Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang berada di puncak gunung itu tidak diletakkan di situ, sebaliknya mendaki dari bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 59
Ahli: 0
Jumlah: 59




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 1 hari, 23 jam, 39 minit yang lalu


Copy & Paste
Topik: Setelah ayam dan babi, kini arak pula!


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Setelah ayam dan babi, kini arak pula!

Please Mendaftar To Post


Oleh Setelah ayam dan babi, kini arak pula!

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 16:16



Setelah ayam dan babi, kini arak pula!

Tuesday, October 05 @ 15:14:33 MYT


Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - Selepas 'Bayam' (Babi dan ayam), kini arak dan minuman ringan diletakkan dalam rak yang sama oleh para peniaga untuk hidangan orang ramai.

Tinjauan yang dilakukan oleh wartawan Harakahdaily mendapati beberapa premis perniagaan telah meletakkan arak dalam satu rak yang sama bersama minuman ringan (gambar) untuk dijual kepada orang ramai.

Kejadian ini dikesan dilakukan oleh beberapa peniaga yang tidak bertanggungjawab di sekitar Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Malah semasa Harakahdaily menemubual dengan seorang pembantu di premis berkenaan iaitu dipercayai seorang warga Indonesia berkata, bahawa air tersebut diletakkan sekali dengan arak tidak mendatang apa-apa masalah.

"Tak apa diletakkan sekali asalkan air itu tidak tumpah," katanya semasa diajukkan soalan kepadanya.

Bagaimanapun beliau berkata, bukan beliau yang meletakkan air itu sebaliknya beliau mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh 'taukehnya'.

Sementara itu, sebuah lagi premis yang sederet dengan premis sebelum ini didapati turut meletakkan minuman keras bersama dengan air minuman ringan di atas rak yang memuatkan pelbagai barangan lain.

Arak tersebut biarpun tidak dimasukkan dalam peti sejuk tetapi ia diletakkan sebelah menyebelah di atas rak yang sama.

Baru-baru ini, rakyat negara ini dikejutkan dengan tindakan sebuah pusat penyembelihan yang meletakkan daging ayam yang disembelih dan babi bersama sebelum dipasarkan kepada para peniaga.

Hasil tinjauan wartawan, pelbagai pihak apabila dihubungi melahirkan kecaman atas sikap tidak bertanggungjawap para peniaga dan tiadanya pemantauan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Setiausaha Agung, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato' Dr Maamur Othman mendesak, kerajaan bertindak dengan tegas ke atas peniaga-peniaga yang mencampuradukkan arak dengan minuman biasa.

Ini katanya, tindakan tersebut telah menyamatarafkan arak dengan air minuman biasa dan sekaligus ia tidak haram dan menjijikkan bagi pembeli yang beragama Islam.

"Inilah antara masalah utama yang dihadapi rakyat Malaysia kerana kekeliruan dan kekecamukan mengenai sistem penjualan arak yang sepatutnya terbatas di premis yang tertentu dan ia mesti diluluskan kerajaan," katanya semasa diminta mengulas isu berkenaan.

Disebabkan masalah tersebut katanya, ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menjual minuman keras secara bebas seperti di pasar raya termasuk pasar raya besar, kedai runcit, kedai makan, kedai yang menjalan perkhidmatan 24 jam dan sebagainya.

Katanya, apa yang dikesalkan pekerja-pekerja Islam juga dilibatkan sama untuk menjual minuman tersebut.

"Walaupun kita ada banyak undang-undang tetapi ia dilihat hanya tinggal undang-undang kerana ia tidak dikuatkuasakan dan ini adalah satu kelemahan pelaksanaan undang-undang sungguhpun kerajaan mungkin bersungguh-sungguh untuk menegakkan negara Islam untuk menjamin keselamatan rakyatnya," katanya.

Namun katanya, walaupun semua orang tahu arak tidak mendatangkan kebaikan sebaliknya banyak menimbulkan keburukan terhadap sosial, ekonomi dan kesihatan tetapi ia tetap tidak diendahkan.

Walhal katanya, arak sama dengan judi, zina, di mana termasuk antara tujuh dosa besar dalam Islam.

Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan perlu tegas dan jujur menjalankan tanggungjawabnya kerana amanah tersebut akan dituntut rakyat di akhirat nanti.

"Kerajaan perlu perkemaskan undang-undang dan ambil tindakan segera supaya minuman keras ini dipandang jijik sama dengan babi," katanya sambil persoalkan jika rokok boleh diberikan kempen besar-besaran mengapa pula arak tidak dilakukan sedemikian.

Malah katanya, dalam hal ini semua pihak perlu sedar tanpa memikir semangat kepartian lebih-lebih lagi arak ternyata memberi mudarat yang besar kepada manusia terutamanya terhadap keruntuhan moral sama ada generasi sekarang mahupun akan datang.

Dalam pada itu, orang ramai yang ditemui Harakahdaily masing-masing melahirkan rasa kesal dan marahnya terhadap peniaga-peniaga yang sesuka hati meletakkan arak dan air minuman dalam satu tempat yang sama.

Tambahan pula mereka berpendapat bahawa, tindakan tersebut menggambarkan tidak ada rasa sentiviti terhadap umat Islam negara ini.

Pekerja swasta, Faizal Abdul Rani, 23, berkata, sepatutnya penjual berhati-hati dan tidak meletakkan barangan halal bersama yang haram.

"Apa yang kita paling khuatir, budak-budak yang tidak faham atau tahu air tin itu adalah arak lalu mereka beli dan minum," katanya dengan nada kesal.

Katanya, lazimnya peniaga-peniaga bukan Islam tidak semuanya prihatin bahawa arak dan air minuman ringan tidak boleh disekalikan.

Bagaimanapun katanya, pihak bertanggungjawab perlu membuat pemeriksaan agar perkara tersebut tidak berlaku.

"Jika peniaga engkar tarik saja lesen mereka kerana arak ini bukan perkara kecil dan boleh dijual di tempat sebarangan," katanya.

Seorang lagi ditemui, tidak berjauhan dengan premis tersebut, Amirdi Rani, 32, meminta pihak berkuasa menyiasat segera di atas tindakan peniaga berkenaan.

Katanya, selain pihak berkuasa membuat pemantauan, pihak pemerintah perlu perkukuhkan undang-undang supaya ia dipatuhi para peniaga.

"Benda haram biarpun sedikit bila meresap ke dalam darah daging kita akan merosakkan akidah, justeru itu ia tidak boleh dipandang ringan," katanya.

Sehubungan itu katanya, penguatkuasaan terhadap benda-benda haram perlu dijalankan dengan segera.

Antaranya katanya, pihak kerajaan perlu perluaskan bidang kuasa kepada Jabatan-jabatan agama Islam untuk bertindak.

"Sekarang ini kita tengok kuasa mereka terhad dan sebab itu mereka tidak boleh mengambil tindakan secara berterusan," katanya lagi.

Malah beliau juga berharap tindakan mencampurkan benda haram dengan halal seperti babi dengan ayam dan arak dengan minuman ringan diambil tidakan tegas oleh kerajaan kerana katanya tindakan tersebut boleh mendatang keburukan kepada rakyat. - mks.



Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

srikandi_islam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.10.2003
Ahli No: 4481
Posting: 260
Dari: BANGI + KB

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-10-04 22:06



astaghfirullah......macam2 care yg org gune utk jatuhkan umat islam...berhati2 lah.ustaz saye cakap kalo nak tau makana yg kite nak makan 2 halal ke haram,sebelum makn makana 2,hati kite akan berdebar2

-----------------
2 love some 1 is NOTHING,2 be love by some 1 is something,2 be love by same 1 U love is EXCITING,but 2 be loved by ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_islamProfil   Hantar PM kepada srikandi_islam   Pergi ke srikandi_islam's Website   Quote dan BalasQuote

virtualmovement
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7206
Posting: 141
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-10-04 22:00


astaghfirullahalazim...

Bookmark and Share

    


  Member Information For virtualmovementProfil   Hantar PM kepada virtualmovement   Pergi ke virtualmovement's Website   Quote dan BalasQuote

sumaiyah_o9
Warga Rasmi
Menyertai: 04.12.2003
Ahli No: 5476
Posting: 20
Dari: ampang kuala lumpur malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-04 11:55


sungguh menyedihkan keadaan macam ni kan, saya nak share pengalaman saya ni, waktu tu saya berada di klcc park taman dia kat luar tu, kami tgh berpiknik ngan kawan2 yg lain, nak jadi cerita ada satu kumpulan remaja under age around 13 14 lagi, kecik2 badan depa semua ni kiranya grp hip hop ngan grp punk, depa dgn jayanya dan selamba nya minum arak hmm astagfirullahalazim, saba jer kami waktu tu nak gie tegor x leh sbb dia satu grp yg besar makanya kami pandang camgitu jer lah, pak guard lak buat x tahu jer hmm klcc lambang kecangihan negara puncak tertinggi dan klcc juga port di mana semua jenis kumpulan bersidang setiap sabtu dan ahad, berfashion pelbagai, semuanya tu org melayu MUSLIMS hmm camne ker kita nak nolong depa2 ni? mmg orang boleh berubah inshallah tapi bila agaknya

Bookmark and Share

    


  Member Information For sumaiyah_o9Profil   Hantar PM kepada sumaiyah_o9   Pergi ke sumaiyah_o9's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104926 saat. Lajunya....