Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-05-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-- ali-Imran: 139

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 128
Ahli: 0
Jumlah: 128




  Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 27 hari yang lalu
Kang: 46 hari yang lalu
lidah-penghunus: 48 hari yang lalu
muslimin23: 57 hari yang lalu


Sajak
Topik: Bukan Orang Biasa(versi top star)


Carian Forum

Moderator: Administrator, kasih_kekasih
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sajak
    »» Bukan Orang Biasa(versi top star)

Please Mendaftar To Post


Oleh Bukan Orang Biasa(versi top star)

diana_alisyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10220
Posting: 112
Dari: Taiping Mali

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-10-04 09:38


(nyanyi merdu2 sket ikut tune lagu Bukan Cinta Biasa -
Siti Nurhaliza)

Begitu banyak lebuhraya
Ada retak dan tak rata
Tapi Menteri Kerja Raya
Bukanlah orang biasa


Projek projek yang berbeza
beri kontraktor yang sama
Ku tak ingin rakyat tahu
Tetapi mereka selalu bertanya

Korus: Diriku bukan orang biasa
Diriku Menteri Kerja Raya
Tak perlu dipaksa
Tak perlu ditanya
kerna ku yakin tiada jawabnya oohh...

Walau ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang tercedera
Tapi biarlah terkorban nyawa
Akan aku salahkan takdir nya

MRR2 keretakan Pantai
Timur tak rata
Utara Selatan runtuh
Hospital diserang kulat pula

Diriku bukan orang biasa
Diriku Menteri yang lama
Tak ingin berhenti
Tak ingin berganti
Peduli apa orang nak kata

Andai ku mahu repair semua
Ku beri kontraktor yang sama
Highway kan runtuh telah diduga
Jangan harap ku letak ..jawatann ....



Bookmark and Share

    


  Member Information For diana_alisyahProfil   Hantar PM kepada diana_alisyah   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 22-10-04 09:53


Letak jawatan `cara' buat menteri beri penjelasan

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) menyifatkan tindakan beberapa anggotanya mendesak Datuk Seri Samy Vellu meletak jawatan dalam Dewan Rakyat baru-baru ini sebagai `cara' untuk membuatkan menteri itu memberikan penjelasan sebenar bagi isu-isu berbangkit.

Pengerusinya, Datuk Shahrir Samad menjelaskan, sebelum ini ahli-ahli Parlimen BN tidak pernah meminta mana-mana menteri meletakkan jawatan dalam perbahasan di Dewan Rakyat kerana ia adalah sesuatu yang `tidak manis' dari segi etika.

Bagaimanapun, kata beliau, tindakan tersebut akhirnya dicetuskan oleh beberapa ahli Parlimen kerana mereka sudah tidak mempunyai cara lagi untuk membuatkan Menteri Kerja Raya itu menjawab beberapa isu penting yang membabitkan kepentingan awam.

Selama ini, katanya, menteri berkenaan gagal memberikan jawapan yang konkrit bagi sesuatu isu.

``Isu-isu yang diketengahkan sudah terlalu menonjol dengan kelemahan nampak begitu ketara dan sebagai ahli Parlimen mereka mendengar rintihan rakyat di peringkat akar umbi.

``Ramai yang bertanyakan apa jalan penyelesaian yang bijak mengenai isu seperti hospital di Johor yang menelan belanja berjuta-juta ringgit tetapi tidak boleh digunakan kerana jangkitan kulat.

``Bagaimanapun, sampai sekarang tiada apa-apa jawapan yang konkrit daripada menteri berkenaan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan beberapa ahli Parlimen yang meminta menteri berkenaan meletakkan jawatan dalam sesi Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2005 di bawah Kementerian Kerja Raya, Rabu lalu.

Antara isu yang dijadikan modal utama beberapa penyokong kerajaan itu ialah keretakan 31 daripada 33 tiang jejambat di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Kepong dan kejadian tanah runtuh di Kilometer 302 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung, Isnin lalu.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kenyataan bahawa tidak wajar bagi anggota Parlimen khususnya daripada BN untuk mendesak mana-mana menteri meletakkan jawatan semasa persidangan Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut perkara itu, Shahrir berkata, beliau memahami situasi yang dihadapi oleh ahli Parlimen untuk mendapatkan penjelasan tersebut.

``Jika tiada cara untuk mendapatkan penjelasan sebenar itu, mungkin ini adalah cara untuk menarik perhatian menteri tersebut berbuat demikian,'' katanya.

Sebagai ahli Parlimen, Shahrir menjelaskan, sudah menjadi tugas mereka untuk mengetengahkan semua masalah berbangkit dalam persidangan Dewan Rakyat.

``Ahli Parlimen kita pun semuanya cerdik-cerdik belaka (berpendidikan tinggi). Mustahil mereka mahu dengan sewenang-wenangnya meminta menteri letak jawatan,'' katanya.


-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 22-10-04 09:55


Amaran kemungkinan tanah runtuh dekat Cameron Highlands

KUALA LUMPUR Okt. 15 - Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini meminta para pengguna jalan raya Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang-Kuala Berang dekat Cameron Highlands supaya berhati-hati ketika memandu kerana kemungkinan berlaku tanah runtuh.

Katanya, memandangkan musim hujan sekarang keadaan cerun di Kilometer 23.8, Kilometer 24 dan Kilometer 24.3 jalan tersebut terutamanya di kawasan Pos Slim ke Lojing dikhuatiri akan berlaku tanah runtuh.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, Jabatan Kerja Raya dan kontraktor MTD Construction Sdn Bhd sedang mengambil langkah berjaga-jaga di kawasan tersebut termasuk memasang papan tanda amaran.

Beliau menasihatkan pemandu kenderaan seboleh-bolehnya mengelakkan menggunakan jalan tersebut pada ketika hujan lebat dan waktu malam.

Pertanyaan boleh ditujukan kepada JKR Perak di talian 05-5025971 dan pengurus projek MTD Construction di talian 012-5198894. - Bernama


-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-10-04 09:58



hehe..pandai tul cik diana ni duk reka....


...lalu kot Lebuhraya Pantai Timur..memang betul banyak jalan tak rata...
moga sahabat semua berhati~hati ....nak balik raye nanti...






[ Posting ini telah di edit oleh: nuraini pada 2004-10-22 10:00 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

diana_alisyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10220
Posting: 112
Dari: Taiping Mali

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-10-04 10:09


sebenarnye ni bukan saye yang reka..copy dari kawan nie....tapi sempoikan lagu ni.....rase nak suruh jaQ(Malaysian Idol) nyanyi jer..

Bookmark and Share

    


  Member Information For diana_alisyahProfil   Hantar PM kepada diana_alisyah   Quote dan BalasQuote

kaze
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 22-10-04 17:32


hehe igt lagu ct.. rupanya tuju khas buat menteri.. hati-hati karang kene saman hehehe..

xyah suruh jaQ, suruh meowhidayah sudahhh..
bleh meow? hehe

-----------------
kaze tech

Bookmark and Share

    


  Member Information For kazeProfil   Hantar PM kepada kaze   Pergi ke kaze's Website   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 22-10-04 18:06


Takleh.. syiumbang bunyi tu karang...
Setakat meoww..meoww.. mintak makan bleh laa...

hehe..

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 22-10-04 18:15


macam best jer..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-10-04 21:43


...hehehe, pandainye diana_alisyah...

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-11-04 11:07




hehehehe

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102257 saat. Lajunya....