Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita seringkali melihat bagaimana jemaah-jemaah haji mengikuti kursus-kursus yang diadakan sebagai persiapan untuk menempuhi suasana haji yang sebenar, begitu juga dengan pelajar-pelajar yang akan menempuhi peperiksaan, dilatih dengan pelbagai tuisyen dan kelas tambahan untuk menempuhi peperiksaan, maka kehidupan akhirat dan peperiksaan di padang mahsyar lebih patut lagi diadakan kursus persediaan dan kelas tuisyennya yang tersendiri..Persediannya ialah iman serta amalan soleh dan kelas tuisyennya ialah majlis-majlis ilmu.
-- Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 51
Ahli: 0
Jumlah: 51




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Makna asal `kitab' lebih luas


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Makna asal `kitab' lebih luas

Please Mendaftar To Post


Oleh Makna asal `kitab' lebih luas

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-09-04 15:26


Oleh Abdul Rahman Abdul Rahim

Kitab yang berasal daripada perkataan Arab bermakna buku. Buku bererti helaian-helaian kertas yang telah dijilidkan.

Kalau menurut makna istilah ini, maka al-Quran menjadi kitab setelah dibukukan pada zaman Khalifah Uthman r.a. walaupun ia masih berbentuk mushaf iaitu helaian-helaian kertas yang diikat tetapi tidak dijilidkan.

Ini bermakna al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w. yang berbentuk hafalan dan tulisan di atas pelbagai bahan belum lagi dihimpun menjadi buku, dan tidak boleh disebut sebagai kitab seperti yang difahami sebagai istilah Arab hari ini.

Bagaimanapun, mafhum Surah al-Baqarah ayat 2: Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang bertakwa.

Mengapakah al-Quran disebut sebagai kitab sedangkan ketika itu ia masih belum dibukukan dan sepatutnya tidak dipanggil sebagai kitab?

Apa yang sebenarnya berlaku ialah istilah `kitab' dalam al-Quran tidak bermaksud `buku'. Istilah `kitab' sebagai `buku' hanya berlaku selepas diciptanya buku. Jadi buku dalam bahasa Arab disebut sebagai kitab.

Tetapi istilah `kitab' sudah lama wujud sebelum manusia mencipta buku. Malah dalam al-Quran juga disebut bahawa Zabur, Taurat dan Injil adalah kitab sedangkan pada masa itu pastinya, kitab-kitab itu tidak dibukukan. Ia hanya berbentuk helaian kertas, atau dalam bentuk gulungan seperti yang biasa dibuat pada zaman purba.

Ini kerana buku yang kita kenal hari ini dicipta jauh pada zaman kemudian.

Sebelum terciptanya buku, kitab membawa banyak maksud lain.

Kitab mempunyai akar huruf `ktb', yang membawa kepada perkataan `katb' dan `kitabat'.

Sebelum terciptanya buku, kitabat atau kitab bermakna ``apa yang ditulis'', atau hasil tulisan. Jadi walaupun al-Quran, Injil, Taurat dan Zabur tidak dibukukan, tetapi ia masih dianggap sebagai kitab kerana ditulis, sama ada atas kertas, kulit, kayu atau batu.

Tetapi istilah kitabat yang membawa kepada kitab bukan saja bermaksud ``apa yang ditulis'', ia juga membawa makna wacana, gagasan atau fahaman.

Sebab itu, dalam al-Quran akan didapati perkataan `kitab' merujuk kepada firman, ilmu abadi, syariah, ketentuan dan al-Quran sendiri.

Jadi, istilah `kitab' itu bukan saja bermakna buku tetapi juga suatu fahaman, kepercayaan atau sistem pemikiran.

Al-Quran membawa maksud suatu bentuk pemahaman Tauhid. Begitu juga dengan Zabur, Taurat dan Injil. Ia bukan merujuk kepada bentuk zahir kitab tetapi idea atau fahaman yang dibawa daripada wahyu itu.

Justeru, istilah Ahlul Kitab yang terdapat dalam al-Quran tidak tepat untuk diterjemahkan sebagai People of the Book dalam bahasa Inggeris yang bermaksud `Pengikut Buku'. Ini kerana ahli kitab ini bukan bermaksud pengikut buku walaupun kini al-Quran sudah berada dalam bentuk buku dan orang Islam dianggap sebagai Ahlul Kitab.

Pengikut-pengikut Nabi Daud, Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan Nabi Isa adalah kesemuanya Ahlul Kitab walaupun `kitab' mereka, Zabur, Taurat, Suhuf dan Injil tidak dibukukan.

-- e-mel: [email protected]

Sumber: Utusan Online (17/09/2004)

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-09-04 20:12


banyak ilmu boleh didapati dari info ni...

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.09096 saat. Lajunya....