Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Jika anda berada dalam jamuan di rumah orang hendaklah menjaga perangai dan menjaga mata; dalam solat menjaga hati; dan dalam pergaulan menjaga lidah."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 81
Ahli: 0
Jumlah: 81




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 11 hari yang lalu
lidah-penghunus: 13 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Betulkah Anwar seorang penderhaka?


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Betulkah Anwar seorang penderhaka?

Please Mendaftar To Post


Oleh Betulkah Anwar seorang penderhaka?

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-09-04 19:12


Oleh Harat

Kadang-kadang berdesing juga telinga saya apabila mendengar Hishamuddin menyatakan dalam ucapannya di Perhimpunan Pemuda UMNO bahawa Anwar adalah seorang penderhaka yang tidak boleh diberi tempat untuk kembali memasuki UMNO.

Rupanya begitu buruk sekali pandangan beliau terhadap Anwar setelah Anwar disingkirkan daripada UMNO kerana fitnah Mahathir dan angkara orang-orang dan institusi yang diperalatkan oleh Mahathir,

Ketika Anwar masih menduduki jawatan penting dalam UMNO dahulu dan diwar-warkan sebagai bakal Perdana Menteri, tidak ada yang mengganggap Anwar sebagai penderhaka (walaupun dikatakan beliau pernah memijak bendera UMNO).
Ketika itu semuanya tunduk dan hormat kepada Anwar. Semuanya sanggup mencium tangan Anwar dengan segala senang hati.

Memang begitu agaknya budaya politik UMNO: seseorang disanjung setinggi langit ketika berkuasa, tapi dipijak dan dihina apabila tidak lagi berkuasa.

Bagaimanapun, saya rasa Hishamuddin tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menganggap Anwar sebagai penderhaka.

Memang Anwar menentang pihak yang berkuasa (khasya rejim Mahathir) dan melancarkan gerakan reformasi setelah beliau disingkirkan daripada UMNO. Tapi hal itu dilakukan oleh beliau, setelah beliau diaibkan dan dizalimi.

Dan yang paling penting sekali, ketika itu semua alat negara (termasuk polis) dan semua institusi penting (termasuk mahkamah dan media massa) telah dimanipulasi dan diperalatkan oleh Mahathir dan konco-konconya untuk menghancurkan Anwar.

Jadi kalau hendak dikatakan Anwar menderhaka, ketika itu Anwar sebenarnya menderhaka kepada pemimpin yang zalim, dan pemerintah yang zalim, termasuk kepada alat-alat negara yang gagal menegakkan keadilan.

Anwar bukan menderhaka kepada bangsa dan negara. Tuduhan Anwar menderhaka kepada bangsa dan negara, sekali lagi merupakan fitnah besar yang tidak berasas.

Bagaimanapun, kita semua tahu mengapa Hishamuddin sanggup memfitnah Anwar dan begitu bersungguh-sungguh untuk menutup pintu UMNO kepada Anwar.

Sebabnya yang pokok saya kira tidak lain kerana kuasa juga.Maknanya Hishamuddin sedang mengidam jawatan yang lebih tinggi, dan idamannya akan terjejas jika Anwar diterima semula memasuki UMNO

Jadi kerana kuasa, Hishamuddin sanggup melemparkan fitnah yang tidak berasas kepada Anwar. Betapa buruknya hati perut pemimpin UMNO!




Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-09-04 12:56


Anwar mulls 'rainbow coalition'

Wednesday, September 22 @ 13:34:00 MYT


By Lorne Cook
MUNICH, Sept 22-Former deputy premier Anwar Ibrahim has made no commitment yet to join any political party but is likely to play a role in a multi-party alliance, probably in opposition, he told AFP.


In an interview in Munich, southern Germany on Monday, Anwar portrayed himself as a reformer looking to move the country on from what he calls the corruption and bigotry of its past.

"What I want to do in Malaysia transcends partisan politics. I'm talking about a new Malaysia that is multi-racial, multi-religious, with a specific political agenda," he said.

Anwar said he wanted to improve the country's democracy, encourage a more independent judiciary and make more positive economic changes that would generate faster growth and inject new political confidence.

"This happens to be an opposition programme, but this (reform) is of course a concern now expressed by many in the ruling party, particularly in the lower level," he said.

Anwar's remarks came at a specialist Munich clinic where is recovering from spinal surgery for an injury he says was inflicted during a police beating after his arrest in 1998.

The charismatic and popular politician travelled to Germany after being released earlier this month from prison, where he had served six years on corruption charges. As a convicted criminal he cannot hold public office until

Looking lively despite one of his intensive daily therapy sessions, the former heir-apparent to the country's premiership showed he had lost none of his political savvy during his time in jail, ruling no political option in or out.

"I need time to reflect, to discuss the situation. The political landscape has changed," said Anwar, who has been meeting and talking by telephone to a steady stream of Malaysian and foreign politicians since his operation.

He was respectful towards the two main opposition parties: the DAP and the Islamic party PAS, which wants to change the constitution create a theocratic Islamic state.

"DAP remains a very important party and produces very important leaders, of integrity," he said, while dialogue rather than fear was the way to approach

"Whether you like it or not, PAS represent easily 40 percent of the Malays." Muslim Malays make up some 60 percent of Malaysia's population of 25 million, which includes large ethnic Chinese and Indian minorities.

"You have to engage them (PAS), don't repeat the blunders of many of the repressive governments, including in the Middle East," he said. "What happens? You are actually encouraging the maturing of militant terror cells."

Anwar said he disagreed with their stance on the constitution and would not be drawn on exactly what it was the party needed to change.

"We have to impress upon them the need for reform and change and the realities of the Malaysian environment," he said. "I believe they need to make some adjustments, some small, some major."

He also appeared to distance himself from a role in the Parti Keadilan Rakyat, headed by his wife Wan Azizah Wan Ismail, who was at his side in Munich, where he is likely to remain until at least next month.

"They have a good president now. How do I go in there and unseat her," he said with a laugh. Umno link

Anwar urged the parties interested in reform to work together with Umno, which has led the country's ruling coalitions since independence from Britain in 1957.

"This is important. Not be seen in a clash with the ruling party but to offer alternative programmes so that people are free to decide," he said.

Officials in Umno, which holds a major congress on Thursday and has officially ruled out having him as a member, had made contact with him but many appeared afraid of having any public association, he said.

"The top leaders, not a lot have contacted me. But indirectly a lot of them have sent messages."

Anwar has exhausted the legal process in a bid to get his conviction for corruption overturned and his only chance of an immediate return to elected office lies with a pardon from the king. His conviction and nine-year sentence for sodomy were overturned in court on Sept 2. - AFP/zs




Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

rahmat_hidayat
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.04.2004
Ahli No: 8654
Posting: 135
Dari: Johor Darul Ta'zim - UKM Bangi

Johor  


posticon Posting pada: 24-09-04 15:01




Merujuk kepada tulisan sahabat syed.....saya rasa terpanggil untuk bertanya....adakah mana-mana pemimpin UMNO atau mana-mana perwakilan yang memberikan ucapan semasa perhimpunan Agung UMNO itu menyebut penderhaka itu adalah Anwar Ibrahim?...

Sepanjang pengetahuan saya yang mengikuti perhimpunan tersebut, tiada satu perkataan berbunyi Anwar Ibrahim Penderhaka dikeluarkan di dalam mana-mana ucapan perwakilan mahupun pemimpin. Istilah penderhaka yang digunakan tidak merujuk mana-mana individu secara spesifik.

Jesteru itu, janganlah kita melatah mengaitkannya dengan mana-mana individu kerana tindakan jahil seperti itu akan menyebabkan timbul salah faham masyarakat. Kalau nk diikutkan, ramai sebenarnya penderhaka Bangsa yang wujud di dalam negara kita. Kalau kita dah tahu siapa individu itu...diam-diam je lah!. Jangan nak buat ulasan panjang-panjang. Takut nanti kerana mulut badan binasa!

Dalam usaha kita memahami makna penderhaka bangsa, rasanya elok kita mengambil iktibar daripada kisah penderhakaan Hang Jebat di Melaka dan penderhakaan Laksamana Bentan di Johor. Bangsa Melayu sememangnya benci kepada penderhaka bangsa walau dalam apa cara, apa keadaan atau apa sebab sekalipun. Sebagai satu bangsa yang terkenal dengan nilai-nilai kesopanan dan budaya timur, seharusnya kita memahami hakikat ini.

Kita semua tahu apa yang terjadi kepada Hang Jebat yang menderhaka kononnya untuk menuntut keadilan. Si Jebat durjana tidak boleh dijadikan model idola bangsa kerana semasa Jebat menderhaka, Istana raja dan semua gundik-gundik sultan dikuasainya (sila rujuk sejarah Melayu). Bolehkah kita menganggap Jebat sebagai Hero Bangsa yang memperjuangakan keadilan sedangkan dalam masa yang sama, tindakan yang dilakukannya adalah tindakan yang paling biadab dalam alam Melayu....menghalau sultan dari Istana dan mengambil alih singahsana.

Begitulah juga dengan kisah Laksamana Bentan. Hanya kerana seulas nangka yang menyebabkan isterinya di bunuh sultan, laksamana sangup mengunakan akal yang pendek dengan membunuh sultan. Hasil akibatnya, sultan Johor mangkat tanpa ada keturunan yang dapat meneruskan pemerintahan. Maka berakhirlah darah keturunan kesultanan Melaka di dalam Kesultanan Johor apabila keturunan bendahara menaiki takhta. Kesan daripada penderhakaan ini kekal dikenang hingga hari ini.

Persoalannya, pernahkah bangsa Melayu belajar daripada sejarah penderhaka silam? Penderhaka silam tidak langsung diberikan tempat oleh bangsa Melayu untuk menerima penghormatan...maka itu, adakah wajar kita memberi penghormatan semula kepada penderhaka moden masa kini yang masih samar-samar tahap kejujuran dan keikhlasannya?

Saya buka seorang yang pro UMNO 100% kerana saya tahu bahawa parti ini ada juga kelemahannya dan saya tidak pula anti pembangkang 100% kerana ada kalanya apa yang dibangkangkan itu ada logik kebenarannya juga walaupun lebih banyak berasaskan emosi semata-mata.

Fikir-fikirkanlah selagi anda masih mampu berfikir.




-----------------
IMAN ASAS KEHIDUPAN MUSLIM - 0192458410


Bookmark and Share

    


  Member Information For rahmat_hidayatProfil   Hantar PM kepada rahmat_hidayat   Pergi ke rahmat_hidayat's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-09-04 19:29


ya jebat derhaka kerana utk menyelamatkan dan membalas kejahatan sultanya...yg beraja di mata ttp hakikatnya tidak melaksanakan amanhnya dengan baik..dalam istilah penderhaka mmg sijebat di gelar penderhaka..ttp kalau di pilih antara jebat dan tuah semestinya ramai memeilih jebat kerana kehebatanya...utk menegakkan hak saudaranya..menjatuhkan raja yg zalim..
dlm bab ini saya rase kenyataan yg saya copy semula tu sebenarnya benar menyatakan penderhaka itu ialah anwar ibrahim..kalau tuan gusar dengan kenyataan ini..buktikanlah..yg penderhaka bukan di khususkan kpd anwar selaku org yg paling berpengaruh ketika penglibatan beliau di dlm umno dahulu..dan sekarang masih ttp di geruni pihak musuh janganlah cuba menegakkan benang yg basah kelak ianya akan putus begitu juga dlm hal ini sudah terang jangan dok cbuk nak bersuluh lagi..




멦iada kompromi penderhaka?/H2>


KUALA LUMPUR: Umno tidak akan berkompromi dengan mana-mana ahlinya yang merosakkan nama parti, apa lagi di kalangan mereka yang pernah mencerca, menghina dan menderhaka kepada Umno, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
I k l a n




Perdana Menteri, yang disahkan sebagai Presiden Umno semalam berkata, Umno tidak harus membenarkan mana-mana pihak sekalipun memperalatkan parti untuk dijadikan tangga bagi melonjakkan mana-mana individu.

밬mno akan menjadi parti yang lemah dan tidak mempunyai kekuatan secara berkesinambungan jika kekuatan parti disandarkan kepada mana-mana orang perseorangan.

밫idak ada pemimpin, tidak ada individu yang akan kekal hidup selama-lamanya. Pemimpin datang dan pergi. Yang kekal adalah Umno. Kepemimpinan Umno memperkasakan parti. Kekuatan Umno meneguhkan kepemimpinan,?katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung Umno Ke-55 parti itu.

Abdullah menegaskan, untuk menjadi sebuah parti yang benar-benar dihormati dan disegani, Umno perlu mengamalkan satu bentuk etika dan disiplin.

Umno juga, tidak harus bermegah dengan angka keanggotaan yang ramai jika ahlinya tidak dapat mendukung nama baik parti tonggak bangsa Melayu itu.

Sehubungan itu, katanya, segala langkah Majlis Tertinggi (MT) untuk menangani gejala politik wang adalah pendekatan terbaik yang difikirkan.

Sambil mengakui bahawa tindakan itu mungkin belum yang terbaik, beliau berkata apa yang penting ialah disiplin diri yang datang daripada dalaman ahli Umno sendiri.

Katanya, kesepakatan yang dipadukan ketika pilihan raya umum lalu kini bagaikan retak kerana proses pemilihan parti yang menyaksikan surat layang kembali tersebar dan fitnah kembali ditabur.

밃pa yang berlaku dalam Umno sekarang akan membawa implikasi kepada prestasi parti tulang belakang Barisan Nasional ini pada pilihan raya akan datang. Insaflah, dalam tempoh lima tahun daripada sekarang, kita akan menghadapi rakyat. Kita akan ditentang di setiap tempat oleh calon parti lawan.

밣emimpin dan ahli Umno yang telah kita lukakan, yang telah kita calarkan, akan mempunyai parut. Mungkin kerana perbuatan kita, ada di antara rakan-rakan kita yang menjadi tempang. Ada pula yang telah dicacatkan. Tidakkah kerana perbuatan kita hari ini boleh menjadi punca kelemahan kita lima tahun dari sekarang,?katanya.

Sambil menggesa ahli Umno supaya tidak mudah melupakan keadaan genting yang dihadapi parti pada pilihan raya umum 1999, Abdullah berkata maruah parti baru ditebus pada pilihan raya umum Mac lepas.

밠alah terlalu baru untuk membolehkan kita mula bersengketa. Kita tidak akan hidup selamanya,?katanya.




Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 24-09-04 21:05


Quote:
Yang kekal adalah Umno





Presiden UMNO mungkin terlupa akan ayat Allah yg ni kot:

"Sesungguhnya perintahNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia.."

tiada yg kekal melainkan Allah SWT..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 25-09-04 08:54


DSAI mmg penderhaka!
Dia derhaka kepada Mahathir!
Dia derhaka pada UMNO sbb lahirkan KEADILAN!
Tapi rasanya tak salah dia lakukan penderhakaan ini kalau itu jalan terbaik untuk dia memelihara hak sendiri.


Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 25-09-04 09:35


Hishamudin, ingat apa Dato' Onn buat dulu

Thursday, September 23 @ 18:23:24 MYT


KUALA LUMPUR, 23 Sept (Hrkh)- Ketua Pemuda Umno, Dato' Hishamudin Tun Husein diminta mengimbau kembali apa yang dibuat oleh nendanya, Dato' Onn Jaafar dahulu sebelum menuduh pihak lain pengkhianat dan sebagainya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaafar berkata, kalau Hishamudin menuduh Dato' Seri Anwar Ibrahim pengkhianat kerana tubuh parti Keadilan, Dato' Onn dahulu tubuh dua parti selepas keluar dari Umno iaitu Indipendan dan Parti Negara.

"Kalau dia tuduh Dr Wan Azizah lawan Umno di Permatang Pauh, Dato' Onn dulu lawan Umno di Terengganu bukannya di Johor.

"Kalau dia tuduh Anwar pimpin reformasi, Tun Dr Mahathir dahulu pimpin gerakan pelajar melawan Presiden Umno, Tunku Abdul Rahman.

"Dr Mahathir juga naik ke pentas PAS untuk mengutuk Umno," kata Kamarudin kepada Harakah.

Beliau mengulas ucapan Hishamuidn, Ketua Pemuda Umno yang menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat.

Bagi beliau, amat malang para pelajar negara ini jika Menteri Pelajaran itu salah mengajar mata pelajaran sejarah negara ini sendiri.

Apa yang dituduh oleh Hishamudin itu bukan terkena Anwar sebenarnya tetapi seolah-olah memukul para pemimpin Umno yang ada sendiri.

"Bagaimana dengan Ku Li yang lawan Umno tahun 1990 dan 1995. Bagaimana dengan Pak Lah sendiri yang lawan Mahathir. Begitu juga di mana duduknya Rais dan Zainal Abidin Zain yang menjadi anggota Kabinet bersama Hishamudin sekarang.

"Apakah mereka semua pengkhianat," kata beliau. - ZS

p/s: politik...

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

ahmie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 10.07.2004
Ahli No: 9956
Posting: 39
Dari: tpGARANG

Selangor  


posticon Posting pada: 25-09-04 11:35


1. Desakan agar Anwar tak masuk dibenar masuk UMNO semula datang dr bawah. Kenapa??
Konsepnya sangat mudah...
Kaliber dlm diri Anwar amat besar. Kalau Anwar masuk UMNO So makin banyak la saingan diorang nak ke 'puncak'...hehehe..

2. Alasan yg mengatakan 'Anwar khianat kerana menyebabkan UNMO berpecah' hanya Alasan! Hakikatnya Anwar yg dibuang akibat jenayah yg tidak dilakukannya...

3. Yang penting, Anwar takde langsung cakap atau berkias2 utk masuk masuk UMNO.. Dia tak mintak pun.. Korang dah ribut!! hahhahah... Takut ke..

4. Anwar tak perlukan UMNO utk berjaya. Campaklah kat mana2!! Pasti hidup..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ahmieProfil   Hantar PM kepada ahmie   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-09-04 12:56



Sunnatullah, yang ingin menyampaikan kebenaran, yang menentang kemungkaran akan disebut penderhaka, pemecahbelah masyarakat, penyesat orang, gila sebagaimana Rasulullah SAW berhadapan dengan kafir musyrik dulu.

Sebaliknya yang zalim itulah dipanggil pembela bangsa dan agama, penyelamat maruah negara...dan pelbagai lagi sanjungan yang diberikan oleh dirinya sendiri. Masuk bakul angkat sendiri puak-puak ni.

Bangsa melayu akan terus hina dan mundur bila meninggalkan agama mereka, bila bangsa diperjuangkan, bila agama diperlekehkan, sampai bila pun melayu tak akan berjaya.

Melayu memang berjaya, berjaya dari segi

1. menjadi pelacur dan GRO
2. melahirkan berbelas-belas ribu anak luar nikah
3. murtad
4. menjadi peragut profesional
5. menjadi mak nyah

Wallahu'alam


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-09-04 23:59


kerana kuasa,mnsia sggp buat ape sje

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1308
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-09-04 00:44




hisyamudin lupa bahawa arwah datuk dia dulu pun pernah keluar dari umno dan tubuhkan parti baru utk menentang umno. adakah itu dikira pengkhianat? dr mahaday masa kena buang oleh tunku pernah berucap atas flatform pas, adakah itu dikira pengkhianat?

biar la mrk nak kata anwar jadi pengkhianat kpd parti assabiah tu yg penting beliau tak mengkhianati lagi perjuangannya bersama rakyat.

-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

rahmat_hidayat
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.04.2004
Ahli No: 8654
Posting: 135
Dari: Johor Darul Ta'zim - UKM Bangi

Johor  


posticon Posting pada: 30-09-04 16:36




Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Bertanyalah pada diri kita.....layakkan kita mengatakan diri orang lain sebagai penderhaka atau bukan penderhaka?......saya lebih suka mengambil jalan tengah.....sebagai manusia yang tidak mencipta makhluk......kita tak layak mentafrifkan makna penderhaka mengikut kehendak hati dan perasaan.

Seribu kemaafan saya hulurkan kepada sahabat syed jika tulisan saya di dalam ruangan ini menyinggung pandangan peribadi anda. Malangnya, hakikat sudah terang jangan dok cbuk nak bersuluh lagi tidak dapat saya terima kerana kadar cahaya untuk terang itu masih belum cukup meyakinkan. Jesteru saya sebagai manusia lemah ciptaan Allah.....masih lagi perlu bersuluh untuk melihatnya dengan jelas.

Apabila kita bercakap mengunakan fakta sejarah......kita secara tiba-tiba akan menjadi sejarahwan yang begitu hebat sehinggakan perkara yang tersirat dapat kita ulas dengan begitu baik sekali. Tahniah saya ucapkan kepada sahabat-sahabat semua. Sesungguhnya saya kagum dengan ulasan anda kerana belum pernah saya jumpa ahli akademik yang dapat mengulas sesuatu peristiwa sebegitu baik dengan penuh beremosi dan berperasaan seperti anda tuliskan.

Namun saya ingin juga sarankan agar anda buka semula kitab-kitab sejarah yang lepas.....lihat semula adakah pengertian pengkhianat bangsa layak digunakan pada individu-individu tersebut. Harus diingat, Dato Onn menubuhkan Parti Negara berpunca daripada penolakkan cadangan beliau yang inginkan UMNO membuka keahlian kepada bangsa lain. Parti Negara ditubuhkan sebagai pilihan Alternatif kepada ideologi politik beliau yang inginkan perpaduan politik wujud didalam masyarakat yang berbilang kaum. Hari ini....UMNO harus berterima kasih kepada Dato Onn......beliau telah menyedarkan orang Melayu agar berkongsi kuasa politik bersama bangsa lain yang terdapat di negara ini.....maka tertubuhlah Barisan Nasional yang mana di dalamnya UMNO menjadi tunjang utama.

Mari kita fikirkan pula.....apakah pula kebaikan yang dibawa oleh penubuhan sebuah parti bernama keadilan? Dari segi sejarah penubuhan, motif penubuhan, bentuk penubuhan dan asas-asas ideologi penubuhannya sahaja sudah cukup jelas bertentangan dan berbeza dengan Parti Negara. Apakah kebaikan keadilan......hmmm saya hampir tertidur untuk memikirkan kebaikannya....mungkin ada satu dua kebaikan yang tidak berapa besar tetapi yang lebih saya lihat ialah kehancuran perpaduan bangsa. Kempen partinya sahaja yang biadab.....menghasut emosi pengikut untuk merusuh dan pandangan ideologi yang tidak jelas sudah cukup untuk saya katakan bahawa Parti Keadilan harus belajar daripada penubuhan Parti Negara Pimpinan Dato Onn yang berpolitik secara sihat dan lebih bertamadun.

Apa yang saya katakan ini bukanlah bertujuan untuk menegakkan benang yang basah.....tetapi benang yang basah itu perlulah kita keringkan agar dapat kita gunakan untuk manfaat.....tidak hanya terus basah dan tidak berguna.

Fikir-fikirkanlah jika kita masih mampu berfikir.





-----------------
IMAN ASAS KEHIDUPAN MUSLIM - 0192458410


Bookmark and Share

    


  Member Information For rahmat_hidayatProfil   Hantar PM kepada rahmat_hidayat   Pergi ke rahmat_hidayat's Website   Quote dan BalasQuote

tooyu
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.04.2004
Ahli No: 8671
Posting: 29
Dari: somewhere kat kdh

Kedah  


posticon Posting pada: 30-09-04 16:45


erkk!!! ... salam'alaikum .... layakkah aku bersuara disini????

Bookmark and Share

    


  Member Information For tooyuProfil   Hantar PM kepada tooyu   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.124842 saat. Lajunya....