 22-06-03 22:12



erm....
kalau dah tahu rokok tu membahayakan kesihatan...jauhilah ia...



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ZahRaTuL_RaiHaNaH81Profil   Hantar PM kepada ZahRaTuL_RaiHaNaH81   Quote dan BalasQuote

MuTTaQiN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 203
Posting: 594
Dari: ::Gombak @ Bumi Ilmu::

Selangor  


posticon Posting pada: 25-06-03 23:22


Islam tidak membenarkan penganutnya merosak, menyakiti atau mengganggu orang lain. Larangan ini cukup jelas. Kalau terhadap orang lain tidak dibenarkan melakukan hal-hal buruk tersebut, maka terhadap diri sendiri tentu lebih dilarang lagi.

Merokok, misalnya, telah disepakati sebagai satu tabiat yang memberi kesan buruk kepada pelakunya: kesan buruk terhadap kesihatan jasmani, akal dan membazirkan wang yang sepatutnya digunakan untuk tujuan lain.

Tembakau yang menjadi bahan rokok mengandungi pelbagai jenis racun yang amat berbahaya seperti nikotin, gas karbon oksida dan seft. Jadi, bagaimana Islam meletakkan hukum terhadap perbuatan merokok dan bahan rokok ini? Buku Hukum Merokok oleh Syeikh Abu Bakar Jabir al-Jaza’iry terbitan Pustaka al-Mizan, Kuala Lumpur menerangkannya kepada pembaca secara panjang lebar.

Merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah HARAM dengan berpandukan dalil-dalil serta nas-nas al-Quran, hadis dan pendapat para ulama yang muktabar seperti berikut:

i. Merokok merupakan perbuatan kearah pembaziran wang sedangkan membazir adalah saudara Syaitan, Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Israa' ayat 27:
Maksudnya:Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya.

ii. Allah S.W.T melarang seseorang mukmin membunuh atau mencampakkan dirinya kearah kebinasaan. Tabiat merokok adalah tergolong dalam kancah ini. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 195:

Maksudnya: Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baiklah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

iii. Allah S.W.T hanya menghalalkan benda-benda yang baik dan mengharamkan benda-benda yang kotor dan keji. Rokok termasuk dalam kategori tersebut: Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-A'raff ayat 157:

Maksudnya: Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara keji dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang buruk dan ia juga menghapuskan dari mereka beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka.

iv. Rokok(tembakau) menyebabkan fikiran menjadi lesu, kerana bahan-bahan bahaya seperti Narkotin, Candu Tar, Karbon Monoksida serta Sebatian Pridine Methly Alkohol. Rasulullah s.a.w melarang terhadap sesuatu yang boleh memabukkan, bahkan melesukan fikiran sebagaimana tegahan baginda dalam sebuah Hadis yang diberikan dari Ummi Salamah r.a, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Telah menegah Rasulullah s.a.w daripada tiap-tiap perkara memabukkan dan melesukan fikiran".(Hadis riwayat Al-Imam Ahmad dan Abu Daud)

v. Merokok mengeluarkan bau yang busuk sehingga boleh mengganggu orang lain yang duduk berdekatan apalagi para malaikat.
Sabda Baginda s.a.w: "Sesiapa yang menyakiti muslim maka sesungguhnya ia menyakiti akan daku dan sesiapa menyakiti akan daku maka sesungguhnya ia menyakiti Allah".(Hadis Riwayat at-Thabrani)

vi. Islam amat mementingkan kesihatan yang sempurna dan bersih dalam segala hal. Ini kerana kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman, sebaliknya perokok itu adalah seorang pengotor.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman".

Tabiat merokok bukan sahaja mempunyai kaitan dengan aspek kesihatan, ekonomi dan sosial, malahan ia juga melibatkan sudut keagamaan dan hukum. Sebenarnya tabiat atau gejala merokok dikalangan umat Islam kini bukan dibenarkan di dalam Islam.Islam telah menegah malah mengharamkan tabiat merokok dikalangan umat-umatnya. Ini menunjukkan bahawa perihal halal telah jelas dan perkara haram telahpun dijelaskan dengan setepat-tepatnya. Hanya yang benar-benar beriman sahaja yang lebih maklum dan dapat membezakan di antara yang baik dan yang buruk, diantara yang halal dan haram.

Menurut suatu sumber, rokok digunakan dalam satu upacara keagamaan oleh pendeta-pendeta kaum Maya di Mexico, sebelum masehi lagi. Sebahagian ahli sejarah menyatakan bahawa rokok itu mula dikenali di negara Yahudi(musuh Allah dan Rasul). Di sanalah rokok diperkembangkan ke negara-negara jiran dan lain kawasan di dunia untuk melemahkan manusia-manusia sihat khususnya penganut-penganut Islam yang bersih.

Pendapat lain mengatakan, orang-orang Kristian dan Eropah memperkembangkan rokok ke negara-negara jajahannya untuk menindas negara itu dari segi ekonomi, fizikal dan mental sesudah bahan itu dibawa dari Amerika berikutan penemuan itu pada 1492 masehi oleh seorang Putera Itali iaitu Christopher Colombus(1451-1506).

FATWA-FATWA LAIN BERKAITAN ROKOK

Hukum rokok

1. Syaikh Hasanain Makhluf (bekas Mufti Mesir) yang menetapkan ada dua hukum bagi rokok, bergantung kepada faktor mafsadat (mudharat) terhadap seseorang dan keluarganya. Jika merokok mendatangkan mafsadat kesihatan, mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya, maka hukum merokok ke atasnya adalah haram. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafakah keluarga (Fatwa Syar'iyah, Jld 2)

2. Fatwa Kerajaan Arab Saudi: Haram

3. Fatwa Syeikh Muhamad Syaltut (Bekas rektur/Syeikh Al-Azhar) yg menyatakan," walaupun merokok tidak menjadikan seseorang itu mabuk (spt kesan khamar) atau rosak akal (spt narkotik), tapi terbukti merokok merugikan dan merusakkan kesihatan perokok dan orang yang berinteraksi dengannya. Dalam Islam ketentuan hukum halal/haram tidak semestinya diputuskan dgn nas sahaja, ia juga boleh ditentukan oleh "qawaid syara'iyyah". Maka jelaslah hukum merokok itu dilarang dan tidak disukai oleh agama (Fatawa Islamiah)

4. Fatwa Syeikh Yusuf al-Qaradawi: memilih hukum haram atas alasan dan hujah yg kukuh mengikut kaedah syara' dan diperkuatkan oleh fakta sains perubatan. Oleh kerana haram ini ada banyak jenis dan kategori, al-Qaradawi lebih memilih hukum haram yg ringan dan ia hendaklah dikuatkuasakan secara tadarruj (beransur-ansur). Al-Qaradawi (Fatawa Mu'asirat) antara lain memberi beberapa alternatif:
- Haram hukum merokok kepada yang belum mencuba merokok atau perokok baru yang masih belum ketagih
- Makruh kepada yang sudah ketagih tapi masih boleh berhenti jika berusaha
- Harus kepada yang sudah sebati dengan rokok, meninggalkan amalan merokok akan mendatangkan kesan sampingan yang lain seperti lemah badan, sasau dsbnya

5. Fatawa beberapa negeri di Malaysia, antaranya Selangor, Perlis dan Kedah yg menyatakan haramnya.


Wallahu a'alam






-----------------
[img /]http://www.inminds.co.uk/boycott-poster3.jpg[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuTTaQiNProfil   Hantar PM kepada MuTTaQiN   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 29-06-03 12:49


anti rokok....

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 647
Posting: 199
Dari: bumi allah

malaysia  


posticon Posting pada: 30-06-03 23:07


assalamualaikum...

rokok mmg dah terbukti bahaya,ulama' sepakat ia haram,kerana memudharatkan..semua org tahu..yg jadi peliknya...dikalangn yg terpelajar yg bnyak hisap rokok..rata2 kl yg muda kebnyakkannya..pelajar2 ipta&ipts...disinilah pengaruh rakan sebaya mainkan peranan penting...kl yg merokok tuh jgn baik hati sgt cabar kawan yg tak merokok...kl nak jadi jahat,jahat sorang2 jgn ajak org lain...

wallahu'alam




-----------------
"haza fadlhu min rabbina"

Bookmark and Share

    


  Member Information For widadProfil   Hantar PM kepada widad   Quote dan BalasQuote

albinanji_10
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 333
Posting: 26
Dari: Negeri Bertuah

Perak  


posticon Posting pada: 01-07-03 00:02


hmm...sokong pendapat semua.....

-----------------
-eratkan Ukhuwah,gerakkan Islah-salurkan tautan ukhwah menerusi persahabatan yg tulus ikhlas agar ia mampu menjadi pendukung kepada keteguhan iman dan keterbukaan fikiran


Bookmark and Share

    


  Member Information For albinanji_10Profil   Hantar PM kepada albinanji_10   Quote dan BalasQuote

ucop
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1457
Posting: 56

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 01-07-03 11:02


Assalamualaikum.....

Ana masih lagi kurang faham kenapa merokok itu hanya dijatuhkan dalam kategori makruh sahaja.

Mengikut pendapat sahabat,merokok itu diibaratkan sebagai membakar duit.Bukankah itu pembaziran? Sepatutnye haram...

Ana hanya ade pendapat sahaja.

Wassalam.......

-----------------
BUAT SELAGI BOLEH ,USAHA SELAGI MAMPU
AGI IDUP AGI NGELABAN.
ONLY THE STRONG WILL SURVIVE

Bookmark and Share

    


  Member Information For ucopProfil   Hantar PM kepada ucop   Quote dan BalasQuote

MuWaHiD
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 472
Posting: 107
Dari: KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-07-03 16:08


harmm kalau tang makroh tue..rokok yg tak de dadah...tak de TAR tue taR ni...kirer rokok daun la..itu baru makroh je..tapi cam skrg..dah bermacam2 ramuan die letak..tue yg sng2..haramkan terus..merbahayakan umat islam saja

bg sesapa yg masih merokok tue..kurang2kan lah.. yg tak merokok tue..jgn sentuh rokok tue...


Bookmark and Share

    


  Member Information For MuWaHiDProfil   Hantar PM kepada MuWaHiD   Quote dan BalasQuote

aniza
Warga Rasmi
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1924
Posting: 11
Dari: bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 02-07-03 16:22


assalamualaikum.....
salam perkenalan dan salam ukhwah.......
ana setuju dengan mustaqqim[maaf kalau eja salah]
memang rokok itu pada ana haram.....dan maembazir ...tetapi ada yang dah tau tapi buat jugak........jadi marilah kita berdoa kepada Allah supaya mereka sedar dengan kesilapan mereka dan jugak kita kat sinie nie.....dan kita minta kpd Allah bukakanlah hati mereka...supaya.
mengikut jalan yang benar....... INSYAALLAH...AMIN..
wassalam......

Bookmark and Share

    


  Member Information For anizaProfil   Hantar PM kepada aniza   Quote dan BalasQuote

sahabat_amin
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-07-03 16:50


ya...ana sokong apa yg dikatakan oleh MuTTaQiN tue...
tapi org yg merokok pun ader kelebihannye jugak...
yg pertama,nyamuk x mari gigit...pasal asap rokok yg berkepul2 dan merbahaya tue...nyamuk pun takut nak dekat...
yg kedua,tak sempat tumbuh uban,pasal cepat mati....
(sekadar utk gurauan...)

-----------------
Jana pendapatan anda, hanya di hujung jari...!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_aminProfil   Hantar PM kepada sahabat_amin   Pergi ke sahabat_amin's Website   Quote dan BalasQuote

Hafiz_Qiee
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 785
Posting: 762
Dari: Serdang, Selangor

Kedah  


posticon Posting pada: 05-07-03 13:27


daripada beli rokok..
baik beli ais krim..lagi sedap..
roti ker..
ade roti baru tau...sedap tau.ehhe

-----------------
Hanya diri ku dan Allah s.w.t.. yang mengetahui segalanya.. itu lah kehidupan .. dicelah lautan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hafiz_QieeProfil   Hantar PM kepada Hafiz_Qiee   Pergi ke Hafiz_Qiee's Website   Quote dan BalasQuote

jc11
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1052
Posting: 121
Dari: tErEnGGaNu

Terengganu  


posticon Posting pada: 05-07-03 16:27


letih nak baca ... panjang mak oii

Bookmark and Share

    


  Member Information For jc11Profil   Hantar PM kepada jc11   Quote dan BalasQuote

Hafiz_Qiee
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 785
Posting: 762
Dari: Serdang, Selangor

Kedah  


posticon Posting pada: 06-07-03 17:06


letih ker..nak baca..
takyah baca..ehehe..
wasalam..

-----------------
Hanya diri ku dan Allah s.w.t.. yang mengetahui segalanya.. itu lah kehidupan .. dicelah lautan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hafiz_QieeProfil   Hantar PM kepada Hafiz_Qiee   Pergi ke Hafiz_Qiee's Website   Quote dan BalasQuote

annamuslimah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1423
Posting: 149
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 11-07-03 18:45


Ha, kalau kaum lelaki dah tahu bahayanya rokok, lepas ni mari pakat tak yah beli rokok dah dan tukar kepada beli aiskrim lak

Bookmark and Share

    


  Member Information For annamuslimahProfil   Hantar PM kepada annamuslimah   Quote dan BalasQuote

BuDaK_SpiDeR
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1427
Posting: 131
Dari: DiMaShQ

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-07-03 22:16


mak oii.....memang oanjang betol...tapi betol gak ape yang MuTTaQiN kate.....merokok ni takde membawa faedah bagi kite yang tidak merokoklah....tapi kalau tanye org yang hisap rokok tu jawapan mereka mesti bercanggah dari jawapan kite yang tak sedut menatang tu.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For BuDaK_SpiDeRProfil   Hantar PM kepada BuDaK_SpiDeR   Quote dan BalasQuote

faridsd
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.06.2003
Ahli No: 1756
Posting: 169

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-07-03 22:26


saya sokong 100% jc11 tu kekeke

Bookmark and Share

    


  Member Information For faridsdProfil   Hantar PM kepada faridsd   Pergi ke faridsd's Website   Quote dan BalasQuote

fi_amaanillah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 259
Posting: 306
Dari: JB

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-07-03 08:54


assalamualaikum..

merokok???hmm..mmg x baik utk kesihatan...

-----------------
"jadilah spt pohon kayu yg lebat buahnya,tumbuh di tepi jalan, dilempar dgn batu,tetapi dibalas dgn buah"---Saidina Abu Bakar

Bookmark and Share

    


  Member Information For fi_amaanillahProfil   Hantar PM kepada fi_amaanillah   Quote dan BalasQuote

teman_siber
WARGA SETIA
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1493
Posting: 644
Dari: Kuala Lumpur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-07-03 11:03


assalamualaikum...
ana antara penentang org yg isap rokok...
member serumah ana pun 'seghiau' ngan ana sebab ana penah buang rokok diaorg depan mata...
kalau dah kata rokok tu HARAm... kenapa masih ada jugak dikalangan ustat² kita yang isap ROKOK...!!!

maaflah jika sindiran ana ni mengguris hati sapa² jadi tindakan kita dalam komuniti ukhwah nie kalau ada sahabat atau saudara kita yang isap rokok tu cepat² laa bantu mereka... jangan hanaya sekadar cakap panjang lebar disini tanpa tindakan susulan...!!!
waalahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For teman_siberProfil   Hantar PM kepada teman_siber   Quote dan BalasQuote

aimanwan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 307
Posting: 151
Dari: Mansurah_Mesir

PulauPinang  


posticon Posting pada: 10-09-03 00:44


penjelasan yang best gak....
boleh kita buat ceramah tentang rokok ler nanti.
suruh muttaqin jadi penceramahnyer...

insya ALLAH jika tiada aral melintang

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For aimanwanProfil   Hantar PM kepada aimanwan   Pergi ke aimanwan's Website   Quote dan BalasQuote

BuDaK_SpiDeR
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1427
Posting: 131
Dari: DiMaShQ

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-09-03 01:30


buat aper dok hisap asap tu...buat jahanam jantung ade lah......duit pun hangus jadi habuk.......pastu buang pulak habuk kat merata tempat......kotorkan alam sekitar pulak.....hish......banyak masalah sungguh org hisap rokok ni..........mengganggu ketenteraman awam sungguh..........

Bookmark and Share

    


  Member Information For BuDaK_SpiDeRProfil   Hantar PM kepada BuDaK_SpiDeR   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-09-03 09:34


emm..sokong pendapat semua...

merokok memang merbahaya...ia mudarat dan boleh memudaratkan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

malique
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3212
Posting: 36
Dari: putrajaya

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 13-09-03 10:00


well, merokok menjejaskan kesihatan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For maliqueProfil   Hantar PM kepada malique   Pergi ke malique's Website   Quote dan BalasQuote

muslimahsejati
WARGA SETIA
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor

Johor  


posticon Posting pada: 18-09-03 20:31


Saya paling tak suka orang yang hisap rokok ia bukannya berfaedah tapi makin tak berfaedah adalah mana taknya selain membazir duit ia juga mendatangkan penyakit.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahsejatiProfil   Hantar PM kepada muslimahsejati   Quote dan BalasQuote

sidaratul
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3621
Posting: 70
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-09-03 21:42


sama-samalah kita menjauhinya... merbahaya untuk kesihatan... takder faedah langsung.. membazir ada laa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sidaratulProfil   Hantar PM kepada sidaratul   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-05-08 03:31


Rokok? EERRRGGHH!! Saya peninglaah dengan asap dia... Nasib
baik roomate saya faham... So dia smoking kaat luar rumaahh...

p/s: Sperma perokok mungkin berperatusan tinggi tidak
berkualiti... Termasuk penghidu asapnya.... Saya takut sp****
saya tidak berkualiti, maka saya menjauhi perokok. UUIISSKK!!
Takut... Takut... Nak yang berkualiti....
Nak yang berkualiti.... Peerrgghh!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

nurulain
WARGA SETIA
Menyertai: 05.05.2004
Ahli No: 8792
Posting: 450
Dari: somewhere i belong

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-05-08 08:51


sambutan bulan bebas tembakau peringkat USM kampus kesihatan 31 mei-30 june
teringat kembali semasa menjadi AJK penganjur selama 4 tahun berturu-turut, 2004-2007
banyak aktiviit yang dijalankan, memupuk kesedaran masyarakat, pelajar sekolah dan juga warga USM sendiir, tentang bahaya rokok pada kesihatan
rindunya..nak balik USM..hu..hu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurulainProfil   Hantar PM kepada nurulain   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 31-05-08 11:20


ya..paling tak suka org merokok...benci lah hidu bau rokok..
my bapak juga tidak merokok..tapi my brother smoke..adoii..
teringat dulu zaman ummu kecil-kecil..abang ummu terkantoi merokok..abiss..kena teruk dengan bapak ummu..habis 1 kotak rokok...tak mahu cerita lebih-lebih..huk2..
pengajaran..sememangnya Kalau merokok boleh membunuh..membakar duit pula tu..sia-sia saja.. Kalau kawan ummu dia sound saja org yang merokok"wei, Kalau nak mati, mati seorang-seorang saja, jangan bwak org lain" huhu.. umu cuma mampu tutup hidung..tak bernafas..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 15:22


Zaman2 sekarang ni saya tengok ramai juga wanita yang merokok..entah Kenapa lah boleh jadi begitu..terutamanya yang bekerja d syarikat2 swasta dibandar..buruknya tengok..sepatutnya kerajaan perlu meletakkan sasaran rokok sifar contohnya menjelang tahun 2015, semua kilang rokok ditutup..perniagaan rokok diharamkan di Malaysia..so spnjng nak capai tempoh tu, kerajaan boleh rangka program2 yang bersesuaian..terutamanya kepada pekerja2 dikilang rokok atau penanam2 tembakau..sekurang2nya tak adalah terkejut sangat sebab dah ada target jangka panjang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 04-06-08 15:27


Pada 04-06-08 15:22 , azemi posting:

!!! QUOTE !!!

Zaman2 sekarang ni saya tengok ramai juga wanita yang merokok..entah Kenapa lah boleh jadi begitu..terutamanya yang bekerja d syarikat2 swasta dibandar..buruknya tengok..sepatutnya kerajaan perlu meletakkan sasaran rokok sifar contohnya menjelang tahun 2015, semua kilang rokok ditutup..perniagaan rokok diharamkan di Malaysia..so spnjng nak capai tempoh tu, kerajaan boleh rangka program2 yang bersesuaian..terutamanya kepada pekerja2 dikilang rokok atau penanam2 tembakau..sekurang2nya tak adalah terkejut sangat sebab dah ada target jangka panjang..


sokong ! boleh utarakan kat kerajaan baru agaknya strategi2 ni. dah kerajaan lama susah sangat. :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

nuhan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2004
Ahli No: 6399
Posting: 214
Dari: bangi

Perak  


posticon Posting pada: 04-06-08 15:27


huhuhu..benci smoker...katakan TAK NAK pada smoker..hehehe :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuhanProfil   Hantar PM kepada nuhan   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-06-08 09:01


masalahnya..rokok meskipun harga tinggi sebab cukai.. tetap digilai oleh perokok tegar..
memang dah sedar pada hukum..
memang tau pada kesannya..
tapi..kalau dah berdekad hisap rokok..ibaratkan bagai udara dan air..
serba tak kena tanpa rokok..
mesti nak cari jugak..

percayalah..tambah lagi org-org tua yang terasa hidup dah lama..
org muda sebab dia tak nak hidup singkat, mampu berhenti dr hisap rokok!
hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

jasahijrah
Warga Rasmi
Menyertai: 13.06.2008
Ahli No: 33717
Posting: 3

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 18-07-08 11:20


setiap yang buruk tentu ada baiknya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For jasahijrahProfil   Hantar PM kepada jasahijrah   Quote dan BalasQuote

jasahijrah
Warga Rasmi
Menyertai: 13.06.2008
Ahli No: 33717
Posting: 3

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 18-07-08 11:21


setiap pendapat tentu berubah jika ada pengecualian yang munasabah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jasahijrahProfil   Hantar PM kepada jasahijrah   Quote dan BalasQuote

Ulfah_AzZahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.07.2008
Ahli No: 34018
Posting: 77
Dari: Kajang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-07-08 11:57


Salam buat semua:-


    Kisah ini boleh dijadikan iktibar. Mengenai arwah kawan saya. Di sekolah memang kuat merokok. Cuma selepas sekolah, arwah cuba belajar berhenti merokok. Ditakdirkan oleh Allah Taala, arwah ni selalu batuk sehingga keluar darah. Pergi ke hospital, doktor sahkan dapat kanser paru-paru nak masuk peringkat ke 3. Doktor suruh arwah ni buat kimo, tetapi arwah tak mahu kerana masa tu dia muda lagi usia 24 tahun, tak dapat terima kenyataan. Tapi arwah ada usaha berubat cara lain untuk melawan kanser ni. Akhirnya, tak sampai setahun, dia dah meninggal.

     Pengajarannya, memang merokok amat berbahaya, sekali mencuba dah ketagih akhirnya faham-fahamlah sendiri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ulfah_AzZahraProfil   Hantar PM kepada Ulfah_AzZahra   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-07-08 15:38


Pada 18-07-08 11:20 , jasahijrah posting:

!!! QUOTE !!!

setiap yang buruk tentu ada baiknya....


Kebaikannya ialah peniaga2 untung kerana rokok dibeli oleh perokok..Kebaikan lain ialah memberi peluang kerja dikilang2 rokok..seterusnya ialah menyumbang cukai kepada kerajaan, dan mempercepatkan jangka hayat perokok..


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

Afa
Warga Rasmi
Menyertai: 30.07.2007
Ahli No: 30529
Posting: 11
Dari: Kuala Lumpur

malaysia  


posticon Posting pada: 18-07-08 22:06


Salam....

Kes merokok...tak ada langsung faedah nya, perhabiskan duit, masa, berbau tak menyenangkan, jejaskan kesihatan, sebolehnya hindari mereka yang merokok.. Gigi kuning :-o
apa apa pun..jangan merokok.. majulah negara tanpa rokok.... ;-)

Wasalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For AfaProfil   Hantar PM kepada Afa   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 18-07-08 22:39


Pada 18-07-08 22:06 , Afa posting:

!!! QUOTE !!!

Salam....

Kes merokok...tak ada langsung faedah nya, perhabiskan duit, masa, berbau tak menyenangkan, jejaskan kesihatan, sebolehnya hindari mereka yang merokok.. Gigi kuning :-o
apa apa pun..jangan merokok.. majulah negara tanpa rokok.... ;-)

Wasalam


bibir hitam.. :oops:

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

muhamad_azrul86
WARGA SETIA
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-07-08 15:06


KALAU ADA KAWAN ATAU SAHABAT2 YANG MEROKOK APA PERLU KITA LAKUKAN?
CARA TEGURAN?
ADA PENDAPAT YANG BERNAS?


-----------------




Bookmark and Share

    


  Member Information For muhamad_azrul86Profil   Hantar PM kepada muhamad_azrul86   Pergi ke muhamad_azrul86's Website   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 19-07-08 15:20


Pada 19-07-08 15:06 , muhamad_azrul86 posting:

!!! QUOTE !!!

KALAU ADA KAWAN ATAU SAHABAT2 YANG MEROKOK APA PERLU KITA LAKUKAN?
CARA TEGURAN?
ADA PENDAPAT YANG BERNAS?



tak ada pengalaman.. :-(
harap teguran2 ini berkesan. mohon dengan sangat. :cry:

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.13881 saat. Lajunya....