Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Jika anda taknak bekerja, carilah duit sebanyak-banyaknya; nanti anda tak perlu bekerja
-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 131
Ahli: 0
Jumlah: 131




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 19 jam, 17 minit yang lalu
Kang: 19 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu
muslimin23: 29 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Pengetahuan Am
Topik: Wanita!Diri anda tiada duanya, tiada tiganya...Hargailah


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Wanita!Diri anda tiada duanya, tiada tiganya...Hargailah

Please Mendaftar To Post


Oleh Wanita!Diri anda tiada duanya, tiada tiganya...Hargailah

ajul
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.06.2004
Ahli No: 9401
Posting: 54
Dari: KL

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 12-11-04 23:45


Diri anda tiada duanya, tiada tiganya

Cantik itu penting tetapi tidak usah
terlalu
dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup
keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak
cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat
hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita
cantik bukan syarat kebahagiaan.

Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan
selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula
kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan.
Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah
tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat
wanita-wanita cantik di sekelilingnya.

Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan
anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi
wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai
lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah
sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu
bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda
lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba
suami anda terkejut melihat anda tidaklah
secantik sewaktu di alam percintaan dahulu.
Tanpa mekap wajah anda biasa saja.

Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa
tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada
hari kedua dia sudah dapat melihat wajah
sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi
mekap tebal ?sepuluh inci?.

Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang
penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan
wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu
orang menggagumi anda hari ini dan esok
melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk
mencerlahkan keserian wajah.

Wajah yang berseri lebih berkesan daripada
wajah ?buatan? yang kelihatan cantik sangat.
Wajah yang berseri cukup dengan mekap
seadanya.

Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli,
rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya
harum dan seronok dipandu. Semakin lama
semakin hilang serinya. Jika harganya mahal
orang masih terliur melihat reka bentuknya
walaupun warnanya telah mula kedam dan
berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi
kerana model-model baru sentiasa keluar dan
kecantikan model-model baru ini sentiasa
mengatasi.

Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan
kerana cantik kini mula berfikir untuk
menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada
kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan
dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan
zaman.

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati
sebab tidak semua lelaki mementingkan
kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada
lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak
asalkan hatinya berkenan, bersumberkan
keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama
yang mantap.

Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan
lebih mementingkan keperibadian daripada
kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang
sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu
kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan
mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh
tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin
kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.

Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-
adakan, akan berakhir dengan pertingkahan
apabila kecantikan sudah tidak dapat
dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik
dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba
masanya kecantikan akan hilang dan muda
bertukar tua.

Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu
hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak
pernah sama antara seorang dengan seorang
yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan
langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya
dengan orang hensem; hingga kita berkata dalam
hati, ?Buta ke dia??

Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu
lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga
wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya
wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!



-----------------
Bersama Selamanya..
-HARGAILAH SEBUAH PERHUBUNGAN-

Bookmark and Share

    


  Member Information For ajulProfil   Hantar PM kepada ajul   Quote dan BalasQuote

rawdhah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2004
Ahli No: 7485
Posting: 193
Dari: bp

Johor  


posticon Posting pada: 13-11-04 07:45


....hmm..secantik2 hiasan adalah wanita solehah...hiasi diri dgn akhlak mulia...paras rupa xmemberi gambaran apa2..yg penting hati ...tapi xbermakna xpayah bersolek...just biase je..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rawdhahProfil   Hantar PM kepada rawdhah   Pergi ke rawdhah's Website   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 13-11-04 11:27


yang penting peribadi yang mulia,apa guna wajah yang cantik tapi buruk akhlaknya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

cahayaairmataku
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9724
Posting: 24
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-11-04 13:43


Assalamualaokum

Salam ukhwah fillah. Sebenarnya kecantikan hati lebih penting dari kecantikan rupa. Kecantikan yang lahir dari hati akan membawa kebahagaian untuk selamanya. Andai seseorang itu menilaikan seseorang hanya kecantikan paras rupa sebenarnya mereka telah melakukan kesilapan besar. Itulah hakikat manusia lebih menilai seseorang kerana rupa yang cantik. manusia kabur bila berhadapan perempuan yang cantik.
Apa yang penting hati budi yang baik. Berfikirlah semasak-masaknya sebelum melakukan sebarang keputusan. tak semestikan yang cantik itu indah.
Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayaairmatakuProfil   Hantar PM kepada cahayaairmataku   Pergi ke cahayaairmataku's Website   Quote dan BalasQuote

ana_lia
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2004
Ahli No: 9598
Posting: 338
Dari: gombak

Selangor  


posticon Posting pada: 13-11-04 14:37



akhlak dan kelakuan yg mulia melambangkan keperibadian dan kecantikan yg hakiki.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_liaProfil   Hantar PM kepada ana_lia   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 13-11-04 15:20


isteri cerdik yang solehah..
penyejuk mata...
penawar hati..
penajam fikiran...

di rumah dia isteri..
di jalanan kawan..
sewaktu kita buntu..
dia penunjuk jalan.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

ctmuslimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7405
Posting: 334
Dari: Baling

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-11-04 12:42


bangga menjadi seorang wanita...

-----------------
kasih sayang

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctmuslimahProfil   Hantar PM kepada ctmuslimah   Pergi ke ctmuslimah's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-11-04 13:15



-ehmm....betul !!!!!!
-cantik mukanya belum tentu cantik hatinya !!!

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

gooliez
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.11.2003
Ahli No: 5361
Posting: 65
Dari: negara atas angin...

Selangor  


posticon Posting pada: 17-11-04 04:06


huh lelaki...aku malas lerr nak caya ckp lelaki..iyer jerr cakap tak pandang paras rupe...hampeh...semua samer jerr...sorry ekk!...

Bookmark and Share

    


  Member Information For gooliezProfil   Hantar PM kepada gooliez   Quote dan BalasQuote

assyab
Warga Rasmi
Menyertai: 08.11.2004
Ahli No: 12368
Posting: 8
Dari: TeMaSeK

singapore   avatar


posticon Posting pada: 19-11-04 13:33


~beauty is in the eye of the beholder~

-----------------
~Dhaif...faqir...Haqir~

Bookmark and Share

    


  Member Information For assyabProfil   Hantar PM kepada assyab   Quote dan BalasQuote

zahratul_ikhwan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2003
Ahli No: 4985
Posting: 235
Dari: Chendering

Terengganu  


posticon Posting pada: 21-11-04 10:47


tapi...betulker...semua lelaki tidak memandang paras rupa...??
w/pun.....seindah hiasan adalah wanita solehah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_ikhwanProfil   Hantar PM kepada zahratul_ikhwan   Pergi ke zahratul_ikhwan's Website   Quote dan BalasQuote

lya_yana
Warga Rasmi
Menyertai: 21.11.2004
Ahli No: 12477
Posting: 3
Dari: shah alam

Selangor  


posticon Posting pada: 21-11-04 11:12


jangan nk kelentong..konon xpandang rupa..aci kerat jari maa..klu gul yess..mmg we all xpandang rupa. null

Bookmark and Share

    


  Member Information For lya_yanaProfil   Hantar PM kepada lya_yana   Quote dan BalasQuote

achik_solehah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 2015
Posting: 654
Dari: Kuantan

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-11-04 01:24




bukan sume lelaki tak pandang paras rupa..ada juga yang berkira...kalau lelaki tu berfikiran singkat, dia akan pilih yang cantik rupa saja tanpa melihat akhlak dan pegangan agamanya. beruntunglah kalau jumpe lelaki yg tak memandang paras rupa ni kan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For achik_solehahProfil   Hantar PM kepada achik_solehah   Pergi ke achik_solehah's Website   Quote dan BalasQuote

warsha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.10.2004
Ahli No: 12144
Posting: 129

Pahang  


posticon Posting pada: 22-11-04 02:17


Quote:

On 2004-11-22 01:24, achik_solehah wrote:


bukan sume lelaki tak pandang paras rupa..ada juga yang berkira...kalau lelaki tu berfikiran singkat, dia akan pilih yang cantik rupa saja tanpa melihat akhlak dan pegangan agamanya. beruntunglah kalau jumpe lelaki yg tak memandang paras rupa ni kan..



itu sy stuju!mmg bruntung sape jumpe lelaki mcm tue...
arap2 jejaka2 dlm ukhwah nie..mcm tue yer..hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For warshaProfil   Hantar PM kepada warsha   Quote dan BalasQuote

fairuzah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan

syria   avatar


posticon Posting pada: 22-11-04 12:40


Quote:

On 2004-11-22 01:24, achik_solehah wrote:


bukan sume lelaki tak pandang paras rupa..ada juga yang berkira...kalau lelaki tu berfikiran singkat, dia akan pilih yang cantik rupa saja tanpa melihat akhlak dan pegangan agamanya. beruntunglah kalau jumpe lelaki yg tak memandang paras rupa ni kan..

-----------------
¤ the world is a joke when out of love ¤




lelaki yang tak pandang paras rupa ni biasanya sebab dia sendiri pun tak ada rupa...ekekkee......

Bookmark and Share

    


  Member Information For fairuzahProfil   Hantar PM kepada fairuzah   Quote dan BalasQuote

irdeena_shah
Warga Rasmi
Menyertai: 22.11.2004
Ahli No: 12496
Posting: 16
Dari: al-ard

Perak  


posticon Posting pada: 22-11-04 12:51


keantikan adalah anugerah yang Esa.sebagai manusia atau lebih khusus lagi sbg wanita kita haruslah menjaga segala anugerah yang telah diberikan itu sebagai satu amanah dari Nya.kerana kecantikan juga lah wanita sanggup mengubah segala pemberianNya..akhir kalam...jangan lah kita menjadi hamba yang kufur nikmat...
alhamdulillah atassegala pemberianNya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For irdeena_shahProfil   Hantar PM kepada irdeena_shah   Quote dan BalasQuote

littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-11-04 14:46




Lelaki...
Ada lelaki yang tidak memandang paras rupa untuk pilihan hatinya walau pun dia boleh dikatakan mempunyai paras rupa yang elok.

Cantik itu terlalu subjektif, ia ada hanya pada mata yang melihat bukan pada satu satu penilaian sahaja.

Lebih cantik andainya wanita itu memiliki rupa dan akhlaq yang terpuji yang menjadi pakej yang baik untuknya. Lelaki akan lebih tarpaut pada semangat dan perjuangannya dalam agama dan pembinaan peribadi diri yang murni lagi mulia. Model baginya, wanita itu adalah Ummahatul Mukminin... insyaAllah, itulah yang terbaik buat semua wanita.

Moga dipertemukan jodoh yang melihat pada agama pasangannya... insyaAllah

ma'assalamah

-----------------
Ya Allah. Permudahkanlah bagi kami segala urusan kami (lebih-lebih lagi urusan perjalanan rohaniah menuju Allah) berserta kerehatan bagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For littlemuslimahProfil   Hantar PM kepada littlemuslimah   Quote dan BalasQuote

ajul
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.06.2004
Ahli No: 9401
Posting: 54
Dari: KL

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 23-11-04 09:58


yg cantik dan indah itu lumrah..
saper yg xnak yg indah lagi cantik?
semua org juga inginkn yg baik..
tp sejauh mane kite mempersiapkan diri utk mencapainya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ajulProfil   Hantar PM kepada ajul   Quote dan BalasQuote

ukhuwwahfillah
Warga Rasmi
Menyertai: 14.10.2004
Ahli No: 11827
Posting: 17
Dari: polimas jitra

Kedah  


posticon Posting pada: 23-11-04 14:50



yeke tak pandang paras rupa..boleh caya ke.. rasanya boleh tapi dgn syarat lelaki tu imannya teguh...n mementingkan agama dari paras rupa..betul tak sahabat?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukhuwwahfillahProfil   Hantar PM kepada ukhuwwahfillah   Pergi ke ukhuwwahfillah's Website   Quote dan BalasQuote

nieha
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.11.2004
Ahli No: 12531
Posting: 61
Dari: kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 01-12-04 00:30


,
susah tu nk cari lelaki yg x pandang paras rups.

Bookmark and Share

    


  Member Information For niehaProfil   Hantar PM kepada nieha   Pergi ke nieha's Website   Quote dan BalasQuote

indah_hati84
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 76
Posting: 136
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-12-04 11:40


duahai wanita...
indahnya dirimu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For indah_hati84Profil   Hantar PM kepada indah_hati84   Pergi ke indah_hati84's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 03-12-04 17:49


cantik tu subjectif.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-01-05 23:27


Quote:

On 2004-12-03 17:49, Jackie_uniten7 wrote:
cantik tu subjectif.



he he he kadang-kadang objektif gak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.247476 saat. Lajunya....