Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Keep your friends close, and your enemies closer
-- Sun-Tzu

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 196
Ahli: 0
Jumlah: 196




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 34 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Bajet 2005 (Apa Reaksi ANda)


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Bajet 2005 (Apa Reaksi ANda)

Please Mendaftar To Post


Oleh Bajet 2005 (Apa Reaksi ANda)

centric
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2004
Ahli No: 7819
Posting: 335

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-09-04 09:06




Bagi ana, pengecualian cukai pendapatan bagi buku dinaikkan dari RM500 kepada RM700 adalah bagus untuk mengalakkan rakyat Malaysia membaca buku. Bonus satu bulan atau minimum RM1,500 (yang mana lebih tinggi) untuk kakitangan awam yang berpendapatan lebih dari RM1,000 adalah baik juga.

Intisari Bajet 2005

(Dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
yang juga Menteri Kewangan I,
di Dewan Rakyat pada Jumaat, 10 September, 2004)


Bonus 1 1/2 bulan gaji kepada kakitangan berpendapatan RM1,000 dan sebulan gaji bagi yang berpendapatan lebih RM1,000.

Duti eksais rokok daripada RM58 kepada RM81 bagi setiap 1,000 batang.

Duti eksais arak dinaikkan daripada lima sen dan RM23.40 kepada antara 10 sen dan RM28 satu liter.

Bayaran insentif Pasukan Gerak Khas (PGK) PDRM dan Komando ATM dinaikkan sehingga 140 peratus

Imbuhan tetap perumahan Kumpulan Pengurusan dan Profesional gred 41 hingga 44 naik kepada RM210 sebulan manakala bagi Kumpulan Sokongan gred 1 hingga 40 naik RM180 sebulan.

Pelepasan cukai orang kurang upaya dan pasangan dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM6,000 dan RM2,500 kepada RM3,500.

Bayaran imbuhan untuk imam RM450 sebulan.

Elaun bulanan RM25 kepada kanak-kanak kurang upaya yang mengikuti program Pemulihan Dalam Komuniti dan Sekolah Khas kelolaan pertubuhan sukarela kebajikan.

Pelepas cukai pendapatan individu untuk caruman KWSP dan takaful serta bayaran premium insurans hayat naik kepada RM6,000.

Potongan cukai pendapatan sehingga 2.5 peratus daripada pendapatan agregat ke atas zakat perniagaan.

Tambahan RM1.75 bilion terbitan Bon Merdeka untuk warga emas berbanding RM1.5 bilion sehingga Ogos 2004.

Peruntukkan RM48.3 juta untuk kemudahan rawatan di Unit Rawatan Rapi, pembukaan unit hemodalisis serta program rawatan kanser.

Peruntukan RM77.3 juta untuk pembangunan 147,500 Orang Asli.

Peruntukan RM130 juta untuk bekalan elektrik, RM95 juta untuk bekalan air dan RM174 juta untuk membina jalan kampung.

Persembahan kesenian dan kebudayaan oleh artis tempatan di Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dikecualikan duti hiburan.

Tambahan pengecualian cukai bagi pembelian buku dinaikkan kepada RM700 daripada RM500.

Rebat cukai kepada pembayar cukai individu bagi pembelian komputer peribadi dinaikkan kepada RM500 daripada RM400.

Pengecualian cukai pendapatan sehingga RM6,000 setahun bagi pekerja bersara antara 50 hingga 55 tahun.

Membina 100,000 unit lagi rumah mampu milik dengan kaedah Industrialised Building System (IBS) oleh pihak swasta di tanah kerajaan.

Cukai jualan dan cukai perkhidmatan dihapuskan dan diganti dengan cukai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai 2007.

Tarikh akhir memfailkan Borang Cukai Pendapatan oleh peniaga tunggal, perkongsian, kelab dan persatuan dilanjutkan daripada 30 April kepada 30 Jun.

Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100 peratus diberi kepada syarikat pengeluar makanan halal bagi tempoh 5 tahun.

Insentif potongan dua kali terhadap perbelanjaan bagi memperoleh pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Guru Cemerlang boleh terus berkhidmat di sekolah dan berpeluang naik pangkat ke jawatan Gred Khas C.

Pengetua Cemerlang boleh terus kekal di sekolah tanpa kehilangan peluang kenaikan pangkat ke jawatan JUSA C.

Dana bagi pembangunan dan promosi produk halal akan diwujudkan dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

Kadar bayaran insentif Atendan Kesihatan di bilik mayat hospital dinaikkan daripada RM30 kepada RM100 sebulan.

Bayaran insentif luar waktu pejabat sebanyak RM60 sebulan kepada Pembantu Perubatan yang bertugas secara berseorangan di Semenanjung.

Dana RM300 juta bagi menggalakkan syarikat swasta terutamanya GLC menjadi pemangkin dalam usaha mengkomersialkan sektor pertanian.



Bookmark and Share

    


  Member Information For centricProfil   Hantar PM kepada centric   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-09-04 09:38


Peruntukan RM130 juta untuk bekalan elektrik, RM95 juta untuk bekalan air dan RM174 juta untuk membina jalan kampung.

hehe... rokok naik lagi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

fairuzah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan

syria   avatar


posticon Posting pada: 11-09-04 16:53




part rokok makin mahal tu yg syok dengar tu...ekekek...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fairuzahProfil   Hantar PM kepada fairuzah   Quote dan BalasQuote

kamal_82
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.08.2003
Ahli No: 3201
Posting: 462
Dari: KUALA LUMPUR

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-09-04 17:19



yeah dapat bonus...Alhamdulillah.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For kamal_82Profil   Hantar PM kepada kamal_82   Pergi ke kamal_82's Website   Quote dan BalasQuote

sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-09-04 17:26


bajet bagus..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_ingatanProfil   Hantar PM kepada sahabat_ingatan   Pergi ke sahabat_ingatan's Website   Quote dan BalasQuote

Nazri
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2003
Ahli No: 4023
Posting: 427
Dari: Arau, Perlis

Perlis  


posticon Posting pada: 11-09-04 17:55


1.....2......3....... padan muka kaki botol @ perokok..!! harga dah naik.. so, boleh pikir lah kot yg mana baik....

-----------------
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NazriProfil   Hantar PM kepada Nazri   Pergi ke Nazri's Website   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 12-09-04 08:47


apa yg ana nampak tidak ada silapnya bujet ni....at least org goment dapat bonus.....dapat laa suruh mak ana belanja nanti.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

lang_biru
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 272
Posting: 213
Dari: utara ke selatan

Selangor  


posticon Posting pada: 12-09-04 12:07


alhamdulillah... akhirnya lang merasa gak bonus tahun ini... hehehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For lang_biruProfil   Hantar PM kepada lang_biru   Pergi ke lang_biru's Website   Quote dan BalasQuote

blueberryz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9144
Posting: 27
Dari: selatan tanah air

Johor  


posticon Posting pada: 12-09-04 14:18


leh abg lang blanje saye....

Bookmark and Share

    


  Member Information For blueberryzProfil   Hantar PM kepada blueberryz   Quote dan BalasQuote

IrSyA_IsYqI
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 437
Posting: 134
Dari: Batu Pahat & IIUM

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-09-04 14:48


bagus jek....
boleh tahan laaa...
yang paling best tuh, bila cukai utk rokok dan arak dinaikkan .. hehehehe...
ana plg benci btul golongan yg terlibat dgn benda nih,.... wassalam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For IrSyA_IsYqIProfil   Hantar PM kepada IrSyA_IsYqI   Quote dan BalasQuote

centric
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2004
Ahli No: 7819
Posting: 335

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-09-04 15:24


Memang ramai yang agak mengenai kenaikan cukai rokok dan arak. Dianggarkan harga rokok akan naik sebanyak RM0.80 at least satu kotak. he he he, tetapi kan ramai perpendapat bahawa kenaikan rokok ni tak akan menyebabkan perokok berhenti menghisap rokok, kalau RM10 sekotak pun ramai juga yang hisap kok. apa-apa pun itu lebih baik dari kenaikan harga petrol kan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For centricProfil   Hantar PM kepada centric   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-09-04 16:00


Pandangan Bajet 2005 ini nampak lain..sikit..lebih berstraregi utk elakkan tohmahan spt Bajet 2004....namun tetap ada perlu diperkatakan..sebab ia sememangnya jadi pehatian hatta dalam dewan atau luar dewan..atau penonton di TV..

Mak Prof jua kakitangan kerajaan kata tak heran jika bonus naik tapi harga barang naik..sama jer... bukan menguntung sangat....

Bab Rokok & Arak ...dari dulu sampai sekarang masih menjadi perhatian. Setiap kali Bajet dibentangkan akan disebut kenaikan cukai.. tapi pelanggan tetap bertambah ..rasuah bertambah...perokok tetap bertambah...

Satu lagi menjadi perhatian seketika ialah Elaun Imam..yg dinaikkan kepada RM 450.00..spt dibuat oleh Kerajaan Pas Terengganu. Pertama kali menjadi celoteh Pak Lah..

Masih meniliti....sepenuhnya

-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-09-04 16:19


sebenarnya Elaun imam ni ms zaman tun mahadhir dulu dh dinaikkan..tp ntah camna ditarik balik kenaikkannya..so, baba ana kata(dia tahu sbb dia pun imam) ada imam yg p wat rayuan kat pak lah.tulah dinaikkan dr RM350 jd 450 tu...benar atau x...walahualam...

-----------------
hadiah yang paling berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya ialah memberi yang terbaik dalam diri anda sendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

lang_biru
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 272
Posting: 213
Dari: utara ke selatan

Selangor  


posticon Posting pada: 12-09-04 16:50


yang dijangka naik seperti minyak petrol tak pulak menepati apa yang dijangka... ansuran bonus 2 kali bayar dalam masa october dan december mmg bagi gred gaji lebih rm1000+ mmg menguntungkan kakitangan kerajaan. Itupun masa dekat raya dan juga utk persiapan anak2 sekolah.. yang bujang tu boleh la enjoy.. hehehe



Bookmark and Share

    


  Member Information For lang_biruProfil   Hantar PM kepada lang_biru   Pergi ke lang_biru's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 12-09-04 18:22


nasib baik harga minyak tak naik. dah rancang guna basikal lepas ni kalau harga naik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-09-04 18:50


Belanjawan 2005 pinggir pendidikan agama

Sunday, September 12 @ 16:06:03 MYT


MARANG, 12 Sept (Hrkh) – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar melahirkan rasa kesal dengan Belanjawan 2005 yang dibentangkan semalam kerana meminggirkan pendidikan agama.

Katanya, Belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi itu tidak menyentuh langsung tentang persoalan berkaitan dengan pendidikan agama.

“Belanjawan 2005 tidak menyentuh persoalan pendidikan agama, bagaimana nak menyebarluas pendidikan agama yang merupakan asas yang penting untuk menghadapi cabaran besar yang ada di hadapan kita,” katanya ketika menyampaikan ceramah sempena Ihtifal Idul Ilmi ke-13 Ma’had Darul Quran, Rusila, malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah ialah Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau menambah, walaupun kerajaan mengumumkan untuk memberikan elaun sebanyak RM450 kepada imam seluruh negara tetapi ianya bukanlah sesuatu yang besar.

Ini, katanya kerana di negara ini terdapat kira-kira 5,500 buah masjid mukim sahaja yang melibatkan pemberian elaun kepada imam terbabit.

“Saya memang setuju bagi elaun kepada imam, ini kecil sahaja peruntukan itu, persoalannya ialah selain institusi pengajian masjid yang dikepalai oleh imam kita nak institusi pendidikan agama ini harus diberikan keutamaaan,” ujarnya.

Tambahnya, ini kerana rakyat berhadapan dengan persoalan sosial yang begitu besar yang terdapat di dalam negara ini.

Menurutnya, dalam masa yang sama apabila berlaku permasalahan sosial, pihak kerajaan menyalahkan golongan agama yang melibatkan imam, pendakwah dan guru agama kerana dikatakan tidak turun padang untuk menanganinya.

Beliau juga menyifatkan kerajaan tidak begitu serius untuk menangani masalah ketagih rokok dan alkohol.

Baginya, walaupun cukai eksais rokok dan arak yang dicadangkan dalam Belanjawan tersebut dinaikkan tetapi ianya menunjukkan kerajaan tidak serius untuk mengatasi permasalahan yang melibatkan penagihan rokok dan arak di negara ini.

“Saya katakan kerajaan tidak serius dalam nak melihat (permasalahan) rokok dan arak ini yang tidak menyumbang kepada gaya hidup sihat, PM kata dua item ini tidak menyumbang kepada gaya hidup sihat,” ujarnya.

katanya, jika dua item itu dikatakan tidak menyumbang kepada gaya hidup sihat, apa perlu kerajaan masih mempertahankannya.

“Cara nak mengatasinya kita katakan naikkan cukai, sedangkan cukai yang dinaikkan kepada arak ini terlalu kecil,” katanya lagi.

Menurutnya, walaupun cukai sentiasa dinaikkan, namun ia gagal untuk mengurangkan jumlah penagih rokok dan arak di negara ini.

Katanya, apa yang jelas syarikat-syarikat rokok dan arak telah membuat keuntungan yang besar. Beliau berkata, kajian yang telah dibuat menunjukkan rakyat Melaysia membelanjakan kira-kira RM2 bilion untuk arak dan 45 peratus remaja di bawah 18 tahun menagih alkohol.

Sehubungan itu, katanya adakalanya pandangan golongan bukan Islam lebih dihormati dalam menangani masalah yang berkaitan dengan arak.

Menurutnya, Wanita Parti Progresif Rakyat (PPP) pernah mencadangkan supaya kerajaan menghadkan tempoh atau melarang kedai 24 jam menjual arak.

Ini, katanya bagi Wanita PPP, arak adalah punca yang menyebabkan kaum India terlibat dengan jenayah.

Tambahnya, Belanjawan 2005 juga tidak dapat mengatasi masalah inflasi yang membebankan rakyat yang berlaku dalam negara ini. - AYU/zs





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

najwa_hayati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.09.2003
Ahli No: 3625
Posting: 182
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-09-04 18:55


assalamualaikum...

ana suka bajet kali ni sebab dah mula internationalise kan institusi pendidikan negara kita.. nak buat ranking and all... pastuh peluang untuk belajar luar negara juga diperluaskan... insyaallah.. makin banyak teknokrat islam... teknologis yang mampu kita hasilkan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For najwa_hayatiProfil   Hantar PM kepada najwa_hayati   Quote dan BalasQuote

amier_hafizun
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.06.2004
Ahli No: 9614
Posting: 43
Dari: KuKuM..Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-09-04 01:36


nampak macam best

Bookmark and Share

    


  Member Information For amier_hafizunProfil   Hantar PM kepada amier_hafizun   Pergi ke amier_hafizun's Website   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-09-04 01:41


harga rokok naik...alhamdulilah.

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 14-09-04 11:09


Bajet pendidikan tu termasuk bajet pendidikan agama-lah.....apalah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-09-04 15:30


Bajet 2005 - Penerusan pembangunan ICT

Oleh MOHD. RIDZWAN MD. IMAN

PESERTA industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mengalu-alukan pembentangan Bajet 2005 yang memberi perhatian terhadap pembangunan berterusan ICT negara dan usaha membabitkan golongan masyarakat biasa.

Penambahan pengecualian cukai pendapatan sebanyak RM500 daripada RM400 sebelum ini untuk pembelian komputer peribadi merupakan langkah yang dijangka memberi kesan langsung kepada rakyat.

Kerajaan telah memperkenalkan pengecualian cukai tersebut pada 1998 sebagai langkah mempertingkatkan bilangan pemilik komputer di negara ini.

``Langkah kerajaan meningkatkan pengecualian cukai itu merupakan inisiatif yang mampu mengurangkan masalah jurang digital,'' kata Timbalan Pengerusi Persatuan Industri Komputer dan Multimedia (PIKOM), Lee Boon Kok.

Bagaimanapun, secara keseluruhan Bajet 2005 telah memberi penekanan kepada beberapa elemen penting dalam pembangunan ICT seperti penekanan penyelidikan dan pembangunan (R&D), keperluan guna tenaga, ekonomi nilai tambah dan peningkatan penggunaan sistem e-kerajaan.

Boon Kok berkata, tumpuan kepada bidang R&D bioteknologi, ICT dan teknologi pengeluaran terkini akan menggalakkan pembentukan masyarakat inovatif dan kreatif.

``Peruntukan sebanyak RM19.3 bilion untuk pembangunan sektor pendidikan pula akan membolehkan lebih banyak sekolah di seluruh negara dilengkapi dengan kemudahan makmal ICT,'' katanya.

PIKOM juga mengalu-alukan pendirian kerajaan mengenai kepentingan projek Koridor Raya Multimedia (MSC) dengan penyambungan perlaksanaan projek itu ke Kulim dan Bayan Lepas di utara Semenanjung.

Sementara itu, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC) menyifatkan Bajet 2005 telah memberi penekanan kepada pembangunan kemanusiaan untuk sektor kerajaan, swasta dan rakyat.

Ketua pegawai eksekutif MDC, Datuk Dr. Mohamed Arif Nun berkata, penekanan kepada R&D dan aktiviti inovatif mampu memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan.

Katanya, penekanan kepada empat bidang utama iaitu ICT, bioteknologi, material kehadapan dan pengeluaran kehadapan merupakan langkah yang tepat pada masanya.

``Kami akan memberi sokongan yang diperlukan oleh kerajaan dalam membangunkan bidang ICT, dan juga memikirkan bagaimana bidang-bidang tersebut boleh dibantu melalui ICT,'' katanya.

Arif berkata, MDC juga akan terus membantu usaha kerajaan meningkatkan pembangunan perkhidmatan perkongsian dan `penyumberan luar' bagi menjadikan ia sebagai penyumbang utama ekonomi negara.

Sementara itu, Pengurus ne gara, Allied Telesyn Malaysia, Yoshihiro Nagasaka berkata, syarikatnya mengalu-alukan pengumuman kerajaan untuk mempertingkatkan insentif bagi perkembangan industri ICT.

``Ini memberi gambaran jelas kepada syarikat di Malaysia mengenai kesungguhan kerajaan dalam pembangunan dan pertumbuhan syarikat ICT tempatan,'' katanya.

Pengarah urusan, Oracle Corporatin Malaysia, V.R. Srivatsan berkata, secara keseluruhan Bajet kali ini disasarkan untuk semua lapisan masyarakat dan juga peserta industri ICT.

``Ini mampu menjadi landasan yang baik bagi membawa industri ke satu tahap yang lebih jauh,'' katanya.

Pengarah urusan, Microsoft Malaysia, Butt Wai Choon berkata, Bajet ini dilihat mampu memberi lebih insentif kepada syarikat-syarikat teknologi yang baru untuk berkembang.

``Di samping itu perluasan MSC ke utara juga satu yang harus dialu-alukan, tetapi ia juga tidak harus melupakan negeri-negeri di selatan seperti Melaka yang mempunyai kedudukan strategik antara Kuala Lumpur dan Singapura,'' katanya.

Sumber: Utusan Online (17/09/2004)

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 17-09-04 15:57


emmmm....

ape-ape lah....pening jugak kalau dipikirkan tentang bajet ni...tapi saya setuju pendapat syed tu....pendidikan agama terpinggir daripada budget tersebut....

macam ni la islam hadharo...malaysia bestari...kah...kah...kah...kah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 03-10-04 23:58


Quote:

On 2004-09-12 18:22, Jackie_uniten7 wrote:
nasib baik harga minyak tak naik. dah rancang guna basikal lepas ni kalau harga naik.



dah naik dah minyak ni... naik basikal laa gamaknya ek..

p/s: dah sebati ngan basikal...

Pendidikan agama tak di'highlight'kan... Sepatutnya di'highlight'kan, lebih2 lagi selepas konsep Islam Hadhari diwarwarkan...

Reaksi PAS... biasa laa... ade strategi tu...

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.212717 saat. Lajunya....