Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-09-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Makin lama kita fikirkan sesuatu, makin malas kita nak buat sesuatu

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 38
Ahli: 0
Jumlah: 38




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 56 hari yang lalu
muslimiman: 61 hari yang lalu
tornado: 80 hari yang lalu


Jejak Remaja
Topik: JAUHI CINTA TERLARANG.........


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Remaja
    »» JAUHI CINTA TERLARANG.........

Please Mendaftar To Post


Oleh JAUHI CINTA TERLARANG.........

INSPIRASI_HATI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.09.2004
Ahli No: 11253
Posting: 258
Dari: Selangor....Perak.

Selangor  


posticon Posting pada: 13-10-04 11:15




Siapalah yang tidak mahu cintanya sampai ke syurga. Pakar-pakar psikologi mendapati wanita yang mampu memberikan tumpuan penuh dan cemerlang dalam kerjaya ialah mereka yang stabil dalam hubungan cintanya terutama dalam rumah tangga. Betulkah begini? Lihatlah ke dalam diri sendiri dan nilailah dengan jujur. Pakar psikologi adalah manusia biasa yang mungkin tersilap….tetapi jika kajian mereka benar, perkara ini perlu diusahakan. Mampukah cinta menjangkau bahagia dari dunia hingga akhirat? Jawapannya ya, namun mana mungkin kita dapat memiliki sesuatu yang berharga secara percuma jika percuma sahlah ia ‘barang tiruan’, bukan cinta murni yang sejati.

JIWA PERLUKAN CINTA

Rasa cinta adalah anugerah Allah kepada manusia.Jiwa memerlukan cinta sebagaimana jasad perlukan makanan. Cinta ibarat api yang menjadi sumber tenaga kepada kehidupan. Ia menyinari manusia sebagaimana matahari menyinari alam. Dengan kekuatan cinta manusia sanggup dan mampu menempuh pelbagai rintangan – gunung sanggup di daki, lurah sanggup di turuni, lautan sanggup di renangi – semata - mata untuk memiliki cinta. Allah menghadiahkan perasaan cinta dalam keadaan yang cukup murni. Namun jika kemurnian itu tercemar, jadilah ia api yang membakar hangus, bukan lagi sebagai sumber kehidupan tetapi pemusnah yang menghancurkan, tidak lagi menyinari alam tetapi menjadikan alam hitam kelam seperti arang.

CINTA MURNI MAMPU ‘MERENTAS ALAM’

Kehidupan di dunia hanyalah sebahagian dari siri perjalanan yang panjang seorang manusia. Bermula dari alam roh, kita berpindah ke alam rahim sebagai janin yang berkembang sehingga dilahirkan ke dunia sebagai bayi. Kini kita berada di alam dunia, menghabiskan usia sehingga proses kematian membawa kita berpindah ke alam barzakh.
Di alam barzakh kita menunggu sehingga kiamat untuk semua manusia dikumpulkan di alam mahsyar. Di alam mahsyar proses pengiraan amal berlaku membawa kepada perhentian terakhir kita iaitu syurga atau neraka. Alam yang paling kritikal adalah alam dunia di mana kita diberi ‘kebebasan’ untuk ‘memilih’ jalan hidup.
Di sinilah penentuan sama ada cinta yang dikurniakan Allah ini membahagiakan sehingga merentasi alam barzakh, mahsyar dan akhirnya ke syurga abadi di mana kemuncak kebahagiaan cinta akan dinikmati atau menuju neraka yang seksanya tiada batasan!

PATUHI PERATURAN PENCIPTA CINTA

Dia yang mencipta cinta juga ‘peraturan cinta’ demi untuk menjaga kemurnian cinta itu sendiri. Cinta yang mematuhi peraturan ini sahaja yang akan mmapu merentas alam sehingga ke syurga. Malangnya peraturan ini kerap kali dilanggar oleh manusia yang sedang bercinta.
“Cinta apa namanya ini jika tidak ada “dating”,tidak “bergayut” di telefon dan tiada surat cinta yang membuai rasa? Ada suara dari dalam diri kita mungkin merungut begini. Yakinlah tidak ada keindahan dan kebahagiaan dalam melanggar peraturan Tuhan.
Putus cinta , “frust menonggeng”, fenomena cinta yang begitu popular dikalangan manusia adalah disebabkan cinta yang tercemar kemurniannya.
Banyak cinta bukan sahaja hancur sebelum mencecah alam perkahwinan malah membawa dendam yang membara. Inilah cinta terlarang, cinta yang tidak mampu merentas alam malah mati sebelum kematian manusia itu sendiri.

CINTA TERLARANG DESTINASINYA ADALAH NERAKA

Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan boleh berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlaku ‘cinta terlarang’. Cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak fitrah tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Cinta yang penciptaan asalnya bertujuan untuk membahagiakan dan membantu meringankan bebanan hidup menjadi beban paling berat dan penjara paling menyeksakan.
Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang. Lebih-lebih lagi bila hukumnya dilanggar tanpa rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah, malah loyar buruk mengatakan ‘Allah kan Maha Pengampun?’. Tubuh kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram.
Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan oleh Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah orang ketiga. Bila bermula satu sentuhan, hampir mustahil untuk mundur ke belakang apabila nafsu dan syaitan sudah menguasai. Semuanya seolah-olah halal atas alasan cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan fitrah cinta yang dianggap baja.
Akhirnya berbuahlah pohon cinta terlarang, pahit, masam, beracun dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai label yang menjijikkan. Ketika itu hilanglah kemanisan cinta. Jika cinta begini yang diburu, tidak pelik jika cinta muncul dalam hidup adalah dalam rupa monster yang menakutkan…….kerana ia memberi pengalaman yang cukup menyakitkan. Lalu cuba salahkan orang lain yang ‘menabur janji kosong’,’manis kata dibibir,tapi hati lain bicara’.Malah ada yang hingga tahap menyalahkan takdir kerana memisahkan ‘cinta suci’ antara dua insan. Cinta terlarang begini, bukan sahaja destinasinya neraka di akhirat malah neraka sepanjang perjalanan di dunia. Kemanisannya hanya dapat dirasai dititik permulaan.

HUKUM CINTA DAN KASIH SAYANG MURNI

Rasa cinta yang murni sangat inginkan kebahagiaan untuk yang dicintai. Dia tidak akan membiarkan orang yang dicintainya terluka sedikit pun.. Dia akan melakukan apa sahaja yang dicintai tanpa mengharapkan.balasan. Hukum cinta ialah beri dahulu pasti kita akan memtik hasilnya. Cinta paling murni dari Allah untuk hambaNya. Dia yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim memberi dan terus memberi kepada hambaNya. Hubungan cinta yang menuntut ‘penyerahan diri’ sebelum ikatan sah melalui akad nikah pastinya bukan cinta yang murni kerana ia bukan sahaja meminggirkan Allah yang mencipta cinta malah mengenepikan soal mempertahankan maruah dan harga diri pasangan yang kononya dicintai sepenuh hati!
Jika benar seorang lelaki mencintai seorang wanita dengan cinta murni, mana mungkin dia sanggup merobekkan kehormatan wanita. Seorang lelaki yang mencintai seorang wanita pastinya mahu melindunginya dari sebarang kerosakan. Dia tidak akan sanggup mambakar kekasihnya walaupun dengan puntung rokok sekalipun, tetapi kenapa sanggup menempah api neraka dengan membiarkan sentuhan terlarang berlaku.

SYURGA , DESTINASI CINTA YANG MAMPU MERENTAS ALAM!

Untuk memastikan cinta yang kita jalin mampu merentas alam, hendaklah cinta kita itu didasarkan cinta kepada Allah………cinta yang kita berikan semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah dan boleh menghampirkan diri kepadaNya.
Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan wanita mestilah diniatkan untuk memiliki cinta Allah. Tapi bagaimana ya? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau wanita menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah s.a.w :
“Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakan.”
Jangan sesekali bercinta sekadar untuk suka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu dan pujukan syaitan. Jika yidak ada niat untuk berkahwin, cinta itu sudah pasti bukan kerana cinta Allah. Hakikatnya cinta itu adalah terlarang yang akan membawa kemusnahan.

MENCINTAI ALLAH, BENTENG CINTA TERLARANG

Mematuhi syariat adalah benteng terkuat daripada terjebak ke dalam jurang cinta terlarang. Kekuatan dan kemampuan untuk mamatuhi syariat pula hanya akan dapat dimiliki hati yang meletakkan Allah sebagai cinta teragung. Hati yang mencintai hanya kerana Allah. Perasaan cinta adalah amanah dari Allah, maka pastikan ia hanya diberikan kepada yang akan sama-sama menjaga amanah ini. Maka pohonlah kekuatan dari Allah, Tuhan yang menciptakan cinta agar cinta yang kita jalinkan tidak membawa kita menjauhi-Nya dan sekali gus tidak membawa kita ke neraka………

DOA MENCINTAI ALLAH

“Ya Allah…… Kurniakanlah untukku cinta Mu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta Mu
“Ya Allah……Segala pemberianMu yang aku sayangi,jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMu.Segala yang Engkau pisahkan dariku, sedangkan ia sangat aku sayangi, jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diriku
“ Ya Allah……Berikanlah kekuatan umtuk mengutamakan cintaMu berbanding cintaku kepada keluarga, harta dan air dingin ketika dahaga.
“Ya Allah……Berikanlah aku kekuatan untuk mencintaiMu, para Malaikat, Nabi-nabiMu dan hamba-hambaMu yang soleh.
“Ya Allah……..Hidupkanlah hatiku denagn cintaMu dan jadikanlah aku hambaMU yang Engkau cintai
“Ya Allah…….. Berikanlah aku kekuatan untuk mencintaiMu sepenuh hatiku dan redha kepadaMu dalam setiap usahaku……..”Amin.


".......Jika HATI sejernih AIR, jangan biarkan ia keruh, Jika HATI seputih AWAN, jangan biarkan ia mendung. Jika HATI seindah BULAN, hiasilah ia dengan IMAN........."

p/s: renungan kita bersama......










[ Posting ini telah di edit oleh: INSPIRASI_HATI pada 2004-10-14 09:37 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For INSPIRASI_HATIProfil   Hantar PM kepada INSPIRASI_HATI   Quote dan BalasQuote

aina_nasuha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.06.2003
Ahli No: 1488
Posting: 144
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-10-04 12:03


Bagus untuk renungan bersama... Saya dah bacenye dalan majalah An-Nur keluaran September kan

Bookmark and Share

    


  Member Information For aina_nasuhaProfil   Hantar PM kepada aina_nasuha   Quote dan BalasQuote

INSPIRASI_HATI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.09.2004
Ahli No: 11253
Posting: 258
Dari: Selangor....Perak.

Selangor  


posticon Posting pada: 13-10-04 12:12




yer betul.....aina_nasuha....
agar dapat jadi renungan untuk semua yer...

Bookmark and Share

    


  Member Information For INSPIRASI_HATIProfil   Hantar PM kepada INSPIRASI_HATI   Quote dan BalasQuote

kl_guy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2004
Ahli No: 11724
Posting: 94
Dari: Malaysia

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 13-10-04 12:26


no komen

apapun artikel ne menarik

Bookmark and Share

    


  Member Information For kl_guyProfil   Hantar PM kepada kl_guy   Quote dan BalasQuote

nurul83
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.04.2004
Ahli No: 8350
Posting: 122
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-10-04 23:43




thanks inspirasi_hati di atas maklumat ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul83Profil   Hantar PM kepada nurul83   Quote dan BalasQuote

INSPIRASI_HATI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.09.2004
Ahli No: 11253
Posting: 258
Dari: Selangor....Perak.

Selangor  


posticon Posting pada: 14-10-04 09:06




sama-sama....
saling ingat mengingati antara satu sama lain.InsyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For INSPIRASI_HATIProfil   Hantar PM kepada INSPIRASI_HATI   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-10-04 09:19


bagus lak posting tu...Insyaallah sama2 kita beramal...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

kamal_82
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.08.2003
Ahli No: 3201
Posting: 462
Dari: KUALA LUMPUR

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-10-04 09:29



thanks atas info ini....
ermm

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamal_82Profil   Hantar PM kepada kamal_82   Pergi ke kamal_82's Website   Quote dan BalasQuote

INSPIRASI_HATI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.09.2004
Ahli No: 11253
Posting: 258
Dari: Selangor....Perak.

Selangor  


posticon Posting pada: 14-10-04 09:39




sama-sama
ingatan bersama.......insyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For INSPIRASI_HATIProfil   Hantar PM kepada INSPIRASI_HATI   Quote dan BalasQuote

GTF
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 519
Posting: 425
Dari: png

japan  


posticon Posting pada: 21-10-04 22:27


ALHAMDULILLAH.......
DAPAT JUA JAWAPAN YANG KU CARI SELAMA INI.....


"CINTA KEPADA ALLAH....KASIH SESAMA INSAN"

Bookmark and Share

    


  Member Information For GTFProfil   Hantar PM kepada GTF   Pergi ke GTF's Website   Quote dan BalasQuote

ainussakinah
Warga Rasmi
Menyertai: 27.08.2004
Ahli No: 10760
Posting: 8
Dari: banting

Selangor  


posticon Posting pada: 27-10-04 00:15



semoge kite sumue dapat cinta suci tg diredhai ALLAH dan bahagie hingge ke akhir hayat insyaALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainussakinahProfil   Hantar PM kepada ainussakinah   Quote dan BalasQuote

INSPIRASI_HATI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.09.2004
Ahli No: 11253
Posting: 258
Dari: Selangor....Perak.

Selangor  


posticon Posting pada: 28-10-04 16:40




MENCINTAI ALLAH, BENTENG CINTA TERLARANG ...





Bookmark and Share

    


  Member Information For INSPIRASI_HATIProfil   Hantar PM kepada INSPIRASI_HATI   Quote dan BalasQuote

INSPIRASI_HATI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.09.2004
Ahli No: 11253
Posting: 258
Dari: Selangor....Perak.

Selangor  


posticon Posting pada: 29-10-04 14:51




".......Jika HATI sejernih AIR, jangan biarkan ia keruh, Jika HATI seputih AWAN, jangan biarkan ia mendung. Jika HATI seindah BULAN, hiasilah ia dengan IMAN........."





Bookmark and Share

    


  Member Information For INSPIRASI_HATIProfil   Hantar PM kepada INSPIRASI_HATI   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-10-04 16:11



Syukran inspirasi_hati

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-11-04 00:00


kasih tuhan tiada sempadan,
cinta tuhan janjiNya pasti..


Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 02-11-04 01:43


thanx kerana mengingati

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

INSPIRASI_HATI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.09.2004
Ahli No: 11253
Posting: 258
Dari: Selangor....Perak.

Selangor  


posticon Posting pada: 02-11-04 08:31






Bookmark and Share

    


  Member Information For INSPIRASI_HATIProfil   Hantar PM kepada INSPIRASI_HATI   Quote dan BalasQuote

fattah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.10.2004
Ahli No: 11894
Posting: 106
Dari: pLAnEt BuMI

newzealand  


posticon Posting pada: 06-11-04 17:29


Quote:

On 2004-10-28 16:40, INSPIRASI_HATI wrote:


MENCINTAI ALLAH, BENTENG CINTA TERLARANG ...

oleh itu marilah kita bercinta dng Allah krn percintaan dng-nya x akan mengecewakan.....






-----------------
***tengku fattah

Bookmark and Share

    


  Member Information For fattahProfil   Hantar PM kepada fattah   Quote dan BalasQuote

fattah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.10.2004
Ahli No: 11894
Posting: 106
Dari: pLAnEt BuMI

newzealand  


posticon Posting pada: 06-11-04 17:30


tul dokk?????????????

-----------------
***tengku fattah

Bookmark and Share

    


  Member Information For fattahProfil   Hantar PM kepada fattah   Quote dan BalasQuote

aiesyakisas
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.11.2004
Ahli No: 12267
Posting: 40
Dari: johor bahru atau selangor

Johor  


posticon Posting pada: 07-11-04 12:08


cinta abadi kepada Allah.ana ada artikel tentang cinta tapi nantilah dulu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aiesyakisasProfil   Hantar PM kepada aiesyakisas   Pergi ke aiesyakisas's Website   Quote dan BalasQuote

ainul_nabila
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 55
Posting: 394
Dari: Serikembangan/putrajaya

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-11-04 15:06


waah..memang menarik ar artikel ni..terima kasih yer..
semoga ia menjadi pedoman buat kita semua..insyaAllah

-----------------
HidUp Ini InDah Jika
segaLAnYa kErAnA ALLAH!!!

http://img75.photobucket.com/albums/v229/irda82/ainul3.jpg

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_nabilaProfil   Hantar PM kepada ainul_nabila   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104014 saat. Lajunya....