Oleh |
Final Piala FA (TERENGGANU vs PERAK) |
Engku_Salina
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL
|
Posting pada: 13-09-04 17:40
Perak, Terengganu tentukan juara
Oleh A. JAILANI ABDULLAH
PERAK menghampiri kejuaraan Piala FA kedua apabila menumpaskan PKNS Selangor 2-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium MPS, Selayang semalam.
Bekas ketua pasukan kebangsaan, Ahmad Shahrul Azhar Suffian dan Keita Manjou menjaringkan gol masing-masing pada minit ke-84 dan 91 untuk membolehkan Perak melangkah ke akhir dengan kemenangan agregat 3-0.
Perak bermain tanpa penyerang dari Liberia, Frank Seator yang masih cedera dan pertahanan dari Argentina, Luciano Goux yang digantung perlawanan setelah mengutip kad merah ketika bertemu MPPJ Selangor dalam kempen Piala Malaysia, minggu lepas. Goux merupakan penjaring ketika Perak menang 1-0 di Ipoh sepuluh hari lepas.
Begitupun Perak gagal mencipta banyak peluang. Satu-satunya yang mereka peroleh pada babak pertama dipersiakan oleh Khalid Jamlus pada minit ke-37 apabila dia gagal menyambar kemas bola hantaran lintang pemain tengah, Mandjou.
Kedua-dua pasukan memperkukuhkan bahagian serangan pada babak kedua dengan Perak memasukkan V. Saravanan, yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring bagi menggantikan Chan Wing Hoong manakala PKNS memasukkan Rusdi Suparman menggantikan Khairul Anhar Taam.
Selepas beberapa kali menyaksikan rakan-rakannya di bahagian depan gagal menyempurnakan peluang, Ahmad Shahrul mencuba dari jarak 25 meter yang menewaskan penjaga gol PKNS, Mohd. Azrul Pie pada minit ke-84.
Ketika penyokong-penyokong Perak yang menguasai sebahagian besar tempat duduk di Stadium MPS merasakan sudah berpuas hati dengan agregat 2-0, Mandjou melepaskan rembatan kencang dari jarak 20 meter pada masa kecederaan untuk gol kedua.
Dengan kemenangan ini, Perak akan bertemu Terengganu pada perlawanan yang dijadual berlangsung pada 25 September ini.
WALAUPUN mencatat kemenangan 2-1 namun amukan dan impian Pahang untuk muncul juara berganda tahun ini musnah apabila mereka tumpas dengan agregat 3-2 kepada Terengganu pada separuh akhir kedua bola sepak Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam.
Beraksi dengan corak permainan pantas dengan mengatur serangan demi serangan sejak awal babak permainan, kesungguhan Pahang selaku juara Liga Super dikecewakan oleh ketangkasan penjaga gol Terengganu, Md. Syamsuri Mustaffa bersama rakan-rakannya di barisan pertahanan.
Permainan agak hambar pada separuh pertama walaupun hampir 25,000 penonton memenuhi stadium.
Namun berubah menjadi rancak sejurus jaringan awal Pahang menerusi sentuhan Mohd. Fadzli Saari pada minit kelima separuh kedua.
Jaringan itu umpama sinar buat Pahang namun keseronokan penyokong mereka hanya bertahan seketika. Kealpaan pemain Pahang pantas dihukum oleh pemain import Terengganu Dos Santos dari Brazil, hanya seminit selepas jaringan itu.
Barisan pemain Pahang yang masih bergembira dengan jaringan Fadzli tersentak dan mula kehilangan punca selepas itu.
Jaringan itu nyata menyentap semangat pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan yang mengimpikan kemenangan setelah tumpas 2-0 pada pertemuan pertama di Terengganu pada 1 September lalu.
Jaringan gol kemenangan pada masa kecederaan separuh kedua oleh pemain Pahang, Mamdou Diallo bagaimanapun tidak mampu mengubat luka pasukan Tok Gajah.
Utusan Online (12/09/04) ----------------- Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat
|
sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.05.2003 Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka
|
Posting pada: 13-09-04 17:49
ganung memang best..macam repeat piala malaysia 2001..hehe..peteh ganu peteh..ana raser ganu boleh menang..2-0..jgn mare org perak..
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 13-09-04 20:44
sedih la sebab pahang negeriku dan pasukanku..kalah..
tu mungkin sebab riyak sangat kot..ttp nak buat mcm mana sebab bola tukan bulat..ape2pun boleh terjadi..ttp final ni kawe sokong
peteh ganu peteh la
|
Engku_Salina
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL
|
Posting pada: 17-09-04 15:35
50,000 tiket perlawanan akhir Piala FA sudah ditempah
SEBANYAK 50,000 tiket bagi perlawanan akhir Piala FA antara Perak bertemu Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 25 September ini sudah ditempah.
Setiausaha Agong Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Dell Akbar Khan berkata, sebanyak 30,000 tiket ditempah oleh Perak manakala 20,000 tiket lagi bagi Terengganu.
``Sejumlah 40,000 tiket lagi akan dijual di kaunter tiket Stadium Nasional bermula pada Jumaat depan dan hari perlawanan,'' ujar Dell selepas mempengerusikan mesyuarat dengan kedua-dua pengurus pasukan di Wisma FAM, semalam.
Pada mesyuarat itu, FAM memutuskan harga tiket ditetapkan pada kadar RM15 bagi semua tempat duduk tidak berbumbung dan berbumbung termasuk tempat duduk utama.
Penyokong kedua-dua buah pasukan akan diasingkan. Penyokong Perak akan masuk dari pintu berdekatan bangunan Majlis Sukan Negara (MSN) manakala penyokong Terengganu di pintu masuk berdekatan Stesen LRT Bukit Jalil.
Sementara itu, Pengurus Perak, Datuk Jamal Nasir Rasdi berkata, penyokong pasukan negeri itu boleh mendapatkan tiket di Stadium Perak bermula Selasa ini.
Sumber: Utusan Online (17/09/2004) ----------------- Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat
|
Engku_Salina
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL
|
Posting pada: 17-09-04 17:01
Jadual Piala Malaysia kekal
Oleh AMRAN MULUP
KEMPEN saingan Piala Malaysia yang sedang rancak berlangsung tidak akan dirombak sekalipun bertembung dengan Kejohanan Belia Piala Asia yang akan bermula dari 25 September hingga 9 Oktober ini.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Dell Akbar Khan berkata, jika jadual Piala Malaysia dirombak semata-mata untuk memberikan laluan kepada Kejohanan Belia Piala Asia, ia mungkin akan menjejaskan perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijadualkan pada 4 Disember.
``FAM sedar pertembungan saingan Piala Malaysia dan Belia Piala Asia mungkin akan menjejaskan kedatangan penonton ke stadium.
``Kita tidak punya banyak pilihan kerana jadual yang terlalu ketat sehingga tidak ada ruang,'' ujarnya.
Beliau menambah, perubahan dalam jadual saingan Piala Malaysia juga akan menjejaskan persiapan skuad bola sepak kebangsaan menghadapi Kejohanan Piala Tiger pada 8 Disember ini.
Memandangkan masalah tersebut juga FAM menetapkan perlawanan akhir Piala FA pertemuan antara Perak dan Terengganu pada 25 September walaupun tarikh tersebut bertembung dengan empat perlawanan pembukaan kumpulan A, Kejohanan Belia Piala Asia membabitkan aksi pasukan kebangsaan bimbingan K. Rajagopal.
Dengan tidak ada sebarang perubahan ini bermakna peminat akan berpeluang menyaksikan lapan perlawanan Piala Malaysia dan pada masa yang sama juga terdapat empat perlawanan Kejohanan Belia Piala Asia pada hari yang sama.
Dalam saingan Piala Belia Asia, empat gelanggang yang digunakan ialah di Stadium Larkin, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Stadium Petaling Jaya dan Stadium Ipoh.
Pasukan kebangsaan bawah 20 tahun dibimbing oleh jurulatih K. Rajagopal yang baru dilantik menggantikan jurulatih dari Brazil, Jorvan Vieira diletakan dalam Kumpulan A bersama-sama pasukan pilihan, Jepun serta Vietnam dan Nepal.
Dalam kumpulan B pula terdiri daripada China, Qatar, Indonesia dan Iran manakala Uzbekistan, Syria, India dan Laos berada dalam kumpulan C.
Sementara itu dalam saingan kumpulan D pula terdiri daripada Korea Selatan, Thailand, Yemen dan Iraq.
Sumber: Utusan Online (17/09/2004) ----------------- Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat
|
Jackie_uniten7
WARGA SETIA Menyertai: 20.09.2003 Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 17-09-04 18:51
trengganu!!!
tgk live. dpt byk tiket free.
|
sahabat_amin
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman
|
Posting pada: 17-09-04 18:59
peteh...peteh teganu peteh...!
pakat maghi ramai2...
pakat sokong gganu kiter...!!
|
umair
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.10.2003 Ahli No: 4498
Posting: 201
|
Posting pada: 19-09-04 22:58
ni haa org kejor yob kejor nak masuk nie....
jangan sampai org ganung tak terkejor nanti sudah lah yer....jangan marah ....just lawak
buat sahabat_ingatan
alamak banyaknya gol ,takpe nanti kita tengok yer,
siapa yg kena ,ok... mana ler penyokong perak nie.....???hidup perak
|
sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.05.2003 Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka
|
Posting pada: 19-09-04 23:17
|
umair
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.10.2003 Ahli No: 4498
Posting: 201
|
Posting pada: 21-09-04 14:22
takpelah nampaknya ana sorang jelah....takpe,
menang atas nie jer,dak???atas padang belum tentu lagi.....akhie sahabat_ingatan....mana ade orng angkt tangan ,ish2 ....tak nampak pun....
nampaknya takde pemenang laa .....
|
MeowHidayah
WARGA SETIA Menyertai: 30.07.2003 Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit
|
Posting pada: 21-09-04 14:48
semangat bola Mek Sal... eeehehehe..
p/s: idup Ganu weehh idupp..!! ----------------- Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...
|
zaim_bushra
Warga Rasmi Menyertai: 28.06.2004 Ahli No: 9704
Posting: 20
Dari: kuala terengganu
|
Posting pada: 21-09-04 15:42
 semua.
ganu pasti juara....
nantikan bisa dos santos dan barisan pemain muda ganu..
ayuh penyu!!!!biar seladang terkulai layu...
|
nawwal
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 18.05.2003 Ahli No: 448
Posting: 509
Dari: .:Garden of Knowledge and Virtue:.
|
Posting pada: 21-09-04 16:49
 warahmatullahi wabarakatuh..
Tak sangka pulak negeri kesayangan dapat ke peringkat final..TAHNIAH!!!!
peteh Tranung peteh!!!!!
biar kaloh bloh Perok nung!!!
~Wassalam~ ----------------- Andai bertemu..sapalah aku Andai tersilap..bimbinglah aku Andai berduka..khabarkan padaku Andai berpisah..kenangilah aku Andai Khaliq m
|
umair
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.10.2003 Ahli No: 4498
Posting: 201
|
Posting pada: 21-09-04 17:40
opps....semakin ramai penyokong ganung nie...
mana peginya penyokong perak.....
Yob4ever Never Died still alive for ours nature
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 21-09-04 17:53
Eeee...geramnya Pahang kalah kepada Terengganu arituh. Tapi takpe...saya sokong T'ganu final...come on penyu telor...
----------------------------------------------------------
Hidup ini adalah masalah,
Tanpa masalah bukanlah hidup namanya,
Tapi jangan sekali-kali mencari masalah,
Biarlah masalah yang mencari kita.
|
umair
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.10.2003 Ahli No: 4498
Posting: 201
|
Posting pada: 10-10-04 23:39
nampaknya tnganu.....
kena tanduk dengan seladang......maaf
jaringn luciano menyebabkan t'ganu hilang arah...
ditambah 2 jaringan khalid jamlus membuatkan t'ganu bertambah derita......nampaknya kejor yoep kejor tetap juara .......
Yob4ever Never Died still alive for ours nature
|
tirmidziy02
WARGA SETIA Menyertai: 17.09.2004 Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA
|
Posting pada: 11-10-04 00:48
Keputusan muktamad......Perak kalahkan Terengganu 3 - 0 yahoo.....
|
Firdaus15
WARGA SETIA Menyertai: 26.12.2003 Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 11-10-04 01:10
hampeh.. trg kalah masa tambahan plak tu
|
Shoutul82
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.05.2004 Ahli No: 8766
Posting: 103
Dari: Perak
|
Posting pada: 11-10-04 08:24
nampaknya penyu menangis lagi la.......
kejor yeop kejor!!!!!
|
suhaimi_sr
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada
|
Posting pada: 11-10-04 08:45
Nampaknya hasrat t'ganu nak makan kepok lekor seladang berkecai. Akhirnya, terpaksalah penyu balik ke pantai t'ganu dengan menangis dan meninggalkan telurnya utk dimakan oleh pemain2 Perak!!!
Kejor Yeop Kejor!!!! ----------------- Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com
|
tumpang
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.04.2004 Ahli No: 8503
Posting: 224
Dari: perak
|
Posting pada: 11-10-04 09:06
hoyeeeeee.... perakkk menangggggggggggg....
kopok leko?? kuangkuangkuang...
|
centric
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.03.2004 Ahli No: 7819
Posting: 335
|
Posting pada: 11-10-04 09:14
Agak-agaknya bila ya pemain bola sepak ni nak tutup aurat???
|
khairoo84
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2004 Ahli No: 9971
Posting: 752
Dari: Banting, Selangor
|
Posting pada: 11-10-04 09:20
malam tadi masa kat stadium heboh dengan perang mulut diantara penyokong Perak dan Terengganu! antara ayat yang keluar dalam perang mulut tersebut;
Penyokong Terengganu!
1. "malang ni kito makang kepok lekor seladang!"
(malam ni kita makan keopok lekor seladang)
2. "Anak Sultan Perak pung datang gok nok ucap" takziah kat Perak!
Penyokong Perak!
1. "Teman janji, teman akan pastikan kome semua akan menangis sepanjang perjalan balik melalui Lebuhraya Karak di Negeri Pahang!
2. Orang Pahang akan mengejek ganu semasa melintasi negeri mereka!
... mmm fanatik btol fans masing-masing... apa pun, TAHNIAH PERAK!-----------------
|
diana_alisyah
Warga 3 Bintang Menyertai: 22.07.2004 Ahli No: 10220
Posting: 112
Dari: Taiping Mali
|
Posting pada: 12-10-04 09:56
|
amyra_myra
WARGA SETIA Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari
|
Posting pada: 16-10-04 11:55
assalamualaikum..
maaf la terengganu bukan rezeki kalian tahun nie..perak menang 3-0...hehehe...cube lagik tahun depan yer... ----------------- no pain..no gain..
|
raul_gonzalez
Warga 5 Bintang Menyertai: 11.06.2003 Ahli No: 1321
Posting: 396
Dari: .::Kuala Terengganu::.
|
Posting pada: 17-10-04 11:25
 ....
ana rasa trg tewas bukan krn terengganu x mampu bersaing dgn pasukan perak.... tapi trg tewas sebab stamina x kuat sajer...
|
tirmidziy02
WARGA SETIA Menyertai: 17.09.2004 Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA
|
Posting pada: 18-10-04 13:57
apapun......kita x main bola cuma tgk jer...
|
nuraslam_perak
Warga Rasmi Menyertai: 26.09.2004 Ahli No: 11416
Posting: 6
Dari: perak
|
Posting pada: 18-10-04 14:10
udoh le kome..
perak dah menang dah...
blah ler ZAIM BUSHRA>>>>>!!!!!!!!!
ganu boleh blah....
wekk!!!!!!!!!
|
audani83
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7348
Posting: 96
Dari: parit buntar,perak
|
Posting pada: 18-10-04 14:28
PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 29-11-04 22:09
TAHNIAH PERAK JUARA PIALA FA 2004 yang mengalahkan NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA FA 2003 yang mengalahkan Perak di peringkat suku akhir.perak kalahkan n9 juga di suku akhir.
thn depan n9 berazam nak julang piala malaysia pulak...insyaAllah di bawah pimpinan MB baru peminat bola fanatik dan bekas pemain bola N9
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 29-11-04 22:10
TAHNIAH PERAK JUARA PIALA FA 2004 yang mengalahkan NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA FA 2003 yang mengalahkan Perak di peringkat suku akhir.perak kalahkan n9 juga di suku akhir.
thn depan n9 berazam nak julang piala malaysia pulak...insyaAllah di bawah pimpinan MB baru peminat bola fanatik dan bekas pemain bola N9
HOBIN JANG HOBIN!!!!!!!!!!!!!!
|