Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Layang-layang naik ke udara kerana menentang angin bukan kerana mengikut arah angin

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 129
Ahli: 0
Jumlah: 129




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 5 jam, 28 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Sebab-sebab Dilarang Pilih Suami Orang..


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Sebab-sebab Dilarang Pilih Suami Orang..

Please Mendaftar To Post


Oleh Sebab-sebab Dilarang Pilih Suami Orang..

hakimabdulrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10003
Posting: 541
Dari: kawan

singapore  


posticon Posting pada: 27-09-04 21:06



---Sanggup menipu Isterinya...

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur..Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya dirumah..tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu..

--Si Dia akan hilang Hormat terhadap kamu..

Jangan terkejut!Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu,di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya.
Siapa tahu,mungkin pada awalnya dia sekadar nak "Test Market"saja..TAk sangka pulak yang kamu benar-benar terpikat dan tergoda.Lelaki pula ,mana yang sanggup menolak tuahkan?Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan....

----kamu Menipu Diri Sendiri..

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama...masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu..Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words"iaitu pandai cakap tapi tak serupa bikin.....

Renungkanlah wahai wanita...



Bookmark and Share

    


  Member Information For hakimabdulrahmanProfil   Hantar PM kepada hakimabdulrahman   Pergi ke hakimabdulrahman's Website   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 28-09-04 09:22


Memang betul!

Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

sirna_bintang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.08.2004
Ahli No: 10573
Posting: 291
Dari: cheras,KL

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-09-04 10:58


uikksss....ish,,,jgnlah saya yg terjebak...kite sesama perm..takkan tak paham perasaan sesama kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirna_bintangProfil   Hantar PM kepada sirna_bintang   Pergi ke sirna_bintang's Website   Quote dan BalasQuote

Diana_84
Warga Rasmi
Menyertai: 27.09.2004
Ahli No: 11441
Posting: 7

Johor  


posticon Posting pada: 29-09-04 15:02


..
Janganlah kita terjebak dengan perkara-perkara seperti ini. Cubalah kita bayangkan apa yang akan menimpa kita jika suami kita pula yang dirampas orang.. fikir2kan

Bookmark and Share

    


  Member Information For Diana_84Profil   Hantar PM kepada Diana_84   Quote dan BalasQuote

missy_jannah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 30.09.2004
Ahli No: 11510
Posting: 40
Dari: Perut ibu~

singapore  


posticon Posting pada: 30-09-04 10:54


hehe..bagus awak eh~

Byk menyedarkan kaum Hawa..



Bookmark and Share

    


  Member Information For missy_jannahProfil   Hantar PM kepada missy_jannah   Pergi ke missy_jannah's Website   Quote dan BalasQuote

aesyah
Warga Rasmi
Menyertai: 16.09.2004
Ahli No: 11175
Posting: 1
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-09-04 11:02


sebagai seorang perempuan kita kenalah lah menjadi seorang wanita yang bijak!!jangan jadi seorang wanita yang bodoh yang senang digula-gulakan oleh orang jantan..jangan jadi seperti timun..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aesyahProfil   Hantar PM kepada aesyah   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 30-09-04 11:37


Bagaimana pula dengan poligami? Adakah juga dikira sebagai 'perampas suami orang' Mungkin tidak boleh diaplikasikan?

P/s: Soalan kontoversi...

Allahu Ta'ala a'lam...



-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

hakimabdulrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10003
Posting: 541
Dari: kawan

singapore  


posticon Posting pada: 06-10-04 13:09




Ingin Ana beri sedikit bab mengenai poligami.....yang saudara salafian bertanya..

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bererti "Barangsiapa mempunyai dua isteri,lalu lebih condong kepada salah satunya,maka kelak pada hari kiamat ia akan datang dengan bahu miring."(Dari HR. Abu Dawud dan Ahmad)

Jelaslah dari hadis ini mengancam suami yang tidak adil dalam melayan isteri-isterinya.Islam membenarkan poligami sampai batas 4 orang isteri.Hadis ini juga sekaligus memberikan penjelasan bahawa yng dimaksudkan adil kepada isteri-isteri itu adalah dalam hal belanja dan keperluan material,bukan dalam cinta.sebab cinta tidak dapat dibahagi seperti sesuatu barang.

Cinta,sekalipun pada anak,juga tak boleh sama.kalau anda mempunyai 4 orang anak,apakah cinta anda kepada semua anak itu?Ayah dan ibu dalam memberikan kasih sayang kepada anak-anaknya pasti tak 100%..Begitu pula anak-anak kepada ayah dan ibunya.Mereka tahu ibunya telah mengandung dengan susahpayah dan melahirkan dengan risikonya.Mereka pun tahu bahawa ayahnya dengan susah telah membiayai hidupnya serta melindunginya sejak kecil hingga dewasa.Tapi mereka tetap tak boleh berlaku sama dalam memberikan kecintaan kepada ayah dan ibunya.
Seseorang yang ingin berpoligami,wajib memperhatikan ancaman hadith ini.Salahkah seorang lelaki berpoligami tetapi ia wajib menyedari ancaman akhirat jika tak bisa berlaku adil dalam membiayai isterinya..Suami yang berpoligami tak boleh berlaku sesuka hatinya..Ia harus yakin dirinya mampu mengendalikan perilaku isterinya,sehingga tak terseret kepada salah seorang isterinya,lalu mengabaikan isterinya yang lain.Wanita yang sanggup dan bersedia hidup dalam berpoligami,wajib membantu suami menciptakan sikap yang adil bagi para isterinya..

.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hakimabdulrahmanProfil   Hantar PM kepada hakimabdulrahman   Pergi ke hakimabdulrahman's Website   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 15:04


Syukran jazilan Akhi hakimabdulrahman. Jawapan yang cukup mantap! Thumbs up!

Kepada suami-suami yang ingin berpoligami, pastikan diri mantap serba-serbi. Buktikan kepada 'pejuang-pejuang' monogami bahawa poligami adalah syariat yang baik sekiranya dilaksanakan dengan adil dan saksama. Jangan jadi seperti drama-drama di TV1

P/s: Lazimnya di televisyen memaparkan keburukan poligami. Kenapa agaknya? Bukankah mencemarkan poligami di dalam Islam di sisi yang bukan Islam. Hairan...

Allahu Ta'ala a'lam...



-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 16:27




Cerita2 yang positif pasal poligami takde ker? Kalau asyik cerita negatif jer, itu pun satu bentuk ketidakadilan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

hakimabdulrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10003
Posting: 541
Dari: kawan

singapore  


posticon Posting pada: 06-10-04 17:42




Ingin Ana ambil satu pertanyaan dari seorang perempuan kepada ustaz....Berdosakah seorang perempuan itu bercinta dengan lelaki yang sudah beristeri dan berjanji hendak kahwin satu hari nanti...

Jawapan ustaz begini;
Seseorang lelaki dengan perempuan yang bukan mahram tidak boleh bercinta maka hukumnya tetap haram walaupun mereka bercita-cita untuk berkahwin satu hari nanti.sebenarnya bercinta dalam Islam hanya setelah berkahwin bukan sebelumnya.Akan tetapi cinta yang sebenarnya hanya boleh ditumpahkan kepada Allah,Rasulullah s.a.w. dan ibubapa.Cinta hakiki hanyalah kepada Allah.Kalau seseorang itu berhasrat untuk berkahwin dengan seseorang lelaki yang sudah beristeri,berterusteranglah dengannya agar dia segera meminang.

1.Poligami diharuskan dengan syarat suami boleh berlaku adil terhadap isteri-isterinya.Orang yang boleh berlaku adil hanyalah mereka yang bertakwa.Orang yang bertaqwa takut untuk berbuat dosa.Tidak adil itu termasuk dosa yang berat.Tanpa takwa mereka mempermain-mainkan hukum hakam Allah dengan mempermainkan-mainkan isteri-isterinya dengan lidah.

2.Suami yang berakhlak tinggi dalam memimpin isteri-isterinya,dapat mendidik mereka kepada yang dikehendaki oleh Allah.Mampu mendidik isteri kepada sifat sabar dan redha dengan takdirnya.

3.Isteri pertamanya sudah bersedia dengan iman dan takwa dan rela pula dimadu.

4.Bersediakah orang yang baru datang itu menghadapi ujian Allah dalam hidup bermadu.

Ini semua hendaklah diperhati dengan teliti oleh para wanita yang menawarkan diri untuk berkahwin dengan orang yang sudah beristeri.Jika belum baik kemaskan diri dulu dengan sifat takwa semoga Allah membantu hingga berjaya..

Buat saudara pukau soalannya bukan cerita positif mau pun negatif tapi tanggungjawab yang dipersoalkan..Adakah kita mampu dari segi kewangan,ekonomi,ugama membimbing,berlaku adil dan banyak lagi...
kalau kita mencukupi syarat-syaratnya...
Jadi fikirkan pula akan azab diterima dialam akhirat sekiranya kita tak berlaku adil dan lain lain....
Buat saudara salafian mungkin ada benarnya banyaknya berlaku ketidak adilan terhadap pasangan bermadu berlaku..Kalau ada jujur ,sejati,harmoni dan...... mungkin jua boleh dikira dengan jari...

Fikirkan lah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For hakimabdulrahmanProfil   Hantar PM kepada hakimabdulrahman   Pergi ke hakimabdulrahman's Website   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 18:21




Just wondering,

Quote:
Buat saudara pukau soalannya bukan cerita positif mau pun negatif tapi tanggungjawab yang dipersoalkan..Adakah kita mampu dari segi kewangan,ekonomi,ugama membimbing,berlaku adil dan banyak lagi...
kalau kita mencukupi syarat-syaratnya...
Jadi fikirkan pula akan azab diterima dialam akhirat sekiranya kita tak berlaku adil dan lain lain....
Buat saudara salafian mungkin ada benarnya banyaknya berlaku ketidak adilan terhadap pasangan bermadu berlaku..Kalau ada jujur ,sejati,harmoni dan...... mungkin jua boleh dikira dengan jari...




Kalau kesan2 buruk lebih banyak daripada yang baik, jadi betulkah perception bahawa poligami itu sesuatu yang tidak baik dan Islam adalah agama yg membenarkan sesuatu yg tidak baik. Saya takut kalau2 kita antara sedar dan tidak sama2 join ngan org kafir kutuk nilai2 dalam Islam.
At least, di samping bawak cerita tanggungjawab yg berat/kesan2&contoh2 negatif, kita bawak jugak cerita2 balasan2 baik/kesan2 baik/contoh2 baik untuk poligami. Barulah kita bersikap adil kepada konsep poligami itu sendiri. Nabi, para sahabat, ulamak2 pun ramai yg mengamalkan poligami.

WaAllahu'Alam.













Nabi kita sendiri mengamalkan poligami.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.120111 saat. Lajunya....