Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 174
Ahli: 0
Jumlah: 174

  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Bincang Agama
Topik: bercinta sebelum berkahwin..wajarkah?

Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» bercinta sebelum berkahwin..wajarkah?

Please Mendaftar To Post

Oleh bercinta sebelum berkahwin..wajarkah?

ansarullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2004
Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila

Terengganu  

posticon Posting pada: 02-10-04 09:50

akum...

ana ingin berkongsi pandangan dari antum semua..
Apakah pandangan antum mengenai hubungan cinta makhluk?
ana pernah terbaca buku karangan ulama'terkenal,dah lupa nama
jika kita mencintai makhluk,cinta kita juga adalah keranaNya..
adakah islam membenarkan cinta sebelum kahwin?
sekarang ia lumrah..
bolehkah kita mencintai seseorang sebelum kahwin wlaupun kita mencintai dia kerana kejernihan pegangan agamanaya?
adakah hubungan sebegini boleh melalaikan kita dari mendamba cintaNya?
bukankah cinta hakiki itu adalh hanya cintaNya?

ana ingin berkongsi pandandgann ilmu dari antum?
apakah prinsip yang dibenarkan dalam islam dalam hubungan ini?

Bookmark and Share

  Member Information For ansarullahProfil   Hantar PM kepada ansarullah   Quote dan BalasQuote

ahmie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 10.07.2004
Ahli No: 9956
Posting: 39
Dari: tpGARANG

Selangor  

posticon Posting pada: 02-10-04 12:31

Sebelum kawin, mesti ada perasaan cinta. So cinta sblm kawin memang pasti berlaku!
Bahaya oo, kalau kawin dgn orang yg kita xde perasaan..

Persoalannya.. berapa lama & bagaimana menguruskn hubungn sblm kwin?.. tu je.
Sblm ikatn yg pnting knal orangnya..
Yg pnting jaga hubungn.

Bookmark and Share

  Member Information For ahmieProfil   Hantar PM kepada ahmie   Quote dan BalasQuote

ninja
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10955
Posting: 222
Dari: kedah

KualaLumpur  

posticon Posting pada: 04-10-04 02:07

insyaallah...

Bookmark and Share

  Member Information For ninjaProfil   Hantar PM kepada ninja   Quote dan BalasQuote

mawaddahwarahmah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.07.2004
Ahli No: 10326
Posting: 49

blank   avatar

posticon Posting pada: 04-10-04 03:29

pada pandangan ana..
bercinta sebelum kahwin ni sedikit-sebanyak akan mengundang kepada maksiat.
walaupun niat dan tujuan adalah kerana Allah, tapi bila dua manusia dan bercinta, syaitan akan mula membisikkan janji manis kedalam telinga mereka.
kalau sebelum bercinta, nak bertentang mata pun tak berani, tp masa bercinta bertentang mata adalah perkara biasa.
memang tak dinafikan ada yang bercinta secara tidak bertemu muka (dating) tapi setidak-tidaknya nak la jugak berhubung juga melalui telefon.
bila dah bercinta, diri dah berani minta gambar (untuk hilang rindu kononnya).
dah dapat gambar, tayang pada orang ramai (letak dlm frame buh atas meja belajar).
tapi bila dah nama manusia, mudah lalai dengan keseronokan (bercinta kan seronok).
niat asal bercinta kerana Allah dah bertukar bercinta kerana nafsu (na'u zu billah).

jd nasihat ana, tak payah la bercinta sebelum kahwin. Bercinta selepas kahwin lagi indah....
x caya boleh tanya pada yang pernah merasainya...

(sekadar pandangan dr ana yg dhaif ini)

Bookmark and Share

  Member Information For mawaddahwarahmahProfil   Hantar PM kepada mawaddahwarahmah   Quote dan BalasQuote

timah_18
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.08.2004
Ahli No: 10563
Posting: 42
Dari: Bumi Allah

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 04-10-04 12:06

ana setuju dgn mawaddahwarahmah. memang bercinte sblm b'kahwin mengundang maksiat. alangkan kalau dah bertunang pun tak digalakkan bercinte. ikut pandangan ana, bercinte nih haram. ana perhatikan, org2 yang bercinte sblm berkahwin, rumajhtangga mrk sume x bahagie. sebaliknya pulak bagi org yg tak bercinte, rumahtangge diorang kekal hingga anak cucu.

ana nasihatkan tak yah la b'cinte sblm kahwin.....

Bookmark and Share

  Member Information For timah_18Profil   Hantar PM kepada timah_18   Quote dan BalasQuote

ain_khansaa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.09.2004
Ahli No: 11145
Posting: 63
Dari: Bangi

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 04-10-04 14:59

Quote:

On 2004-10-04 03:29, mawaddahwarahmah wrote:

jd nasihat ana, tak payah la bercinta sebelum kahwin. Bercinta selepas kahwin lagi indah....
x caya boleh tanya pada yang pernah merasainya...

(sekadar pandangan dr ana yg dhaif ini)

penah rasa ke???

Bookmark and Share

  Member Information For ain_khansaaProfil   Hantar PM kepada ain_khansaa   Quote dan BalasQuote

KhilafahIslamiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7208
Posting: 104

Melaka   avatar

posticon Posting pada: 04-10-04 15:09

Assalammualaikum wbt..

Ana cuba nak bagi pendapat ana..Toksahlah bercinta sebelum khawin..Banyak mudharat dari baiknya..Kalau kita guna alasan dapat menaikkan semangat kita atau memberi inspirasi kepada diri kita ana rasa tak wajar..Kan Allah lebih dari itu..

Mana kefahaman kita kepada konsep ILAH kita? Allah sebagai tempat tumpuan cinta kita..

Patutkah kita bergembira sebelum kita khawin maknanya kita telah menyebabkan rumahtangga yang bakal dibina mempunyai nilai yang sifar..Alangkah bahagianya kalau kita simpan kejiwangan kita, simpan kasih sayang kita, simpan keluhan kita setelah selesai berkhawin secara halal..Itu lebih bahagia..Cuba bayangkan kalau kita dah meluahkan rasa cinta kita sebelum khawin..Lepas khawin apa rasanya?Ayat jiwang dah guna habis..Dah takde modal nak guna lepas nih..Hah kan boleh pikir logik..

Penah ke kita dengar sahabat Rasulullah SAW bercinta sebelum berkhawin?? jangan guna alasan kita bukan seperti sahabat nabi ketika itu...Kalau kita nak bandingkan amalan kita, bandingkanlah dengan para sahabat..Sahabat baginda SAW memang dah konfom masuk syurga..Kalau kita kata kita hidup pada zaman moden dan ada pelbagai cabaran..Mana perginya taqwallah kita?

Soalnya sekarang mana pergi akidah kita yang sahih?Kalau settle jawapan ni..Mungkin tak delah soalan wajarkah bercinta sebelum khawin..

Maaflah sekadar pandangan ana yang dangkal lagi sedikit ilmunya..Yang pasti cinta Allah lebih kita perlukan utk selamat dunia akhirat.Wallahualam

Bookmark and Share

  Member Information For KhilafahIslamiyahProfil   Hantar PM kepada KhilafahIslamiyah   Pergi ke KhilafahIslamiyah's Website   Quote dan BalasQuote

ain_khansaa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.09.2004
Ahli No: 11145
Posting: 63
Dari: Bangi

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 04-10-04 15:11

yang penting sblm kahwin kenal (sekadar yang perlu) dulu siapa pasangan kita... supaya nanti tiidak timbul masalah dalam perkahwinan tu cthnya masalah kufu....

so, apaapapun, letakkanlah syariat di hadapan dan sebagai batas hubungan antara muslim & muslimah

Bookmark and Share

  Member Information For ain_khansaaProfil   Hantar PM kepada ain_khansaa   Quote dan BalasQuote

KhilafahIslamiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7208
Posting: 104

Melaka   avatar

posticon Posting pada: 04-10-04 15:15

tambahan sikit lagi..Allah telah pun menyebut dalam al-Quran bahawa Allah akan menguruskan urusan kehidupan hambaNya yang rapat kepada Allah.Kehidupan di alam selepas rumahtangga lebih indah dan diberkati Allah dan dibantu oleh Allah lagi dengan kebahagiaan..Wajarkah kita bercinta sebelum khawin? Cukuplah sekadar kita bersahabat atas dasar Allah SWT berbanding kita bercinta..Banyak lalai kita kepada Allah nanti..Lalai dari Allah adalah maksiat..Ingatlah..Boleh ke kita sebagai orang biasa selalu ingat kepada Allah lebih dari kita ingat kepada orang yang di cintai...???

Kalau salah tolong tegur...

Bookmark and Share

  Member Information For KhilafahIslamiyahProfil   Hantar PM kepada KhilafahIslamiyah   Pergi ke KhilafahIslamiyah's Website   Quote dan BalasQuote

izz_iman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.11.2003
Ahli No: 5188
Posting: 74
Dari: UTEC

Perak   avatar

posticon Posting pada: 04-10-04 15:22

"kasih manusia bermusim terjadi,
sayang manusia tiada abadi,
kasih Tuhan tiada bertepi,
Sayang Tuhan janjiNya pasti".

wallahualam....

Bookmark and Share

  Member Information For izz_imanProfil   Hantar PM kepada izz_iman   Pergi ke izz_iman's Website   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar

posticon Posting pada: 04-10-04 17:58

Hmm..bagaimana dgn orang yang bercinta?Boleh jawab ke pandangan2 di atas..isy232...

Quote:
ikut pandangan ana, bercinte nih haram.

Bukan menyanggah cuma menasihati, haram mungkin pada pendapat namun apakah syariat menaqalkannya @ manqat'iekannya??..Ulama begitu takut meletakkan hukum biarpun akal dan jiwa ada pandangan selari dengan syariat..Oh, Tuhan ampunilah daku...

-----------------
SEKRETARIAT K-FIQH
Layari www.k-fiqh.com
Like our page www.facebook.com/kfiqh

Bookmark and Share

  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

KhilafahIslamiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7208
Posting: 104

Melaka   avatar

posticon Posting pada: 05-10-04 12:58

Sekadar apa yang pernah ana belajar..

Bercinta pada asal tak haram..Jatuhnya haram apabilaa kita lalai daripada Allah SWT..

Persoalannya sekarang adakah kita mampu tidak lalai dari mengingati Allah lebih dari kita ingat kepada kekasih..

For goodness say ana pernah bercinta dengan menggunakan alasan kerana Allah SWT..Tapi yang ana rasakan makin lalai dari Allah SWT lagi ada..Setakat nih ana tak nampak lagi masih ada yang dapat mengekalkan perkara nih..

Dan skarang alhamdulillah ana dah tak terlibat perkara nih..bukan ana menolak cinta tapi bukan masanya dan bukan cara bagi ana..

Sekadar pandangan dari ana yang hina dsisi Allah SWT..kalau salah tolong tegur..Wallahualam

Bookmark and Share

  Member Information For KhilafahIslamiyahProfil   Hantar PM kepada KhilafahIslamiyah   Pergi ke KhilafahIslamiyah's Website   Quote dan BalasQuote

ansarullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2004
Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila

Terengganu  

posticon Posting pada: 05-10-04 13:31

ana amat hargai pendapat antum

memang betul ia haram jika ia melalaikan kita dari mengingati Allah.ana pun setuju
tapi adakah disebabkan semata-mata kerana ia boleh membawa kelalaian ,maka kita tidak boleh menrima hubungan sebelum kawin.
ana bukan bermaksud untuk menerima hiubungan sebegini tapi andainya disebabkan sebab tertentu seperti
dalam kes yang dialami oleh sahabat ana:
1.untuk menyelamatkan seorang lelaki beriman yang berjuang di atas jalan dakwah dari godaan nafsu akibat dari persekitaran sekeliling yang melampau.untuk berkahwin dia tak mampu.
dengan ber'ikat' dengan seorang muslimah yang dapat dan sentiasa menasihati dan menegakkan keimanan dia atas jalan dakwah.
adakah kedudukan sahabat ana ini satu jihad untuk menguatkan keazaman seorang al-akh?

dan beberapa kes lagi..

Bookmark and Share

  Member Information For ansarullahProfil   Hantar PM kepada ansarullah   Quote dan BalasQuote

KhilafahIslamiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7208
Posting: 104

Melaka   avatar

posticon Posting pada: 05-10-04 13:58

bagi pandangan ana yang dangkal lagi dhaif..

Kalau dah diikat tu tak kisah..Tapi msih menjadikan syariat sebagai pendinding dalam pergaulan..Jangan berkata sehingga menimbulkan perasaan nafsu dan seumpama..Perlu ingat perkara yang melalaikan dari mengingatiNya tetap haram.

Ingat dalam dakwah Allah ada menyebut muslimin dan muslimat saling menasihati dan bekerjasama dalam melakukan amar maaruf dan nahi mungkar..Perhubungan sekadar membantu dan menguatkan antara satu sama lain di dalam jalan dakwah nih merupakan satu yang dianjurkan..tetap juga kalau melalaikan ianya tetap haram..

Perlulah sahabat ansurullah mengetahui batas2 pergaulan..Jangan sampai bercakap perkara yang tak perlu..Cukuplah sekadar tanya khabar, perkembangan dan hal2 berkaitan pengurusan masa depan ke arah pembentukan baitul muslim yang diredhai Allah.Tak perlu bercakap yang tak perlu..

Bukankah Baitul Muslim ni salah satu amal islami sebelum capai martabat Khilafah Islamiyah yang kita sanjung??

Kalau sahabat ingin menegur ana atas kesalahan dan kesilapan bicara ana silakan..Ana lemah lagi dhaif di sisi Allah..Semoga Allah mengampuni setiap perkataan yang kita taip ini..Wallahualam

Bookmark and Share

  Member Information For KhilafahIslamiyahProfil   Hantar PM kepada KhilafahIslamiyah   Pergi ke KhilafahIslamiyah's Website   Quote dan BalasQuote

kma_5540
Warga Rasmi
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11627
Posting: 6
Dari: um

Kelantan  

posticon Posting pada: 05-10-04 14:10

entah lah......mmg perkara kit tak boleh nak elak....sbb tlh menjadi fitrah manusia.....apabila Allah telah campakkan persaan tu kat kita .kita tak boleh nak elak...........so mailah kita sama2 pk....

Bookmark and Share

  Member Information For kma_5540Profil   Hantar PM kepada kma_5540   Quote dan BalasQuote

KhilafahIslamiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7208
Posting: 104

Melaka   avatar

posticon Posting pada: 05-10-04 14:11

Memanglah Allah memberi fitrah kepada manusia untuk berkasih sayang..kitalah yang memandu fitrah kita ke jalan yang allah tunjukkan..Wallahualam

Bookmark and Share

  Member Information For KhilafahIslamiyahProfil   Hantar PM kepada KhilafahIslamiyah   Pergi ke KhilafahIslamiyah's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 05-10-04 17:24

WAJAR bercinta selepas kawen.
suka tgk pasangan yg bercinta selepas kawen.

*bilakah pertemuan yg dilafaz ijab bersaksi, qabul yg sah itu akan terjadi....

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

nabilla
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11595
Posting: 85
Dari: UiTM

Johor   avatar

posticon Posting pada: 05-10-04 17:34

cinta sebelum atau selepas kahwin itu tak jadik masalah.tapi yg penting keikhlasan dan kejujuran dlm perkahwinan itu yg lagi penting.

Bookmark and Share

  Member Information For nabillaProfil   Hantar PM kepada nabilla   Pergi ke nabilla's Website   Quote dan BalasQuote

KhilafahIslamiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7208
Posting: 104

Melaka   avatar

posticon Posting pada: 05-10-04 17:38

assalammualaikum

mana boleh kita dok kata begitu..Keikhlasan kita kepada orang belum tentu kita ikhlas kepada Allah..

Utamakan Allah dari makhluk..itu lebih mulia dikalangan kamu

sekadar pandangan ana yang hina dan dhaif..Wallahualam

Bookmark and Share

  Member Information For KhilafahIslamiyahProfil   Hantar PM kepada KhilafahIslamiyah   Pergi ke KhilafahIslamiyah's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  

posticon Posting pada: 06-10-04 00:58

hmm.. tertarik dgn pandangan mawaddahwarahmah & KhilafahIslamiyah.. jazakumullahu khair sbb sudi kongsi pandangan..

pesan seorang sahabat pd saya yg rasanya ada kaitan dgn topik ni: "pilihan datang dan pergi tiap saat. terpulang kpd diri utk membuat keputusan atas setiap perkara. semoga istiqamah mencari redha-Nya. kelak Dia akan menganugerahkan yg terbaik.."

Bookmark and Share

  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

student
Warga Rasmi
Menyertai: 14.09.2004
Ahli No: 11122
Posting: 5
Dari: muar

Johor  

posticon Posting pada: 06-10-04 18:56

akum,bg saya apa yg penting kita mesti tahu batas2 dlm pergaulan antara laki dan perempuan...Cuba kita fikirkan sejenak....dan lakukan pilihan yg t'baik.....insya'Allah

Bookmark and Share

  Member Information For studentProfil   Hantar PM kepada student   Quote dan BalasQuote

alhaq99
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11058
Posting: 134
Dari: pj

Kelantan  

posticon Posting pada: 07-10-04 13:08

saya rasa kita terlalu mudah untuk menghukum tentang cinta!!!
perasan cinta itu merupakn fitrah yg allah kurniaakan kepa manusia ..sesungguhnya islam itu diturunkan untuk membimbing manusia kearah kebaikan..islam juga diturunkan untuk membimbing manusia dalam soal cinta ni..islam lah yg menjadi acuan..

BERCINTA ITU DIBOLEHKAN DLM ISLAM..selagi mana SYARIAT DIJAGA,DIDAULATKAN DAN DIPELIHARA...

menurut beliau.(dr.asri za).. Islam itu tidaklah terlalu mengongkong kehendak cinta yg sememangnya adalah suatu fitrah... masakan boleh mengekang kehendak fitrah>?

cuma perlulah ia dilaksanakan dgn betul dan menurut garis panduan yg telah ditetapkan oleh ISLAM... yg mana beliau sarankan, kpd yg dah bercinta, percepatkanlah kahwin...

Islam itu tidaklah jumud dan konservatif..

Bookmark and Share

  Member Information For alhaq99Profil   Hantar PM kepada alhaq99   Pergi ke alhaq99's Website   Quote dan BalasQuote

alhaq99
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11058
Posting: 134
Dari: pj

Kelantan  

posticon Posting pada: 07-10-04 13:12

memang benar dr yusuf qadrawi ada berkomentar mengenainya ...ini petikannya..

Bercinta diantara dua insan (lelaki dan wanita) sebelum berkahwin/nikah tidak wujud didalam Islam. Perkara ini telah dijelaskan oleh Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam Fatawa Muasyirah jilid 2 bab : الحب قبل الزواج وموقف الأهل - "Cinta sebelum berkahwin dan sikap ahli keluarga". Disini kami memetik bahagian awal fatwa beliau :-

أود أن أؤكد ما ذكرته مرارًا: أني لا أحبذ ما يقوله بعض الناس في عصرنا من ضرورة " الحب قبل الزواج " لأن هذا الطريق محفوف بالخطر محاط بالشبهات.
فكثيرًا ما يبدأ بداية غير سليمة ولا مستقيمة، كالحب الذي يأتي عن طريق المحادثات الهاتفية التليفونية العشوائية، التي يتسلى بها بعض الشباب في فترات فراغهم أو مللهم أو عبثهم، فتستجيب لهم بعض الفتيات، وهذا يحدث عادة من وراء الأهل، وبدون اختيار ولا تفكير لا من الفتى ولا من الفتاة، فهو يبدأ كما قالوا في التدخين " دلعًا" وينتهي " ولعًا"، يبدأ هزلاً وينتهي جدًّا.
وكثيرًا ما يؤدي إلى عواقب غير محمودة، لأنه يتم بعيدًا عن دائرة الضوء، مع طيش الشباب، وتحكم العواطف، وغلبة الهوى، وسيطرة الغرائز، ووسوسة الشياطين من الإنس والجن، وفي مثل هذا المناخ لا يبعد من الفتى والفتاة أن يقعا في الخطأ، وهما ليسا من الملائكة المطهرين، ولا الأنبياء المعصومين.
وفضلاً عن هذا وذاك قد يكون الحب بين طرفين غير متكافئين اجتماعيًا أو ثقافيًا، فتحول دونهما الحوائل، وتقف العقبات والعوائق دون ارتباطهما بالزواج، وفي هذا ما فيه من حرج الصدر، وشتات الأمر.
"Ingin saya tegaskan sekali lagi apa yang telah saya kemukakan beberapa kali : bahawa saya tidak setuju dengan slogan sebahagian orang zaman moden tentang "Bercinta sebelum berkahwin", kerana jalan yang begitu penuh dengan bahaya dan meliputi samar-samar.

Sering hal ini dilakukan dengan cara yang tidak sihat dan tidak lurus, seperti cinta yang didatangkan melalui talipon, yang sering dilakukan oleh anak muda pada waktu-waktu lapang atau untuk mengisi kekosongan waktu, kemudian disambut oleh pihak perempuan. Hal ini biasanya dilakukan tanpa pengetahuan keluarga, tanpa berdasarkan pilihan dan pemikiran terlebih dahulu, baik dari pihak lelaki maupun perempuan. Maka hal ini pada mulanya - sebagaimana halnya dengan merokok -- hanyalah cuba-cuba tetapi akhirnya menjadi "cinta", bermula dari main-main akhirnya menjadi sungguh-sungguh.

Hal ini sering menimbulkan akibat-akibat yang tidak terpuji, kerana jauh dari cahaya dan bimbingan, hanya menuruti kegelojohank remaja, hanya menurut perasaan, hanya memenuhi keinginan hawa nafsu dan kehendak, dan memperturutkan bisikan syaitan dari jenis manusia dan jin. Dalam keadaan demikian ini tidak kurang si-pemuda dan si-gadis terjatuh kedalam lembah dosa, kerana mereka bukan malaikat yang disucikan dan bukan pula dari kalangan nabi-nabi yang maksum.

Lebih-lebih lagi jika kedua-dua insan yang mabuk cinta itu tidak sejajar status sosial dan intelektualnya. Dalam keadaan seperti ini akan muncul pintu-pintu rintangan diantara kedua-duanya sampai mereka menaiki jinjang perkahwinan. Keadaan seperti ini hanya menimbulkan hati yang terluka dan urusan menjadi sukar" - tamat petikan fatwa
=======

Jelas dari pandangan beliau bahawa tidak ada konsep percintaan sebelum berkahwin. Percintaan kedua-dua insan ini dikhuatiri mendatangkan lebih banyak keburukan dari kebaikan. Samada ini akan menjurus kepada perbuatan maksiat, ataupun boleh menyebabkan kedua-dua pihak mengalami kekecewaan. Didalam Islam, jika sudah ada keinginan bercinta, eloklah diteruskan dengan melamar dan seterusnya bernikah. Sebelum kedua-dua insan tersebut di ijab-qabulkan, hubungan kedua-dua mereka adalah sama sebagaimana lelaki yang bukan mahram, walaupun mereka telah bertunang. Syiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam Fatawa Muasyirah jilid 2 bab : خطورة التساهل في الخلوة بالمخطوبة - "Bahaya berdua-duaan secara private bersama tunang" menegaskan :

وما دام هذا العقد - بإيجابه وقبوله - لم يتحقق فالزواج لم يحدث أيضًا لا عرفًا ولا شرعًا ولا قانونًا، وتظل المخطوبة أجنبية عن خاطبها لا يحل له الخلوة بها، ولا السفر معها دون وجود أحد محارمها كأبيها أو أخيها
"Selama akad nikah - dengan ijab dan kabul - ini belum terlaksana, maka perkahwinan itu belum wujud dan belum terjadi, baik menurut adat, syara', maupun undang-undang. Wanita tunangannya tetap sebagai orang asing bagi si peminang yang tidak halal bagi mereka untuk berduaan dan berdua-duaan tanpa disertai salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau saudara laki-lakinya." - tamat petikan fatwa.
--------------
wassalam
===========
Rujukan :

1. Syiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mua'syirah - 1. cetakan ke 9. Kuwait : Dar Al-Qalam, 2001.

2. Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mu'asyirah - II. Cetakan ke 3. Manshurah : Dar Al-Wafa', 1994.

Bookmark and Share

  Member Information For alhaq99Profil   Hantar PM kepada alhaq99   Pergi ke alhaq99's Website   Quote dan BalasQuote

alhaq99
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11058
Posting: 134
Dari: pj

Kelantan  

posticon Posting pada: 07-10-04 13:15

tapi anda hendaklah memahaminya dengan mendalam........

Begini. Apa yang dimaksudkan oleh Syiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi ialah perlakuan 'bercinta' yang berlebih-lebihan yang boleh mengakibatkan :-

a. Kemungkinan maksiat
b. Kemungkinan penyakit angau - panjang angan-angan - satu kerja pun tak boleh buat - banyak termenung
c. Kemungkinan dikecewakan - dan lebih parah membawa patah hati, kecewa dan mungkin akan memudharatkan.

Pokoknya mesti ada kawalan. Macam orang melayu kata, jangan main api, nanti terbakar diri!!. Cinta itu bagaikan api. Kalau pandai gunakan, ia menjadi Kawan - boleh gunakan untuk memasak. memanas dsb. Kalau ia jadi MUSUH, parah kita. Ia membakar rumah, premis dsb.

Fatwa beliau ini serupa sahaja dengan kebenaran berjenaka, pergaulan diantara lelaki dan wanita didalam urusan pekerjaan, dakwah dsb. Semua ini dibolehkan didalam batasan syariah. Cuma CINTA ini mainan hati, dia macam rokok, ganja dsb....ada ketagihannya. Nak sebut 'sederhana' didalam cinta, memang sukar!! Tapi mungkin ada yang berjaya menahan cinta dari menguasai fikiran dan perbuatan hariannya.

Ulama tidak pernah menidakkan wujudnya perasaan CINTA!! Ini naluri yang Allah kurniakan kepada manusia. Ia fitrah. Cuma kena hati-hati. Tak kiralah cinta dengan wanita ke? Cinta kepada dunia dsb. Semua ini kena hati-hati dan perlu ada kawalan.

Itu yang Syiekh al-Qaradhawi sarankan, kalau rasa-rasa nak cinta wanita itu, teruslah meminangnya. Nanti banyak akibatnya. Kalau tak kena pada kaum Adam, akan kena pada kaum Hawa. Maksud syeikh, naluri fitrah cinta ini kena disalurkan kepada perkara yang lebih berfaedah - cinta kpd b. arab, cinta beribadat, cinta kepada Allah, cinta kepada sunnah dsb. Bila dah ready, dan jumpa pasangan, terus lahirkan cinta tadi didalam bentuk pernikahan..... Beliau (al-Qaradhawi) tidak menidakkan fitrah, tetapi menidakkan amalan didalam bentuk larangan terhadap perbuatan cinta mudi mudi.... Cinta yang ada pertimbangan.... kalau gagal, tidak kecewa....

Begitulah serba sedikit komentar dari saya...Rasa Cinta itu tidak salah....amalan yang bukan-bukan didalam bercinta itu yang salah, dating sana-sini, berkepit, kecewa, jiwang-jiwang, termenung, menyalahkan TAKDIR (jadi golongan Jabariyah pulak) dsb...... Itu yang cuba diketengahkan oleh Syiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi.

wassalam

Bookmark and Share

  Member Information For alhaq99Profil   Hantar PM kepada alhaq99   Pergi ke alhaq99's Website   Quote dan BalasQuote

ansarullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2004
Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila

Terengganu  

posticon Posting pada: 07-10-04 18:02

ana setuju pandanga khilafah islamiah dan alhaq

manusia terlalu mudah menghukum!!

cinta itu fitrah!!!
jangan terlalu mudah menilai manusia
nilaian Allah itu lebih utam dari nilaian manusia

bukan ape, sebab ana biasa terserempak dengan perkara sebegini

cinta sesama makhluk pun jihad!!
terutama mereka yang menyerahakn diri atas jalan dakwah

fitrah manusia kita tak boleh nafikan
bukankah kita ini manusia..

individu muslim>baitulmuslim>masyarakat muslim>daulah islam>khilafah islamiah

Bookmark and Share

  Member Information For ansarullahProfil   Hantar PM kepada ansarullah   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  

posticon Posting pada: 07-10-04 19:06

Quote:

On 2004-10-04 12:06, timah_18 wrote:
ana setuju dgn mawaddahwarahmah. memang bercinte sblm b'kahwin mengundang maksiat. alangkan kalau dah bertunang pun tak digalakkan bercinte. ikut pandangan ana, bercinte nih haram. ana perhatikan, org2 yang bercinte sblm berkahwin, rumajhtangga mrk sume x bahagie. sebaliknya pulak bagi org yg tak bercinte, rumahtangge diorang kekal hingga anak cucu.

ana nasihatkan tak yah la b'cinte sblm kahwin.....

ini ostat kopiah longga' mana plak ni...

Bookmark and Share

  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

ansarullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2004
Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila

Terengganu  

posticon Posting pada: 08-10-04 16:28

TQ.. ana memang mengalu-alukan sebarang fatwa atau komentar berhubung perkara ni...
terima kasih di atas sumber-sumber dari ulama dan penjelasan mengenai perkara ini..

sebenarnya perbincangan sebegini boleh membuka mata kita terhadap keadaan di sekeliling kita..supaya kita tahu apa yang dgariskan syarak dalam hal ni..
boleh tak sahabat2 berikan ana dari mana sumber dari yusuf alqardawi tu?apa tajuk buku tersebut?
ana rasa penting bagi ana membuat pertimbangan sewajarnya.

Bookmark and Share

  Member Information For ansarullahProfil   Hantar PM kepada ansarullah   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  

posticon Posting pada: 08-10-04 16:52

Quote:

On 2004-10-08 16:28, ansarullah wrote:
TQ.. ana memang mengalu-alukan sebarang fatwa atau komentar berhubung perkara ni...
terima kasih di atas sumber-sumber dari ulama dan penjelasan mengenai perkara ini..

sebenarnya perbincangan sebegini boleh membuka mata kita terhadap keadaan di sekeliling kita..supaya kita tahu apa yang dgariskan syarak dalam hal ni..
boleh tak sahabat2 berikan ana dari mana sumber dari yusuf alqardawi tu?apa tajuk buku tersebut?
ana rasa penting bagi ana membuat pertimbangan sewajarnya.

macam tak baca jer yg sahabat kita berikan tu

Bookmark and Share

  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

ansarullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2004
Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila

Terengganu  

posticon Posting pada: 08-10-04 16:57

maksud ana kat mana ana boleh dapatkan buku 2. adakah fatwa mu'asyirah tu buku?

Bookmark and Share

  Member Information For ansarullahProfil   Hantar PM kepada ansarullah   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar

posticon Posting pada: 08-10-04 17:09

Quote:
maksud ana kat mana ana boleh dapatkan buku 2.

Boleh dapatkan dari kedai2 buku agama..kalau di KL ni yang popular dan terkini adalah di Pustaka Indonesia, Jln Masjid India..

Quote:
adakah fatwa mu'asyirah tu buku?

Quote:
Rujukan :

1. Syiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mua'syirah - 1. cetakan ke 9. Kuwait : Dar Al-Qalam, 2001.

2. Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mu'asyirah - II. Cetakan ke 3. Manshurah : Dar Al-Wafa', 1994.

Biasanya kalau dah bercetak tu bukula...

Ilalliqa'

-----------------
SEKRETARIAT K-FIQH
Layari www.k-fiqh.com
Like our page www.facebook.com/kfiqh

Bookmark and Share

  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

ansarullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2004
Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila

Terengganu  

posticon Posting pada: 08-10-04 17:15

TQ..for giving me information.
tempat ana sukar nak cari kedai buku agama..
well,ana akan usahakan cari..

semoga sahabat semua dalam rahmatNya.

Bookmark and Share

  Member Information For ansarullahProfil   Hantar PM kepada ansarullah   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  

posticon Posting pada: 08-10-04 17:29

kalo rasa cam payah nak cari kat kedai2 buku, boleh baca buku2 karangan dr. qardhawi online drp site Media ISNET.. tp kalo ader buku nyer lbh elok la..

Bookmark and Share

  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  

posticon Posting pada: 08-10-04 19:22

Quote:

On 2004-10-08 17:09, sunan-faqih wrote:
[quote] maksud ana kat mana ana boleh dapatkan buku 2.

Boleh dapatkan dari kedai2 buku agama..kalau di KL ni yang popular dan terkini adalah di Pustaka Indonesia, Jln Masjid India..

Quote:
adakah fatwa mu'asyirah tu buku?

Quote:
Rujukan :

1. Syiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mua'syirah - 1. cetakan ke 9. Kuwait : Dar Al-Qalam, 2001.

2. Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mu'asyirah - II. Cetakan ke 3. Manshurah : Dar Al-Wafa', 1994.

Biasanya kalau dah bercetak tu bukula...

Ilalliqa'

-----------------

[/quote]

syabas...

  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

alhaq99
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11058
Posting: 134
Dari: pj

Kelantan  

posticon Posting pada: 08-10-04 21:52

sedikit pertanyaaan.........
apakah maksud"ini ostat kopiah longga' mana plak ni..."..........

dan kepada saudara martyr terpulang kepada anta untuk mengatakan ianya haram disisi anta .......
Ulama tidak pernah menidakkan wujudnya perasaan CINTA!! Ini naluri yang Allah kurniakan kepada manusia. Ia fitrah. Cuma kena hati-hati. Tak kiralah cinta dengan wanita ke? Cinta kepada dunia dsb. Semua ini kena hati-hati dan perlu ada kawalan.
kawalannya adalah islam........

Begitulah serba sedikit komentar dari saya...Rasa Cinta itu tidak salah....amalan yang bukan-bukan didalam bercinta itu yang salah, dating sana-sini, berkepit, kecewa, jiwang-jiwang, termenung, menyalahkan TAKDIR (jadi golongan Jabariyah pulak) dsb...... Itu yang cuba diketengahkan oleh Syiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi.

wess

Bookmark and Share

  Member Information For alhaq99Profil   Hantar PM kepada alhaq99   Pergi ke alhaq99's Website   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  

posticon Posting pada: 08-10-04 22:08

Quote:

On 2004-10-08 21:52, alhaq99 wrote:

oo ostat... baca tu len kali betul betul yer....

Bookmark and Share

  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  

posticon Posting pada: 08-10-04 22:11

Quote:

On 2004-10-04 12:06, timah_18 wrote:
ana setuju dgn mawaddahwarahmah. memang bercinte sblm b'kahwin mengundang maksiat. alangkan kalau dah bertunang pun tak digalakkan bercinte. ikut pandangan ana, bercinte nih haram. ana perhatikan, org2 yang bercinte sblm berkahwin, rumajhtangga mrk sume x bahagie. sebaliknya pulak bagi org yg tak bercinte, rumahtangge diorang kekal hingga anak cucu.

ana nasihatkan tak yah la b'cinte sblm kahwin.....

jgn cakap ikut sedap mulut tanpa bukti. siapa yang kata haram?

[ Posting ini telah di edit oleh: Martyr pada 2004-10-08 22:14 ]

Bookmark and Share

  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

alhaq99
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11058
Posting: 134
Dari: pj

Kelantan  

posticon Posting pada: 08-10-04 22:17

ooopppsssssssss......

ya ALLAH AMPUNKANLAH DOSA HAMBAMU YG HINA INI.........

kepada saudara martyr ana minta maaf banyak2 kat anta.........maaf1000x.. ..

ana tahu ana sialap maaf ye......biasalah kita kadang2 tersilap...maaf.......
tak persan pula sebabnya ana ni mata kurang sikit......ok

Bookmark and Share

  Member Information For alhaq99Profil   Hantar PM kepada alhaq99   Pergi ke alhaq99's Website   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  

posticon Posting pada: 09-10-04 16:10

.......... Sebenarnya saya ni tak beberapa ariff dalam bidang ni, tapi saya nak bagi pendapat....... Kita boleh bercinta, tetapi biaralah ada batasan. Kerana kalau kita tak bercinta, macammana nak kenal hati budi masing-masing? Kalau kita sentiasa berdoa kepada Allah, Insyaallah, Allah akan beri, misalnya, kalau kita suka akan seseorang itu dengan niat hendak memperisterikannya, kemudian kita mohon padanya Yang esa, Insyaallah, ia akan memperkenankan... Walau susah macammana sekali pun,. ia akan berjaya harunginya.... Wallahua'lam...

Bookmark and Share

  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

ansarullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2004
Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila

Terengganu  

posticon Posting pada: 09-10-04 18:51

alhamdulillah,dah setel masalah ana.

jazakumullah khairan kathira..sahabt semua

Bookmark and Share

  Member Information For ansarullahProfil   Hantar PM kepada ansarullah   Quote dan BalasQuote

ansarullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2004
Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila

Terengganu  

posticon Posting pada: 09-10-04 18:53

menatap buku lagi best!!boleh rujuk dan kaji fatwa dari ulama' yang berbeza
tq,nasihat tue.ana hargai

Bookmark and Share

  Member Information For ansarullahProfil   Hantar PM kepada ansarullah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.139939 saat. Lajunya....