Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-09-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Seekor ikan di tangan lebih berharga dari dua ekor ikan di kolam
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 132
Ahli: 0
Jumlah: 132




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 5 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: tips mengenali kecurangan pasangan..


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» tips mengenali kecurangan pasangan..

Please Mendaftar To Post


Oleh tips mengenali kecurangan pasangan..

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 10-11-04 15:12


tips mengenali kecurangan pasangan..

Kita selalunya mengandaikan kekasih yang kita cintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah anda sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik dari yang sedia ada?Orang yang paling rapat dengan diri kita pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100%. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati, tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura? Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengetahui petanda awal mengesan kecurangan pasangan.


Pasangan anda berkemungkinan curang apabila situasi ini pernah atau sering berlaku:


1. Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.

Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya 'ada masalah sikit'. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part!

2. Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda.

Sedang asyik berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya..sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam! Sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda langsung untuk jatuh sakit! Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri dari anda dan bersama kekasih lain.

3. Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.

Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar samada menonton wayang , makan-makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu oleh anda dalam keadaan terpaksa. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

4. Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda.

Si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda.Paling teruk sekali, jika si dia sudah tidak segan-silu menengking anda atau memaki hamun anda disebabkan perkara2 yang kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

5. Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya.

Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda.Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.

6. Tidak lagi rajin menelefon anda.

Di awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon anda walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika satu hari tidak mendengar suara anda,pasti si dia resah.Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.


7. Berubah sikap dengan ketara.

Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar. Jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan.Jika dulu dia sering menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang dia lebih banyak membisu.Malah dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya melayan anda seolah-olah teman biasa.Dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya yang ketara adalah petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan anda. Anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain-mainkan!

8. Asyik lewat ketika temujanji.

Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya. Anda merajuk tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti traffic jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa!Jika sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah selalu terlewat, pasti anda meradang! Anda juga mungkin boleh bertoleransi jika si dia terlewat seminit dua atau setengah jam, tapi jika asyik berjam-jam menunggu atau tak muncul langsung, pasti ada sebab yang lebih logik dari traffic jam! Anda perlu menyiasat kerana kemungkinan si dia telah membuat lebih dari satu temujanji dalam satu hari. Dan temujanji itu tak mustahil dengan wanita lain!

9. Menerima panggilan telefon secara rahsia.

Sedang makan-makan bersama kekasih anda, dia menerima panggilan telefon atau SMS. Jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan.Jika sedang duduk, dia akan bangun dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual-bual di telefon dengan nada perlahan atau berbisik. Jika menerima SMS, dia akan membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin kerana bimbang dibaca oleh anda. Bunyi telefon membuatnya gelisah ketika bersama anda. Kelakuan sebegini menunjukkan dia sedang menyembunyikan sesuatu dari anda dan tidak hairan jika dia berlaku curang terhadap anda!

10. Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda.

Anda pasti hairan sekiranya si dia asyik mematikan telefon bimbitnya ketika bersama anda sedangkan dahulu dia tidak begitu. Apabila anda bertanya, dia akan menjawab kononnya tidak mahu mengganggu masanya bersama anda. Alasan sebegini mungkin diterima sekiranya anda bersamanya ketika di panggung wayang atau menikmati hari istimewa seperti Valentine, tetapi jika setiap kali keluar dia mematikan telefon bimbit, sudah tentu dia takut ada orang tertentu membuat panggilan ketika bersama anda!Ini mungkin salah satu petanda si dia berlaku curang atau menyimpan banyak pasangan!

11.Telefon bimbitnya asyik engaged,tidak berjawab atau terus mati .

Ketika anda cuba menghubunginya, handsetnya sering mati..Jika tidak mati, taliannya asyik busy,tidak berjawab atau engaged hingga kadangkala berjam-jam. Anda pasti jemu jika setiap kali cuba menelefonnya, telefon bimbitnya seolah tidak berfungsi. Jika anda dail telefon rumahnya, pasti jawapannya dia sudah keluar atau tidak diangkat langsung.Tak guna ada telefon bimbit jika tidak boleh dihubungi. Oleh itu, anda perlu melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak berlaku kerana ia adalah salah satu petanda si dia berkelakuan curang.Si dia mungkin sengaja mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain!

12. Kerap memberi alasan sibuk dan penat .

Anda mungkin sudah merancang sesuatu bersamanya di hujung minggu tetapi si dia memberikan alasan sibuk dan tidak dapat bersama anda.Si dia juga sanggup membatalkan temujanji atas alasan terlalu penat. Anda sering dibiarkan terkial-kial tanpa aktiviti menarik di hujung minggu. Anda cuba memahami tetapi jika si dia asyik sibuk dan penat, tentu hilang kesabarannya.Sekiranya kerjaya si dia sememangnya menuntut pengorbanan waktu,mungkin anda dapat memahami. Tetapi jika anda tahu bahawa si dia sebenarnya mempunyai banyak waktu sudah pasti anda berhak berasa curiga. Anda perlu menyiasat samada si dia benar-benar sibuk. Mungkin si dia hanya berpura-pura sibuk kerana ada urusan lain yang penting dari anda! Lebih baik anda mengangkat kaki daripada terus dibohongi kerana kecurangannya!

13. Sering tersasul menyebut nama wanita lain.

Pelik apabila sedang anda berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama wanita lain. Apabila tersedar, dia cepat2 mengubah topik perbualan. Jika sedang berdating, dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain.Jika anda bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa saja yang dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila anda mendail telefon bimbitnya dari telefon awam, dia teragak-agak seolah-olah tidak pasti siapa yang memanggilnya. Begitu juga sekiranya anda menelefon rumahnya (nombor telefon anda tidak tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di mana, buat apa dan apa saja klu seperti cuba memastikan siapa pemanggil kerana takut tersilap sebut. Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai banyak teman wanita dan seorang playboy! Ini adalah kerana dia sering terkeliru sehingga tidak dapat membezakan suara anda dengan suara teman-teman wanitanya yg lain.

14. Sepi tanpa berita bila berjauhan.

Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri seminar atau outstation yang lama di tempat yang lain. Anda mempercayai kesetiaannya tetapi adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang. Ini adalah kerana anda tidak dapat melihat gerak-gerinya atau juga si dia bosan tidak berteman. Jika pada awalnya si dia rajin menulis surat, menghantar email atau SMS dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita.Si dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi menghubungi anda. Jika anda berjaya menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi seperti dahulu.Petanda ini jelas menunjukkan ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan dengannya.Kemungkinan si dia sudah mendapat pengganti anda ketika berada di tempat baru.

15. Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya .

Anda tentu bengang apabila mendapati ada kesan gincu pada bajunya atau bau pewangi wanita lain pada tubuhnya. Mungkin si dia tidak sedar kesan-kesan ini tetapi relakah anda hanya berdiam diri apabila berhadapan dnegan situasi ini? Si dia mungkin berbohong dengan pelbagai alasan untuk menyelamatkan diri tetapi anda disyorkan supaya menyiasat tingkahlakunya agar tidak diperdayakan.

16. Marah apabila anda bertanya aktivitinya.

Sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan-rakannya di sebelah petang.Pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat.Jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia.Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

halawatuliman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.01.2004
Ahli No: 6609
Posting: 346
Dari: bumi nan indah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-11-04 15:15




ish2...dah ada satu nak dua...

-----------------
..(",)..Allahumma Jammilna Bil 'afiah Wassalamah..(",)..

Bookmark and Share

    


  Member Information For halawatulimanProfil   Hantar PM kepada halawatuliman   Pergi ke halawatuliman's Website   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 10-11-04 15:18


dah ada dua nak tiga plak


Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

kaze
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-11-04 15:30


ek?.. pastu 4 la plak he

-----------------
kaze tech

Bookmark and Share

    


  Member Information For kazeProfil   Hantar PM kepada kaze   Pergi ke kaze's Website   Quote dan BalasQuote

ctmuslimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7405
Posting: 334
Dari: Baling

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-11-04 15:33


thanks pada yg bei maklumat tu...tapi kat cni saya nak menjelaskan something...

kerap menolak pelawaan ajak keluar, tak semestinya kita berlaku curang kat dia....

menjadi panas baran, x semestinya curang... tapi kadang2 sebab perkara kecil, dia yg bagi nampak besar....

x rajin telefon pun sama.....

marah bertanya aktiviti pun... kadang2 xde apa sgt pun, tapi dia nak tahu sampai terlalu detail..... dah rasa mcm disoal polis lak...

APA YG PENTING HATI KITA.... KASIH SAYANG X PERLU DIUCAPKAN... TAPI TUNJUKKAN LAH MELALUI PERBUATAN.... X UCAP X SEMESTINYA X SAYANG..... MULUT BOLEH BERBICARA APA SAJA... TAPI HATI KITA, KITA JE YG TAU.....


BUAT LELAKI, SEANDAI NYA DIRIMU PERNAH DIKECEWAKAN, JGNLA DIBALAS DENDAM ITU PADA YG LAIN.... KASIHANILAH KEKASIH YG MENYAYANGIMU SEPENUH HATI.....

-----------------
kasih sayang

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctmuslimahProfil   Hantar PM kepada ctmuslimah   Pergi ke ctmuslimah's Website   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 10-11-04 16:54


wah..ctmuslimah mendoakan kesejahteraan wanita yang menjadi seorang kekasih Amiinn..InsyaAllah ....kalau muslimat rajin berdoa, mereka akan mendapat seperti mana yang mereka kehendaki... attoyyibu littoyyibaat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

irda82
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 565
Posting: 462
Dari: Sg Petani,Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-11-04 17:23


ada sama ker hah?

Hmm...tahu tak,bila orang tu suka,antara tandanya:

1. Melalui ucapan : ‘aku cinta pada mu?atau ‘I love you? atau lain2 yang semaksud dengannya

Mengungkapkan kalimat tersebut merupakan langkah besar kerana kalimat tersebut mengandungi erti mendalam tentang perasaan.

Mengucapkan kalimat tsersebut seperti memberikan hidup kepada kekasih. Tindakan tersebut begitu menakutkan bagi sesetengah orang kerana khuatir akan dihampakan.

Bagi yang lain, mengucapkannya bererti menawarkan suatu komitmen. Cinta diwujudkan dalam tindakan, jadi perkataan ' i love you' merupakan suatu janji yang harus diikuti dengan tindakan. Dengan mengatakan kalimat tersebut mereka bersetuju untuk berada di sana, memberikan padanya dan mendampinginya.

Ada yang beranggapan mengatakan ' love you' bererti suatu janji, dan jika janji tidak ditepati, mereka akan menderita. Mereka hanya ingin kekasihnya merasa lebih yakin dan percaya terhadap mereka.


2. Hadiah

Banyak jenis hadiah yang diberikan seperti coklat, bunga dan nota-nota cinta. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa waktu yang diluangkan oleh seseorang untuk menemani kekasihnya juga merupakan hadiah.Sebagai contoh, mendampingi anda di saat-saat sukar, atau bersama anda mengunjungi keluarga, melakukan pekerjaan ringan untuk anda, mengajak anda menghadiri pertemuan penting, dan sebagainya. Mungkin dia agak susah mengutarakan perasaannya melalui ucapan, jadi hadiah merupakan salah satu tanda cintanya dan dia ingin anda mengetahuinya.


3. Menghubungkan anda dengan insan sekelilingnya

Cara lain mengutarakan perasaan, tidak hanya mengutarakan bahawa dia bangga dengan anda tetapi dia ingin menghubungkan anda dengan orang-orang yang sangat bererti dalam hidupnya, seperti keluarga,teman karib, keluarga angkat, adik/abang/kakak angkat, dan sebagainya.

Dia ingin anda prihatin dengan mereka, dan mereka akan prihatin dengan anda. Ini merupakan petanda bahawa anda menjadi sangat bererti dalam hidupnya.

Akhir kata,fahami dan bersikap sensitiflah tentang perasaan orang lain, kerana...
bila dia dah tak suka ,atau mungkin dah tawar hati ,atau 'fed up' dengan anda:

1.Bersikap tidak peduli lagi
Tika si dia mula berkata "Takpelah,buatlah apa-apa pun" atau tika dia tidak lagi bertanya khabar anda, atau apa yang anda lakukan, atau si dia dah tak peduli lagi bila anda merajuk,-ketahuilah kemungkinan ketika itu, hubungan anda sudah retak tanpa anda sedari.

Perkara ini terjadi tidak semestinya kerana dia sudah mempunyai pasangan baru, tapi mungkin berpunca dari keadaan sekeliling atau dari sikap anda sendiri.

2.Melupakan tarikh penting
Si dia tidak lagi bersama ketika anda menyambut tarikh yang penting atau sesuatu yang penting dalam hidup anda seperti hari lahir, atau mungkin tarikh keputusan peperiksaan anda.

3.Banyak mendiamkan diri
Si dia yang periang dan lucu tiba-tiba menjadi pendiam dan membosankan.Malah dia lebih suka menyendiri dan jarang berkomunikasi dengan anda walaupun melalui telefon. Anda penat menelefon dia tetapi dia tak pernah menelefon anda lagi.Atau mungkin dia yang sebelum ini selalu menelefon anda,tiba-tiba jarang menelefon lagi, atau mungkin menelefon anda pada waktu yang bukan kebiasaan.

5.Tidak lagi mencari anda
Kalau dulu setiap kali ada waktu terluang,dia selalu mencari anda, atau selalu mencari anda untuk berkongsi masalah dan perasaan suka duka, sekarang tidak lagi.

Anda sepatutnya menjadi tempat bergantung atau tempat mengadu, tapi bila si dia mula mengadu tentang sesuatu atau seseorang, anda menganggap " Buat apa mengadu, tiada kaitan dengan saya". Adakah si dia tiada kaitan dengan anda. Perkara yang berkaitan dengan si dia juga berkaitan dengan anda jika anda ingin menjadi pasangan hidupnya.

7.Tidak bersama anda melakukan sesuatu
Si dia tidak lagi mengajak anda bersama-sama melakukan sesuatu aktiviti, atau kegiatan yang dia lakukan tidak lagi diberitahu kepada anda. Dalam erti kata lain, si dia tidak lagi mahu berurusan dengan anda.

null

Bookmark and Share

    


  Member Information For irda82Profil   Hantar PM kepada irda82   Pergi ke irda82's Website   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 11-11-04 14:58


saya setuju sangat pendapat irda82 sebab ia memang betul2 terjadi...

thanks a lot....


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

amirul_mukminin2x
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3783
Posting: 68
Dari: Toronto

canada  


posticon Posting pada: 16-11-04 03:06




Alhamdulillah, Terima Kasih Kerana Kongsi Sikit Info.

Belajar Dari Pengalaman Ker..... Gurau Jer...

Bak Kata Kaze.... Dah 4 Pastu....

Apa Yg Penting Ialah Hati... Entahlah...

Wassalam


[ Posting ini telah di edit oleh: amirul_mukminin2x pada 2004-11-16 03:07 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For amirul_mukminin2xProfil   Hantar PM kepada amirul_mukminin2x   Pergi ke amirul_mukminin2x's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-11-04 09:52



-yer tak yer juga kan !!!!
-biasalah.....!!!!!!

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

lobam_shibin
WARGA SETIA
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 18-11-04 22:17


eii macam terkene jer..heheeh..saperla yang bukak topik ni..hehehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lobam_shibinProfil   Hantar PM kepada lobam_shibin   Pergi ke lobam_shibin's Website   Quote dan BalasQuote

alhidayah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.06.2004
Ahli No: 9628
Posting: 55
Dari: kuktem

PulauPinang  


posticon Posting pada: 22-11-04 17:06


..

Ana amat2lah bersetuju dgn ctmuslimah.. yg belum sah jadi milik kite ade hak untuk cari yg lebih baik untuk dirinya.. hak si die.. so if ade jodoh x ke mana.. yg ni keje Allah kan.. takyahlah terlampau mengongkong kehidupan org yg kite suke tu..

Tapi esok2 bile dah ade pertalian yg sah, jagela baik2 pasangan kite tuh.. jadilah yg terbaik untuk die jangan smp die nak cari yg lain..

wallahua'lam..
wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhidayahProfil   Hantar PM kepada alhidayah   Pergi ke alhidayah's Website   Quote dan BalasQuote

angel_dust1412
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.01.2004
Ahli No: 6745
Posting: 99
Dari: Kuala Lumpur

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 22-11-04 18:24


assalamualaikum

Yg dah terase tuh nasib ar... hehe
Yg pi pasang reramai tuh buat pe??

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For angel_dust1412Profil   Hantar PM kepada angel_dust1412   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.107326 saat. Lajunya....