ini adalah hasil soal jawab saya dengan ustaz gayat di bicaramuslim...
ustaz gayat:
as'kum,
saya tidak akan jawab secara langsung. cuma saya ingin menekankan satu perkara berdasarkan quotation di bawah:
Petikan:
diwartakan bhw artis wanita x dibenarkan walaupun utk tujuan dakwah kerana suara dianggap aurat..
perkataan artis itu terlalu umum. Meskipun ditekankan mengenai dakwah, tidak beerti benda yg baik menghalalkan cara itu. Dlm persoalan ini, kita perlu melihat kpd waqi' setempat. Ulama' yg mengatakan suara wanita itu bukan aurat menetapkan syarat2 yg tertentu. Antaranya tidak melunakkan suaranya spt yg ditekankan dalam ayat al-Quran yg bermaksud:
"Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik." (al-Ahzab: 32)
Skrang saya tanya kpd semua, apakah suara artis samada berdakwah ataupun sebaliknya itu dikira melunakkan suara? Dan bukankah suara mereka itu boleh menimbulkan fitnah kd lelaki2 yg rosak hatinya?
masri:
ok..ok
yg diharamkan ialah melunakkan suara... tapi disini saya still confuse sbb ia diharankan secara total..sdgkan saya juga ada mendengar beberapa lagu dakwah oleh kumpulan perempuan spt mawaddah..saya x fikir mrk juga termasuk dlm kategori yg melunakkan suara..lainlah mcm ct nurhaliza, waheeda dan lain2...maaflah kalu persoalan saya mcm provokasi tp saya dah lama dgr lagu mawaddah ni..jd saya x fikir ia boleh menggoda lelaki..
kalau boelh saya harap ustaz gayat dpt sertakan pandangan ulama' dr kedua-dua belah pihak yaitu yg mengatakan haram wanita menyanyi dan yg sebaliknya...
saya ada terbaca di dlm al-ahkam ttg isu ini...ustaz thtl ada menyertakan fatwa mufti wilayah persekutuan yg mengatakan bhw tidak salah wanita menyanyi lagu2 dakwah..
ingin saya jelaskan disini walaupun saya tidak mengangap suara wanita itu aurat tp saya masih berpegang bhw masih belum masanya utk artis wanita yg menyanyikan lagu2 dakwah ini membuat persembahan ditempat umum....
spt disekolah saya, walaupun saya x mengangap suara itu aurat tp memandangkan uruf pelajar lelaki yg seperti beruk bila tgk budak pompuan buat persembahan nasyid, syair dll maka saya x bersetuju wanita menyanyi dikhalayak ramai..ini hanya pandangan saya..
gayat:
menggoda atau tidak itu merupakan satu istilah yg relatif. Mungkin pd ana tdak memberi kesan, tetapi bagaimana pula mereka yg mempunyai hati yg tidak bersih dgn iman yg lemah.
Dalam menetapkan fatwa yg umum, kita perlu melihat kesannya secara menyeluruh, bukannya individu tertentu sahaja. Krn majlis fatwa berperanan memberi fatwa kpd umat Islam seluruhnya, bukanlah satu2 individu.
sdr mengatakan ct dlln itu melunakkan suara sedangkan kumpulan nasyid muslimah itu tidak. pada saya, tidak ada beza dari segi suara antara penyanyi nasyid maupun tidak. Kesemuanya menggunakan suara mereka yg merdu utk mendendangkan lagunya. tidak pula saya lihat org yg tidak sedap suara menyanyi. icon_confused.gif
Terus terang saya katakan(menurut pendpt saya) seni muzik yg didendangkan kpd khalayak ramai bukanlah bidang muslimah. Mereka boleh bernyanyi, ttp bukan utk umum. namun sekiranya mereka dikalangan muslimah ataupun keluarga itu cerita lain. Ini ditambah lagi mereka mengadakan persembahan dikhalayak ramai. icon_cry.gif
Khilaf yg berlaku adalah berkaitan isu suara wanita itu aurat atau tidak. Kemudian barulah timbul persoalan menyanyi ini. Perlu ditegaskan juga, persoalan yg diungkitkan di sini merupakan 2 tajuk yg berlainan iaitu aurat dan muzik. Namun, dalam membicarakan isu wanita menyanyi, bolehlah kita combinekan bagi memudahkan perbincangan ini.
Mengenai fatwa mufti WP, saya juga menyedari hakikat kewujudan fatwa tersebut. Namun saya tidak ingin membahaskan fatwa tersebut.
Saya mengatakan, jika kita berpegang kpd pendpt suara wanita itu bukan aurat, maka kita simpulkan bhw harus utk wanita bersuara selagi tidak membatasi syara'. Dgn erti kata lain pada asalnya suara wanita itu harus bukannya aurat.
Selepas itu, kita tetiti pula persekitaran masyarakat m'sia skrang. Apakah sdr berpendpt negara kita aman dari jenayah rogol?
masri:
jd mengikut pandangn ustaz semuany bergantung kpd keadaan semasalah...
gayat:
Oleh krn sdr meminta saya mengemukakan dalil serta padangan ulama', maka saya telah mendapatkannya utk dikongsi bersama. Saya tidak akan membahas isu adakah suara wanita itu aurat atau tidak. Apa yg saya buat ialah kita menilai nyanyian nasyid muslimah berdasarkan pendpt ulama' yg mengatakan suara wanita itu bukan aurat. Bukannya aurat ini juga merupakan pendpt mazhab syafi'i yg mana dalam mazhab syafi'i, suara wanita itu bukanlah aurat. Namun ia dibatasi dgn persekitaran. jika ia membawa fitnah dan juga godaan maka ia menjadi haram. Pendpt ini dinukilkan oleh al-alusi dalam tafsir ruhul ma'ani(18/116).
Apakah maksud/ukuran kpd godaan dan fitnah?
Allah swt berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yg bermaksud:
Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
Ayat ini merupakan salah satu dalil yg digunakan utk mengatakan suara wanita itu aurat. Namun, oleh krn kita berpengang kpd pendpt syafi'iyyah, kita gunakan ayat ini sebagai ukuran batasan syara'. memukul kaki di sini merujuk kpd gelang loceng yg dipakai pada kaki wanita. Kalaulah loceng itu boleh membawa syahwat, bagaimana pula suara yg dialunkan yg semestinya bertujuan utk menarik perhatian org awam.
Ibn Katsir dalam kitab tafsirnya dalam menafsirkan ayat 32 surah al-Ahzab mengatakan wanita itu tidak boleh berbicara dgn bukan mahram dgn suara yg menarik perhatian. Dalam menafsirkan ayat di atas pula beliau mengatakan wanita tidak boleh sama sekali menzahirkan sesuatu yg tersembunyi yg boleh menarik perhatian lelaki yg bukan mahram.
Dr yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Islam wa al-fan telah mebahaskan isu muzik dan nyanyian dgn panjang lebar sekali. Ia juga menukilkan syarat2nya. Beliau telah menukilkan pendpt Imam al-Ghazali dalam sebuah bab khusus di dalam kitab itu yg membahaskan situasi2 yg mengubah hukum harusnya muzik kpd haram. Imam al-Ghazali telah menyebut 5 perkara. Saya hanya ingin menukilkan secara ringkas 2 perkara yg saya rasa berkaitan iaitu:
1) Nyanyian itu menjadi haram sekiranya didengari dari seorang wanita yg diharamkan memandangnya krn dibimbangi fitnah.
2) Jika org yg mendgr nyanyian itu lebih mudah dirangsangi oleh nafsu syahwat, maka mendgr muzik ketika itu adalah haram
Dr yusuf al-Qaradhawi dalam kitab yg lain mengatakan:
Yang dilarang bagi wanita ialah melunakkan pembicaraan untuk menarik laki-laki, yang oleh Al-Qur'an diistilahkan dengan al-khudhu bil-qaul(tunduk/lunak/memikat dalam berbicara), sebagaimana
disebutkan dalam firman Allah:
"Hai istri-istri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik." (al-Ahzab: 32)
Allah melarang khudhu, yakni cara bicara yang bisa membangkitkan nafsu orang-orang yang hatinya "berpenyakit."
-----
Begini, saya ringkaskan. Suara wanita itu bukan aurat. Namun ia menjadi aurat jika melampaui batasan. Batasan dia adalah jika suara itu dilunakkan dan seterusnya menggoda bukan mahram. Jika nyanyian itu membawa manfaat tanpa ada yg tergoda maka ia harus. Dalilnya:
"Dan dari Aisyah r.a. sesungguhnya Abubakar pernah masuk kepadanya, sedang di sampingnya ada dua gadis yang sedang menyanyi dan memukul gendang pada hari Mina (Idul Adha), sedang Nabi s.a.w. menutup wajahnya dengan pakaiannya, maka diusirlah dua gadis itu oleh Abubakar. Lantas Nabi membuka wajahnya dan berkata kepada Abubakar Biarkanlah mereka itu hai Abubakar, sebab hari ini adalah hari raya (hari bersenang-senang)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Namun begitu, sekiranya suara itu menjadi fitnah maka ia menjadi haram meskipun isi lagu itu berunsurkan Islam. Bahkan inilah lebih bahaya krn ia boleh mebawa fitnah kpd Islam itu sendiri. WA.
masri:
jkk ustaz gayat....sori ye asyik byk tanye je saya nie
gayat:
akper. bagusla...bahkan lebih bagus kalo lagi ramai org cam enta. dahagakan ilmu islam yg sahih. selagi mana saya mampu utk membantu selagi itu saya bantu. insya Allah.