Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila telah sampai di puncak tetapi meneruskan pendakian, bermakna anda sedang menurun, bukan lagi mendaki
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 254
Ahli: 0
Jumlah: 254




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Karya Agung
Topik: Talompuuk


Carian Forum

Moderator: Administrator, Maricella
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Karya Agung
    »» Talompuuk

Please Mendaftar To Post


Oleh Talompuuk

masri
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.01.2004
Ahli No: 6370
Posting: 178
Dari: Tampin

Melaka  


posticon Posting pada: 20-09-04 12:24


WBT.

Malam tadi sempat jugalah ana menonton filem Talompuuk. Minggu lepas dah terlepas nak menonton siri satu cerita tu. Tapi ana tahulah juga jalan cerita filem tu. Kalau nak dilihat jalan ceritanya ana boleh sebut tentang dua perkara yang ana lihat paling utama dalam filem itu. Dua elemen penting dalam filem Talompuuk yang dapat ana kesan ialah cinta dan agama. Heroinnya yang kalau tak silap ana namanya Sakinah digambarkan sebagaia seorang gadis islam yang malang apabila cintanya dengan seorang lelaki Buddha yang bernama Prawn/Prown (saya tak ingat nama heronya) dihalang oleh keluarganya. Bapa Sakinah pula digambarkan sebagai seorang yang terlalu kejam kerana menghalang cinta anak Sakinah. Dan akibat daripada halangan kepada percintaan mereka, maka bala turun ke bumi Talompuuk. Bumi Talompuuk dilanda ribut yang amat hebat. beribu-ribu nyawa terkorban. Pecintaan mereka diakhiri dengan tragis sekali dimana heronya dimatikan selepas cuba menyelamatkan seterunya iaiti seorang lelaki muslim yang juga cuba merebut Sakinah daripadanya. Dia dibunuh oleh seterunya itu walaupun dia telah menyelamatkan musuhnya itu daripada mati lemas ketika ribut tersebut. Itu jika kita lihat daripada aspek percintaan. Maafkan ana kerana ana tidak dapat menerangkan aspek percintaan di dalam filem ini dengan lebih mendalam kerana ana tidak menonton keseluruhan cerita ini. Malah malam tadi ana hanya menonton sebahagian sahaja itupun sehingga babak heronya dibunuh.

Tapi cuba pula kita tinjau daripada aspek keagamaan. Seolah-olah ada agenda tertentu di dalam pembikinan filem ini. Heronya adalah seorang Buddha yang menjadi golongan minoroti di Talompuuk. Golongan minoriti ini digambarkan sebagai manusia yang baik-baik. Manakala penduduk Islam yang diwakili oleh Sakinah, bapanya dan penduduk Talompuuk digambar kan sebagai golongan yang tidak tahu bertolak ansur, samseng dan elemen-elemen negatif yang lain. Watak keras kepala digambar di dalam perwatakan bapa Sakinah yang menghalang cinta anaknya itu.Watak umat Islam yang ganas dan samseng pula digambarkan melalui perwatakan anak ketua kampung yang juga lelaki yang cuba merebut Sakinah daripada hero yang beragama Buddha. Wataknya digambarkan sebagai seorang yang terlalu kejam, degil,samseng dan lain-lain. Ini jelaas bertentangan dengan watak yang diberikan kepada masyarakat Buddha. Mereka digambarkan sebagai manusia yang lemah lembut, baik hati dan sopan. Ini dapat dilihat melalui watak hero tersebut. Ia seolah satu watak yang statik di mana dari awal cerita ia digambarkan sebagai seorang yang terlalu baik. Maka dari sini kita dapat melihat seolah-olah pembikinan filem ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa umat Islam itu jahat. Ini hanya andaian ana tetapi entah hati saya berkat bahawa mungkin pengarah itu tidak bermaksud sedemikian cuma secara kebetulan ia seolah menonjolkan perkara yang demikian rupa.

Walaubagaimanapun, kita lihat pula perkaitan cerit ini dengan umat Islam khususnya golongan muda kita. Sakinah di dalam cerita ini bagi saya adalah seorang manusia yang tidak kuat pegangan agamanya.Kita lihat sahaja babak-babak pertemuannya dengan kekasihnya itu berdua-duaan malah ada babak yang menunjukkan Sakinah membuka auratnya ketika bersama kekasihnya itu. Berpegangan tangan, berpeluk-pelukan yang sering berlaku dikalangan remaja Islam juga ditonjilkan di dalam filem ini. Maka dari sini saya boleh menyebut bahawa Sakinah adalah gambaran bagi remaja-remaja Islam yang hilang jatidiri. Kerana cinta mereka sanggup mengenepikan ibu bapa malah lebih teruk mengenepikan agama Islam sendiri. Watak Sakinah juga boleh dikaitkan dengan gadis-gadis Islam yang bertudung tetapi masih melakukan perkara-perkara sumbang. Pengakhiran cerita ini yang seperti ana sebut di atas di mana ribut yang hebat melanda jika kita lihat dari aspek masalah umat Islam boleh dikatakan bala kepada manusia kerana membiarkan kemungkaran berlaku di bumi Talompuuk. Ia adalah balasan apabila agama Allah diketepikan semata-mata cinta yang palsu. Ia juga mungkin balasan kepada umat Islam di dalam filem ini yang gagal menonjolkan sifat dan kahlak Islam sehingga mencemarkan agama Islam.

Bagi ana, filem ini memang menarik walaupun terdapat elemen-elemen yang ana kurang setuju. Ia adalah sebuah kisah cinta yang hebat tapi sayang ia cuba membawa kita bahawa cinta adalah segala-galanya sehingga melangkaui norma-norma keagamaan. Dan ia jua adalah satu filem keagamaan yang hebat walaupun memang jelas cuba menghina Islam. Mungkin pembikin-pembikin filem Islam boleh berfikir bagaiamana pula mahu menonjilkan imej islam sebenar di dalam sebuah filem seperti Talompuuk. Bagi saya mereka yang terlibat di dalam pembikinan filem Talompuuk telah berjaya menarik penonton samada yang bersetuju dengan jalan ceritanya ataupun yang tidak bersetuju. Malah mereka telah berjaya menarik ana untuk menulis tentang filem mereka di dalam weblog ini.

Sekian WBT.

Bookmark and Share

    


  Member Information For masriProfil   Hantar PM kepada masri   Pergi ke masri's Website   Quote dan BalasQuote

zinnirah
Warga Rasmi
Menyertai: 09.06.2003
Ahli No: 1227
Posting: 19
Dari: -Tawau-

Sabah  


posticon Posting pada: 21-09-04 15:39



Saya cah lama jugak nampak cita tu....... lihat gelombang laut tu pun Subhanallah....... takut saya jadinya
Tapi apa yg saudara katakan tu saya sokong........
Islam digambarkan sebagai sesuatu yg serba serbi tak baik langsung.... walhal heronya...... biasa lah hero filem...... Sakinah pun tak kuat pegangan... ntah lah takut cakap lebih2 nanti balas balik (walaupun tu cita filem) kat diri saya yg tak lah sehebat mana ni.........
apapun kita jadikan cite tu satu pengajaran........
::Klu kita bantu agama Allah, pasti DIA akan membalasNYA::
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For zinnirahProfil   Hantar PM kepada zinnirah   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-09-04 15:55




Ana memang tak suka dan tak setuju ngan jalan dan mesej cerite tu...mula2 tengok dah rasa meluat...iyela, nampak macam nak sampaikan mesej agama, tapi adengan 'pegang2' ngan berahi tu aper?

Kalau betul nak mendidik, didiklah dengan sepenuhnya...jangan separuh mendidik, separuh lagi melaghakan...

Wallahua'lam...

-----------------
:: Salam Persaudaraan Untuk Semua :) ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 06-01-05 12:05




Cerita telompook mmg best, banyak pengajarannya pd ana. Jadik rasionalnya yang ana dapat dalam cerita tu. Tinggalkan seseorang sahabat yang menjuruskan kita pada kemungkaran. Walaupun ia cuma sekadar filem namun boleh digunakan sbgi iktibar pd Ana sbgi seorang islam. Tunjukkan bahawa ISLAM itu INDAH. Kita umatnya bukan seperti yang dipaparkan dlm filem itu. Betul tak?

Muhasabah diri... Hiasi peribadi



Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

aKujErr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9790
Posting: 287
Dari: ::..Kelantan Darul Naim..::

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-05-05 05:01


tumpang lalu sket..
ehhemm..nk tnya sket..
cam tak best jer..
best ke iter ni..
citer lah sket kt amBo camner citer die..hehe.
ok...

saLam ukhwah dr amBo

Bookmark and Share

    


  Member Information For aKujErrProfil   Hantar PM kepada aKujErr   Pergi ke aKujErr's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.093883 saat. Lajunya....