Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-05-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika orang lain boleh melakukan, kita boleh belajar melakukan
-- Prinsip NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 155
Ahli: 0
Jumlah: 155




  Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 24 hari yang lalu
Kang: 42 hari yang lalu
lidah-penghunus: 45 hari yang lalu
muslimin23: 53 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Makanan dan Hikmahnya dalam Islam....


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Makanan dan Hikmahnya dalam Islam....

Please Mendaftar To Post


Oleh Makanan dan Hikmahnya dalam Islam....

Haslan
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10945
Posting: 402
Dari: banting

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-10-04 08:52


Makanan dan Hikmahnya dalam Islam
Sumber: Association of Malaysian Students at University of Southern California

Senarai Makanan Dan Hikmahnya

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik
dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk
sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya.
Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang
terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah
bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan
memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan,
melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas
dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu
disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh
menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan
memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu
lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah
memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur
dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah) Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik
untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma
dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada
perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya
juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
Lobak merah ………….. Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga
melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga
dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji
habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan
mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan
bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan
demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang
halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak
dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika
dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang
terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai
penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran
(rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku
penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid
(utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti
mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ
hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit,
menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil.
Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan.
Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk
mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma
adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam
kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk
menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini
mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama
daging.

Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam
(setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur
melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan
parut pada kulit.

"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim
adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak
berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah
bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air
syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada
hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara
khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk
menyembuhkan sakit perut(memulas).

Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk
memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika
anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana
sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana
khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh
tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air.
Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak
seimbangan badan

Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang
gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan
sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat
gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan
pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang
bersama bersama kami."

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar
racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai
ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman
Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari
sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu
penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas
calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit
dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat
panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang
diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki
menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah
ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit
birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya,
minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang
ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat
masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah
sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang
dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu
dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling
berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring),
seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti
adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang
hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya
tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan
kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan
menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia
melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit
gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak
memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang
memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan
kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-
turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain
makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah
daging kambing. Ianya> bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang
paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua
tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan
pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina
berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik
dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging
binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang
kukunya mencengkam dan menyangkuk.


hikmah makanan yang diberikan oleh Allah untuk umatnya...tapi kene betul-betulla makan lagila masa puasa ni...kalau berbuka main makan je...perhatikan la diatas ye...hehehehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For HaslanProfil   Hantar PM kepada Haslan   Quote dan BalasQuote

diana_alisyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10220
Posting: 112
Dari: Taiping Mali

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-10-04 11:48


bagus info nie..

Bookmark and Share

    


  Member Information For diana_alisyahProfil   Hantar PM kepada diana_alisyah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.118382 saat. Lajunya....