Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda; jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki

-- Peribahasa Tionghua

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 282
Ahli: 0
Jumlah: 282




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 34 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: 8TV didenda RM50,000 kerana arak


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» 8TV didenda RM50,000 kerana arak

Please Mendaftar To Post


Oleh 8TV didenda RM50,000 kerana arak

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-09-04 09:22


KUALA LUMPUR 13 Sept. - Stesen televisyen swasta tempatan, 8TV didenda RM50,000 kerana menyiarkan iklan minuman keras semasa kejohanan bola sepak Euro 2004 dua bulan lalu.

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, denda maksimum itu membuktikan kerajaan serius bertindak terhadap pelanggaran peraturan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

``8TV dikenakan kompaun itu mengikut peruntukan Seksyen 242, Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan jika mengulangi kesalahan kali kedua akan dikenakan denda RM100,000, dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,'' katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu Shaziman menjawab soalan lisan asal Dr. Rozaidah Talib (BN-Ampang) yang meminta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan sebab mengapa syarikat televisyen swasta tidak perlu mematuhi syarat-syarat penapisan, penayangan dan pengiklanan yang ketat.





-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

khairoo84
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2004
Ahli No: 9971
Posting: 752
Dari: Banting, Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-09-04 10:06


Quote:
on 2004-09-14 09:22, suhaimi_sr wrote;

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, denda maksimum itu membuktikan kerajaan serius bertindak terhadap pelanggaran peraturan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.



eleh itu baru 0.1 % kes yang dicekup dah bangga...gerenti 6 bulan tak habis cerita! padahal banyak lagi kemungkaran dan maksiat di Malaysia ni! tak taulah apa nak cakap kat kerajaan malaysia nih! tengok Kilang Carlsberg kat Shah Alam tu, punyalah besar dia punya signboard! kalah signboard masjid-masjid kat Malaysia nih! tak caya? tengok ni!

Agak nya inilah dia CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG yang dijaja oleh Pak Lah setiap hari!

CEMERLANG menipu rakyat GEMILANG dengan arak TERBILANG dengan rasuah!

tepuk dada tanya selera.....

nantikan penangan ANWAR dalam pilihanraya 2008 nanti.... kita tengok dan gelakkan Pak Lah jatuh tersungkur menyembah bumi!

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairoo84Profil   Hantar PM kepada khairoo84   Pergi ke khairoo84's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 14-09-04 10:22




sbg langkah permulaan, tahniah utk krj sbb peka ttg isu ni.. pd masa akan dtg harap nyer ambil tindakan yg lbh tegas..

Quote:

On 2004-09-14 10:06, khairoo84 wrote:
nantikan penangan ANWAR dalam pilihanraya 2008 nanti.... kita tengok dan gelakkan Pak Lah jatuh tersungkur menyembah bumi



hmmm.. cara menyambut kemenangan bknlah dgn mentertawakan musuh.. & DSAI bkn satu2 nyer faktor yg boleh bawa kemenangan pd BA utk PRU akan dtg nanti.. selagi beliau tak kembali ke m'sia & nampak hala tuju perjuangan nyer, kita tak boleh berharap sgt..

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan.. Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai.. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia maha penerima taubat.."

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

amier_hafizun
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.06.2004
Ahli No: 9614
Posting: 43
Dari: KuKuM..Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-09-04 11:45


cemerlang gemilang terbilang

Bookmark and Share

    


  Member Information For amier_hafizunProfil   Hantar PM kepada amier_hafizun   Pergi ke amier_hafizun's Website   Quote dan BalasQuote

cucu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10226
Posting: 226
Dari: Bumi Milik Allah

russia  


posticon Posting pada: 14-09-04 12:48




tak apalh tu.... sudah terantuk... baru tengadah. itu jer nak cakap

Bookmark and Share

    


  Member Information For cucuProfil   Hantar PM kepada cucu   Quote dan BalasQuote

rahmat_hidayat
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.04.2004
Ahli No: 8654
Posting: 135
Dari: Johor Darul Ta'zim - UKM Bangi

Johor  


posticon Posting pada: 14-09-04 16:51




Pada saya itu adalah satu langkah yang wajar sebagai bukti keprihatinan pihak yang bertanggungjawab. Jangan kita kaitkannya dengan politik negara atau dasar kerajaan.

Gambar2 yang dipamerkan oleh sahabat khairoo84 tidak wajar digunakan sebagai platform untuk menghentam mana-mana pihak. Apa yang pasti, langkah pihak berkuasa ini wajar dipuji walaupun masih wujud elemen-elemen maksiat lain di negara kita.

Harus diingat, sebagai sebuah negara yang dihuni oleh masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama, kita harus sensitif kepada amalan dan kehendak mereka. Kerajaan tidak boleh mengharamkan sepenuhnya penjualan arak apatah lagi menghalang kilang arak dibina di atas tanah yang dibeli pengusaha kerana kita semua sedia maklum, minuman tersebut tidak dihukumkan haram oleh agama-agama lain.

Langkah menaikkan cukai Arak setiap tahun di dalam belanjawan membuktikan hasrat kerajaan membendung amalan meminum minuman keras. Jika kita hayati dasar ini dengan sehalus mungkin....setiap tahun cukai arak dinaikkan sehingga mungkin di satu tahap, golongan berpendapatan rendah tidak akan mampu membeli arak. Tidakkah ini satu usaha mendidik masyarakat kita untuk membenci arak!

Mengharamkan pengiklanan arak di dalam media cetak dan elektronik juga dilihat sebagai salah satu langkah mengekang amalan meminum arak dan seharuskan kita menyokong dasar ini.

Kita mungkin mudah untuk bercakap dan membuat sebarang tuduhan tetapi kita tidak sedia tahu apa risiko atau kesinambungan daripada tuduhan yang kita lontarkan itu.

BERFIKIR DAHULU SEBELLUM CAKAP!

-----------------
IMAN ASAS KEHIDUPAN MUSLIM - 0192458410


Bookmark and Share

    


  Member Information For rahmat_hidayatProfil   Hantar PM kepada rahmat_hidayat   Pergi ke rahmat_hidayat's Website   Quote dan BalasQuote

izad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 66
Posting: 427
Dari: Wakaf Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-09-04 22:25


saya boleh bersetuju jika kita boleh membiarkan golongan bukan Islam ini meminum arak....

tapi apakah pula faedahnya jika kita boleh membiarkan golongan ini membuka kilang-kilang arak. semakin besar pulak tue... dan khabarnya ada satu lagi yang bakal dibina/di buka kat Johor(kalau tidak salah)...

terlalu sukarkah untuk kita tidak memberikan permit kpd pihak yang terbabit. lihat cth kelantan, kerajaan negeri lebih bijak menguruskan hal-hal yang boleh mengelakkan rakyat terjebak dengan maksiat...

apapun cukai/harga arak yang tinggi apakah tidak memungkinkan seseorang itu berusaha untuk membelinya... dan jika perkara ini berlaku apakah natijahnya kepada negara......

cuba fikirkan...... saya hanya mengemukakan pendapat, terpulang kepada sahabat di sini untuk menilainya.....

------



-----------------
AL-FIRQATU AN NAAJIAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For izadProfil   Hantar PM kepada izad   Pergi ke izad's Website   Quote dan BalasQuote

rahmat_hidayat
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.04.2004
Ahli No: 8654
Posting: 135
Dari: Johor Darul Ta'zim - UKM Bangi

Johor  


posticon Posting pada: 15-09-04 11:51




Apakah fakta dan realiti sebenar yang anda perlu tahu tentang kilang memproses Arak di Johor?. Buat pengetahuan sahabat ukhwah semua, sehingga saat saya menulis di dalam ruangan ini, belum ada kilang memproses arak yang dibina di Johor. Cuma yang ada hanyalah gudang / kilang yang berfungsi sebagai pusat pengedaran.

Harus diketahui bahawa komposisi penduduk Islam dengan bukan Islam di negeri Johor tidak jauh berbeza (nisbah 55 / 45). Kerajaan negeri tidak mudah sama sekali membenarkan kilang memproses arak wujud di negari ini walaupun hakikat sebanarnya wujud permintaan yang tinggi daripada pembeli daripada dalam negeri dan luar negeri khususnya singapura.

Saudara/i sekalian....jika anda cuba melawan api yang sedang marak....lawanlah dengan air dan bukannya dengan minyak petrol. Jika anda hendak melawan permintaan yang tinggi terhadap sesuatu produk yang mendatangkan mudarat, lawanlah dengan akal dan bukannya dengan revolusi melalui tindakan drastik. Itulah falsafah yang wajar di hayati jika anda ingin cuba memahami isu kenaikkan cukai arak dan rokok dalam belanjawan negara setiap tahun.

Fikirkanlah jika anda masih mampu berfikir!

-----------------
IMAN ASAS KEHIDUPAN MUSLIM - 0192458410


Bookmark and Share

    


  Member Information For rahmat_hidayatProfil   Hantar PM kepada rahmat_hidayat   Pergi ke rahmat_hidayat's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 15-09-04 22:26


saya sokong 10000% apa yg rahmat_hidayat perkatakan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

izad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 66
Posting: 427
Dari: Wakaf Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-09-04 22:01


Baguskah begitu... apakah fikiran kita terlalu sukar untuk berfikir.....??????

-----------------
AL-FIRQATU AN NAAJIAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For izadProfil   Hantar PM kepada izad   Pergi ke izad's Website   Quote dan BalasQuote

izad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 66
Posting: 427
Dari: Wakaf Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-09-04 11:34


kan lebih baik jika sekiranya diserahkan kepada Singapura... apakah kerajaan negeri Johor nak tumpang sekaki.... maklumlah hasilnya lumayan....

-----
PAS JOHOR telah mengemukakan memorandum tentang isu ini. Apakah kita nak tunggu sesudah ianya siap??????? saat itu apakah kita nak mengigit jari..............

-----------------
AL-FIRQATU AN NAAJIAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For izadProfil   Hantar PM kepada izad   Pergi ke izad's Website   Quote dan BalasQuote

KIKO
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14072
Posting: 251
Dari: Kota Kinabalu Sabah...

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-10-05 12:14


Perkara ni kalau tak dibendung akan menjadi2 malah ada yang besar kepala pula....So dalam hal ni bukan pihak kerajaan saja yang perlu memainkan peranan tapi kita sebagai rakyat malaysia patut menyuarakan ketidakpuashatian ini dengan cara yang betul.kalau bolehler saya nak cuba bayangkan jika negara kita ini bebas dari arak,dadah,pembunuhan,pelacuran dan rasuah....Isu arak ni lain sikit...Mesti ada tentangan....tapi cuba positifkan contohnya arak..Kenapa harus diharamkan terus...sebab arak ni tak ada kebaikannya malah membawa keburukan....buat lah kampen besar2an macam anti merokok mengatakan arak tu tak baik untuk kesihatan kan baik beli 100 plus.Kerajaan tentu sekali tak dapat terima pendapat ni sebab kena fikir panjang!kalau nak diharamkan terus...mesti ada saja yang membangkang!non muslim...Tapi tak silap orang melayupun ada yang teror minum arak ni bukan semua tapi segelintir....so iniler pengaruh arak ni....kalau saya jadi pm untuk sehari 2 pun tak pa.....semua kilang2 arak ni ditutup!digantikan dengan kilang jus kurma...Saya masa tu mengamalkan Pemerintahan bukan kukubesi Tapi kukukucinghehe....Risiko tanggung sendiri...Sapa yang membangkang saya kurung dalam bilik khas bagi minum dia jus kurma sampai ketagih......huhuhuhu....baru dia tahu....nak sangat minum arak...
[ Telah diedit oleh: KIKO pada 24-10-05 12:16 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For KIKOProfil   Hantar PM kepada KIKO   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-10-05 12:26


heh... tau2 sendiri la

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-10-05 12:53


Pada 14-09-04 16:51 , rahmat_hidayat posting:

!!! QUOTE !!!


Pada saya itu adalah satu langkah yang wajar sebagai bukti keprihatinan pihak yang bertanggungjawab. Jangan kita kaitkannya dengan politik negara atau dasar kerajaan.

Gambar2 yang dipamerkan oleh sahabat khairoo84 tidak wajar digunakan sebagai platform untuk menghentam mana-mana pihak. Apa yang pasti, langkah pihak berkuasa ini wajar dipuji walaupun masih wujud elemen-elemen maksiat lain di negara kita.

Harus diingat, sebagai sebuah negara yang dihuni oleh masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama, kita harus sensitif kepada amalan dan kehendak mereka. Kerajaan tidak boleh mengharamkan sepenuhnya penjualan arak apatah lagi menghalang kilang arak dibina di atas tanah yang dibeli pengusaha kerana kita semua sedia maklum, minuman tersebut tidak dihukumkan haram oleh agama-agama lain.

Langkah menaikkan cukai Arak setiap tahun di dalam belanjawan membuktikan hasrat kerajaan membendung amalan meminum minuman keras. Jika kita hayati dasar ini dengan sehalus mungkin....setiap tahun cukai arak dinaikkan sehingga mungkin di satu tahap, golongan berpendapatan rendah tidak akan mampu membeli arak. Tidakkah ini satu usaha mendidik masyarakat kita untuk membenci arak!

Mengharamkan pengiklanan arak di dalam media cetak dan elektronik juga dilihat sebagai salah satu langkah mengekang amalan meminum arak dan seharuskan kita menyokong dasar ini.

Kita mungkin mudah untuk bercakap dan membuat sebarang tuduhan tetapi kita tidak sedia tahu apa risiko atau kesinambungan daripada tuduhan yang kita lontarkan itu.

BERFIKIR DAHULU SEBELLUM CAKAP!

saya rasa saya patut ajukan kata-kata yang sama kepada rahmat_hidayat, BERFIKIR DAHULU SEBELLUM CAKAP!

tak tahukah anda bahawa pembuat arak, pembeli arak, penjual arak dan yang seumpamanya mendapat dosa yang sama dengan orang yang meminum arak, tak kira individu atau kerajaan... tak percaya???

"Allah SWT melaknat 10 kumpulan yang terlibat dengan arak: Pemerah, pengilang perahan, peminum, pembawa, penanggung, pemberi minum dengannya, penjual, pemakan keuntungannya, pembeli untuknya dan pembeli untuk lainnya" (Riwayat Ibnu Majah, Tirmizi daripada Anas bin Malik). Sila rujuk Fiqh al-Mazahib al-Arba`ah: Imam `Abd Rahman al-Jaziri, Jilid 5, Dar al-Hadith, Kaherah dan rujuk juga Kitab Fiqh al-Sunnnah, al-Sayyid Sabiq, Jilid 2, Kaherah., hlm 518.

Para ulama' telah bersepakat dengan mengharamkan penjualan arak dengan nas yang thabit qat`i. Nabi juga bersabda dalam hadis yang lain: " Sesungguhnya perkara yang haram meminumnya haram jua menjualnya dan haram membelinya dan haram memakan keuntungannya" ( Lihat Fiqh al-Mazahib al-Arba`ah: Imam `Abd Rahman al-Jaziri, Jilid 5, Dar al-Hadith, Kaherah)

Daripada Abdullah Bin Amru Bahawa Nabi SAW bersabda:

"Arak adalah ibu kejahatan dan dosa besar yang terbesar" (Riwayat At-Tabrani)

nak ikut kata kerajaan ke nak ikut kata Nabi s.a.w...? tepuk dada, tanya iman, kata-kata siapa yang boleh membawa ke syurga, dan kata-kata siapa yang boleh membawa ke neraka... kalau nak teruskan pujian tu, silakan...

ingatlah kepada pesan Imam al-Ghazzali: "Ilmu tanpa amal adalah suatu kebodohan, manakala amal tanpa ilmu adalah suatu penipuan..."

maaf kalau ada yang terasa, wassalam...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 26-10-05 10:33 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-10-05 13:57


TERINGAT saya PADA NOSTALGIA MENJADI PELAJAR 'DERHAKA' KERANA INGKAR PERINTAH UNTUK MENGIKUTI 'LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LOJI CARLSBERGE SHAH ALAM' PADA 22 FEB 2005.


ISK ISK ISK.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-10-05 14:10


:oops: :oops: bagus2,patutnye didenda lebih banyak lagi....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-10-05 14:39


Pada 24-10-05 13:57 , MohdHanafi posting:

!!! QUOTE !!!

TERINGAT saya PADA NOSTALGIA MENJADI PELAJAR 'DERHAKA' KERANA INGKAR PERINTAH UNTUK MENGIKUTI 'LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LOJI CARLSBERGE SHAH ALAM' PADA 22 FEB 2005.


ISK ISK ISK.......
lebih baik kita dianggap pelajar yang derhaka kepada sekolah, atau rakyat yang derhaka kepada pemerintah, daripada kita menjadi hamba yang derhaka kepada Allah s.w.t...

mengingkari perkara2 yang mungkar adalah tidak dikira derhaka... tapi mempertahankan agama sebenarnya... :-)


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 25-10-05 06:49 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 24-10-05 16:25


Say No to Lager,Liquor dan sewaktu dengannya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 24-10-05 16:25


Say No to Lager,Liquor dan sewaktu dengannya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-10-05 21:56


I rasa banyak lagi perkara yang perlu dibuat untuk tangani arak, jangan puas hati takat tu saja ...... bina kesedaran tentang bahaya arak,beri maklumat kedai arak,buat kempen jauhi arak,boikot syarikat yang sponsor arak dll.Umat Islam perlu buat banyak kerja dan dengan perbagai cara.Kejayaan bukan datang dengan mudah ...... bahkan kejayaan tak pernah berakhir .......

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-10-05 21:59


Hidup Umat Islam perlu beroganisasi ... ha tu persatuan penggune Islam tak ramai yang nak sertai ........ asyik cakap atas nama individu saja ....... dengan ogranisasi suara lebih kuat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 25-10-05 10:35


banteras hingga ke akar umbinyer......

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 25-10-05 12:51


takkan RM50,000 saja ...

alang2 biarla satu juta ke 10 juta ke...

stakat RM50,000 tu depa gelak saja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

strawberri
Warga 5 Bintang
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13269
Posting: 391
Dari: Alaska Timur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-10-05 13:56


Khairoo84 cuba bawak mengucap sikit... nak gelakkan orang macam tu sekali..
astagfirullahhhhh..........................
Islam ajar macam ni ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For strawberriProfil   Hantar PM kepada strawberri   Pergi ke strawberri's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 25-10-05 15:48


Betul jugak tu.. tak baik mendoakan orang macam tu.. kan lebih manis kalau doakan sejahteraan Pak Lah tu.. biar dia jadi bertambah baik..


Diam tu kadang-kadang lebih baik dari berkata perkara yang bukan. Memang Malaysia dah lama dah ada gudang Arak besar2 ni.. Di publish secara terbuka sedangkan kita dalam negara Islam. kat jalan federal highway saja kita boleh tengok betapa gahnya syarikat2 gergasi arak ni bermaharaja lela di negara kita.

Setahu saya, walaupun kita berada dalam negeri majmuk. tak teringat ke masa rasulullah membuat piagam madinah. kat sana ada bermacam2 agama tapi boleh saja laksanakan. sepatutnya arak ni tak boleh dijual secara terbuka tetapi tertutup. hanya orang bukan arak saja tahu. lepas itu laksanakan hukuman hudud. Insya Allah tak ada masalah. Cuma sekarang ni kita tak ikut hukum Islam sepenuhnya. Itulah masalahnya.

Lagi satu, dengan kenaikkan cukai, duit cukai arak mengalir dalam hidup rakyat Malaysia. yang saya tau duti arak dan rokok ni antara penyumbang terbesar dalam pendapatan negara Malaysia.

Correct me if i am wrong.


-----------------

Koleksi Busana



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-10-05 15:57


Pada 25-10-05 12:51 , islamicboy posting:

!!! QUOTE !!!

takkan RM50,000 saja ...

alang2 biarla satu juta ke 10 juta ke...

stakat RM50,000 tu depa gelak saja..


betul tu.. setakat RM50,000 tu, pejam mata saja boleh bayar.. tutup terus lagi bagus agaknya...


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

ShahrulZaman
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2007
Ahli No: 28499
Posting: 1138
Dari: Walidain

Selangor  


posticon Posting pada: 11-04-07 20:34


:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ShahrulZamanProfil   Hantar PM kepada ShahrulZaman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.122057 saat. Lajunya....