Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa-apa yang terjadi pada kita hari ini adalah hasil tindakan kita pada masa lalu
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 76
Ahli: 0
Jumlah: 76




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 2 hari yang lalu
Muslim1987: 8 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: hukum perempuan menjawab salam lelaki


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» hukum perempuan menjawab salam lelaki

Please Mendaftar To Post


Oleh hukum perempuan menjawab salam lelaki

najjah
Warga Rasmi
Menyertai: 11.06.2004
Ahli No: 9422
Posting: 17
Dari: sg.petani,kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-09-04 10:41


.....
MENJAWAB SALAM ADALAH WAJIB BAGI UMAT ISLAM.TAPI SAYA KELIRU APABILA SAYA ADA MENDENGAR BAHAWA 'HARAM BAGI SESEORANG PEREMPUAN MENJAWAB SALAM SESEORANG LELAKI APABILA SESEORANG LELAKI ITU MEMBERI SALAM KETIKA PEREMPUAN ITU MELINTASINYA @ LELAKI ITU MELINTASINYA.........BETULKAH TANGGAPAN TERSEBUT........
harap ada yang sudi beri jawapan dan pendapat........


-----------------
_KEYAKINAN DAN KEPERCAYAAN ITU ADALAH DUA TIANG SERI dalam DIRI_

Bookmark and Share

    


  Member Information For najjahProfil   Hantar PM kepada najjah   Pergi ke najjah's Website   Quote dan BalasQuote

sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-09-04 12:11


no komen la..tak tau sangat

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_ingatanProfil   Hantar PM kepada sahabat_ingatan   Pergi ke sahabat_ingatan's Website   Quote dan BalasQuote

nisa_annur
Warga Rasmi
Menyertai: 20.07.2004
Ahli No: 10171
Posting: 6
Dari: depan pc

Terengganu  


posticon Posting pada: 10-09-04 14:39


assalamu`alaikum wbr..
nisa` pun nk tahu juga.. ade x kwn2 y arif ttg hal ni??

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisa_annurProfil   Hantar PM kepada nisa_annur   Quote dan BalasQuote

adneen
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5952
Posting: 75
Dari: kelantan

iran   avatar


posticon Posting pada: 10-09-04 16:31


wbth

Setahu saya,menjawab salam itu wajib.xkisah la samada dr lelaki atau perempuan.mgkn ade di antara kita yg terpikir,xperlu jwb salam lelaki yg nk mengusik atau saje2 nk menyakat.tapi kita xtahu niat di dlm hati lelaki tu,samada dia betul2 nk bagi salam atau nk mengusik.so,kesimpulannya jawab salma itu wajib.wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For adneenProfil   Hantar PM kepada adneen   Pergi ke adneen's Website   Quote dan BalasQuote

hurun_ein
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.10.2003
Ahli No: 4470
Posting: 317
Dari: utm, skudai

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 10-09-04 17:37



hukum jawab salam tu wajib, tp ana tak tahu kalau si pemberi ada niat x elok kat kita...
kalau ana, ana jawab gak, tp sekadar ana seorg je yg dengar sbb ini doa...mcm mana? okey tak?

-----------------
ana..ukhtukum fil Islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hurun_einProfil   Hantar PM kepada hurun_ein   Pergi ke hurun_ein's Website   Quote dan BalasQuote

penuntut_ilmu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1110
Posting: 180
Dari: Gedung Ilmu

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 12-09-04 14:42



lelaki ni pun kadang2 satu hal jugak..nampak jer perempuan melintas kat depan mata, bagi salam, tapi atas tujuan nak mengorat..
ana dah banyak pengalaman macam nie..tapi bukan ana yang buatlah..kawan2 ana.
puas ana tegur kawan2 nie, tapi habuk pun tak melekat kat kepala.
si perempuan tu pulak tersipu2 malu serba salah nak jawab ke tak nak....


Bookmark and Share

    


  Member Information For penuntut_ilmuProfil   Hantar PM kepada penuntut_ilmu   Pergi ke penuntut_ilmu's Website   Quote dan BalasQuote

anNaQshY
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 58
Posting: 102
Dari: Sana

Kedah  


posticon Posting pada: 13-09-04 06:22


Assalamu'alaikum WRT...

Adalah disunatkan memulakan salam. Ada beberapa keadaan yang dimakruhkan memberi salam, seperti ketika makan, ketika kita masuk ke dalam majlis ilmu dan termasuk juga kepada perempuan ajnabi. Boleh rujuk dalam kitab Feqh Islamy Wa Adil latuh, karangan Dr. Wahbah az Zuhaily, muka surat 2685.

Wahua'lam...


Bookmark and Share

    


  Member Information For anNaQshYProfil   Hantar PM kepada anNaQshY   Pergi ke anNaQshY's Website   Quote dan BalasQuote

edlin
WARGA SETIA
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-09-04 09:28


Ustazah kawan kita ader cakap kalau kita ditegur dengan memberi salam oleh lelaki dan kita pasti tujuannya untuk mengusik tak wajib untuk kita menjawabnya.
Lagipun salam dia kan seolah-olah satu gurauan untuk mengusik kita.
Macam tak ikhlas ...so terpulang pada kita untuk menjawabnya atau tak

Bookmark and Share

    


  Member Information For edlinProfil   Hantar PM kepada edlin   Quote dan BalasQuote

hurun_ein
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.10.2003
Ahli No: 4470
Posting: 317
Dari: utm, skudai

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 15-09-04 19:03



so, lepas nih kalau kita yakin niat dia kurang elok, X perlu lah keatas kita jawab ye?



-----------------
ana..ukhtukum fil Islam..

[ Posting ini telah di edit oleh: hurun_ein pada 2004-09-22 00:48 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For hurun_einProfil   Hantar PM kepada hurun_ein   Pergi ke hurun_ein's Website   Quote dan BalasQuote

anNaQshY
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 58
Posting: 102
Dari: Sana

Kedah  


posticon Posting pada: 17-09-04 22:06


...

Maaf, pesanan untuk semua, persoalan agama, halal dan haram, dan sebagainya, jangan dihukum sesuka hati. Biarlah berlapik atas kalam mereka yang arif.

Sekadar pesanan.

Wahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anNaQshYProfil   Hantar PM kepada anNaQshY   Pergi ke anNaQshY's Website   Quote dan BalasQuote

sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-09-04 22:13



ana setuju ngan anta anNaQshY...bab hukum tak bley buat main...lain la kalau ader nas yg sahih..so, don't judge if u don't have any proof..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_ingatanProfil   Hantar PM kepada sahabat_ingatan   Pergi ke sahabat_ingatan's Website   Quote dan BalasQuote

condemned
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.06.2004
Ahli No: 9566
Posting: 121
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 18-09-04 00:22




kepada sape yg arif,sile bagi penerangan...
jgn bantai je bagi hukum.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For condemnedProfil   Hantar PM kepada condemned   Pergi ke condemned's Website   Quote dan BalasQuote

alhaq99
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11058
Posting: 134
Dari: pj

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-09-04 11:17




betul jangan buat hukum sesuka hati ye...

ringkasannya sr.asri ZA mengtakan boleh bagi salam kat wanita asal tujuan baik bukan tujuan menggoda atau mengganggu wanita itu dan wajib jawab salamnya....

wassalam

-----------------
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Ali 'Imran: 104)



Bookmark and Share

    


  Member Information For alhaq99Profil   Hantar PM kepada alhaq99   Pergi ke alhaq99's Website   Quote dan BalasQuote

alhaq99
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11058
Posting: 134
Dari: pj

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-09-04 11:31



dipetik dari ustaz kamin--al-ahkam
Allah swt telah memerintahkan kita menyampaikan salam, dan mewajibkan kita menjawab salam dan menjadikan salam sebagai salah satu alat memupukkan kasih sayang diantara orang-orang yang beriman. Firman Allah swt :-


إِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا
"Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. "-[Al-Nisa' : 86]

Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda :


لا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا ، وَلا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا ، أَوَلا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ ؟ أَفْشُوا السَّلامَ بَيْنَكُمْ
"Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang diantara kamu, Apakah tidak aku memberitahu kepada kamu sesuatu , jika aku melakukannya, aku akan mencintai sesama kamu? Sampaikan salam diantara kami" - [Hadith riwayat Muslim #54].

Perintah salam ini pada umumnya diseru kepada semua orang, tidak kira samada lelaki ataupun perempuan. Ada dikalangan ulama' berpendapat dibenarkan lelaki memberi salam kepada wanita yang bukan mahram yang sudah tua. Tidak dibolehkan memberi salam kepada wanita muda, kerana ditakuti menimbulkan fitnah. Imam Malik mengatakan :-


أَمَّا الْمُتَجَالَّةُ (وهي العجوز فَلا أَكْرَهُ ذَلِكَ ، وَأَمَّا الشَّابَّةُ فَلا أُحِبُّ ذَلِكَ
"Berkenaan dengan wanita tua, saya tidak menganggapnya makruh, tetapi mengenai wanita muda, aku tidak menyukainya"

Al-Zarqani didalam Syarah keatas al-Muwatta' (4/35 menerangkan bahawa Imam Malik berpandangan begitu kerana beliau khuatir akan fitnah yang mungkin timbul apabila mendengar wanita tersebut menjawab salam.

Walaubaimanapun menurut Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi bahawa terdapat nas yang banyak menunjukkan bahawa lelaki dibenarkan memberi salam kepada wanita. Didalam buku Fatawa Mu'asyirah Jilid 2 beliau telah membicarakan dengan panjang lebar permasalahan memberi salam kepada wanita yang bukan mahram di bawah tajuk : إلقاء السلام على النساء . Shiekh Al-Qaradhawi mengatakan bahawa pandangan golongan yang tidak menyukai amalan memberi salam kepada wanita yang bukan mahram terbahagi kepada 2 sebab utama :-

1. Di takuti akan menimbulkan fitnah.
2. Suara wanita adalah aurat.

Mengenai persoalan 'takut fitnah', kata beliau :-


وأقوى ما يستند إليه المانعون هنا هو " خوف الفتنة " التي ينبغي أن يتوقاها المسلم ما استطاع استبراءً لدينه وعرضه. وهذا مرده إلى ضمير المسلم وتقديره، وعليه أن يستفتي قلبه.
"Alasan yang paling kuat yang dijadikan sandaran ialah golongan yang melarang ialah "Takut Fitnah" yang seharusnya dijaga oleh setiap muslim dengan semampu mungkin untuk menjaga kesucian agama dan kehormatannya. Sebenarnya, pokok pangkalnya adalah hati (dhamir) dan daya tahanan seorang Islam, kerana itu ia harus bertanya kepada dirinya sendiri"

Dengan kata lain, adalah menjadi kewajipan setiap orang Islam menjaga diri mereka daripada fitnah.

Mengenai suara wanita adalah aurat, Al-Qaradhawi mengatakan :-


أما ما قيل من أن صوت المرأة عورة، فلا أجد له وجها، ولم يقل به إمام معتبر. كيف والله تعالى يقول في شأن نساء النبي: (وإذا سألتموهن متاعًا فاسألوهن من وراء حجاب. (الأحزاب: 53).
"Bagi yang berpendapat bahawa suara wanita adalah aurat, maka saya tidak menemukan dalilnya, dan tidak ada seorang pun ulama' muktabar yang berpendapat demikian. Bagaimana hendak dikatakan suara wanita adalah aurat kerana Allah berfirman :- ".....apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir." -[Al-Ahzab : 53]."

Maknanya isteri-isteri Nabi saw masih menjawab pertanyaan orang dari sebalik tabir terutama A'isyah ra. Begitu juga ramai dikalangan kaum wanita yang bertanya dan berbicara dengan Nabi saw didalam majlis baginda. Tambah Al-Qaradhawi didalam menutup fatwanya :-


وكم من وقائع ومواقف لا تعد في عصر النبوة والصحابة تحدث فيها النساء إلى الرجال، سؤالاً وجوابًا، وأخذًا وردًا، وسلامًا وكلامًا، ولم يقل أحد للمرأة: اصمتي فإن صوتك عورة.
"Betapa banyak peristiwa dan kejadian yang tidak terkira, yang terjadi pada zaman Nabi saw dan para sahabat menunjukkan bahawa kaum wanita biasa berbicara dengan laki-laki, bersoal jawab, berdialog, mengucap dan menjawab salam, serta bercakap-cakap. Tidak seorang pun berkata kepada kaum wanita tersebut : Diamlah, kerana sesungguhnya suara kamu adalah aurat"

Sebagai kesimpulan, saya memetik fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Penyelidikan dan Fatwa Eropah, mereka mengatakan :-

"Walaubagaimana pun ini tidak menyatakan bahawa kita mengangkat semua had-had/batasan agar wanita mula bercakap dengan semua lelaki yang datang dan pergi atau kaum lelaki bercakap dengan semua wanita, kerana ini awal-awal lagi ditolak oleh logik dan cita rasa yang baik, sebelumnya ditolak oleh Islam. Adalah dibenarkan wanita bercakap dengan lelaki saudaranya, guru, jiran, supervisor di pejabat dan yang lain-lain menurut keperluan hari-hari dan juga perhubungan yang komplex dikalangan kita hari ini, selama mana wujudnya kepercayaan, tiak mendatangkan masalah dan didalam keadaan yang normal.

Malahan, adalah menjadi adat di kebanyakkan negara Islam dimana kaum lelaki akan mengucap salam kepada kaum wanita dan wanita mengucapkan salam kepada lelaki apabila mereka bertemu, Mereka juga bertukar-tukar perbualan yang baik mengenai perkara yang mustahak dan berkaitan, semuanya dengan keizinan bapa mereka, suami, abang dan begitu juga ulama".

WA. wassalam.
==========
Rujukan :

1. Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fatawa Mu'asyirah - II. Cetakan ke 3. Manshurah : Dar Al-Wafa', 1994.

2. Majlis Penyelidikan dan Fatwa Eropah. Fatwa IOL : http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=93143


_________________
خيرالأمين


Berita ANN Main Page


Bookmark and Share

    


  Member Information For alhaq99Profil   Hantar PM kepada alhaq99   Pergi ke alhaq99's Website   Quote dan BalasQuote

mekardesa
Warga Rasmi
Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9132
Posting: 7
Dari: Batang Kali-Selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 18-09-04 11:38


bismillahirrahmanirrahim

hukum menjawab salam itu wajib....tetapi seandainya lelaki yg mengucapkan salam tu pada seorg perempuan...terutamanya utk tujuan mengusik...jawabla didalam hati...ini bagi mengelakkan dari mengundang maksiat....
wallahua'lam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mekardesaProfil   Hantar PM kepada mekardesa   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-10-04 12:07


Say pernah dgr yg beri slm kat prmpuan bkn muhrim adalah makruh, (ust hisyamuddin, jertih terengganu, xstudent uia)

So, bila buat amalan jawlah, kalu nampak prmpuan, tak beri la slm

-----------------
Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

alhaq99
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11058
Posting: 134
Dari: pj

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-10-04 17:06


ana rasa tulisan yg dipostkan itu sudah jelas..fahamilah elok2........

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhaq99Profil   Hantar PM kepada alhaq99   Pergi ke alhaq99's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-10-04 17:41


insyaAllah....di samping tu sy akan rujuk semula dgn ustaz

"kalau kita rasa ilmu kita dah cukup, kita dah pandai, takut2 Allah akan tutup pintu khazanah ilmuNya, tapi kalu kita niat nak belajar, "saya tak tahu" itulah kunci gedung ilmu"

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

alhaq99
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11058
Posting: 134
Dari: pj

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-10-04 17:49


ALHAMDULILLAH ITULAH SIKAP YG KITA INGINI SBAGI SEORANG MUSLIM.....marilah kita bersama2 mencari ilmuNya yg tidak terbats ini.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhaq99Profil   Hantar PM kepada alhaq99   Pergi ke alhaq99's Website   Quote dan BalasQuote

srikandi_islam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.10.2003
Ahli No: 4481
Posting: 260
Dari: BANGI + KB

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-10-04 21:25



saye pon ade gaks slalu lalui bende ni.org lelaki bg salam,kalo x jawab,takut org 2 aim kite laks......kal\te kite ni belagaksss lakkkk

-----------------
2 love some 1 is NOTHING,2 be love by some 1 is something,2 be love by same 1 U love is EXCITING,but 2 be loved by ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_islamProfil   Hantar PM kepada srikandi_islam   Pergi ke srikandi_islam's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-10-04 22:12




Sape2 ada jawapan tak....
Soalan saya skg, kalau org tak kira muhrim atau bukan beri salam melalui sms...perlu ke kita jawab salam dgn taip , atau cukup setakat kita jawab dgn lafazkan dibibir/lidah?

Macam mana tuh ye?

-----------------
Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

aisha_atisha
Warga Rasmi
Menyertai: 10.09.2004
Ahli No: 11047
Posting: 13
Dari: bumi Allah

tajikistan  


posticon Posting pada: 16-10-04 10:37


ana tak tahu sangat benda2 macam ni .tapi ustaz ana ade cakap hukumnya haram sbb lelaki x leh bagi salam kat perempuan yang muhrim coz.zina katenye.tapi ana b'pegang dgn kate ana m'jawab salam itu wajib!

Bookmark and Share

    


  Member Information For aisha_atishaProfil   Hantar PM kepada aisha_atisha   Quote dan BalasQuote

amanassiq
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.10.2004
Ahli No: 12124
Posting: 89
Dari: al arddi kholifah

Pahang  


posticon Posting pada: 19-11-04 14:35


,

ana boleh beritahu setakat mana yg ana tahu...hukum menjawab salam WAJIB,seandainya salam itu dr lelaki kpd [email protected] itu semata-mata utk mengorat @tanpa mengeluarkan perkataan ASSALAMUALAIKUM...TAK PERLULAH MUSLIMAH MENJAWAB SALAM TERSEBUT,tapi sekiranya salam tersebut bertujuan utk mengerat silaturahim diantara satu sama lain,mk boleh....

Bookmark and Share

    


  Member Information For amanassiqProfil   Hantar PM kepada amanassiq   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-12-04 16:25




bg ana, jwb salam kan wajib. tapi, kalau pen'jawab'an salam itu boleh mnimbulkan fitnah, jawab saje salam itu dlm hati...

waallahua'lam..

-----------------
Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

humairoh
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.11.2004
Ahli No: 12634
Posting: 25
Dari: Baling

Kedah  


posticon Posting pada: 19-12-04 16:02


...

bab org lelaki yg suka bg salam tapi niat nak ngorat ni, ustazah sy ader bg petua nak jwb...

kalau depa kata' , tak jwb dosa...'
kita jwb camni...' , ngorat dosa..'



Bookmark and Share

    


  Member Information For humairohProfil   Hantar PM kepada humairoh   Quote dan BalasQuote

cynognathus
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 907
Posting: 143
Dari: ~baNdarTeriNdah + BandaRtErmusNah~

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-12-04 18:30





Tak boleh bagi / jawab salam kalau TIDAK AMAN DARI FITNAH.. rite ?

- Salam seorang lelaki kepada seorang perempuan atau sebaliknya yang takde hubungan mahram adalah tidak disunatkan kecuali dalam keadaan yang aman dari fitnah. Harus kalo untuk tujuan pendidikan macam cikgu ngan anak murid..

-kalau lelaki bagi salam kat pompuan ..mean gadis remaja maka tak harus dia jawab.

- kalau perempuan bagi salam kat lelaki maka makruh lelaki tu jawab..

sekian..

huk..bukak buku PSI form4..




-----------------
::cakap-untuk akue-untuk kamu-untuk kita::

Bookmark and Share

    


  Member Information For cynognathusProfil   Hantar PM kepada cynognathus   Pergi ke cynognathus's Website   Quote dan BalasQuote

syahidlover
Warga Rasmi
Menyertai: 19.03.2005
Ahli No: 15244
Posting: 5

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-03-05 15:50


banyak khilaf ulama'.itu semua ada kaitan ngan prjalanan hdup antara llaki dan wanita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidloverProfil   Hantar PM kepada syahidlover   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.121423 saat. Lajunya....