Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
-- Al-Baqarah: 45

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 186
Ahli: 0
Jumlah: 186




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 58 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Dr. Jafri catat sejarah dilantik felo bedah otak dunia


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Dr. Jafri catat sejarah dilantik felo bedah otak dunia

Please Mendaftar To Post


Oleh Dr. Jafri catat sejarah dilantik felo bedah otak dunia

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-10-04 08:44


KOTA BHARU 14 Okt. - Ketua Jabatan Neurosains Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah mencatatkan sejarah sebagai profesor termuda dilantik menjadi Felo Academia Eurasiana Neurochirurgica, sebuah badan berprestij dianggotai pakar bedah otak seluruh dunia.

Pada umur 41 tahun, beliau adalah termuda berbanding 14 felo lain dari negara-negara Asia, Australia dan Eropah rata-rata berusia di atas 55 tahun semasa dilantik.

Selain itu, pelantikan tersebut juga meletakkan beliau sebagai profesor Melayu pertama menerima pengiktirafan daripada badan itu yang hanya dianggotai 100 pakar bedah otak dari tiga benua berkenaan.

Beliau sebelum ini menjadi satu-satunya pakar bedah otak dari Asia Tenggara yang dicalonkan oleh Badan Profesor-Profesor Bahagian Penyelidikan Neurosains dari universiti seluruh dunia tidak lama dahulu sebagai felo terbabit.

Dr. Jafri Malin yang juga pakar bedah otak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, terpilih kerana penglibatannya dalam bidang penyelidkan dan pengajaran sains saraf di Kampus Kesihatan USM di sini.

Beliau menerima anugerah pelantikan itu daripada Presiden Academia Eurasiana Neurochirurgica, Prof. Rudolf Fahlbusch dari Jerman semasa Perhimpunan Pakar Perubatan Neurosains 2004 anjuran Universiti Tokyo di Nara, Jepun, semalam.

Dr. Jafri Malin yang sebelum ini terpilih sebagai rakyat Malaysia pertama mendapat gelaran profesor tanpa perlu menduduki peperiksaan daripada The Royal College of Surgeons, Edinburgh, Scotland ketika dihubungi Utusan Malaysia di Jepun melahirkan penghargaan atas pelantikan itu.

Beliau menyifatkan pelantikan itu adalah penghormatan bagi USM, rakyat dan negara.

``Ini kerana perkhidmatan dan sumbangan saya dalam bidang sains saraf adalah untuk kepentingan semua,'' katanya anak kelahiran Sungai Rambai, Bukit Mertajam, Seberang Prai.

Dr. Jafri Malin ialah lulusan University of Ghent, Belgium dan penerima Anugerah Saintis Muda Negara 2000.


-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-10-04 08:46


Syabas & tahniah kpd Dr Jafri.

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

zeikiyya
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.08.2004
Ahli No: 10442
Posting: 40
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-10-04 12:03


alhamdulillah
syabas dan tahniah buat Dr Jafri......
satu kebanggaan buat umat Islam..



Bookmark and Share

    


  Member Information For zeikiyyaProfil   Hantar PM kepada zeikiyya   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-10-04 02:52


syabas dan tahiniah buat Dr. Jafri

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

nina_nur
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10542
Posting: 104
Dari: di mana bumi dipijak..

Selangor  


posticon Posting pada: 18-10-04 11:58


Alhamdulillah.. semoga kita pun boleh jadi insan yang cemerlang seperti Dr. Jafri

Bookmark and Share

    


  Member Information For nina_nurProfil   Hantar PM kepada nina_nur   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 20-10-04 09:47


idolaku yg terbaru...

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

alongayuni
Warga Rasmi
Menyertai: 01.07.2004
Ahli No: 9768
Posting: 12
Dari: Bumi Malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-11-04 09:01




Kita patut berbangga kerana umat islam juga mampu berjaya dan berbakti kepada masyarakat.
Sememangnya dalam usia muda Dr.Jafri sudah mencapai kejayaan dan dilantik sebagai felo bedah otak dunia.
Dr.Jafri seorang Dr yang bagi saya bagus kerana dia dapat mengajar pelajarnya dengan baik dan saya memang suka dengan cara pengajarannya yang memudahkan kita untuk memahami tentang neurosurgery.Bagi saya Dr.Jafri bukan sahaja Pakar bedah yang berbakat tetapi juga seorang pensyarah yang hebat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alongayuniProfil   Hantar PM kepada alongayuni   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.133071 saat. Lajunya....