Oleh |
Cinta...daripada perpektif Islam |
kuzi
Warga Rasmi Menyertai: 24.10.2004 Ahli No: 12074
Posting: 4
|
Posting pada: 30-10-04 13:24
Perlukah cinta dalam kehidupan kita?
|
Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3883
Posting: 349
|
Posting pada: 30-10-04 14:11
 w.b.t Berikut jawapan tentang persoalan cinta yang dipetik drp kitab2 muktabar:- Cinta adalah fitrah (komponen kejadian manusia). Firman Allah," Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah itu." maksud Surah arRum: 30 Imam Ibn Qayyim menjelaskan cinta adalah fenomena universal dan ia memberi kesan yang mendalam kepada jiwa manusia hinggakan dalam sastera Arab menghasilkan lebih dari 60 istilah cinta. Dunia Melayu pun apa kurangnya. Syaikh (aMarhum) Abdullah Nasih Ulwan berpendapat: Islam mengiktiraf cinta yang bersemi pada setiap individu dan Islam telah menggariskan tiga tahap cinta: * Cinta agung: Cinta kepada Allah, Rasul dan Islam serta berjihad membuktikannya. ** Cinta pertengahan: cintakan sesama manusia: ibubapa, anak-isteri, kaum kerabat dan sahabat handai *** Cinta bawahan: menyintai sesuatu melebihi cinta kepada Allah, Rasul dan Islam. Bolehkah pasangan bukan muhrim bercinta sebelum kahwin? Syaikh Atiyyah Saqr menjawab: kenapa tidak? Cinta adalah suci, cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syara' asalkan tidak dikotori dengan niat dan aksi kotor; ia mestilah tidak bercanggah dengn hukum-hukum syara' dan diiringi dengan cinta yang diredhai oleh Allah. Cinta sejati boleh dibina sebelum berkahwin asalkan cinta yang direstui agama, dilahir dan dipupuk melalui saluran agama. Islam tidak menentang cinta kerana cintalah asas dalam ibadah antara hamba dengan Penciptanya; manakala cinta jugalah asas kepada pembentukan sebuah keluarga Islam yang harmonis. Cinta yang dibenteras oleh Islam ialah cinta yang dicemari oleh maksiat dan menuruti hawa nafsu; manakala mereka yang memupuk cinta tapi tetap berpegang kepada ajaran Allah dan mengikuti saluran syara' adalah diharuskan oleh syara' dan seterusnya memadu cinta melalui jalan pernikahan yang sah dan halal. Rujukan: 1. Syaikh (Prof) Abdullah Nasih Ulwan, Islam wal Hubb (Islam dan Cinta) 2. Syaikh Atiyyah Saqr, Islam wa Musykilatul Hayah (Islam dan permasalahan Hidup) 3. Ibn Qayyim alJauziah, raudhah al muhibbin wa Nuzhah al Musytaqin (taman orang-orang bercinta dan kerinduan)
|
ana_lia
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.06.2004 Ahli No: 9598
Posting: 338
Dari: gombak
|
Posting pada: 30-10-04 15:16
cinta memang lumrah manusia.tak semestinya cinta kpd manusia saja tapi ianya meliputi semua aspek (cinta manusia kpd Allah, manusia sesama manusia, dan macam2 lagi).tetapi skrg manusia kebykan salah tafsirkan.mrk cuma tumpukan kpd cinta sesama manusia saja.oleh itu ana minta kita renungi maksud cinta itu sendiri.ok...
|
amyra_myra
WARGA SETIA Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari
|
Posting pada: 31-10-04 12:28
cinta itu fitrah manusia kerana ALLAH telah jadikan manusia ini berpasangan..dan mempunyai perasaan kasih sayang...cume terpulang lah p[ada manusia itu sendiri untuk menjadikan cinta itu fitrah atau fitnah..cinta itu terlalu suci untuk dinodai dengan nafsu serakah... ----------------- no pain..no gain..
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 31-10-04 12:30
Quote:
| Perlukah cinta dalam kehidupan kita? |
| Cinta memang penting sebagai penyempurnaan iman dan kehidupan "Tidak beriman kamu sehingga kamu cintakan saudaramu seperti kamu cintakan dirimu sendiri" -Hadith- "Katakanlah, jikalau kamu mencintai Allah, ikutilah aku. Nescaya Allah akan mencintaimu dan mengampunimu" -Quran- "Tidak sempurna iman kamu sehingga kamu cintakan aku lebih daripada kamu cintakan ibu bapa mu sendiri" -Hadith- -Jika salah sila betulkan- Wallhua'lam
|
cutiegurl_dehearty
Warga 3 Bintang Menyertai: 31.08.2004 Ahli No: 10835
Posting: 84
Dari: bumi tercinta
|
Posting pada: 01-11-04 14:44
~cinta kpd ALLAH cinta Rasul cinta ibubapa cinta ummah cinta kecemerlangan... ~ nie saya petik dr nasyid...yg pernah sy dengar.... ----------------- "cintakan bunga, bungakan layu...
cintakan manusia, manusiakan
mati.....cintakan ALLAH itulah cinta
hakiki yang kekal abadi...."
|
alin1605
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.08.2004 Ahli No: 10792
Posting: 281
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 03-11-04 16:09
assalamualaikum wbt... dengan cinta kenal Pencipta, dengan cinta kenal RasulNya, dengan cinta kenal saudara, bahagia keluarga... hidup tanpa cinta sengsaralah jiwa, sengketa dan dusta kan merajai jiwa... ni kiter petik dari nasyid KALIMAH CINTA...kumpulan IN-Team...
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 03-11-04 22:39
C = CINTA I = IMAN N = NUR T = TAWAKAL A = ALLAH SWT -Cintaku padaMU... ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
|
ainul_nabila
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 55
Posting: 394
Dari: Serikembangan/putrajaya
|
Posting pada: 03-11-04 23:15
owh..sudah semestinya cinta itu perlu dalam kehidupan kita.. Hidup tanpa cinta sengsaralah jiwa... sengketa dan dusta yg merajai jiwa.. di batasan cinta syariat terjaga... tanpa keraguan.. tanpa kesangsiann.. DGRKAN DAN HAYATILAH KALIMAH CINTA>>. ----------------- HidUp Ini InDah Jika segaLAnYa kErAnA ALLAH!!! http://img75.photobucket.com/albums/v229/irda82/ainul3.jpg
|
HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA Menyertai: 08.09.2003 Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari:
|
Posting pada: 19-11-04 01:07
tapi.. ada jugak yg menolak cinta manusia krn mencari cinta Allah.. ada jugak yg rimas dgn cinta manusia.. hmm.. ----------------- Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.
|
indah_hati84
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 76
Posting: 136
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 22-11-04 00:55
cinta..cinta..cinta..!!! pendamla prasaan cinta selagi tidak diikat dgn satu hubungan yg sucii..... biar ALLAH tentukn yg terbaikk... doa agar diberi petunjuk agar tercapai suatu masa nanti cinta sejatii..yg sayang kita kerana ALLAH... cinta ALLAH yg hakiki.. wallahualam..
|
mohd
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 401
Posting: 283
Dari: kl
|
Posting pada: 22-11-04 01:33
 .. ank tanya sikit.. jawab dengan ikhlas.. SIAPA YANG SEDANG BERCINTA SEKARANG???? I MEAN DAH ADA SOMEONE SPECIAL???? korang paham2lah yer....saja nak tengok brapa ramai yang bercinta sebelom berkahwin....
|
alea13
WARGA SETIA Menyertai: 05.01.2004 Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka
|
Posting pada: 22-11-04 01:40
Quote:
| ank tanya sikit.. jawab dengan ikhlas.. SIAPA YANG SEDANG BERCINTA SEKARANG???? I MEAN DAH ADA SOMEONE SPECIAL???? korang paham2lah yer....saja nak tengok brapa ramai yang bercinta sebelom berkahwin.... |
| lps tu boleh buat poll..
|
alhidayah
Warga 2 Bintang Menyertai: 23.06.2004 Ahli No: 9628
Posting: 55
Dari: kuktem
|
Posting pada: 22-11-04 07:45
assalamualaikum... hmm.. cinta... sememangnye ia adalah lumrah.. tetapi perlu berhati-hati jika nak bercinta. Kena jaga batas2 syariat yg telah digariskan oleh agame kite.. yg utama perlu diutamakan.. jgn smp menderhaka pd Allah, ibubapa kerana cinta makhluk.. nanti parah.. Apepun.. cinta tu fitrah manusia.. wallahua'lam..
|
nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang
|
Posting pada: 26-11-04 17:28
Belajarlah mencintai Allah sebelum mencintai sesiapa atau apapun selain daripada Allah. Allah adalah pemilik cinta hakiki. Dialah juga yang menganugerahkan cinta kepada makhluk-makhluk-Nya Allah, segala-galanya bagi kita waallahu'alam... ----------------- Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...
|
ansarullah
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.07.2004 Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila
|
Posting pada: 27-11-04 17:49
Quote:
| On 2004-10-30 14:11, Ibnu_muaz wrote: Rujukan: 1. Syaikh (Prof) Abdullah Nasih Ulwan, Islam wal Hubb (Islam dan Cinta) 2. Syaikh Atiyyah Saqr, Islam wa Musykilatul Hayah (Islam dan permasalahan Hidup) 3. Ibn Qayyim alJauziah, raudhah al muhibbin wa Nuzhah al Musytaqin (taman orang-orang bercinta dan kerinduan)
|
| rujukan di atas is good untuk kita tahu cinta dan selok beloknya...
|
nieha
Warga 2 Bintang Menyertai: 23.11.2004 Ahli No: 12531
Posting: 61
Dari: kuantan
|
Posting pada: 27-11-04 22:09
berkenaan soal cinta nih, boleh @ tidak menolak terus cinta dr manusia demi mencari cinta allah.
|
setanggisyurga
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.10.2004 Ahli No: 11892
Posting: 78
Dari: parit buntar
|
Posting pada: 29-11-04 12:16
cinta dtg dr hati yg tenang mengingati ilahi..... cinta allah itu cinta hakiki... tuntasku mendaki puncak cinta teragung..... izinkan aku melafazkan kata ..... bicara hati yang mudah diterjemah... betapa aku redup pada teduh.... tuk bernaung.........
|
sabrina_elZehra
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.05.2004 Ahli No: 8793
Posting: 105
Dari: t.malim,perak
|
Posting pada: 30-11-04 11:18
Assalamu'alaikum... kasih insani itu...fitrah. cinta Ilahi itu...agung sayangkan insan berpada-pada,kasihkan rasul sepenuh jiwa cintakan al-HaQ lautan kasih tak bertepi... Allah knows beST  ----------------- kasih insani itu �.fitrah
cinta Ilahi itu�.agung
sayangkan insan berpada pada�
kasihkan rasul sepenuh jiwa
cintakan al HaQ..
lautan kasih tak bertepi
Allah knows best�
|
basyirah
Warga Rasmi Menyertai: 04.10.2004 Ahli No: 11607
Posting: 9
Dari: um
|
Posting pada: 09-12-04 10:15
 cinta....???memang sangat perlu.bukankah ALLAH beri kita rahmat,hidayah & redhanya atas dasar cintaNYA kpd kita?..... tapi kalau cinta sesama manusia yg boleh melalaikan kita dari mengingati AR-RAB,macam mana?tepuk dada tanya iman...... WSLM....
|