Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika perjuangan itu adalah kerana perut, nilai perjuangan itu sama dengan apa yang keluar dari perut.
-- Imam Syafie

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 57
Ahli: 0
Jumlah: 57




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Konvensyen WHL 2004 - Salur pelbagai maklumat kesihatan


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Konvensyen WHL 2004 - Salur pelbagai maklumat kesihatan

Please Mendaftar To Post


Oleh Konvensyen WHL 2004 - Salur pelbagai maklumat kesihatan

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-09-04 11:12


Oleh Normala Hamzah

Konvensyen Kesihatan dan Gayahidup Wanita (WHL) 2004, bakal mencipta sejarah apabila lebih 30 pakar perubatan dari pelbagai hospital seluruh negara dan luar negara berhimpun memberi ceramah selama tiga hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 8 Oktober hingga 10 Oktober ini.

Konvensyen tiga hari itu dijangka menghimpunkan pengunjung dan peserta dari pelbagai kategori agama, kaum dan keturunan dengan satu tujuan, menjana pemikiran masyarakat khasnya wanita ke arah melahirkan keluarga cemerlang berkonsepkan gaya hidup sihat.

Demikian dijelaskan Dr. Nor Ashikin Ahmad Mokhtar, Pengerusi Jawatan Kuasa WHL 2004 semasa ditemui.

Konvensyen julung kali khusus untuk wanita Malaysia ini di anjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, (KPWKM) dengan kerjasama F & R Exhibiton And Conference Sdn. Bhd.

Dr. Nor Ashikin berkata, konvensyen ini akan merangkumi semua aspek kesihatan wanita, daripada masalah kesihatan diri, dalaman dan luaran serta bagaimana hendak mengembangkan kesihatan khususnya membabitkan wanita, lelaki dalam hidup mereka serta keluarga.

``Perlu diingat, walaupun konvensyen ini lebih menampakkan untuk wanita, sebenarnya WHL 2004 terbuka kepada semua, termasuk juga lelaki,'' tambahnya.

Dalam hubungan ini kata Dr. Nor Ashikin, wanita perlu memainkan peranan melakukan langkah pertama untuk membawa ahli keluarga mereka ke konvensyen ini dan menyakinkan kaum lelaki (suami atau anak) supaya memanfaatkan ia untuk membaiki tahap kesihatan mereka.

``Belajarlah tentang lelaki dalam hidup anda dengan menghadiri konvensnyen ini. Banyak yang belum anda tahu mengenai mereka. Di tangan kita letaknya tanggungjawab untuk menjamin kesihatan mereka, tidak kira suami, anak lelaki, bapa bapa mentua atau adik lelaki.

``Pada masa yang sama, utama-

kan kesihatan kita (wanita) supaya kita dapat membantu menjaga kesihatan mereka. Apabila wanita sihat dan cergas, insya-Allah, keluarga dan kesihatan mereka juga akan terpelihara,'' tambahnya.

Menurut Dr. Nor Ashikin, konvensyen ini dianggap sebagai perayaan kesihatan di peringkat nasional untuk wanita dan keluarga serta juga masyarakat kerana ia merangkumi pelbagai program.

Antaranya, pameran, penggunaan internet dan data dalam bidang perubatan tertentu, pendekatan mengenai kesihatan, ceramah, pertandingan melukis dan mewarna serta pertandingan memasak, kesemuanya membabitkan kesihatan.

Seminar kesihatan mengenai Wanita dan Gayahidup ini dijadual berlangsung selama tiga hari dan dibahagikan kepada dua sesi, pagi dan petang.

Tajuk-tajuk yang telah disahkan adalah Keluarga Sejahtera, Keluarga Bahagia, Kesihatan dan Kebahagiaan Berkekalan, Perjalanan Pertengahan Jalan: Apa yang Wanita Patut Tahu, Fakta Wajah dan Pembedahan Plastik, Pengurusan Berat Badan, Wanita Sihat Sentiasa Gembira, Wanita Perlu Tahu Kesihatan Lelaki Milik Mereka serta topik paling popular Wanita dan Kanser.

Penyakit-penyakit yang akan menjadi perbincangan antaranya, Kesakitan Haid, Mitos Kanser, Tip Kesihatan Untuk Wanita, Menopaus, Terapi Penggantian Hormon (HRT), Dos Rendah HRT, Pembedahan Wajah, Penggunaan Botox dan Pembedahan Payu dara.

Turut akan diperkatakan adalah Obesiti dan Pengurusan Perubatan, Pengurusan Pembedahan Obesiti, Sakit Jantung di kalangan wanita, Hepatitis dan Hidup sihat dengan Diabetes.

Menariknya tentang konvensnyen ini kata Dr. Nor Ashikin, adalah kerana banyak perkara mengenai lelaki yang akan disajikan termasuk perihal Lelaki Yang Berusia, masalah Prostet, Kesihatan Seksual Lelaki, Mati Pucuk, di samping masalah kanser di kalangan wanita yang semakin mendapat perhatian ramai.

``Menyedari negara ini mempunyai pelbagai kaum, penganjur juga menyediakan ceramah dalam bahasa cina serta menjemput pakar perubatan dari dari China untuk memberi ceramah mengenai penggunaan ubat-ubatan tradisional yang akan memperkatakan kesihatan dari sudut amalan dan kebudayaan cina,'' jelasnya.

Selain seminar tiga hari, satu pameran juga akan diadakan. Pameran ini ibarat gudang ilmu kepada peserta dan pengunjung kerana ia akan mempamerkan pelbagai produk kesihatan tradisional dan moden untuk dimanfaatkan.

``Sehubungan itu saya menyeru semua pihak, swasta, korporat, sektor awam, individu, pemilik butik, spa, jualan langsung dan sebagainya menyertai konvensyen ini untuk sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman dengan masyarakat berkaitan kesihatan,'' tambahnya.

Sehingga kini, kata Nor Ashikin, 70 peratus ruang pameran telah ditempah dengan beberapa jenama terkenal turut memberi komitmen untuk menjayakannya.

Menyedari masyarakat perlu didedahkan dengan maklumat mengenai perbankan dan insurans yang juga berkait rapat dengan kesihatan, penganjur membuka ruang kepada bank-bank, amanah saham serta insurans untuk mengambil bahagian.

Setakat ini RHB Bank, Citygroup dan beberapa Syarikat Amanah Saham telah memberi kata pemutus akan ikut serta.

``Inilah peluang anda semua datang untuk tawar menawar demi masa depan dan kesihatan anda dan keluarga,'' katanya.

Menurut Dr. Nor Ashikin, upacara perasmian dan penutup konvensnyen WHL 2004 akan dilakukan dengan penuh simbolik. Cenderamata eksklusif daripada penganjur sebagai kenangan turut di sediakan.

``Saya menyeru masyarakat di seluruh negara di semua peringkat supaya menghadiri konvensnyen ini kerana ia adalah percuma. Luangkan masa anda untuk menghadirinya dan mendapatkan ilmu mengenai kesihatan. Mulakan langkah anda hari ini, kerana ia akan menjadi penentu kesihatan dan masa depan anda untuk hari esok,'' nasihat Dr. Nor Ashikin.

WHL 2004 adalah satu program yang tidak ternilai maknanya kepada kita semua. Manfaat yang diperoleh membantu melahirkan individu dan masyarakat yang sihat seterusnya merealisasikan impian melahirkan masyarakat bahagia, keluarga sejahtera negara sempurna.

Mereka yang berminat menyertai konvensyen ini boleh menghubungi F&R Exhibiton And Conference Sdn Bhd di talian 03-21610951 Faksimili: 03-21611106 atau layari laman web: www. fr-exhibitions.com.my atau E-mel:info @fr-exhibitions.com.my.

Sumber: Utusan Online (14/09/2004)

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.089736 saat. Lajunya....