Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Selalunya, bila kita berusaha menenggelamkan kapal orang lain, kita lupa untuk mengawal kapal kita sendiri. Kapal kita tenggelam terlebih dahulu.

-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 169
Ahli: 0
Jumlah: 169




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 15 jam, 6 minit yang lalu
Kang: 19 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu
muslimin23: 29 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Pengetahuan Am
Topik: Apabila hari nak hujan...


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Apabila hari nak hujan...

Please Mendaftar To Post


Oleh Apabila hari nak hujan...

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-10-04 12:12



bile hari mau hujan....


Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?


- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!


Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa :

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)


Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)


Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 1


Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)


Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)






Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1921

usa   avatar


posticon Posting pada: 25-10-04 12:19


Ye... betul ni. Kalau mendung aje, mulalah dengar bebel...

Manusia gitulah: bagi panas salah, bagi hujan salah... Tak percaya dengarlah!

Nak tanya jugak: Cuaca hari ini baik. OK, kalau ada cuaca baik mesti ada cuaca jahat. Cuaca jahat tu yang macam mana?

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 25-10-04 12:26


Tgh ujan sekarang kat lab...

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

Haslan
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10945
Posting: 402
Dari: banting

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-10-04 12:34


seronok kalau hujan sebab rasa aman dan tenteram...daripada panas rasa tak tahan je...
tapi kenelah bersyukur sebab didatangkan hujan untuk kita....jangan bebel pasal hari hujan....betul tak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For HaslanProfil   Hantar PM kepada Haslan   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-10-04 12:51




Bila hujan kesian yg naik motor.... buka posa kat tepi jalan...... yg naik keta plak bawa dgn megah langgar takongan air... terpercik terkena penunggang motor.... lepas tu mulala sumpah-menyumpah.... mangkok hayun, kuali hitam semuanye keluar.... hehe

P/S: sape yg bawa keta tu ingat2la sikit penunggang motosikal... kalau accident anda selamat n penunggang motosikal tu belum tentu lagi keadaannnye mcm mane....
sayangilah nyawa anda...

sesekali mandi hujan ape salahnye...hehehe

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

halawatuliman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.01.2004
Ahli No: 6609
Posting: 346
Dari: bumi nan indah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-10-04 12:52




Quote:
"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya."


#surah Al-Mukminun ayat 18. Emoticon ini>> telah mengganggu posting saudari nuraini sehingga ayat tersebut menjadi ayat 1

syukran..ilmu baru ni..hujan ada sukatan..kena kaji ni..
__________________________________________
Dia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu dan Dia biakkan padanya berbagai jenis binatang; dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.

Surah Luqman ayat 10

-----------------
..(",)..Allahumma Jammilna Bil 'afiah Wassalamah..(",)..

Bookmark and Share

    


  Member Information For halawatulimanProfil   Hantar PM kepada halawatuliman   Pergi ke halawatuliman's Website   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-10-04 14:15


Quote:

Kang wrote:
Ye... betul ni. Kalau mendung aje, mulalah dengar bebel...

Manusia gitulah: bagi panas salah, bagi hujan salah... Tak percaya dengarlah!

Nak tanya jugak: Cuaca hari ini baik. OK, kalau ada cuaca baik mesti ada cuaca jahat. Cuaca jahat tu yang macam mana?

-----------------
assalamulaikum... salam ukhwah-pengikat kasih-sayang



***********************************************

tak berapa nak faham apa yg YB Kang cakap...




Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 25-10-04 16:05


Quote:

On 2004-10-25 12:52, halawatuliman wrote:


Emoticon ini>>8 ) telah mengganggu posting saudari nuraini sehingga ayat tersebut menjadi ayat 1






Dlm Ukhwah ni better guna square bracket [] utk label no atau takyah guna, cam [18].

Tapi kalau di mymasjid [1] akan jadi ikon, so guna (1).

Kang, biasanya org tak kata cuaca jahat. Just say cuaca tak brp baik atau kurang baik. Cam ribut petir, puting beliung laa tu kot. hehe.. manusia gitu laa, memang suka berkeluh kesah.

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 25-10-04 16:09


tak hujan pun ok tapi klu hujan lagi ok....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 25-10-04 16:15


Quote:

On 2004-10-25 16:09, izdham wrote:
tak hujan pun ok tapi klu hujan lagi ok....



hehe.. tul tu.. sseejjjuuuuukkkk....

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-10-04 09:05


Quote:

halawatuliman wrote:


[quote]"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya."


#surah Al-Mukminun ayat 18. Emoticon ini>> telah mengganggu posting saudari nuraini sehingga ayat tersebut menjadi ayat 1

[/quote]

******************************************


Terima kasih kepada halawatuliman…kerana prihatin…



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-10-04 09:47




bersyukurla dgn pemberian Tuhan..... ia bukannye kekal tetapi bersifat sementara.....

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 25-11-04 00:55



hemm betul tu...biasalah dasar manusia yg selalu tak nampak hikmah di sebalik setiap kejadian yg Allah jadikan...
contohnya mungkin ada kemalangan atau sesuatu yg x diingini akan terjadi sekiranya kita keluar rumah...boleh jadi dengan hujan yg turun tu membantutkan niat kita utk keluar rumah dan seterusnya mengelakkan kita ditimpa kemalangan.....siapa tahu.....
bukan saja hujan yg dikeluhkan, angin yg bertiup pon kdg2 ada yg merungut...
Pendek kata berfikir sebelum berkata jangan berfikir selepas berkata...terlajak perahu boleh undur, terlajak kata badan binasa...silap2 dpt dosa lagi krn mempertikaikan kejadian Allah...

Wallahu Ta'ala 'Aqlam...

-----------------
.::Ketenangan lahir dari hati yang bersih::.

Bookmark and Share

    


  Member Information For jAiLuL_mAnsHuDaHProfil   Hantar PM kepada jAiLuL_mAnsHuDaH   Pergi ke jAiLuL_mAnsHuDaH's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-03-05 10:32




Tersenyum memandang alam ..

-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-03-05 11:55


bersyukurla...

-----------------
Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-03-05 13:30


hari nak hujan?apa lagi...ye ye hari nak hujan, jomlah mandi hujan

Bookmark and Share

    


  Member Information For Faryzan_IslamicProfil   Hantar PM kepada Faryzan_Islamic   Pergi ke Faryzan_Islamic's Website   Quote dan BalasQuote

Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.04.2004
Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah

PulauPinang  


posticon Posting pada: 29-03-05 13:45




Best apa kalau hujan...suka sgt kalau hujan...rasa nak tidoq ja...sejuk dan nyaman ja...

Biar Manja Tapi Tegas

-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For Rindu_RahayuProfil   Hantar PM kepada Rindu_Rahayu   Pergi ke Rindu_Rahayu's Website   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 10-04-05 22:27




manusia ni susah sangat nak bersyukur....



-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

espiranza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 935
Posting: 192
Dari: negara akhirat kekal abadi

zambia   avatar


posticon Posting pada: 04-05-05 22:59


salaam..
bila hari hujan...
terigt org jauh..
sbb apa?
sbb rs..mesti kat sana pun hujan..


pastuh hati rs tenteram jek..
rs kagum sgt pd pencipta sbb
turunkan hujan..
insyaAllah dlm Al-Quran byk diceritakan
ttg kejadian hujan..
segala puji bg Allah..subhanallah

cuma..ana nk kongsi 2 ayat yg saling berkaitan antara satu dgn lain..yg membuatkan ana rs
bertambah kagum..dan tak terkata..

dalam surah AN-NAHL : 64-65..

"Dan tiadalah Kami turunkan AL-
QURAN kpdmu [Muhammad] melainkan
engkau menerangkan kpd manusia akan
apa yg mereka berselisihan pdnya, dan
spy menjadi PETUNJUK dan RAHMAT
bg org2 beriman.."

ayat ini disambung pula pd ayat 65..

"Dan Allah turunkan HUJAN dr
langit,lalu Dia menghidupkan dgn AIR
HUJAN itu akan bumi sesudah
MATInya; ssghnya pd yg demikian
itu,terdpt satu TANDA [yg mmbuktikan
KEKUASAAN ALLAH] bg kaum yg
mendengar [peringatan ini dan
memahaminya].."..

Fahamkanlah baik-baik perbandingan
antara AL-QURAN (ayat 64) dan AIR
HUJAN (ayat 65).Kedua-duanya
diturunkn dgn tujuan m'HIDUPkan
sesuatu yg MATI..AL-QURAN diturunkn
utk HIDUPKAN HATI YG MATI
disebabkan KEJAHILAN, dan AIR
HUJAN pula diturunkn utk HIDUPKAN
TANAMAN pd bumi kering kontang..

sesungguhnya beruntunglah bg mereka
yg berfikir dan beriman

wallahualam..
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For espiranzaProfil   Hantar PM kepada espiranza   Quote dan BalasQuote

puteriayahanda
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.03.2005
Ahli No: 15473
Posting: 268
Dari: negeri sembilan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 07-05-05 16:11


...
hujan...waktu sesuai utk berdoa dan memuhasabah diri.......

-----------------
ya ALLAH, pelihara aku dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk,nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak diperkenanka

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteriayahandaProfil   Hantar PM kepada puteriayahanda   Quote dan BalasQuote

hilmy
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.01.2006
Ahli No: 21712
Posting: 44

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-01-06 11:05


apabila hari nak ujan..kita kena sediakan payung..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hilmyProfil   Hantar PM kepada hilmy   Quote dan BalasQuote

albarlasy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18103
Posting: 248
Dari: dunia fana'

egypt   avatar


posticon Posting pada: 15-01-06 00:30


BAGI HUJAN MARAH
BAGI PANAS MARAH
BAGI HUJAN PANAS PUN MARAH
BAGI TSUNAMI AGAKNYA BARU NAK BERSYUKUR MANUSIA NI.... 8-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For albarlasyProfil   Hantar PM kepada albarlasy   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-01-06 01:14


Ani...........angkat kain di jemuran..... hari dah nak hujan!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

najwa_mnor
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.11.2003
Ahli No: 5313
Posting: 148
Dari: gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-01-06 01:33


sebab hujan la kita dapat kenal satu lagu lagi..
hujan oh hujan..
Kenapa engkau turun..
sambung la sendiri ek

Terima Kasih hujan yang telah memberi ilham kepada pencipta lagu kanak-kanak.teringat zaman kanak-kanak dulu-dulu.
Tetapi lagi berterima kasih kepada pencipta hujan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For najwa_mnorProfil   Hantar PM kepada najwa_mnor   Quote dan BalasQuote

drzul-f
WARGA SETIA
Menyertai: 22.01.2005
Ahli No: 13857
Posting: 487
Dari: Simferopol', Crimea, Ukraine

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 15-01-06 02:15


minat lagu hujan (sudirman)

Bookmark and Share

    


  Member Information For drzul-fProfil   Hantar PM kepada drzul-f   Pergi ke drzul-f's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-01-06 02:39


saya suka mandi air hujan... best apa :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

afieq_alkindi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.01.2005
Ahli No: 14026
Posting: 162
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 15-01-06 18:55


dari hujan kita peroleh rezeki dan rahmat ALLAH....

Bookmark and Share

    


  Member Information For afieq_alkindiProfil   Hantar PM kepada afieq_alkindi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.173794 saat. Lajunya....