Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap tindakan menghasilkan tindakbalas
-- Hukum Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 233
Ahli: 0
Jumlah: 233




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 45 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Bid'ah dlm aqidah


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Bid'ah dlm aqidah

Please Mendaftar To Post


Oleh Bid'ah dlm aqidah

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 02-10-04 01:32




[ Posting ini telah di edit oleh: alea13 pada 2004-11-08 15:53 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

alhaq99
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11058
Posting: 134
Dari: pj

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-10-04 11:57


tambahan...

Amaran Allah Mengenai Bid‘ah

Di sana banyak dalil-dalil dari al-Quran yang menunjukkan Allah melarang perbuatan mereka-reka, atau mengada-ada dalam agama. Justeru golongan Ahl al-Kitab dikutuk kerana cuba menokok tambah dan mengubah ajaran agama.

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنْ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ

(terjemahan) Apakah bagi mereka sekutu-sekutu yang membuat syariat - mana-mana bahagian dari ugama mereka – apa yang tidak diizinkan oleh Allah?!.

(Surah al-Syura:21)

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنْ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ

(terjemahan) “Berhati-hatilah mereka yang menyalahi perintahnya (RasululLah s.a.w), jangan sampai menimpa mereka musibah, atau menimpa mereka azab seksa yang pedih”

(Surah al-Nur: 63)

قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّي الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالْإِثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَنْ تُشْرِكُوا بِاللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَانًا وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُون

(terjemahan) Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.

(Surah al-‘Araf :33)



RasululLah s.a.w Memberi Amaran Tentang Bid‘ah

Hadith Nabi s.a.w yang mengancam pembuat dan amalan bid'ah sangat banyak. Kebanyakan para penulis kitab sunan tidak lupa menyebut bab khas mengenainya. Di sini hanya disebutkan beberapa riwayat sahaja, antaranya;


"..فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ"
61

(terjemahannya): “..Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas daripadaku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ianya dengan geraham62. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap yang diada-adakan itu bid‘ah dan setiap yang bid‘ah itu sesat”.


"..فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ"
63

(terjemahannya) Daripada ‘Aisyah r.ha, katanya: sabda Nabi S.A.W.: “Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak”.

"..وَإِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً قَالُوا: وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَال:َ مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي
64.

(terjemahannya): “..Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak”. Mereka bertanya: “Apakah puak itu wahai RasululLah?” Jawab baginda: “Apa yang aku dan para sahabahku berada di atasnya”.

Daripada Abu Musa al-‘Asy‘ari katanya:

صَلَيْنَا المَغْرِبَ مَعَ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم ثُمَّ قُلْنَا : لَوْ جَلَسْنَا حَتَّى نُصَلِّى مَعَهُ اْلعَشَاءَ قَالَ : فَجَلَسْنَا فَخَرَجَ عَلَيْنَا فَقَالَ : "مَا زِلْتُمْ هَهُنَا " قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللهِ صَلَيْنَا مَعَكَ الْمَغْرَبَ ثُمَّ قُلْنَا : نَجْلِسُ حَتَّى نُصَلَّى مَعَكَ اْلعِشَاءَ. قَال:" أحْسَنْتُمْ أَوْ أَصَبْتُمْ " قَالَ : فَرَفَعَ رَأسَهُ إلىَ السَّماِء وَكانَ كَثِيرْاً مِمَّا يَرْفَعُ رَأسَهُ إلىَ السَّماِء فَقَالَ :" النُّجُومُ أَمَنَـةٌ للسَّمَاِء فَإذا ذَهَبَتِ النُّجُومُ أَتى السَّمَاءَ مَا تُوْعَدُ، وَأناَ أَمَنَـةٌ لِأصْحَابِى فَإذا ذَهَبْتُ أَتى أَصْحَابِى مَا يُوْعَدُونَ وَأَصْحَابِى أَمَنَـةٌ لأمَّتِى فَإذَا ذَهَبَ أصْحَابِى أَتى أُمَّتِى مَا يُوْعَدُون"
65

“Kami telah menunaikan solat Maghrib bersama dengan RasululLah S.A.W. Kemudian kami berkata: “Kalaulah kita tunggu sehingga kita dapat bersolat Isyak bersama baginda”. Maka kami tunggu sehingga baginda keluar kepada kami lalu bersabda, “Kamu semua masih di sini?”. Jawab kami: “Wahai Rasulullah! kami telah menunaikan solat Maghrib bersama engkau kemudian kami berkata, mari kita duduk sehingga kita dapat bersolat Isyak bersamamu”. Sabda baginda: “Kamu semua telah melakukan sesuatu yang baik lagi betul”. Kemudian baginda mengangkat kepalanya (melihat) ke langit dan ramailah yang mengangkat kepala (melihat) ke langit lalu baginda bersabda: “Bintang-bintang tersebut adalah penyelamat langit. Apabila perginya bintang-bintang tersebut maka akan didatangilah langit apa yang telah dijanjikan untuknya. Aku adalah penyelamat sahabat-sahabatku. Apabila aku telah pergi maka akan di datangilah sahabat-sahabatku apa yang telah dijanjikan untuk mereka. Sahabat-sahabatku pula adalah penyelamat umatku. Apabila perginya sahabat-sahabatku maka akan didatangilah umatku apa yang dijanjikan untuk mereka”.

Kata al-Nawawi (w. 676H) : “Maksud ungkapan ‘sahabat-sahabatku adalah penyelamat ummatku’ iaitu mereka menyelamatkan umat dari zahirnya bid’ah, mengada-adakan perkara baru dalam agama, fitnah terhadap agama, zahirnya syaitan, Rum dan selainnya ke atas mereka”66 .

wassalam...

-----------------
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Ali 'Imran: 104)



Bookmark and Share

    


  Member Information For alhaq99Profil   Hantar PM kepada alhaq99   Pergi ke alhaq99's Website   Quote dan BalasQuote

alhaq99
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11058
Posting: 134
Dari: pj

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-10-04 11:58


opss.......lupa rujukannya adalah artikel dr.asri za...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhaq99Profil   Hantar PM kepada alhaq99   Pergi ke alhaq99's Website   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäń Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-10-04 12:20


Syukran jazilan kepada Ukhti alea13 dan Akhi alhaq99 kerana sudi berkongsi ilmu berkenaan hal bid'ah, khususnya ibadah dalam akidah...

Bid'ah merupakan penyakit berbahaya yang menimpa umat Islam, sedangkan terlalu banyak ayat Al-Quran dan hadith RasuluLlah SWT yang menyatakan tentang bahaya bid'ah dan seterusnya menegah kita dari mengamalkannya...

Mungkin kerana fenomena ini telah 'berjangkit' ke dalam masyarakat kita, menyebabkan mereka kadangkala tidak sedar. Sesiapa yang mempunyai seharusnya membantu antara satu sama lain. Sampaikanlah walau satu ayat. Moga dengan secebis ilmu yang ada dapat memurnikan ajaran Islam yang sebenarnya...

Allahu Ta'ala a'lam...



-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 22:56




Sy yg jahil ni nak mntk tunjuk ajar sikit drp saudara/i yg ilmuan.

'Sampaikanlah walau satu ayat'......

Dah menjadi kewajipan umat islam tugas berdakwah kan? Kalau dakwah@sampaikan ilmu guna medium spt internet, tv, radio, artikel2 kat dinding, majalah, nasyid etc...tak termasuk bid'ah ke? Atau pernah dilakukn oleh nabi saw? Ape dalil2 dari al-quran/hadith ttg perkara tersebut?

Boleh tolong terangkan bagaimana pula metod/cara2 dakwah yg dibuat/jlnkn oleh Rasulullah saw dan shabat2 r.hum?





Insan yg dhaif yg ingin tahu

-----------------
Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 07-10-04 05:20




[ Posting ini telah di edit oleh: alea13 pada 2004-11-08 15:52 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 07-10-04 05:31




[ Posting ini telah di edit oleh: alea13 pada 2004-11-08 15:53 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

mawaddahwarahmah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.07.2004
Ahli No: 10326
Posting: 49

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-10-04 06:04





NABI Muhammad saw bersabda yang bermaksud: “Urusan (agama) ini benar-benar masih disampaikan selagi masih ada siang dan malam, dan Allah tidak membiarkan rumah orang Badwi dan orang kota melainkan Allah memasukkan agama ini ke dalamnya, dengan kemuliaan orang yang mulia atau dengan kehinaan orang yang hina. Ini adalah kemuliaan yang diberikan Allah kepada Islam dan kehinaan yang diberikan Allah kepada kekufuran.” (riwayat Ahmad dan al-Thabrani)

Seruan dakwah akan terus bersemarak selagi Islam terus hidup di dada penganutnya dan selama mana orang Islam sedar dengan kewajipan mereka. Terpahat saja kalimah syahadah di dalam dada muslim, bermulalah satu peranan besar bagi menyebarkan sinaran iman ke seluruh pelosok alam.

Pendidikan dakwah disemai melalui gesaan Nabi Muhammad terhadap sahabat agar menyampai mesej dakwah kepada semua manusia biarpun sekadar satu ayat dari wahyu yang diturunkan kepada baginda rasul. Sabdanya lagi: “Sampaikan dariku walaupun sekadar satu ayat.” (al-Hadis)

Perjuangan umat silam melalui jihad bermula daripada pengorbanan memikul penderitaan berikutan deraan musyrikin Makkah, penderitaan fizikal dan mental ketika merentas padang pasir berhijrah ke Yathrib, pengorbanan meninggalkan harta benda, anak isteri dan kaum kerabat yang terpaksa ditinggalkan semata-mata untuk menjaga akidah dan memastikan keterusan dakwah akan terus mekar berakar umbi di dalam jiwa manusia di seluruh alam.

Peperangan Badar adalah titik awal pembuktian keteguhan akidah dan kecekalan 313 sahabat nabi yang amat yakin dengan pertolongan Allah.

Sokongan yang berbentuk spiritual ini disuntik oleh baginda rasul di dalam doanya: “Ya Allah, sekiranya engkau menangkan musyrikin, nescaya tidak akan ada antara mereka yang menyembah engkau lagi di muka bumi ini.” Akhirnya kemenangan berpihak kepada Islam.

Seruan dakwah terus berjalan umpama arus deras yang tidak dapat ditahan dan dibenteng. Risalah dakwah terus disebarkan melalui surat-surat yang dihantar kepada lapan raja di Semenanjung Tanah Arab, antaranya ialah Negus al-Asham (Raja Abyyinia), Heraclius (Maharaja Rom), Muqauqis (Maharaja Mesir), Munzir bin Sawi (Pemerintah Bahrain), Kisra Parsi (Iran), Jayfar dan Abbad bin Julandi (Pemerintah Oman) dan Hauza bin Ali (Pemerintah Yamamah). Antara mereka, ada yang menyambut seruan nabi dan melayan utusan nabi dengan baik dan ada yang menolak dakwah serta memberi layanan buruk kepada utusan baginda.

Perjanjian Hudaibiyah di antara Islam dan musyrik yang dimeterai pada tahun keenam hijrah memberi keuntungan besar kepada umat Islam dari segi perluasan medan dakwah tanpa gangguan dari golongan musyrikin.

Baginda rasul ternyata berjiwa besar dan berwawasan tinggi dan amat berani menyebarkan risalah dakwah kepada kuasa kuasa besar, iaitu Rom dan Parsi, sedangkan negara Islam Madinah baru berusia enam tahun dan bilangan penduduknya begitu kecil.

Ketegasan baginda terserlah melalui seruannya di akhir setiap surat, iaitu: “...jika kamu menerima Islam, kamu akan selamat; dan jika kamu menolak ajaran Allah swt ini, segala dosa penduduk negara kamu akan ditanggung oleh kamu.”

Sikap optimis dan jiwa besar baginda menjadi kenyataan apabila seluruh Semenanjung Tanah Arab menerima Islam serta runtuhnya kerajaan Rom dan Parsi pada zaman futuhat al-Islamiah oleh sahabat. Bermula di Madinah, Islam mula mengembangkan sayapnya ke Timur dan Barat, Utara dan Selatan.

Futuhat Makkah pada tahun kelapan hijrah menyaksikan ramai pembesar Quraisy yang dahulunya amat menentang baginda mulai akur dengan Islam dan akhirnya memeluk agama Islam. Ternyata tidak ada apa-apa alasan bagi mereka untuk menentang baginda dan dakwah yang dilakukan baginda.

Masyarakat Arab yang berada di luar kawasan Makkah mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap pertelingkahan yang berlaku di antara musyrikin Makkah dan muslimin kerana mereka beranggapan bahawa kaum Quraisy itu tulang belakang masyarakat Arab dan amat berpengaruh kuasa dan kedudukan.

Sebagai penjaga Kaabah, golongan Quraisy dianggap sebagai pemimpin dan ketua bagi seluruh penduduk di tanah Arab. Sebaik saja mereka menyerah kepada Nabi Muhammad dan menganut agama Islam, ia adalah isyarat yang amat dinanti- nantikan untuk mereka menuju ke kota Madinah bertemu baginda rasul menyatakan keislaman mereka.

Menjelang tahun ke-10 hijrah, seluruh penduduk Semenanjung Arab telah berada di bawah panji-panji Islam. Sememangnya benar firman Allah yang bermaksud: “Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, maka ucaplah tasbih dan memuji tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Allah sangat-sangat menerima taubat.” Surah al-Nasr, ayat 2-3.

Semangat dakwah yang dipelopori oleh baginda Rasulullah dan sahabat wajar dicontohi dan dilaksanakan oleh setiap muslim pada masa kini. Berdakwah adalah tugas utama yang perlu dilaksanakan oleh setiap muslim bagi menyampaikan kebenaran dan mengeluarkan manusia daripada kesesatan di samping menarik semula saudara muslim yang agak terpesong dari landasan yang ditetapkan oleh agama.

Kebenaran yang mutlak itu sesungguhnya datang dari Allah swt. Tugas berdakwah ini adalah lanjutan daripada tugas rasul dan nabi, sahabat, auliya’ dan solihin.

Melaksanakan dakwah juga bererti menyatukan manusia yang berpecah-belah dan tenggelam ke lubuk kekufuran natijah pergeseran dan pertelingkahan sesama manusia yang akhirnya mewujudkan istilah Islam dan kafir.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya bahawa manusia itu pada mulanya dijadikan dari ummah yang satu tetapi setelah mereka berselisihan, maka Allah mengutus para nabi.” Surah al-Baqarah, ayat 213

Menggerakkan jentera dakwah melalui tenaga-tenaga yang berkualiti dengan ‘standard’ tertentu yang sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa amat perlu dilakukan kepada pendakwah sejajar dengan arus permodenan yang membawa 1,001 macam masalah.

Dada daie perlulah diisi dengan ilmu. Kata lainnya, daie yang bermaklumat dan berkualiti serta lasak untuk diuli dan diasak oleh cabaran globalisasi. Daei dikehendaki memantapkan diri agar bebas daripada tuntutan kepentingan material dan peribadi serta jauh dari kepentingan politik golongan tertentu.

Ini pasti melancarkan misi dakwah secara efektif terhadap golongan sasaran. Ini adalah kerana dakwah itu sendiri membawa maksud menyeru manusia ke jalan yang lurus. Firman Allah bermaksud: “Allah menyeru manusia ke Dar al-Salam dan membimbing orang yang Ia kehendaki ke jalan yang lurus.” (SurahYunus, ayat 25)

Lantaran itu, daei perlu ikhlas dan benar-benar menghayati perintah Allah dan sedia untuk dicontohi perlakuan dan amalan mereka. Menyampaikan dakwah bukan acara berpura-pura atau sekadar menyampaikan maklumat yang diketahui supaya tampak hebat, menarik dan berkualiti tetapi hakikatnya mesej yang disampaikan hanyalah bertujuan mengisi program sempenaan saja.

Firman Allah bermaksud: “Hai orang yang beriman, sahutlah seruan (dakwah) Allah dan seruan rasul apabila rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu dan ketahuilah, bahawa Allah mendinding di antara manusia dan hatinya, dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu dikumpulkan.” (Surah al-Anfaal, ayat 24)

Risalah yang dibawa oleh daei amat jelas, iaitu menyelamatkan manusia di bawah panduan al-Quran menuju ke jalan yang benar. Seseorang pemandu hendaklah benar-benar arif dengan amanat yang hendak disampaikan agar mereka tidak menyesatkan golongan yang tidak berdosa.

Amalan dakwah bukanlah aktiviti cuba-cubaan atau pengisian masa lapang semata-mata. Ia adalah satu langkah yang tidak ada tempat berhenti untuk bersara atau berehat seketika.

Langkah dakwah adalah langkah berterusan yang penghujungnya ialah saat tibanya maut. Para daei itu tidak pasti sama ada mereka sempat melihat kejayaan dakwah mereka ketika masih hidup atau lebih dulu ke pangkuan Allah.

Sebenarnya, di dalam penyampaian dakwah kepada masyarakat, diperlukan disiplin dan manual tertentu. Golongan muda, ramai yang terpengaruh dengan darah muda dan begitu berani serta lantang di dalam aspek dakwah dengan berbekalkan semangat, lantaran itu peraturan dan disiplin dakwah diabaikan secara terus.

Alasannya untuk segera melihat hasil ataupun ingin menerima ujian dan sanggup syahid demi Islam. Sikap terburu-buru ini bukan sekadar merugikan golongan tersebut, malah menempatkan para daei yang lain di dalam keadaan bahaya. Fitnah yang muncul bukan hanya mengenainya saja, malah orang lain akan turut terpalit dan menanggung derita.

Strategi yang bersandarkan kepada sirah rasul patut diambil dan dilaksanakan setelah dipadankan dengan situasi semasa.

Para daei boleh melaksanakan strategi dakwah Islamiah berikut, iaitu Dakwah bil Lisan, Dakwah bil Hal, Dakwah bil Kitabah dan Dakwah Bil Lisan.

Kemantapan ilmu dan kesepadanan di antara mengupas ilmu dan diagihkan kepada sasaran secara matang dan dilafazkan dengan kepetahan satu daya penarik yang dapat mendekatkan manusia kepada Islam.

Para daei harus ingat bahawa mesej dakwah yang hendak disampaikan perlu ditapis berdasarkan daya penerimaan mereka agar mereka mudah menyambut dan mencernakan maklumat berkenaan dan berfikir secara mudah dan menerima saranan dan teguran daei secara tenang dan berlapang dada.

Rasulullah bersabda kepada seorang Badwi yang baru masuk Islam: “Sesiapa yang mengucap syahadah la ilaha illa Allah pasti di masukkan ke dalam syurga.” (al-hadis).

Mesejnya amat jelas iaitu untuk menjinakkan hati mereka yang dahulunya amat liar dan mempunyai sejarah silam kekufuran yang amat tebal.

Dakwah bil Lisan yang baik yang ditunjuk oleh baginda rasul telah berjaya menarik ramai Arab Badwi yang liar memeluk agama Islam biarpun belum lagi melaksanakan perintah ibadat yang lain. Kepintaran daei memahami suasana dan kehendak penerima akan menguntungkan dakwah Islamiah.

Sabda Nabi bermaksud: “Tuturilah manusia itu berdasarkan kadar pemikiran mereka.” Seorang pujangga Arab pernah berkata: “Pada setiap peringkat kedudukan manusia itu ada ucapan yang tertentu.”

Di dalam usaha menyampaikan Dakwah bil Lisan, daei harus ingat bahawa kekuatan daei berpidato bukan diukur dengan cara meniru pemidato ulung dan merekod semula ucapan yang telah disampaikan melalui ceramah beliau. Daei wajar mendalami ilmu dan hadam dengan maklumat yang hendak disampaikan agar daei dan pendengar akan sama-sama mendapat manfaat daripada ilmu yang disampaikan.

Sekiranya perkara ini diabaikan, sudah pasti daei tidak ubah seperti burung kakak tua yang pandai bertutur maklumat yang dirakam di dalam ingatan tetapi tidak memahami langsung makna ucapannya. Ia sekadar menyeronokkan pendengar untuk tempoh masa tertentu.

Berlakulah pembaziran maklumat dan yang untung hanyalah daei yang mendapat ganjaran yang agak lumayan. Seterusnya modal yang sama diedarkan di tempat lain untuk keterusan mendapat laba menerusi lidah yang amat pintar bermain kata-kata.

Ini dijelaskan oleh Allah melalui firmannya yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, kenapa kamu berkata mengenai sesuatu perkara sedangkan kamu tidak melakukan perkara yang kamu sarankan itu, sesungguhnya seburuk-buruk perlakuan (di sisi Allah itu ialah) kamu memperkatakan sesuatu tetapi kamu tidak melaksanakannya.” (Surah al-Saf, ayat 2).

[Dipetik dr rencana agama: menyambung dakwah rasulullah oleh shakirah mat akhir, nstp, 2 dec 2001]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaddahwarahmahProfil   Hantar PM kepada mawaddahwarahmah   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-10-04 17:48


alhamdulillah...time kasih ngan info. kita semua amal, insyaAllah?


-----------------
Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.31917 saat. Lajunya....