Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
-- Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 162
Ahli: 0
Jumlah: 162




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 18 jam, 53 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: satu LAGI PENGAKUAN BIADAP terhadap agama!


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» satu LAGI PENGAKUAN BIADAP terhadap agama!

Please Mendaftar To Post


Oleh satu LAGI PENGAKUAN BIADAP terhadap agama!

Pdaus
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-10-04 23:07




cuba baca kenyataan di bawah!

Zila Bakarin: ‘saya bukan pelacur kelas atasan’

Oleh Zubir Mohd Yunus | Gambar Zaharin Hayon
04 October 2004





APABILA menyebut nama Zila Bakarin, pasti orang akan terbayangkan bentuk fizikalnya yang ‘segar bugar’ itu. Walaupun Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin, 29 sudah membintangi hampir 100 drama TV sejak tujuh tahun lalu, namun hingga ke hari ini persepsi masyarakat masih tidak berubah. Mereka masih menganggap pemilihan Zila sebagai pelakon bukan kerana bakatnya semata-mata, sebaliknya sokongan fizikal badannya yang seksi. Pun begitu, Zila tidak ambil pusing kerana yang penting dia hanya mencari rezeki yang halal. Pandang boleh tetapi jangan pegang, kata Zila.

“APABILA sebut saja nama Zila Bakarin, ada yang kata, “Ohh! Yang seksi tu!” Bagi Zila, apa saja pakaian yang Zila pakai, orang lain pun pakai juga. Mungkin 10 orang yang pakai baju sama, tiga orang saja yang nampak seksi.

Fizikal masing-masing berbeza. Ada orang pakai tube, tak nampak seksi sebab badan sekeping saja... Cuma, badan Zila berisi. Tapi, kalau orang terus nak berkata-kata, itu hak masing-masing. Pun begitu, Zila tahu sejauh mana Zila boleh pergi dalam bidang ini. Zila sedar, siapa Zila Bakarin.

Terus-terang Zila katakan, sebelum jadi artis lagi, Zila suka bergaya, Zila suka ikut trend. Sebagai manusia biasa, Zila nak merasa. Mungkin apabila tiba masanya nanti, rasa nak bertudung, Zila pakai tudung. Nanti kalau Zila dah tua kerepot, baru nak pakai seksi, dah tak ada makna. Pun begitu, penampilan Zila, agak seksi, bukanlah seksi sangat sehingga terkeluar ‘benda-benda’ yang tak sepatutnya.

Zila tak pernah lagi keluar sekadar pakai bra saja. Pakai tube adalah tetapi itu pun untuk fotografi. Kalau tak bekerja, Zila lebih selesa pakai kemeja T dan jeans saja. Namun, Zila tak letakkan faktor seksi untuk memudahkan Zila cari makan. Soal cari makan soal rezeki. Rezeki Tuhan yang beri. Kebelakangan ini pun Zila dapat tawaran berlakon karektor yang baik dan yang cover badan Zila. Maknanya kepercayaan penerbit mahupun pengarah bukan kerana keseksian Zila. Zila boleh menggoda, tapi sekarang mereka sudah buka mata.

Terus-terang Zila beritahu, untuk tahun 2004, satu drama pun tidak memerlukan Zila untuk seksi dan bawa watak menggoda. Karyawan yang bekerja dengan Zila memberi kepercayaan berdasarkan kebolehan lakonan Zila. Mereka percaya Zila boleh berlakon.

Zila berlakon bergantung kepada karektor. Dia orang beri Zila karektor baik, Zila jadi baik, mereka nak Zila pakai tudung, bertudunglah Zila dan kalau misalnya mereka nak Zila berlakon jadi pelacur, jadi pelacurlah Zila! Maksudnya di dalam lakonan Zila boleh membawakan apa saja karektor.

Kita ni hidup di sebuah negara yang merdeka. Kat Malaysia ni kalau kita nak buat sesuatu perkara yang tidak melampaui batas, yang tidak melanggar undang-undang, buat sajalah. Zila hanya kelihatan agak seksi ketika bergambar mahupun ketika berlakon, itu saja. Apa orang nak cakap, buat bodoh sajalah!

Inilah Zila Bakarin, tapi jangan terkejut suatu hari nanti Zila akan tampil dengan imej bertudung walaupun di luar waktu bekerja. Tapi, Zila nak tegaskan sekali lagi, bukan kerana Zila kelihatan agak seksi, Zila senang dapat tawaran berlakon.

Jangan fikir nampak Zila seksi, dia orang boleh sentuh! No way! Dia orang nak tengok, tengok, tapi kalau nak sentuh, cubalah kalau tak kena penampar! Zila ni jenis orang yang tahu batasan. Zila tahu di mana kelebihan dan kekurangan Zila.

Jangan dia orang ingat, Zila Bakarin, pakai seksi, boleh diperlekehkan sewenang-wenangnya atau pandang rendah pada Zila. Walaupun ada suara sumbang yang memberitahu Zila, orang tengok Zila pada satu bahagian saja iaitu dada, bagi Zila suka hati dia oranglah kalau nak mengata sebab Zila tak mampu nak tutup mulut mereka.

Kita mana mampu nak menahan anggapan orang. Tapi, setakat ni, belum ada gangguan sampai Zila tak boleh bekerja, tak boleh tidur. Peminat menghormati Zila dan dia orang tak menghina. Ada juga peminat yang cakap, ‘Kak Zila seksilah, kami suka’. Lazimnya budak-budak sekolah yang selalu cakap macam tu.

Peminat di luar sana sudah pandai menilai. Tak semestinya Zila seksi, Zila ni jahat! Dalam dunia artis, macam-macam penampilan, macam-macam imej. Kalau semuanya dah bertudung, tak meriah industri kita ni. Sebagai pelakon, variasi itu penting, ada artis dengan imej bertudung dan ada juga artis seperti Zila, seksi yang tak keterlaluan.

Kalau ada yang kata Zila adalah penyumbang kepada budaya seksi di kalangan remaja, rasanya pendapat itu tak tepat. Benar, artis role model pelajar, remaja dan sesiapa saja. Tapi, Zila seksi dengan cara yang sihat. Tak salah kalau kita nak pakai seksi asal saja kita buat perkara yang baik.
Maknanya, tak guna kalau kita mengenakan imej bertutup kepala, tapi kerjanya bohsia, pelacur! Mungkin kelebihan Zila ialah seksi, tapi apa yang boleh Zila beritahu remaja, itu hanya pakaian, luaran semata-mata kerana Zila hanya mengikuti peredaran fesyen semasa.

Pun begitu, Zila tak merokok, apatah lagi mengambil minuman keras dan melepak di disko. Zila juga tak pernah ambil dadah dan yang paling penting, Zila Bakarin bukan perempuan simpanan atau pelacur kelas atasan. Sekalipun Zila memilih imej seksi, Zila masih memelihara harga diri.

Pakaian tidak boleh dijadikan ukuran sama ada perempuan itu baik atau sebaliknya. Kepada remaja, kita boleh berpakaian mengikut peredaran zaman, tapi jangan sampai memudaratkan diri. Kita boleh pakai seksi, tapi jangan terkejut, orang yang pakai seksi itu, rupa-rupanya tak pernah tinggal sembahyang!

Zila harap kepada masyarakat di luar sana, jangan menilai artis di luarannya saja. Tak semua artis itu tak baik dan tak semua artis, baik. Zila tak cakap Zila baik. Sebagai seorang artis, Zila memerlukan sokongan peminat. Mengenai imej Zila yang seksi, janganlah dieksploitasikan sangat. Imej seksi ini just for fun.

Kepada peminat, jangan terlalu sempitkan pemikiran kita. Luaskan mentaliti kita mengenai imej seksi, pengaruhnya dan peri laku artis. Jangan tengok artis itu buah dada besar, part time mesti kerja palacur! Jangan ada pemikiran yang macam tu, tak baik!

Cuma penampilan Zila, fizikal Zila tidaklah sampai hingga ke peringkat merosakkan masyarakat terutamanya salah laku di kalangan remaja. Walau apapun isu mahupun kontroversi mengenai fizikal Zila, jauh di sudut hati, Zila teringin sangat nak berlakon filem berat, tapi sampai ke hari ini belum ada lagi peluang. Mungkin tak ada rezeki lagi agaknya.”

Bookmark and Share

    


  Member Information For PdausProfil   Hantar PM kepada Pdaus   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 05-10-04 23:33



GILA......


----------------------------------------------------------
Hidup ini adalah masalah,
Tanpa masalah bukanlah hidup namanya,
Tapi jangan sekali-kali mencari masalah,
Biarlah masalah yang mencari kita.


Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

SUEFI
Warga Rasmi
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11220
Posting: 15
Dari: IIUM

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-10-04 23:39


kesian dia
tak tau apa2 pasal hukum hakam
ada sapa2 yang boleh ajar dia?????

-----------------
LIFE WITHOUT JIHAD IS NOT A LIFE BUT A DEATH

Bookmark and Share

    


  Member Information For SUEFIProfil   Hantar PM kepada SUEFI   Quote dan BalasQuote

cucu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10226
Posting: 226
Dari: Bumi Milik Allah

russia  


posticon Posting pada: 06-10-04 00:10


Ntah... apa jenis manusialah... cari rezeki halal tu... apa kita nak bising lagi... he...ehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For cucuProfil   Hantar PM kepada cucu   Quote dan BalasQuote

putera_bongsu
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.12.2003
Ahli No: 5875
Posting: 37
Dari: seberang laut

australia   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 07:45





PANDAINYA CAKAP PASAL X TGGAL SEMAYANG....PASAL TUTUP AURAT MCM MANE PULAK CIK ZILA YG X SEKSI OI!

Bookmark and Share

    


  Member Information For putera_bongsuProfil   Hantar PM kepada putera_bongsu   Quote dan BalasQuote

kamal_82
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.08.2003
Ahli No: 3201
Posting: 462
Dari: KUALA LUMPUR

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 07:48



nauzubiullah.....
di jauhkan dr keturunankmu..insan mcm nih...
setan kot

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamal_82Profil   Hantar PM kepada kamal_82   Pergi ke kamal_82's Website   Quote dan BalasQuote

ummu_amir
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4817
Posting: 59
Dari: Malaysia

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 08:28


terang-terangan...inilah kita,umat di akhir zaman.
tak ke tanda2 kiamat tu dah ada depan mata...
sesedap hati dia je kata "cari rezeki halal".dia x blaja kot...hukum2 Islam...kesian...macamana kita nak tolong dia??


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_amirProfil   Hantar PM kepada ummu_amir   Quote dan BalasQuote

Liasari
Warga Rasmi
Menyertai: 14.07.2004
Ahli No: 10054
Posting: 7
Dari: bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-10-04 09:16


MasyaAllah...
apa kebendanya dia ni?
melayu ke org putih ni..
dah tak kenal hukum-hakam pulak
saper yg bersalah ni?
Hanya Allah sahaja yg tahu...
Ya Allah selamatkanlah aku drpd
tergolong dalam golongan seperti ini..
Amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For LiasariProfil   Hantar PM kepada Liasari   Pergi ke Liasari's Website   Quote dan BalasQuote

kamalhisyam
WARGA SETIA
Menyertai: 10.06.2003
Ahli No: 1259
Posting: 526
Dari: dari satu tempat ke satu tempat

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 09:40



SESUNGGUHNYA SOLAT ITU MENCEGAH DARI KEMAKSIATAN DAN KEMUNGKARAN...
kalau dah sembahyang tapi still nak seksi lagi apa maknanya????

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamalhisyamProfil   Hantar PM kepada kamalhisyam   Quote dan BalasQuote

virtualmovement
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7206
Posting: 141
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 09:48


Sabda Nabi SAW:"sesungguhnya iman itu ialah apa yang ditasdiqkan oleh hati,dibenarkan oleh lisan
dan dizahirkan dengan amal perbuatan(aukamaqol Rasul SAW)

kalau sembahyang tapi tak tutup aurat,tak sempurnba jugak iman tu...Nabi dah kata camtu,takkan nak bangkang lagi kot...kalau sekeping daging kat dalam diri kita ni(hati)tu mmg baik,maka baikle seluruh diri kita...n kalau tak baik,maka tak baikle peribadi kita-tutup aurat tu perintah Allah n takkanle hati yg baik(yg ada iman)susah nak buat benda ni??lgpun mana ada perintah Allah yang tak baik(takkan adanya!!)-wallahua'lam
moga K.Zila diberi hidayah satu masa nanti..amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For virtualmovementProfil   Hantar PM kepada virtualmovement   Pergi ke virtualmovement's Website   Quote dan BalasQuote

Haslan
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10945
Posting: 402
Dari: banting

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 09:52


ya allah biar betul manusia ni...
mana letaknya agama...
mana letaknya maruah...
ya allah kau jauhi la daripada kaum keluarga kami dan juga umat islam mu ya Allah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HaslanProfil   Hantar PM kepada Haslan   Quote dan BalasQuote

kakcik
Warga Rasmi
Menyertai: 20.09.2004
Ahli No: 11257
Posting: 20

Selangor  


posticon Posting pada: 06-10-04 10:06


ntahlah...xtau nk komen ape lg...kite doa jelah smg kak zila bakarin dicampakkan hidayah ke atasnya oleh Dia Yg Maha Pemurah Lg Maha Penyayang...Ya Allah, lindungilah hamba-hambaMu daripada sgl kemaksiatan...aminn...

:: RASULULLAH SAW YANG BERMAKSUD : " Siapa yang keluar dari perbuatan maksiat, lalu melakukan ketaatan. Maka Allah swt menjadikan dia kaya walau pun tidak mempunyai harta, dan menjadikan dia orang yang kuat sekali pun tanpa pasukan, dan menjadikan dia orang yang mulia walau pun tanpa keluarga " ::



Bookmark and Share

    


  Member Information For kakcikProfil   Hantar PM kepada kakcik   Quote dan BalasQuote

imansofea
Warga Rasmi
Menyertai: 28.12.2003
Ahli No: 6048
Posting: 12
Dari: land below da wind

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 11:20


Dia ni sakit mental ke???

Bookmark and Share

    


  Member Information For imansofeaProfil   Hantar PM kepada imansofea   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 11:40


bukan dia je yg bole kluar kan statement sebegini...ramai lagi artis kat malaysia ni yg berfikiran sepertinya...

org2 mcm ni yg sll kutuk org yg pakai tudung katanya pakai tudung tak semestinya baik..
yelah sekurang2 nya dia telah melaksanakan syariat wpun mgkn aklak sesetengan mereka yg bertudung tak berapa elok.

secara logiknya...kalu org yg tak penah tinggal solat adakah dia akan berpakain seksi sana sini?
nape dlm solat bole pakai telekung pastu terus bukak pakai pakaian yg tak cukup kain????

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

Kaisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9907
Posting: 233
Dari: KB - The Islamic City

japan   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 11:53


pasal ni.....
kalu ana nk ulas....panjang gak rasanya coz byk betul perkara yg x betul si kak zila ni ckp...ckp guna akal ke..guna otak?.ana pun xth..kalu ckp guna pale otak...sah mmg dia ckp ikut logik je bkn ikut alquran dan sunnah..apa2 pun...ana b'setuju dgn sume respon yg diberikn oleh antum dan antunna sume..
inilah negara islam malaysiaKu yg ku kenali dan ku CINTAI.

Bookmark and Share

    


  Member Information For KaisiProfil   Hantar PM kepada Kaisi   Quote dan BalasQuote

timah_18
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.08.2004
Ahli No: 10563
Posting: 42
Dari: Bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 12:03


nauzubillah....
ana harap jgnlah ade remaja2 terikut perempuan nih.
Allah dah tutup rase malu dier!

Bookmark and Share

    


  Member Information For timah_18Profil   Hantar PM kepada timah_18   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 06-10-04 13:44


zila..........? macam pernah dengar. sapa yer? macam nama pelacur kelas bawahan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 13:47



Kasihan padanya kerana dia tidak ditegur dalam kelalaiannya, inikan negara islam hadhari, tidakkah peranan pemerintah islam ialah mengajak manusia kepada maaruf dan MENCEGAH KEMUNGKARAN. Ini tanggungjawab pemerintah untuk mendidik masyarakat dan rakyatnya mengenal Tuhan. Apa gunannya ditubuh pelbagai jabatan agama jika tidak diguna untuk memerangi kemungkaran, mufti kan ramai. Tegurlah si hamba Allah yang terlupa dan lalai ni....kita harus kasihan melihat saudara kita begini dan bukannya membenci....yang harus kita benci ialah manusia munafik yang bercakap agama tetapi hati membenci dan menghina islam itu sendiri. Wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 14:25




HATI DAH GELAP, MACAM CERMIN DAH PERNAH DIGILAP. JADIKAN IKTIBAR SAHABAT SEKALIAN

Tiadakah mereka melakukan perjalanan di muka bumi, sehingga mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka merasa, dan mempunyai telinga yang dengan itu mereka mendengar? Sungguh, bukanlah matanya yang buta, tetapi yang buta ialah hatinya, yang ada di dalam rongga dada. (QS. Al-Hajj:46)

Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

virtualmovement
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7206
Posting: 141
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-10-04 14:19


Firman Allah SWT:"Dialah(Allah) yang telah menciptakan manusia dari nutfah(air mani),tiba-tiba ia(manusia) menjadi pembantah yang nyata"
(AnNahl:4)
-moga kita tak tergolong dari kalangan pembantah hukum hakam dan ketetapan dari Allah SWT... amin-

Bookmark and Share

    


  Member Information For virtualmovementProfil   Hantar PM kepada virtualmovement   Pergi ke virtualmovement's Website   Quote dan BalasQuote

humairatulhusna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.04.2004
Ahli No: 8688
Posting: 101
Dari: pulau pinang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 07-10-04 15:25


MasyaAllah ...ish ish tak tau nak kata apa dah...

Firman Allah s.w.t yg bermaksud:
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar2 berada dalam kerugian, kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran..
(al-‘Asr ayat 1-3)


Bookmark and Share

    


  Member Information For humairatulhusnaProfil   Hantar PM kepada humairatulhusna   Quote dan BalasQuote

ansarullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2004
Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila

Terengganu  


posticon Posting pada: 07-10-04 16:21


buat malu kaum hawa..x yah la jadi wanita..
jatuh standard!!

semoga Allah beri hidayah
ameen..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ansarullahProfil   Hantar PM kepada ansarullah   Quote dan BalasQuote

ansarullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2004
Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila

Terengganu  


posticon Posting pada: 07-10-04 16:21


buat malu kaum hawa..x yah la jadi wanita..
jatuh standard!!

semoga Allah beri hidayah
ameen..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ansarullahProfil   Hantar PM kepada ansarullah   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-10-04 18:21


doakan semoga dia kembali kejalan Allah...

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 07-10-04 19:06




hmm.. kalo anda sumer kutuk2 kat sini pon bkn nyer sampai pd kak zila bakarin tu.. lbh baik kita doakan agar dibukakan pintu hatinya utk terima hidayah Allah.. kalo ader saper2 yg nak pi da'wah direct kat dia pon lg bagus..

betul kata mujahadatunnafsi, kita patut rasa kasihan dgn org2 sebegini, bkn nyer membenci.. mana tau kot2 satu hari dia berubah & jadi lbh baik drp diri kita.. wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-10-04 21:25


sama2 kita doakan agar dia dpt berubah satu hari nanti, spt noor kumalasari ker.....insyaallah...doa kan agar zuriat kita akan dtg, ajuah dari gejala mcm nih....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-10-04 21:36



luar dan dalam adalah pandangan yang berlainan...cuba fikirkan !!!!!

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 08-10-04 23:03



Itulah.... Solat tidak mencegah fahsha dan mungkar. Maknanya kita boleh tau sendiri adakah solat kita diterima Allah atau tidak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

INSPIRASI_HATI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.09.2004
Ahli No: 11253
Posting: 258
Dari: Selangor....Perak.

Selangor  


posticon Posting pada: 09-10-04 12:55




nauzubillah........
mohon pada Allah mudah-mudahan kita dijauhkan dari perkara macam ni.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For INSPIRASI_HATIProfil   Hantar PM kepada INSPIRASI_HATI   Quote dan BalasQuote

east_salju
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.12.2003
Ahli No: 6074
Posting: 106
Dari: d bawah lindungan bayu

demrepcongo   avatar


posticon Posting pada: 09-10-04 13:52


dia ni kan..kan..
wajah dia ni macam dengan orang yang dekat rumah saya
cara pakaian tu nak kata hampir sama tu..... bolehla jugak...bila saya tengok org kat rumah saya tu
saya mesti ingat kat dia ni...
mintak la dia berubah...nauzubillah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For east_saljuProfil   Hantar PM kepada east_salju   Pergi ke east_salju's Website   Quote dan BalasQuote

Pdaus
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-10-04 18:50




kawan kawan yang dirahmati Alah InsyaAllah....
tujuan ana posting ni bukanlah untuk kita mengutuk mencerca atau mencaci individu terbabit! tujuan ana posting ialah untuk kita sama-sama berfikir dan mencari penyelesaian terhadap isu ini.
memang bukan kak Zila sahaja yang berpendapat seperti ini, malah sebelum ini ana telah pm satu kenyataan media oleh fiza elite yang hampir sama isunya.

manalah tahu kalau ada mana-mana ahli ukhwah rapat dengan mereka yang sebegini. kalau boleh tarbiahlah meraka bermula daripada diri sendiri tentunya agar merka tidak terbiar dan berterusan dalm kesesatan fahaman.

kalau tak boleh pun, at least kita boleh doakan mereka ini. bukankah doa itu senjata mukmin. kalau ikhwah yang pm dalam isu ini ada dalam 30 orang, kalau ditambah 10 lagi insyaAllah pintu hidayah Allah akan terbuka di hati mereka...
BERSAMALAH KITA BERDOA UNTUK MALAYSIA DAN DUNIA YANG LEBIH SEJAHTERA...AMINN....

Bookmark and Share

    


  Member Information For PdausProfil   Hantar PM kepada Pdaus   Quote dan BalasQuote

niswan88
Warga Rasmi
Menyertai: 27.09.2004
Ahli No: 11448
Posting: 4
Dari: negeri sembilan

Johor  


posticon Posting pada: 09-10-04 22:10


astaghfirullahalazim...

"sesungguhnya solat itu mencegah dr perbuatan yg keji dan mungkar..."
sesiapa yg solatnya tdk mencegahnya drpd melakukan perkara keji dan mungkar,solatnya masih blom sempurna...(tazkirah kat skolah)

Bookmark and Share

    


  Member Information For niswan88Profil   Hantar PM kepada niswan88   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-10-04 14:41



Sahabat sekalian, persoalan akhlak artis ini tidak boleh disalahkan 100% pada artis berkenaan kerana konsep amar maaruf nahi mungkar yang dijelaskan dalam Al-Quran tidak dilaksanakan oleh pemerintah. Manusia diilhamkan oleh Allah SWT dengan 2 perkara iaitu kefasikan dan ketaqwaan dan kebanyakan manusia cenderung kepada melakukan kejahatan sebab nafsu manusia itu sendiri. Suka hiburan, suka perempuan bagi lelaki, suka makan, suka tidur. Dan atas sebab itulah islam menetapkan pemerintah bagi masyarakat islam ialah pemerintah dan pemimpin yang bertaqwa ( bukannya pemimpin yang zaujahnya tak pakai tudung ). Bila pemimpinnya bertaqwa, dia akan melaksanakan amar maaruf nahi mungkar, mendidik masyarakatnya supaya takut kepada Allah.

Ini tidak, berlaku sebaliknya. Selagi islam tidak didaulatkan, dunia artis akan terus sesat sebab rujukan dunia artis adalah hollywood (yahudi)....dan bukan saja artis yang rosak hari ni tapi keseluruhan masyarakat islam akan rosak bila hukum Islam tidak dilaksanakan...Wallahu'Alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

virtualmovement
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7206
Posting: 141
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-10-04 11:50



sekadar respon dari apa yang diucapkan oleh insan ini:
"Peminat di luar sana sudah pandai menilai. Tak semestinya Zila seksi, Zila ni jahat! Dalam dunia artis, macam-macam penampilan, macam-macam imej. Kalau semuanya dah bertudung, tak meriah industri kita ni. Sebagai pelakon, variasi itu penting, ada artis dengan imej bertudung dan ada juga artis seperti Zila, seksi yang tak keterlaluan. "
**************************************

Firman Allah SWT:"Dan mereka(org2 yang tidak mempercayai) cuba memadamkan cahaya Allah dengan mulut2 mereka,dan Allah tetap akan menyempurnakan cahayaNya walaupun dibenci oleh org2 kafir"[Assoff:ayat 8]
.........................................................................
p/s:berhati-hatilah dengan ucapan org2 yang tiada mempercayai dengan yakin akan apa yang diturunkan oleh Allah kepada mereka-kerana mereka tetap akan cuba memutarbelitkan agama sehinggalah agama menjadi selari dengan apa yang dikehendaki mereka...wanauzubillahimindzalik..

[ Posting ini telah di edit oleh: virtualmovement pada 2004-10-13 14:19 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For virtualmovementProfil   Hantar PM kepada virtualmovement   Pergi ke virtualmovement's Website   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-10-04 21:46


nauzubillah..
mohon pada Allah semoga kita dijauhkan daripada perkara seumpama ini..
semoga perkara ini dapat memberi peringatan kepada kita untuk sama2 menjaga tingkah laku dan akhlak kita..

Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

jannahsyurga
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.09.2004
Ahli No: 10994
Posting: 35

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-12-04 16:28


ya Allah.Nauzubillah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For jannahsyurgaProfil   Hantar PM kepada jannahsyurga   Quote dan BalasQuote

norayhunt
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.09.2003
Ahli No: 3272
Posting: 53
Dari: Pel.Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-12-04 19:14


sedih dgn statement ni...ana yakin..bukan dia seorang yg berfikiran gitu...masih ramai yg tak faham...camana nak bg faham ttg agama Islam yg kita cintai ni ye?...sama2 la kita berdoa moga2 ALLAh limpahkan kurnia dan hidayah Nya dan pelihara kita semua dari segala kemungkaran dan kemaksiatan yg nyata atau pun yg tersembunyi....amin...

-----------------
~Kebaikan Hanya Bagi Mereka Yang Mahu Berfikir~

Bookmark and Share

    


  Member Information For norayhuntProfil   Hantar PM kepada norayhunt   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.62174 saat. Lajunya....