Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 30-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa yang dilihat, dimakan, didengar akan jadi sebahagian daripada diri kita
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 67
Ahli: 0
Jumlah: 67




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 3 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Pasrah Segalanya


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Pasrah Segalanya

Please Mendaftar To Post


Oleh Pasrah Segalanya

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 09-09-04 17:26


p/s: brothers DeHearty, pinjam lagu jap eh. i find the lyrics very nice and suitable for the story. promote dehearty jugak la ni err.. boleh ek abg syam..


-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 09-09-04 17:27



PASRAH SEGALANYA


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tomahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiada siapa yang sudi membela

Ku tabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseoranganlah aku di laulan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
ku serahkan segala padaMu tuhan
Yang berkuasa juga mencipta
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah ku temui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidak ku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari
Setelah malamku berkalut benci

Lirik: Pasrah Segalanya, DeHearty.



PROLOG...

Senja menyerakkan warna di ufuk barat ketika aku keluar dari perkarangan rumah anak yatim katholik itu, meninggalkannya dengan perasaan yang berbaur namun penuh dengan luka tersayat. Air mataku telah kering untuk menangisi episod hari ini, lantaran tragedi semalam yang cukup menderitakan.

Kini azan berkumandang di udara. Muadz yang tadi tekun mengajakku berborak menyandarkan diri pada sofa empuk. Kata Muadz, begitulah setiap malam di Rumah Syuhada’, azan Isya’ dikumandangkan menunjukkan masuknya waktu sembahyang Isya’. Semua orang perlu senyap apabila azan dikumandangkan tanda menghormati laungan azan itu.

Orang Islam menghadap Tuhan mereka lima kali sehari, jadi lima kali sehari jugalah laungan membesarkan Tuhan mereka berkumandang di udara. Sejak aku dilahirkan, sering aku terdengar azan berkumandang tetapi dari jarak yang jauh. Kini aku dapat kalimah-kalimah tersebut kedengaran jelas.

Aku bersandar dan memejam mata. Bergetar hatiku pilu. Laungan azan yang dikumandangkan seperti meresap ke dalam jiwaku. Tebing air mata yang ku bina sejak berbicara bersama Muadz tadi tidak dapat lagi ku tahan. Akhirnya mutiara jernih merembes keluar jua menuruni alur pipiku. Namun hati kecilku masih menafikan kenyataan yang begitu menyeksakan.

Segala memori yang terpahat kukuh di dalam fikiranku menerpa satu persatu bagai filem tanpa suara. Dari ingatan pertamaku bersama ibu bapa yang amat penyayang dan mengambil berat, hidup di dalam sebuah keluarga yang bahagia dan sentiasa ceria; sehinggalah ditengking dan dimaki oleh Sister Esha sebentar tadi.

Sewaktu belumpun usiaku memcecah lima tahun, segalanya berubah. Seorang lelaki yang bergelar ayah seperti hilang kewarasannya sejak abang sulungku mati lemas. Lalu aku menjadi saksi sebuah tragedi pembunuhan. Alex terlantar di atas lantai simen rumah itu, tidak bernyawa, setiap inci tubuhnya berlumuran darah setelah ditikam dan dirobek ganas. Betapa deritanya aku dengan tangan kanan yang hampir putus dek tikaman sehingga tembus ke tulang rusukku, aku sedar, lebih perit penderitaan abangku itu.

Namun bagiku segala-galanya terlalu pantas berlaku. Apabila aku pulih dari tekanan mental, didapati Mama telahpun meninggalkan duniaku buat selama-lamanya. Mengapa dan bagaimana tidak pernah kuketahui sehingga ke hari ini..

Setahun lebih telah aku mengabdikan diri kepada seorang lelaki yang bergelar ayah. Ah! Kalau diikutkan hati yang tak berapa tegar ini, aku lebih rela dibunuh oleh lelaki itu daripada menghadapi derita kehidupan... Kehidupan yang tidak pasti akan penghujungnya.


-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 09-09-04 17:32



ada sambungan tapi tak tau la cerita cukup menarik ke tak...



^_^' I'm A HeArtBroKenkiD
[bertemu dan berpisah kerana Allah]

[ Posting ini telah di edit oleh: HeArtBroKenkiD pada 2004-09-13 16:31 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 09-09-04 21:07


~ Satu ~

“Kau ni nampak gelabah je, Najiha,” Razak bersuara memecahkan suasana sepi itu.
Aku memandang wajah berkulit kuning langsat itu seketika, kemudian mengalih pandanganku ke arah Joshua, rakan seperjuanganku sejak aku menyetai tentera udara dua tahun lepas.

Aku menoleh ke arah Leftenan Nidzam yang sedang duduk bersila di sebelah kiriku. Sejenak mata kami bertembung. Lantas aku melarikan pandangan. Selama sembilan bulan berada di bawah pimpinannya, aku tidak pernah berjaya mengatasi renungan tajam lelaki itu.

Lidahku begitu kelu untuk bersuara. Fikiranku terlalu bercelaru. Hatiku terlalu gundah untuk menghadapi kenyataan yang masih belum pasti. Kemungkinan besar aku akan disingkirkan dari kumpulan tersebut kerana melibatkan urusan peribadi dalam misi sebegini. Biarlah, aku mahu melihat kemusnahan itu dengan mataku sendiri.
Helikopter semakin mendekati perkampungan Jibu.

Tampak kepulan asap kebakaran yang masih hangat di sebalik bukit-bakau di persisiran pantai negari Sabah itu. Aku menarik nafas panjang lagi, seperti mengumpul kekuatan untuk menghadapi apa yang bakal diteroka.

Perkampungan Jibu telah musnah habis dek lanun-lanun Laut Cina Selatan.

Lantas terbayang wajah Akh di fikiranku, kemudian wajah Ummi Aneesah, Syuhada dan Hamzah.

“Siap semua…” Leftenan Nidzam memberi arahan.

Seperti dilatih, kami mencapai senapang masing-masing,, memastikan kedudukan pistol dan peluru dan mengemaskan pakaian seragam. Degupan jantungku semakin tidak teratur. Aku dapat rasakan tubuhku menggeletar. Aku memandang Joshua dan Hazlin, kemudian anggota-anggota pasukan lain. Semuanya kelihatan tenang. Joshua yang pertama kali melibatkan diri di dalam misi sebegini juga kelihatan tenang.

“Sarjan!” Leftenan Nidzam memanggil pemandu helikopter dan mengarahkannya membuat satu pusingan di atas perkampungan Jibu dengan isyarat tangan.

“Tengok betul-betul, kalau ada yang rasa tak sanggup untuk turun, buat cara tak sanggup,” Leftenan Nidzam memberi amaran. “Tahu, Nadia, Hazlin?”

Aku merengus di dalam hati. Sering lelaki ini mempertikaikan kebolehanku dan Hazlin, dan secara amnya seluruh kaum wanita. Sejak bermula ditugaskan di bawah pimpinannya, hatiku tidak pernah gembira. Aku benar-benar tidak gemarkan seorang pemimpin sepertinya.



Terlonggok sebukit tubuh manusia yang telah cacat-cela dan dipotong-potong setinggi semeter. Aku kaku, ternganga. Aku memejam mata.
Ummi!!! Akh! Syuhada! Hamzah!

Satu persatu bayangan dan memori bersama keempat-keempat saudara angkatku itu menerpa kotak fikiranku. Dapat aku rasakan mutiara jernih mula membasahi kelopak mataku yang terkatup rapat. Akh, apakah kau diantara yang telah dilonggokkan di hadapanku? Namun tidak sanggup aku menyelongkar mayat-mayat penduduk kampung Jibu demi seorang abang. – demi seorang saudara angkat yang bergelar abang.

Tiba-tiba bahuku disentuh perlahan dari depan. Aku membuka mata. Leftenan Nidzam. Lebih menjadi-jadi kaku tubuhku. Aku tunduk, malu dengan kelemahanku. Air mata ini… Ah! Sungguh lemah semangatku, sungguh lemah! Hendak aku berpaling atau sekurang-kurangnya menyeka air mata yang amat memalukan, namun tidak berdaya untuk bergerak seinci pun.

Perlahan-lahan tubuhku ditarik ke arahnya. Air mataku diseka lembut oleh telapak tangan kasar kepunyaannya kemudian perlahan-lahan dia menyandarkan kepalaku di atas bahu tegapnya. Aku benar-benar kaku. Tubuhku didakap perlahan.

Aku tahu niat Leftenan Nidzam hanya untuk menenangkan perasaanku. Sebaliknya sebak semakin menguasai. Dakapan itu mengingatkan aku pada Ummi…

Ummi… satu-satunya insan yang pernah memelukku di dalam dunia ini apabila aku menangis. Dan lelaki inilah orang kedua.

Orang kedua…
Lantas aku menarik tubuh. Pendirianku langsung memberi setitis kekuatan untukku bergerak. Tidak! Aku tidak akan membenarkan mana-mana lelaki menyentuhku. Tidak sekali-kali!

“Sorry,” Leftenan Nidzam melepaskanku.

Aku terus mengatur langkah meninggalkan longgokan mayat tersebut tanpa berkata apa-apa. Biarlah, yang sudah tiada jangan ditangisi, aku memujuk diri.

“Nadia,”
Aku berpaling.

“If you feel bad, ajak Joshua balik ke helikopter dulu,” anak matanya merenung tepat ke arahku. Aku tunduk.

“It’s okay. Saya bukan selemah yang Leftenan sangka,” balasku bersahaja.


*** sambung aje la heh...

-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 09-09-04 21:10


~ Dua ~

“Kau tak pernah cakap kau ada saudara angkat di Jibu!” Joshua meninggikan suara.

“Kalau aku cakap, nanti the whole group tak boleh pergi, kan? Kau tahulah Nidzam tu, pantang cancel planning,” aku mempertahankan diri. Kemudian aku menambah dengan nada mengeluh, “Lagipun memang aku nak balik kampung…”

“Walaupun segalanya dah musnah?” Joshua tidak menerima alasan keduaku.

“Josh, masih ada memori yang tersimpan jelas di dalam kotak fikiranku,” aku mempertahankan.

“Stupid, Naji. Kau sanggup jatuhkan imej kau sebagai seorang tentera udara…”

“Kau ada keluarga, kau ada Lyn. Kau tak faham perasaan aku!”

Joshua senyap. Hazlin tunduk tangannya menguis-nguis penyedut air di dalam gelasnya, aksi biasa yang dilakukan apabila aku dan Joshua bertengkar. Buat seketika kami bertiga tidak bersuara.

“Sorry. Aku tahu aku tak patut marah kau, tapi aku betul-betul tak nak kehilangan kau,”

Aku mengangguk. Memang benar, aku jugak tidak sanggup berpisah dengan mereka berdua. Setelah setahun lebih bersama, aku telahpun menempatkan mereka sebagai sahabat yang paling bermakna di dalam hidupku. Tetapi kemusnahan Jibu langsung mengetepikan segala-galanya. Ummi, Akh Muadz, Syuhada dan Hamzah… merekalah yang sentiasa memberiku semangat untuk meneruskan kehidupan. Kini…?
Ah Jibu… mengapa kau begitu mudah dijatuhkan? Akh, apakah kau telah berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan Jibu dan keluarga kau?! Pandangan kulemparkan pada askar-askar yang asyik bermain bola di padang bola berdekatan.

“Kau tak nak berusaha ke?” Joshua mengetuk meja menarik perhatianku.

Aku tersentak. Lantas bayangan Akh Muadz hilang. “Berusaha?” aku mengulang, tidak faham.

“Kau nak biarkan Nidzam singkirkan kau?”

“Habis tu apa yang boleh aku buat? Kau pun tahu Nidzam tu bencikan perempuan. Aku ni apa, perempuan jugak, lemah! Aku pun tak sanggup lepaskan hidup aku, tapi kalau tu yang aku perlu hadapi, aku rela memulakan hidup baru di tempat lain,” bicaraku tegas lalu meninggalkan Joshua berkeseorangan di meja makan, tidak sanggup lagi untuk meneruskan pertengkaran itu.


Leftenan Nidzam menghulurkan secawan kopi padaku seraya mengambil tempat duduk di sebelahku. Puluhan kerusi lain kosong tidak berpenghuni. Pertama kali aku dipanggil ke dalam pejabat pentadbiran kerana urusan peribadi setelah lebih dua tahun aku berkhidmat sebagai tentera udara. Mejar Jeneral Muhammad Ayyub lantas memulakan bicara.

Aku tahu, hukuman paling ringan buatku adalah khidmatku sebagai tentera udara digantung sekurang-kurangnya sebulan. Memang padan dengan tindakan mengikut perasaanku untuk melibatkan urusan peribadi dalam misi ke Jibu beberapa hari yang lepas.

Perit telingaku mendengar kata-kata Mejar Jeneral Muhammad Ayyub mengenai hukuman bagiku. Aku terkesima. Hatiku bagai dihiris-hiris dek pisau lipat yang terletak di atas mejanya. Terasa bergelegak otakku memproses bicaranya untuk ditelan bulat-bulat ke rongga jiwa.

Setengah jam kemudian aku melangkah keluar dari bilik mesyuarat tersebut diiringi Leftenan Nidzam. Kejap di tangan ialah sekeping kertas mengisytiharkan khidmatku digantung selama 10 minggu. Aku membisu. Terasa bagai musnah segalanya. Musnah diriku dan hidupku.


“Nadia tak ada saudara-mara lain?” Leftenan Nidzam bersuara.

“Saya rasa saya tak perlu jawab soalan tu,” balasku dingin. Tidak pernah aku berdamai dengan lelaki itu.

Riak muka lelaki itu mempamerkan sebuah tanda soal.

“Sebab soalan tu soalan peribadi,” aku menerangkan ringkas.

“Tapi sebagai ketua Nadia, saya berhak tahu,”

“Tak perlulah. Saya akan letak jawatan dalam minggu ni. Jadi tak perlulah Leftenan nak tahu sangat.” Kemudian aku senyap. Sungguhpun aku telah dapat rasakan hidupku sebati dengan tentera udara ini, kehilangan Akh dan Ummi benar-benar membantutkan ketegalanku untuk meneruskan kehidupan ini.

“Nadia tak nak terus dalam air force ni?” soalnya, air mukanya kelihatan risau.

Soalan bodoh, desir hatiku. Aku dah kata, aku letak jawatan. Tetapi lain pula bicara bibirku, “I grew up in the military, I love this place.”

Leftenan Nidzam mengangguk. “Mind sharing your story?” soalnya.

Aku menggeleng kepala. Sejak bila lelaki ini berminat tentang kisahku, aku sendiri tidak tahu. Setahu aku, Leftenan Nidzam inilah yang paling terkenal dengan anti-perempuan di seluruh kem Tentera Udara Diraja Malaysia ini.

Leftenan Nidzam terus berjalan beriringan denganku. “Nadia tahu, selama ni saya jarang ada anak buah perempuan. Pernah ada lima enam orang je, tapi semua hancur, pantang jumpa ketua bujang handsome,”

Tiba-tiba berderai ketawaku. Perasan! Tapi ada benarnya juga kata-katanya. Selama ini memang wajah tampan itu yang menyebabkan aku tidak pernah berjaya menghadapi renungannya. Dia turut ketawa. Pada saat itu senyuman yang terukir pada wajah lelaki itu benar-benar menggugat hati gadisku. Senyuman yang jarang diukir. Perasaan sedih dan kecewaku sejak misi ke Jibu perlahan-lahan hilang ditelan suara ketawanya. Ah! Lelaki – semuanya tidak boleh dipercayai, rungutku.

“Tapi best bekerjasama dengan korang semua,” sambungnya.

Aku tersenyum. Sekurang-kurangnya khidmat aku selama sembilan bulan dengan Leftenan Nidzam tidak mencacatkan memori pahit seratus peratus.

“Nadia nak buat apa lepas ni?”

Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu. Agaknya aku akan mencari Tengku Khalisah untuk menerima lamarannya yang masih terbuka walaupun setahun telah berlalu. Itulah satu-satunya peluang untuk aku meneruskan kehidupan dengan bermakna. Tidak sekali-kali akan aku ekori rentak sesetengah manusia untuk mengakhirkan nafas yang bukannya milik manusia. Kehidupan ini adalah milik Tuhan yang telah menciptakan segalanya.

“Nadia, kalau tak keberatan, Am tak nak Dya tinggalkan team kita,” Leftenan Nidzam mengubah rentak bicaranya. Aku bagai terpukau seketika. Rentak bicara yang amat asing bagiku. Keliru.
“Dua bulan ni, Dya boleh rehat and habiskan masa dengan keluarga Dya, mak ayah or – tunang Dya ke,”

“Siapa cakap saya ada tunang?” lantas aku membalas. Masakan sembilan bulan ini lelaki ini tidak pernah menyedari bahawa aku hampir tidak pernah meninggalkan kem.

“Lebih sembilan bulan ni, tak pernah satu hari pun cincin yang Dya pakai tu hilang dari tangan Dya,” sambungnya.

Aku tersenyum. Terbayang wajah Akh lagi. “Kalau Naji dah jumpa lelaki yang Naji percaya, baru tanggalkan dan pulangkan cincin ni pada Akh,” itulah pesannya. Aku jelas dengan tindakan itu.

“Memang ada oranglah kan, walaupun tak bertunang,” Leftenan Nidzam menduga.
Aku senyap. Akh…? Bukan, Akh abangku.

“Cepat-cepatlah sikit, Am teringin nak makan nasi minyak ni,” katanya sambil mengukir senyuman mengusik.

Aku senyum lebar, menampakkan barisan gigiku. Tidak perlu aku khabarkan yang aku masih belum berpunya. Aku masih belum bersedia untuk berkongsi hidup dengan sesiapa. Terus aku meminta diri, sebelum bicara dilanjutkan.

“Am harap Dya fikir masak-masak sebelum letak jawatan, sebab…” bicaranya tergantung di situ. Dia merenung lantai sambil membetulkan kedudukan cermin matanya, kemudian memandangku lalu menyambung, “Sebab Am tak nak Dya tinggalkan Am.”

Aku tersentak. Terasa seperti mahu menyorok di dalam longkah kecil di belakangku, namun berlagak tenang. Sepasang mata di sebalik cermin mata itu merenungku dengan sebuah pandangan yang tidak pernah aku hadapi selama ini. Terselit sebuah pengharapan, itulah yang dapat aku tafsirkan.

Hehh, biarlah… Berguraulah tu. Egoku mengingatkan diri. Aku tersenyum sinis dan menyambung langkah menuju ke bilikku.
Sebaik sahaja aku membelakangi Leftenan Nidzam, hatiku terasa gundah semula. Tidak tenteram. Terbayang lagi wajah Akh, seperti selalu sejak meninggalkan perkampungan Jibu. Akh… Aku benar-benar sayangkan lelaki itu. Sebagai abang, atau mungkin lebih dari itu? Ah Nadia, dia tidak ada lagi di dunia ini.

Bicara terakhir Leftenan Nidzam tidak aku pedulikan. Aku sedar aku sering menafikan perasaan sendiri. Begitu jugalah pada awalnya aku menerima Akh walau senyuman akrab sering dihadiahkan olehnya. Walau betapa tenangnya perasaanku ketika bersamanya, aku tetap memujuk diri untuk tidak terlalu mempercayai orang lain, kerana kisah silamku sentiasa menghantui. Hati ini tidak lagi sanggup menghadapi perpisahan.


-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 11-09-04 11:14


~ Tiga ~

“Kau kemaskan bilik ni sekarang!” suara lantang itu bergema di seluruh rumah. “Pukul tujuh kau naik dan duduk kat loteng tu, jangan turun! Sekarang kemaskan!”

Anak kecil itu digertak. Nisha diam. Akur dengan arahan bapanya. Dia memasuki bilik yang kelihatan seperti tongkang pecah itu. Katil tidak berkemas, pakaian dan majalah-majalah bersepah di atas lantai. Bau rokok dan hapak. Seperti biasa aku ingin teriak pada kanak-kanak itu supaya mempertahankan diri sendiri, namun aku tahu sebenarnya aku tidak wujud di situ. Nisha yang berpakaian lusuh dan robek itu langsung tidak dapat melihatku.

“Tukarkan cadar dan selimut katil tu dengan kau punya,” kedengaran lagi suara keras Jeffrey disusuli dengan bunyi pintu dihentam kuat dan dikunci dari luar. Jeffrey meninggalkan rumah.

Perlahan-lahan anak itu memanjat anak tangga untuk ke loteng. Tenaganya perlu disimpan. Kali terakhir perutnya diisi ialah malam semalam. Itupun hanya dua keping roti yang sedikit berkulat. Cadar dan selimut katilnya ditanggalkan dan dibawa ke bilik yang bersepah tadi.

Telefon berdering. Nisha meninggalkan kerjanya untuk menjawab telefon dengan segera. Siapa lagi yang telefon kalau bukan lelaki yang tidak bosan-bosan menderanya. Kalau tidak dijawab dengan segera, alamatnya perutnya akan kosong.
Gagang telefon diangkat tetapi Nisha tidak bersuara. “Sapu lantai, lap tingkap dan almari sekali,” Jeffrey mengarah lalu mematikan talian.

Nisha tidak merungut. Bilik tersebut dikemaskan mengikut arahan. Setelah siap, anak itu naik ke loteng dan terus terlelap.

Tidurnya dikejutkan dengan suara seorang wanita menjerit diikuti pergaduhan diantara beberapa orang lelaki. Namun anak kecil itu terus baring memeluk diri sendiri, membiarkan diri terlelap di dalam dunia sendiri, menahan lapar di bawah katil kayu yang hampir reput dimakan usia.

Tidak lama kemudian lampu loteng dipasang. Nisha terasa silau dan terus menutup mata dengan telapak tangan.

“Lan, ada budak kecil dalam rumah ni,”

Dua orang lelaki berpakaian serba hitam menaiki tangga ke loteng. Nisha menggeletar ketakutan. “Siapa yang menceroboh rumah ni?” kedengaran suara hati Nisha. Dia mengintai dari bawah katil kiranya mereka naik ke loteng.

“Nisha,” salah seorang dari mereka memanggil.
Nisha tidak menyahut.

“Fiz, jom pergi. Tak ada orang dah,”

Aku nampak Nisha melepaskan nafas lega. Aku tahu pasti dia akan dibelasah jika kewujudannya di dalam rumah itu dapat dikesan. Lampu ditutup semula dan kedengaran pintu rumah ditutup. Nisha keluar dari bawah katil apabila pasti tiada siapa lagi ada di dalam rumah. Dia perlu mencuri makanan di dapur sebelum lelaki bernama Jeffrey itu pulang.

Tiba-tiba mulut Nisha dicekup dari belakang oleh kedua lelaki yang disangka telah meninggalkan rumah itu. Nisha terus pengsan akibat terkejut…


Dan aku terjaga, merenung dinding putih di sebelah kiriku. Mimpi lagi. Sejak 16 tahun lepas, malamku sering dihantui nostalgia zaman kanak-kanakku. Perit dan pahit. Kelibat lelaki yang bergelar ayah itu tidak lagi ku lihat sejak malam rumah kami dimasuki anggota polis. Dan sejak hari itu aku hidup tanpa arah tujuan. Kalau dulu hidupku adalah menjadi hamba kepada seorang lelaki bergelar ayah, hidupku setelah bebas tidak bertujuan. Walaupun makan minumku terjaga dan aku dilayan dengan baik, aku tidak dapat mencari jawapan bagi satu soalan. “Mengapa aku masih hidup?”

Enam tahun aku menjadi penghuni sebuah rumah anak yatim katholik di bandar Kuantan. Semakin usiaku meningkat, semakin menjadi-jadi perangai liarku. Pada usia yang belum menjangkau 13, aku bukan sekadar merokok dan ponteng sekolah, aku berkali-kali memukul rakan-rakan sebaya dan melakukan jenayah. Jiwaku sentiasa kelam. Hanya dengan memukul orang barulah aku mendapat kepuasan. Itulah yang menimbulkan kemarahan Sister Esha.

“Kau tak layak pun hidup di atas muka bumi ni! Bawa kerosakan pada orang lain, mana tak kau dihumban ke dalam penjara tu...” panjang aku dileteri hujan kritikan, tidak cukup satu nafas, disambung lagi syarahan itu dengan nafas yang lain. Aku hanya mampu berdiri tegak dan memekakkan telinga. Hidup aku, biarlah. Aku rimas dikongkong sebegitu rupa oleh rumah anak-anak yatim katholik tersebut. Lebih rela aku menghabiskan hari-hariku sebagai hamba abdi.

“Kau tu, lahir dah kotor, makin besar makin jijik!”

Pada saat itu jua aku mengambil keputusan untuk melangkah pergi, cukuplah penghinaan yang ku terima walaupun Sister Esha telah menjaga makan minumku sepanjang enam tahun aku menjadi penghuni rumah anak-anak yatim itu.

Akhirnya aku ditukarkan ke Rumah Syuhada’ dan memeluk Islam, semata-mata kerana ketenangan jiwa yang kurasai ketika laungan azan yang dikumandangkan. Di situlah aku bertemu dengan Akh Muadz. Berbulan-bulan dia cuba mendekatiku, tidak jemu berbicara walaupun tidak berbalas, tidak jenuh melayan kerenahku yang keterlaluan, semata-mata untuk mengubahku kepada seorang gadis yang baik. Namaku Nadia juga dicadangkan oleh Akh.

Dua tahun kemudian apabila Akh pulang ke Sabah, arah hidupku mula pudar semula. Aku hampir kembali pada kehidupan liar. Namun sebaik sahaja aku mula menyentuh batang-batang rokok, Rumah Syuhada’ mengambil keputusan untuk menghantarku ke Jibu untuk bersama dengan Akh dan keluarganya. Di situlah Syuhada, adik perempuan Akh sering memanggilku Najia, mengubah namaku kepada Nadia Najiha.


Air mataku mengalir lagi. Aku terlalu merindui mereka. Masa depanku masih tak dapat ku bayang tanpa Akh dan Ummi. Tanpa mereka berdua aku masih tidak tahu mengukir senyuman. Tanpa mereka berdua hari-hariku dicemari batang-batang rokok. Tanpa mereka berdua aku masih tidak mengenali Tuhan dan terus hidup dalam kesesatan.


-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 13-09-04 00:18


~ Empat ~

Aku menghidup udara sejuk kota Sydney itu. Walaupun musim panas, udara kota metropolitan yang terletak di bahagian selatan bumi itu masih menggigit kulitku yang sudah sebati dengan cuaca di negara yang beriklim tropika. Aku tersenyum sendirian. Di sini aku akan memulakan hidup baru, dan apa yang mampu aku lakukan hanyalah berusaha dan berdoa semoga hidupku tidak sekelam dulu…

… Walaupun sebatang kara.

Lantas aku teringatkan Nidzam. Pemuda itu langsung tidak kelihatan kekurangannya, cuma aku yang teragak-agak dan terlalu ego untuk menjemput manusia lain menghadiri hidupku. Semasa aku masih bertapak di Malaysia setelah meninggalkan kem tentera udara itu, berkali-kali aku didatangi lamarannya, namun hati kecilku terlalu takut untuk menerima. Tiada alasan yang kuberikan dan tiada jua jawapan baginya. Lalu kubiarkan perasaan tidak berbalas dan khabar menyepi, walau pada hakikatnya secebis hatiku telah kutinggalkan di dunia kehidupannya.

Betapa gelapnya malam tanpa bintang-bintang di langit, hari siang pasti kan tiba jua. Itulah sebuah peringatan buatku. Pengajianku kini ditanggung penuh oleh sebuah firma guaman di ibukota Malaysia, dengan syarat aku akan berbakti pada firma tersebut sepanjang saki-baki hayatku setelah tamat pengajianku ini.

Sedikit demi sedikit ketakutanku dikikis oleh seorang peguam wanita yang bernama Tengku Khalisah. Kehadirannya menambahkanku rindu pada Mama dan Ummi Aneesah. Terasa getaran kasih seorang ibu apabila berada di dalam dakapannya. Beberapa tahun berlalu dan aku mula menempatkannya sebagai ibuku, pengganti Mama dan Ummi.

Kerana tidak mempunyai asas akademik yang kukuh, aku terpaksa melipat gandakan usahaku untuk mendapatkan segulung ijazah guaman. Lima tahun itu jugalah aku mengukuhkan iman dan aqidahku. Sejak tiba di Sydney, aku mula mengenakan tudung dan menutup aurat. Bermulalah perjalanan hidupku menjadi semakin tenang.

Pada tahun akhir pengajianku, Tengku Khalisah menyatakan lamaran lain. Kalau lamaran terdahulu adalah untuk aku bekerja di firma guamannya sebagai seorang peguam bela, lamarannya kali ini meminta aku menerima anak lelakinya sebagai teman hidupku. Lantas aku berubah kalut. Hati gadisku yang mudah melatah terus menyatakan tidak bersetuju. Terlalu sukar rasanya untuk aku melupakan satu-satunya lelaki yang pernah bertapak di dalam hatiku.

Namun akhirnya, terpaksa juga aku mengikat janji manis dan berserah kepada Allah. Istikharah yang aku lakukan pasti ada hikmahnya. .Aku terlalu terhutang budi pada Tengku Khalisah, dan itulah yang terpaksa aku korbankan demi membalas budinya kerana menyediakan segalanya untuk aku meneruskan hidup ini.


“Merdeka!!!” teriak hatiku. Cahaya mentari musim bunga membias masuk ke dalam bilikku melalui cermin tingkap yang sedikit terbuka. Terdengar kicauan burung-burung yang bersinggah di atas pokok di belakang rumah. Suasana yang seiring dengan rentak hatiku. Aku tersenyum lebar.

Sambil bersiul kegembiraan aku mencapai tuala dan menuju ke kamar mandi, setelah itu mengenakan sepasang seluar ‘jeans’ dan sehelai baju-T berlengan panjang berwarna hitam.
Seterusnya akan aku serahkan kepada Allah. Dengan usia yang hampir mencecah 25 tahun, aku hanya mampu berdoa semoga semester inilah semester terakhir buatku, tiada lagi subjek yang perlu diulang. Bebepa kali pernah aku mendapat anugerah kepujian. Dua minggu lagi keputusan peperiksaan akhir akan dikeluarkan, dan malam itu juga akan aku pulang ke Malaysia.

Beep… Beep… Telefon bimbitku berbunyi. Panggilan dari Malaysia, pejabat Tengku Khalisah.

“Hello Ma,” bicaraku sebaik sahaja menekan punat ‘Yes’. Hatiku melonjak keriangan.

Namun suara lain yang membalas . Senyumanku semakin pudar. Mana Mak Engku? Aku rindukan kasih seorang ibu…

“Hello, Najiha. Kak Syam ni,” kata wanita yang berada di hujung talian.
“Oh, Kak Syam. How are you?” aku menceriakan suasana. “How’s Mama?” sambungku.

“Akak sihat je. Najiha mesti sihat juga, kan? Exam dah habis, macam mana?”
“Okey, alhamdulillah. Kak Syam, Mak Engku ada? Rindulah kat dia,”

“Najiha, akak call ni bawa bad news. Harap Jiha tenang,”
Aku terkedu. “Bad news?”

“Puan Khalisah… Dah meninggal dua hari lepas dalam tidurnya,” kata Kak Syam, suaranya bergetar-getar.

Serta-merta gelas di tangan terlepas dan pecah berderai di atas lantai. Sebegitu jugalah hancur hatiku ketika itu. Di mana mahu aku berkongsi kegembiraan ini? Di mana tempat untukku mengadu? Lantas aku meminta Kak Syam menguruskan tiket penerbanganku pulang secepat mungkin, dan aku menangis sepuas-puasnya di ruang dapur rumah sewa itu.

Mengapa aku tidak pernah berpeluang untuk menatap setiap wajah insan yang aku sayang sebelum mereka meninggalkanku buat selamanya?! Mama, Ummi, Akh Muadz, Syuhada’, Hamzah… Dan kini Mak Engku! Ketika itu aku benar-benar merasakan Tuhan tidak adil padaku. Tidak pernah adil padaku!

Apa gunanya mengecapi kejayaan duniawi sebagai seorang seorang pemain bola keranjang yang cekap di alam persekolahan, seorang tentera udara yang berwibawa, bakal seorang peguam yang berkaliber tetapi tidak mempunyai teman untuk berkongsi suka dan duka. Buat pertama kalinya setelah lima tahun, aku menyesali tindakanku untuk meninggalkan Nidzam tanpa jawapan.

Seperti orang kurang siuman aku terbaring lemah di atas lantai dapur, di bawah meja makan. Teringat sewaktu kecilku sering dikunci oleh ayah di loteng rumah, aku menghabiskan masa di bawah katil kayuku, memeluk diri menahan kelaparan. Namun pada ketika itu aku tidak mengenal erti penderitaan dan kesedihan. Ketika itu kanak-kanak kecil bernama Nisha itu tidak mengenal maksud perasaan. Air mata tidak pernah membasahi kelopak mata.

Serpihan kaca di atas lantai ku ramas-ramas dengan tangan kanan. Cecair merah kubiarkan mengalir keluar dari telapak tanganku dan air mata langsung membasahi lantai, dengan harapan ianya membawa pergi sekali kekalutan yang melanda. Aku benar-benar memerlukan seseorang.


(walaupun macam tak ada orang baca kan.. kasi je la..)

-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

zawil
Warga Rasmi
Menyertai: 23.07.2004
Ahli No: 10254
Posting: 3
Dari: egypt

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-09-04 14:18



best cite ni..saye ikuti cerpen awk ni..
bagus jln ceritanye...ade kelainan
gaya bahase pon bagus
ni karya sulung ke??
cepatla add sambungannye

Bookmark and Share

    


  Member Information For zawilProfil   Hantar PM kepada zawil   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 13-09-04 21:56


~ Lima ~

“Kau balik sini buat apa? Mak aku dah meninggal, antara kita tak ada apa lagi!” bentak lelaki itu.

“Tengku, kan dia amanat Mama?” Mak Jah, pembantu rumah Tengku mengingatkan lelaki itu.

“Saya tak pernah setuju. Saya ada orang lain. Mak Jah jangan nak masuk campur,” lelaki yang bergelar Tengku itu berkata kasar.

Aku mengintai lelaki itu di sebalik tembok dapur. Bayangan yang tidak asing pada pandanganku. Berkali-kali aku berpaling semula ke arah lelaki yang sedang khusyuk menjamu selera itu untuk memastikan. Nidzam? Ah, tak mungkin. Nidzam seorang tentera udara, bukannya juruterbang antarabangsa. Rupa sahaja mungkin sama. Lelaki itu juga bukannya keturunan kenamaan. Namanya Muhammad Nidzam bin Abdullah, bukan Tengku… Tengku… – Tengku apa hah?

Aku tersengih. Nama anak allahyarham Tengku Khalisah pun aku tidak tahu, padahal aku telahpun bersetuju dengan lamaran wanita itu. Aku menggaru kepala yang tidak gatal, sesekali memandang ke arah Tengku dan juga Mak Jah. Tengku memilih orang lain, masakan allahyarham Tengku Khalisah memaksanya menikahiku? Mak Engku bukan jenis begitu.

Namun ku biarkan soalan tidak berjawab. Bukannya aku mahu sangat pun dengan lelaki berlagak tu. Setelah beberapa hari barulah aku bertanyakan Mak Jah nama lelaki yang ber-aku -engkau denganku itu. Mak Jah ketawa besar, menyangkakan aku bergurau. Sudahnya, soalanku tidak dijawab. Aku langsung mengabaikan.

Beep… Beep… Telefon bimbitku menerima sms.
‘Dya kat mana, Dya? Baliklah, jangan tinggalkan Am lagi. – Nidzam’

Berderau darahku. Berulang-kali aku membaca mesej tersebut. Ada sesiapa yang sedang mempermainkanku? Mustahil Nidzam masih belum mendirikan rumah tangga. Dengan kata lain, mustahil lelaki itu masih menunggu kepulanganku. Kata Joshua, Nizdam telahpun bekerja di luar negara. Pastinya dia telah menemui orang lain dalam masa lima tahun ini. Aku tidak mengendahkan sms tersebut.

Setelah empat hari berada di rumah peninggalan allahyarham Tengku Khalisah itu, aku tidak pernah dilayan dengan baik oleh Tengku. Terasa begitu asing. Ingin sahaja aku kembali ke Sydney secepat mungkin, namun masih berbaki seminggu lebih lagi sebelum tarikh tiket penerbangan kepulanganku ke sana. Hendak diawalkan tarikh, Kak Syam tidak bersetuju kerana perlu berbincang denganku tentang peninggalan firma guaman allahyarham Tengku Khalisah yang berada di atas namaku.

Kini masuk hari ketiga aku menerima sms dari seseorang yang menggelarkan dirinya Nidzam itu. Skrip yang hampir sama jua dihantar setiap kali. Aku langsung tidak mengendahkan walau terasa rimas. Jika benar, mengapa tidak menelefon aku saja? Ah, mungkin kerana talian yang sedang ku gunakan itu talian Sydney.

Aku merengus. Aku sedar kehadiranku benar-benar tidak diingini. Kalau diikutkan hati yang mudah terbakar ini, mahu saja aku bertekak dengan Tengku. Namun aku sedar siapa diri ini, anak jalanan terbiar yang tidak dipandang sebelah matapun oleh orang kenamaan sepertinya. Aku pasti, gadis pilihan lelaki itu adalah orang kaya juga. Aku pula, siapalah jika dibandingkan. Setakat anak jalanan yang terbiar. Malah firma yang kini terletak di bawah namaku adalah kepunyaan ibunya.

“Tengku,” aku menegur. Bukan hendak berdamai, tapi sekadar mendapatkan izin untuk tinggal di dalam rumah tersebut selama sepuluh hari lagi. Atau mungkin lebih baik untuk aku menumpang rumah Joshua dan Hazlin di Shah Alam?

“Kau tak payah panggil aku Tengku,” lelaki itu membalas panggilanku dengan kasar. “Nama aku Nidzam,” sambungnya.

Mulutku jatuh melopong. Nidzam…

Benarkah apa yang masuk ke dalam lubang telingaku sejenak tadi? Lelaki ini Nidzam? Lelaki yang hanya bayang-bayangnya menemaniku selama lima tahun aku di rantau orang? Hanya satu cara untuk memastikan. Menggeletar tanganku mendial nombor telefon si Nidzam yang selama ini menghantar sms kepadaku. Lantaran itu telefon bimbit Nidzam yang berada di hadapanku berdering. Lantas aku mematikan telefonku supaya tidak menerima sebarang panggilan.

Mengapa dia ber-aku -engkau denganku dan melayanku dengan kasar, sedangkan di dalam sms yang aku terima setiap pagi, tengahari, petang dan malam berkata sebaliknya? Apa lelaki ini juga tidak mengetahui namaku? Tidak menyedari kehadiranku di sisinya? Sudah pasti perwatakanku tidak lagi dikenali kerana aku telah banyak berubah.

Sejak aku mendail tefefon Nidzam tempohari, lelaki itu sering cuba menelefonku. Akhirnya aku terpaksa menggunakan profil senyap pada telefon bimbitku apabila berada di dalam rumah supaya kehadiranku tidak dikesan. Panggilannya tidak satupun aku jawab. Masih ada saki baki perasaan takut di dalam diri.

Takut jika ditinggalkan lagi. Kalaulah satu hari nanti pesawat yang dipandunya terhempas… Lantas aku beristighfar dan minta dijauhkan. Kerjayanya sebagai seorang juruterbang terlalu berisiko. Apa hatiku akan tegar menghadapi perpisahan lagi? Apa jiwaku boleh menerima sekiranya dikecewakan?

-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 13-09-04 22:58


best arr citer ni,teruskan usaha untuk memantapkan lagi citer ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

kalium_gurl
Warga Rasmi
Menyertai: 11.03.2004
Ahli No: 7886
Posting: 8
Dari: BuMi TuHaN

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 14-09-04 03:47


bestnye.. sambung la lagik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kalium_gurlProfil   Hantar PM kepada kalium_gurl   Quote dan BalasQuote

aniisa_tasnim
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 11
Posting: 441
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-09-04 20:32




karya yg menarik.. bila nak sambung.. penantian itu satu penyeksaan.. tak baik ooo wat org ternanti nanti.. hehe.. harap2 happy ending.. tapi kalau dah pasrah segalanya

Bookmark and Share

    


  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 14-09-04 23:18


~ Enam (final episode) ~

Kedengaran telefon bimbitku berdering dari luar bilik. Aku lantas bangkit dari baringku. Baru teringat aku terlupa menukarkan kepada profil senyap apabila pulang dari firma tengahari tadi. Dan telefon itu tertinggal di meja makan.

Pintu bilikku diketuk perlahan. “Najiha, ambil ni, telefon ni bunyi,” suara Nidzam kedengaran.

Tahu pula dia namaku. Aku mencapai tudung dan terus menguak pintu bilik, seluas yang cukup untuk menghulurkan sebelah tangan.

Tiba-tiba pintu itu ditolak kuat. Aku kaget. Sudahlah berlengan pendek mendedahkan auratku, sakit jari kaki kakiku tersepit. Aku cuba menolak semula pintu untuk menutupnya. Ternyata kekuatan lelakinya mendahuluiku.

“Keluar,” aku mengarahkan. Aku pasti riak mukaku ketakutan ketika itu.

Tubuhku ditolak kasar. Belakangku terhentak pada dinding. Hendak aku menjerit memanggil Mak Jah tetapi tidak berdaya. Ibu jari lelaki itu menyekat ronggaku daripada bersuara. Segala gerakan seni bela diri yang kupelajari semasa menyertai kem tentera udara dahulu tidak berkesan kerana lelaki itu lebih pakar mengelak. Aku langsung tidak mampu melawan.

Lengan kanan bajuku diselak, menampakkan parut 20 tahun lepas akibat tetakan pisau semasa ayah menggila. Sejurus itu tubuhku didakap seerat-eratnya bagai tidak mahu dilepaskan. Aku sesak dan keliru.

“Lepaskan, sebelum aku mengamuk,” aku berbisik tegas.

“Janji Dya takkan tinggalkan Am lagi, janji!” ulangnya berkali-kali.

“Lepaskan!” aku meninggikan suara dan meronta.

Nidzam meleraikan dakapan dan melangkah meninggalkan bilikku, meninggalkan telefon bimbitku di atas katil. Terus aku mengatup pintu dan menguncinya. Celaka! Marahku membara. Suka hati buah pinggang dia menyelak lengan bajuku dan memelukku. Sangkanya lima tahun aku berada di rantau orang, aku belajar bersosial dan bergaul bebas dengan lelaki? Gila!

Telefon kucapai. Empat panggilan tidak berjawab daripada Nidzam. Aku terfikir sejenak. Dia bertindak menyelak lengan bajuku untuk memastikan kehadiran parut tersebut, supaya dapat membuktikan bahawa aku ialah Nadia Najiha?

Aku terjelupuk di penjuru bilik. Airmataku bergenang membasahi tebing kelopak mataku yang tidak lagi seteguh dulu. Dia sudah tahu siapa aku. Apakah ini sesuatu yang baik untukku, atau sesuatau yang akan menambah penderitaanku? Telapak tangan kananku yang masih berbirat-birat dek serpihan kaca yang kuramas dua minggu lepas ku tenung. Inikah lelaki yang Tengku Khalisah serahkan padaku? Apa tangan ini mampu membahagiakan manusia lain sedangkan diri sendiri tidak terurus?


“Dya,”

Aku tersentak. Sejak bila manusia ini muncul di sebelahku tidak ku tahui. Lantas aku menyeka air mata yang membasahi kelopak mata.

“Kita nikah malam ni lah,” selamba Nidzam memulakan berbicara. Jejaka itu tersenyum lebar menampakkan barisan giginya yang putih dan lurus.

Aku tersenyum sinis. Begini pula caranya untuk menenteramkan perasaanku yang gundah.

“Sengih je pulak. Betul la, Am tak sanggup tengok Dya menangis sendiri lagi,” katanya lagi, kali ini dengan wajah serius.

Merah padam mukaku. Aku senyap. Petang tadi menyaksikan bagaimana dengan kalutnya aku menghamburkan bicara persetujuan. Segala kata-kata tidak lagi dapat kutarik semula. Lelaki itu mengucap selamat malam dan melangkah meninggalkan taman kecil rumah peninggalan allahyarham Tengku Khalisah itu.

“Am!” panggilku. Nidzam berhenti dan berpaling. Anak matanya merenung tepat ke arahku. Argh! Pandangan yang tidak pernah dapat aku hadapi dengan tenang. Terus terlupa apa yang hendak aku katakan. Aku menggeleng kepala dan mengucap selamat malam.

“Am pun tak tahu yang Mama buat macam ni. Mama dah uruskan ni lama dah, Tok Kadi semua dia dah jumpa, cuma tunggu Dya setuju je,” Nidzam menerangkan.

Memang itulah jawapan yang aku perlukan.
Tetapi benarkah allahyarham Tengku Khalisah sudah mengaturkan kami sehingga ke tahap itu? Aku benar-benar tidak percaya, tetapi masakan Nidzam akan membuat cerita.

“Mama tu sayang betul kat kita, kan, Dya?” niat Nidzam untuk masuk ke rumah terbantut, sebaliknya dia terus mengajakku berborak.

“She’s an angel sent to me,” bisikku.

Nidzam tersenyum bangga. Tampak matanya yang jernih mula berkaca-kaca buat kali pertama setelah Tengku Khalisah menginggalkan kami. Dapat aku rasakan betapa rindunya seorang anak pada ibu yang telah membesarkannya sejak berusia tiga bulan. Ketika itu barulah aku dikhabarkan bahawa Nidzam sebenarnya bukanlah anak kandung Tengku Khalisah.

Aku termenung kagum. Berapa banyak jiwa yang telah wanita itu selamatkan selama berkhidmat sebagai seorang peguam bela. Dalam diam aku bertekad, dengan al-Qur’an dan Sunnah sebagai landasan, akan aku teruskan perjuangannya sehingga ke akhir hayat.


Ken.
Kuala Lumpur,
11 Ogos 2004.


-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

itifa2
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.09.2004
Ahli No: 11138
Posting: 80
Dari: johor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-10-04 18:48


BAGUSS......

Bookmark and Share

    


  Member Information For itifa2Profil   Hantar PM kepada itifa2   Pergi ke itifa2's Website   Quote dan BalasQuote

ain_khansaa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.09.2004
Ahli No: 11145
Posting: 63
Dari: Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-10-04 09:57



ana suka cerita ni.....
moga HeArtBroKenKiD boleh duduk sebaris dgn penulis2 lain...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_khansaaProfil   Hantar PM kepada ain_khansaa   Quote dan BalasQuote

putripuisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15926
Posting: 156
Dari: Allah & kepada-Nya jua

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-04-05 22:16


dah habis ke? TAMAT????????

walau apapun... cerpen ni seronok di baca



Bookmark and Share

    


  Member Information For putripuisiProfil   Hantar PM kepada putripuisi   Pergi ke putripuisi's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-04-05 22:24




menarik lah cerita ni...... ada bakat juga brother ni.

saya cadangkan dihantar kepada Utusan, setiap karya yg tersiar tu akan dipertandingkan.

sekadar cadangan dari saya.

TQ.

-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

Nafizatul
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.03.2005
Ahli No: 15443
Posting: 80
Dari: Selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 23-04-05 02:08


..best..best..best...truskn usehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NafizatulProfil   Hantar PM kepada Nafizatul   Quote dan BalasQuote

Hasmie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.03.2005
Ahli No: 14966
Posting: 34
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 23-04-05 14:52



EEDAP CERITA NI.DAH TAKDE SAMBUNGAN LAGI KE?
KLU ADA SAMBUNG LG ERK.
BEST N SERONOK

Bookmark and Share

    


  Member Information For HasmieProfil   Hantar PM kepada Hasmie   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 23-04-05 23:56


brother pulak...

Ada ke sambungan... Tengok lah... Kalau rajin.. Idea tu pun dari form 4 punya.. Baru compile kan masa habis skolah..

MohdHanafi, kalau nak hantar ke utusan, enta tolong hantarkan la.. nnt kalau dipertandingkan bleh kongsi hadiah kalau menang.. kalau Utusan kat bahagian mana? (ana ni tak penah bukak surat kabau ler).. hehe..

-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100005 saat. Lajunya....