Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak hidup dek puji; tidak mati dek keji
-- SMNA (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 59
Ahli: 0
Jumlah: 59




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 8 hari yang lalu
muslimiman: 13 hari yang lalu
tornado: 33 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: MB dedah gelagat YB di pusat hiburan


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» MB dedah gelagat YB di pusat hiburan

Please Mendaftar To Post


Oleh MB dedah gelagat YB di pusat hiburan

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-09-04 20:05


SEREMBAN: Ada wakil rakyat di negeri ini mengunjungi pusat hiburan dan karaoke melebihi had waktu dibenarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) sehingga pemilik pusat berkenaan segan untuk menutup premis mereka
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, ketika mendedahkannya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, berkata apabila melihat ‘Yang Berhormat’ berada dalam premis itu, pemiliknya serba salah.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan wakil rakyat terbabit supaya menjaga tingkah laku serta ‘mesti bersih dan dilihat bersih’ dengan tidak mengunjungi tempat berkenaan bagi mengelak pandangan buruk masyarakat.

“Mana-mana Yang Berhormat yang pernah buat benda macam ini, tolonglah hentikan amalannya, nanti apa kata rakyat. Berilah gambaran yang baik,” katanya ketika menggulung perbahasan sidang DUN Negeri Sembilan, semalam.

Ketika ini ada 91 pusat karaoke di seluruh Negeri Sembilan dan sejumlah pusat hiburan lain, yang dibenarkan beroperasi sehingga jam satu pagi.

Mohamad berkata, semua pihak perlu memperteguhkan keimanan dan kekuatan diri dalam menghadapi pelbagai masalah, terutama sosial yang banyak berlaku kebelakangan ini dan tidak menyalahkan pihak lain semata-mata.

“Janganlah bila tengok gambar seksi dekat majalah, sudah hendak rogol orang, teguhkan hati dan keimanan kita. Bila berlaku sesuatu yang buruk di sekeliling kita, jangan mudah menyalahkan pihak lain kerana kita juga mempunyai tanggungjawab untuk melakukan pencegahan.

“Menyalahkan pihak lain tidak akan selesai masalah, sebaliknya kita perlu sama-sama mengatasi masalah sosial ini secara bersama,” kata Mohamad.

Terdahulu, Jalaluddin Alias (BN-Klawang) berkata, semua ketua jabatan di negeri ini perlu meneruskan sikap proaktif dan menyahut cabaran Menteri Besar untuk memajukan negeri ini.

Beliau berkata, adalah amat merugikan jika ada antara mereka bersikap sambil lewa, pada ketika Menteri Besar sudah menunjukkan komitmen tinggi dan sanggup bekerja keras demi rakyat.

Katanya, sikap kurang memberi kerjasama kepada seorang peneraju negeri ini perlu dihentikan jika mereka ingin melihat pembangunan dan proses memberi kesejahteraan terhadap rakyat tercapai.


tahniah buat mb tu mendedahkan kerosakan yb2 dia

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2004-09-17 20:06 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

dinulhuda1422h
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2447
Posting: 793
Dari: Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-09-04 10:35


Nak rebut jawatan kot...entah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinulhuda1422hProfil   Hantar PM kepada dinulhuda1422h   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-09-04 12:47



Quote:
Ada wakil rakyat di negeri ini mengunjungi pusat hiburan dan karaoke melebihi had waktu dibenarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) sehingga pemilik pusat berkenaan segan untuk menutup premis mereka
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, ketika mendedahkannya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, berkata apabila melihat ‘Yang Berhormat’ berada dalam premis itu, pemiliknya serba salah.



YB yang beragama islam ke YB non muslim ni, kalau non muslim boleh tahan lagi tapi kalau YB muslim yang masuk jugak, ni dah kategori 'munafik' ni, masa berkempen cakap nak laksana islam, pembangkang bawak ajaran islam tak betul, kononnya islamnya yang menepati Al-Quran Sunnah tapi last-last dia yang berjoget.

P/S : Pernah tengok seorang menteri kabinet yang melayu beragama islam tengah berjoget dan menyanyi atas pentas

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-09-04 20:13


YB oh YB...

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

usamah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.04.2004
Ahli No: 8451
Posting: 52

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-09-04 22:40


Pesanan untuk semua YB-YB.....wahai Yang Berhormay sekalian,YB kenalah ingat anda merasa senang bila dipanggil YB tetapi adalah anda akan merasa senang di akhirat nanti....wahai YB sekalian anda merasa terhormat apabila rakyat menghormati anda tetapi adakah anda akan dihormati di akhirat nanti.....sama-sama kita renung!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For usamahProfil   Hantar PM kepada usamah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12323 saat. Lajunya....