Merubah CINTA Budaya
Bukan mudah hendak mengubah persepsi kita tentang
bercinta. Sekian
lama kita membentuk satu tanggapan dalam fikiran
bahawa cinta adalah
pra-syarat perkahwinan. Bahawa perkahwinan itu mesti
didahului oleh
hubungan cinta. Ada "dating", hubungan telefon dan
lain-lain.
Bila dikatakan ada keindahan cinta selepas
perkahwinan, kita
menganggap janggal kerana ia berbeza dari persepsi
kita tentang
cinta. Oleh itu bermacam-macam persoalan timbul.
Bolehkah bahagia
bila berkahwin tidak didahului hubungan cinta?
Bolehkah serasi? Dan
bermacam persoalan lagi.
Mungkin kerana itulah agaknya ramai yang menganggap
kehangatan cinta
akan mendingin selepas berkahwin lalu mereka ingin
menikmati
kehangatan itu sepuas-puasnya sebelum perkahwinan. Dan
ada yang
mengambil masa yang cukup panjang untuk bercinta
sebelum
perkahwinan, kononnya mencari keserasian agar cinta
terus berkekalan
setelah perkahwinan.
`Cinta Sebelum Perkahwinan`
Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang
bukan sekadar
zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang
boleh mengganggu
jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut
nafsu dan
syaitan. Dalam keadaan sebegini bagaimana mungkin kita
memiliki
khusyuk di dalam sembahyang kalau diri diselaputi
iblis dan
syaitan?? Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia
dan nafsu,
tiada tempat untuk cinta Allah.
Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan
terhadap hati agar
tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta
kepada yang
bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya.
Antara doa yang patut diamalkan : " Ya Allah,
Kurniailah aku cinta-
Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta
orang yang cinta
kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan
cinta terhadap
Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air
yang sejuk"
Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta
yang menjadikan
kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada
orang yang
hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada
manusia, ia
mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada
Allah.
Oleh itu jika kita sudah "fall in love", pastikan
apakah cinta itu
kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana
Allah, kita
akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan
bertambah ibadah.
Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat,
bermakna cinta
itu didorong oleh nafsu.
Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta.
Atau dalam erti
kata yang lain "cinta pandang pertama" yang
sememangnya tidak
diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi.
Dalam keadaan yang sedemikian kita amat digalakkan
untuk mengamalkan
doa tadi. Kedua, mengerjakan solat Istikharah dan
berdoa : " Ya
Allah, aku suka orang ini, kalaulah dia ini
betul-betul pilihan yang
tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh
kami. Jadikanlah
dia isteri (atau suami) ku. Kalau tidak baik, Ya
Allah, elakkanlah"
"if you love someone" mintalah kepada Allah yang
mencipta diri kita.
Ini kerana orang yang kita cintai itu juga adalah
makhluk Allah.
Allah berhak untuk menjadikan makhlukNya suka atau
tidak. Silap
kebanyakkan kita sekarang ini, terus direct kepada
empunya diri.
Persoalan yang penting sekarang ialah apakah yang
diperolehi oleh
mereka yang bercinta sebelum kahwin apabila mereka
sudah saling
mengetahui segala perkara mengenai diri masing-masing.
Sudah tidak
ada nikmat selepas kahwin. Apatah lagi kalau sudah
terlanjur,
kemudian kahwin pula dengan orang lain dan ternyata
suami itu cinta
kepadanya. Individu akan menyesal kerana `she got
nothing to offer`
kepada suami yang betul-betul mencintainya. Ini akan
melahirkan
perasaan dendam dan bersalah. Jadi eloklah dijagai
perhubungan kita.
`Cinta Selepas Perkahwinan`
Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul.
Mungkin
terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi
perkahwinan
Rasulullah s. a. w dan para sahabatnya yang serba
indah. Tetapi
cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat
Melayu Islam
satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai yang
berkahwin atas
pilihan ibubapa dan perkahwinan itu ternyata berjaya.
Para ibubapa ketika itu memilih calon menantu mereka
berdasarkan
panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad s. a. w
melalui
sabdanya : " Dikahwini wanita itu atas empat perkara :
harta,
keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama
nescaya kamu
akan mendapat kebajikan". (mafhum hadis)
Bukan itu sahaja, malah trend masyarakat ketika itu
juga sangat
memandang tinggi nilai akhlak dan budi. Jadi
perkahwinan melalui
orang perantaraan (match maker) yang dipercayai
kesolehannya juga
mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului
cinta sudah
menjadi perkara biasa pada ketika itu.
Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang
boleh dan memang
dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum
sesuatu perkahwinan
dipersetujui. Misalnya, seseorang dibolehkan melihat
calon isteri
atau suami, menyelidiki maklumat tentang pekerjaan,
peribadi dan
lain- lain latar belakang calon. Ini semua dapat
dibuat dengan
adanya pengaturan orang tengah - sama ada terdiri
daripada keluarga
atau teman-teman yang rapat. Tegasnya tidak payahlah
seseorang itu
sendiri bersusah payah mendapatkan maklumat tentang
calon suami atau
isteri melalui cara percintaan.
Tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih
panjang malah
akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Marilah
kita dekatkan
semula keindahan cinta dengan mendekatkan diri kepada
Pencipta
cinta. Rumahtangga pasti berseri apabila suami isteri
sama-sama
cintakan Ilahi.
...................................................................
Bercintalah seadanya..