Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-- al-Baqarah: 286

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 69
Ahli: 0
Jumlah: 69




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 60 hari yang lalu
the_brOtherz: 87 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: ~Tips berjumpa dengan bakal mertua~


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» ~Tips berjumpa dengan bakal mertua~

Please Mendaftar To Post


Oleh ~Tips berjumpa dengan bakal mertua~

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 03-09-04 14:30


Bagaimanakah rasa kali pertama bertemu bakal mertua? Pasti jantung berdegup laju, jari-jemari terasa berpeluh sejuk dan segala benda serba gementar.

Dalam zaman yang serba moden ini, ramai orang akan memperkenalkan pasangan mereka kepada kedua ibubapa semasa dari tahap awal berkawan lagi. Ini adalah untuk memastikan bahawa wanita atau lelaki yang dipilih itu menepati kehendak kedua belah keluarga.

Ini juga dapat mengelakkan daripada timbul tentangan dari pihak keluarga apabila hubungan telah bertambah serius. Wanita atau lelaki yang dibawa bertemu keluarga juga boleh menilai samada beliau mahu menjadi sebahagian daripada keluarga tersebut ataupun tidak.

Jadi apakah yang harus anda lakukan pada pertemuan pertama?

~Mak Mertuaku Sayang~

Hobi
Tanyalah terlebih dahulu kepada pasangan mengenai hobi ibubapanya. Setelah mengetahuinya , bacalah maklumat tentang hobi mereka. Jika mereka gemar berkebun, anda boleh membawa benih tumbuhan kesukaan mereka ataupun baca mengenai teknik-teknik terbaik untuk menanam pokok di cuaca Khatulistiwa ini. Ini akan memudahkan anda untuk berbual mengenai hobi mereka.

Tumpukan Perhatian
Apabila mereka bertanya, jawablah soalan dengan baik. Apabila mereka menceritakan sesuatu, beri perhatian dan dengarlah dengan baik. Ini kali pertama anda bertemu mereka, jadi kurangkan celoteh anda. Anda akan
berpeluang untuk berceloteh di lain-lain pertemuan.

Bawa Buah Tangan
Tujuan anda menemui mereka adalah untuk mengambil hati mereka bukan? Maka tiada salahnya jika anda membelikan buah tangan seperti buah-buahan atau kuih-muih. Ini akan mengambarkan bahawa anda bukanlah seorang yang kedekut

Kekasih Lama
Walau macamana hebat pun bekas kekasih anda, jangan sekali-kali anda bercerita mengenai bekas kekasih di hadapan bakal mertua. Walaupun bekas kekasih anda adalah anak saudara kepada bakal mertua. Elak untuk menjawab secara spesifik

Kesesuaian Pakaian
Pastikan anda berpakaian kemas dan rambut tersisir rapi. Bagi yang lelaki, elakkan daripada memakai jeans koyak walaupun ianya fesyen terkini. Bagi yang wanita, paling selamat, anda boleh memilih untuk memakai baju kurung dan jangan kenakan mekap yang keterlaluan.

Ringan Tulang
Jika tuan rumah menjamu makanan, bagi wanita eloklah kiranya anda melawat ke dapur samada untuk membantu menyiapkan hidangan ataupun setelah selesai, anda boleh membantu mengemaskan meja. Walaupun tuan rumah medesak supaya anda tidak membantu, sekurang-kurangnya angkatlah pinggan anda ke dapur.

Bukan bakal mertua sahaja yang sedang membuat penilaian terhadap anda, bahkan anda juga berhak untuk membuat penilaian terhadap keluarga tersebut. Anda seharusnya menilai samada anda boleh menerima cara hidup mereka kerana setelah berkahwin nanti, mereka juga akan menjadi sebahagian daripada hidup anda.

~~kadang-kadang tu bila nak menjenguk mak mertua kita....bawalah sejambak bunga...sejuk hati dia..~~

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 03-09-04 14:32



Huuaalloohh... susah jugak..
for me there is nothing to fear it..
mungkin Lan akan datang jumpa bakal Mertua garang macam singa.. kalau garang mcm singa bawak je la senapang patah mesti lari punye...


-----------------

Jom Pakat˛ Naik GununG CEO Penguis



Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 03-09-04 14:45


ishhh.....ishhhh....si Lan ni....jgn la mcm tu dik oi...

ader ker nak bawa senapang kat makcik tu

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

comel
Warga 5 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 03-09-04 15:20




memang sukar nak mengambil hati org..apa lagi insan yg bakal menjadi sebahagian dari kehidupan kita...Tip yg agak baik, mudah2an kita akan diterima seadanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For comelProfil   Hantar PM kepada comel   Quote dan BalasQuote

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-09-04 15:43




tips yang baik tu.. tapi masa akak dulu, tak sempat jumpa bakal, masa risik baru jumpa.. mujur mak dan ayahnya baik dan memahami..

bukan senang, tapi asalkan hati kita ikhlas dan tidak berpura - pura..insya Allah, Allah akan permudahkan segala perkara..



Bookmark and Share

    


  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 03-09-04 20:17


hmmm....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 04-09-04 14:28


cari bakal suami anak yatim piatu la.Boleh tak gitu?hehhehehe....

Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 04-09-04 16:01


Ntah... selamba aje...

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 04-09-04 18:40



tak dak pengalaman lg.
tapi dok dengaq pengalaman org jela.
mmg la rasa seram sejuk, angkat air tu boleh dengaq bunyi ketaq.
apapun, selawat byk..lagipun mak mentua tu insyaAllah akan jd mak kita jugak.
bakal suami kena la citerkan serba lengkap perihal maknya, supaya bakal isteri tak terkebil2..

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-09-04 15:46


buatlah dengan hati yang ikhlas kerana Allah...

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

solehah_umi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.01.2004
Ahli No: 6804
Posting: 38

Terengganu  


posticon Posting pada: 05-09-04 15:58



not bad la tips tu,wlpn nmpk simple tp kalu x kene gaya,lain yg jdnya btl x?tp,hopefully bakal MAK MERTUA nnt sporting orgnye,mcm mak kt skrggg!

Bookmark and Share

    


  Member Information For solehah_umiProfil   Hantar PM kepada solehah_umi   Quote dan BalasQuote

faizbukharyy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 15
Posting: 179
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-09-04 16:17


asssalamualaikum...

jadilah diri sendiri yg sebenar ....
takkan depan bakal mak mertua nak hipokrit kot ....susahla nanti klu dah diterima ..semuanya kene berlakon ...

...
muhasabah diri ...

wslm


Bookmark and Share

    


  Member Information For faizbukharyyProfil   Hantar PM kepada faizbukharyy   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 06-09-04 08:30



Ntahler.. bur seriusly kalau lan nak jumpa
Bapa mertua rasanya lan boleh menslumberkan diri kot..
ntahla.. tapi ada dgr juga dari pengalaman member.. jumpa bapa mertua nie cuak dia melebihi cuak nak jumpa PM kuiekuiekuike (sorry Zuria aku pinjam ayat mu :-p)



-----------------

Jom Pakat˛ Naik GununG CEO Penguis



Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-09-04 10:27


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah umi seronok baca pandangan anak-anak di bawah tajuk yang menarik ini . Beginilah sebagai seorang ibu ... umi berharap sangat agar anak-anak perempuan jangan sekali-kali pergi menemui keluarga lelaki sebelum ada sebarang ikatan pertunangan yang sah. Jagalah maruah seorang wanita muslimah. Biarlah keluarga pihak lelaki yang datang ke rumah keluarga perempuan dan merisik. Itu dinamakan merisik tu. Lepas tu kalau sudah ada kesepakatan barulah bertunang.

Tetapi keluarga perempuan ada hak untuk menemui lelaki yang bakal dijadikan menantu bagi diinterview terlebih dulu. Bab perkawinan ni adalah satu peristiwa besar sesebuah keluarga di mana ayah dan ibu kepada anak perempuan bakal melepaskan segala-galanya kepada bakal menantu lelaki ini. So anakanda platipus jangan bawa senapang patah ya dan yang lain tu kenalah bersedia kerana kekadang bakal mertua ni akan uji bawa ke masjid atau suruh jadi imam dan juga baca surah yassin tanpa lihat al quran . So bersedialah jadi bakal menantu yang soleh dan solehah ya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-09-04 11:35






-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-09-04 13:54


Quote:

On 2004-09-06 10:27, ummimq wrote:

Tetapi keluarga perempuan ada hak untuk menemui lelaki yang bakal dijadikan menantu bagi diinterview terlebih dulu.



Interview ???????
Wauu...nak kena jawab temuduga... fuh....
rasa berdebar...tup...tup.....tap...tap...erkk..
jantung terkejut... hehehehe


-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-09-04 14:17


Quote:

On 2004-09-06 13:54, Prof_Muslim wrote:
[quote]
On 2004-09-06 10:27, ummimq wrote:

Tetapi keluarga perempuan ada hak untuk menemui lelaki yang bakal dijadikan menantu bagi diinterview terlebih dulu.



Interview ???????
Wauu...nak kena jawab temuduga... fuh....
rasa berdebar...tup...tup.....tap...tap...erkk..
jantung terkejut... hehehehe


-----------------

[/quote]



Alamak...kena interview ke???? takutttttttttttt...
gawat ni Prof,mcm mane nie??? kalau dah ada pengalaman tu tolong2la ajar kepada bakal2 yang kena hadapi nanti...boleh gate ready dari sekarang.....


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-09-04 15:18


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah anak-anak usah risau ... interview tu sekedar ingin melihat kejujuran dan keikhlasan bakal menantu sekiranya ditaqdirkan jodoh. Kekadang dalam perbualan tu bukan apa sekedar tanya keluarga, bincang hal-hal biasa cuma kita kenalah bersedia dengan jiwa yang tenang dan ikhlas .. itu saja .. tanpa sebarang udang balik mee gitu .

Wallahuta'ala a'lam bissawab
ummimq
ps - pengalaman umi ialah bila melihat allahyarham abah umi meminta bakal menantu berazan dan menjadi imam di masjid depan rumah umi. Alhamdulillah lulus with flying colours tapi ditaqdirkan umi walimah dengan orang lain. Begitulah dikatakan jodoh di tangan Allah SWT. Best of luck sons .

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-09-04 17:08


Quote:

On 2004-09-06 15:18, ummimq wrote:

ps - pengalaman umi ialah bila melihat allahyarham abah umi meminta bakal menantu berazan dan menjadi imam di masjid depan rumah umi. Alhamdulillah lulus with flying colours tapi ditaqdirkan umi walimah dengan orang lain. Begitulah dikatakan jodoh di tangan Allah SWT. Best of luck sons .

-----------------






Alahai Umi....cite la lagi..seronokla dengar cerita umi....Umikan banyak pengalaman....boleh kami buat persedian menghadapi exam berjumpa dengan ayah dan mak mertua...hehe... anak2 umi semuanye dah kawin ke? ewah...tanya je...umi x marahkan?ikh..ikh..ikh...




-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

kaze
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-09-04 01:12


tips yg bagus.. tp rasanya byk bergantung dari sifat dan perangai kita jg..

-----------------
kaze tech

Bookmark and Share

    


  Member Information For kazeProfil   Hantar PM kepada kaze   Pergi ke kaze's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-09-04 02:53


jaga adab..jangan dok kalut tak tentu pasal.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 07-09-04 09:00


Terima kasih ummi.Suatu nasihat yang berharga.Sebelum ni saya tak pernah terfikir pun yang melawat ke rumah pihak lelaki sebelum ada sebarang ikatan adalah tindakan yg kurang manis.Bila direflect2 balik,ternyata memang ada kebenrannya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 07-09-04 09:25


"ps - pengalaman umi ialah bila melihat allahyarham abah umi meminta bakal menantu berazan dan menjadi imam di masjid depan rumah umi. Alhamdulillah lulus with flying colours tapi ditaqdirkan umi walimah dengan orang lain. Begitulah dikatakan jodoh di tangan Allah SWT. Best of luck sons "

seram pulak baca,kalaulah saya kena mcm tu,mau tak gabra...
harap mak mertua saya rock......takde interview,takde apa....janji anak dia bahagia dan senang kita jaga...

p/s:apa khabarlah si Dia ya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-09-04 10:56


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah anakanda syed riyas ni suka dengar cerita ya . InsyaAllah sabar ya. Betul tu anakanda majidah bahawa melalui pengalaman umi sebagai seorang kakak angkat dan juga ibu angkat dan pernah membantu 'baitul muslim' berpuluh kali sesungguhnya wanita tanpa ikatan apa-apa tidak sepatutnya bertandang ke rumah lelaki. Satu contoh tu umi dah ingatkan dah agar yang perempuan jangan ke rumah lelaki tapi dia pergi juga dengan alasan emak yang lelaki ingin nak kenalan. Tetapi akhirnya tak jadi. Malahan timbul fitnah mengata perigi cari timba dan macam-macam lagi. Seeloknya yang lelaki jagalah maruah bakal isterinya dari awal lagi dan just be a gentleman dan bawa keluarga sepatutnya ibu menemui di rumah keluarga perempuan. Semua ini melalui pengalaman umi. Mungkin ada yang ok saja tetapi sekiranya ingin mendapatkan kemanisan iman dalam rumahtangga maka cubalah elak dari buat yang di keluar syarak seboleh-bolehnya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

saleema
Warga Rasmi
Menyertai: 23.08.2004
Ahli No: 10679
Posting: 8
Dari: kuala terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 07-09-04 11:14


hmm skrg br saya tau x elok perempuan ke rumah lelaki utk berjumpa keluarga pihak lelaki sebelum ada apa2 ikatan...tapi bukankan bagus kalau perempuan tu boleh berkenal-kenalan dengan keluarga pihak lelaki terlebih dahulu ummi?saya cuma meminta pendapat..sebab sebelum ni saya pernah terfikir, bagaimana klau si lelaki tu dh jumpa ngan keluarga perempuan and then lulus but then tetiba keluarga lelaki lak yg x setuju?mesti pihak perempuan malu kan?jd saya rasa elok gak perempuan pun berjumpa dan berkenal-kenalan ngan pihak keluarga lelaki..bagaimana ummi?

Bookmark and Share

    


  Member Information For saleemaProfil   Hantar PM kepada saleema   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-09-04 22:46


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah anakanda inginkan penjelasan ya . Sebenarnya bila seorang lelaki berkenan pada seorang perempuan dia terus usahakan ambil gambar wanita itu lalu orang tengah atau minta direct dan tunjuk pada ibunya terus. Tetapi sebelum minta gambar tu si lelaki kenalah istikhorah dan bila sudah positif dalam hati tu minta gambar dan terus tunjuk pada ibu dan minta ibu dan ayah bantu istikhorah. Sekiranya setuju semuanya barulah keluarga lelaki datang merisik. Begitulah mulanya satu pertalian yang syari.

Sekiranya sepertimana yang anakanda sebut itu adalah tidak syarak sebab akan mencemar maruah wanita kerana pergi ke rumah lelaki. Walau nak pinang lelaki pun kenalah lalu orang tengah macam sayidatina Khadijah lalu nafisah tu. Bukan Sayidatina Khadijah pergi ke rumah Rasulullah saw atau direct tanya. tak gitu anakanda. Jadi anak-anak perempuan jagalah maruah anak-anak dan keluarga jangan sampai tercemar ya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

zirkonsofis
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9789
Posting: 54
Dari: Chaah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-09-04 23:35


ooo cam tue rupanye....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zirkonsofisProfil   Hantar PM kepada zirkonsofis   Pergi ke zirkonsofis's Website   Quote dan BalasQuote

hakimabdulrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10003
Posting: 541
Dari: kawan

singapore  


posticon Posting pada: 08-09-04 00:03




Hai sesiapa yang dah siap sedia nak berumahtangga....
boleh la mula jumpa bakal mertua......
Tapi baca lah tips yang ahli ukhwah berikan...



Bookmark and Share

    


  Member Information For hakimabdulrahmanProfil   Hantar PM kepada hakimabdulrahman   Pergi ke hakimabdulrahman's Website   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-09-04 09:05




terima kasih ummi diatas pelbagai nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan....semoga segalanya menjadi sumber pengajaran buat kita semua.....

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

sufi_anis
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.02.2004
Ahli No: 7365
Posting: 36
Dari: KingDOm Of Far Far Away

Melaka  


posticon Posting pada: 08-09-04 10:42



bakal mengadap bakal mak mentua 19/9 nanti....jantung cam nak gugur.....camne nak cover agr org lain x perasan kta tgh borak ngan bakal mak mentua.... ?

perjumpaan kt umah kenduri ...ramai la ahli jemah yg lain turut ada di tempa kejadian nnt...xmo le expose....

minta2 mak mentua opss bakal mak mentua...berkenan kat menantu opss bakal menantu dia ni....

-----------------
~bulan sabit munculkan diri mengingatkan bumi agar menegur insan yang meremehkan~

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufi_anisProfil   Hantar PM kepada sufi_anis   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-09-04 11:01


~Selamat Mengadap Mak Mertua....


bakal mengadap ke?alahai seronoknya.... tak pe..tak pe...bawa bersabar banyak...rileks...tarik nafas..hembus... .....nanti bila dah berjumpa dgn bakal mak mertua tu....bolehla posting kat sini....citer la mcmana perasaan tika tu....boleh juga dijadikan tips....



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

Haslan
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10945
Posting: 402
Dari: banting

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-09-04 11:19


ntahlah harap nanti jumpa mak mertua tak pengsan takut yang yang takut...wat pe nak takutkan manusia kan kite kene takutkan Allah ye tak???.hahahaha....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HaslanProfil   Hantar PM kepada Haslan   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-09-04 11:59


Quote:

On 2004-09-08 10:42, sufi_anis wrote:
bakal mengadap bakal mak mentua 19/9 nanti....jantung cam nak gugur.....camne nak cover agr org lain x perasan kta tgh borak ngan bakal mak mentua.... ?
minta2 mak mentua opss bakal mak mentua...berkenan kat menantu opss bakal menantu dia ni




Tahniah buat sufi anis....
Tak nak jemput kalau dah jadi...nie..

Semoga gembira dengan bakal suami dan bakal mentua.... Amin



p/s: JK Kompang ?????

-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

zaim_bushra
Warga Rasmi
Menyertai: 28.06.2004
Ahli No: 9704
Posting: 20
Dari: kuala terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-09-04 12:37




bagi ana yang pertama sekali kita lobby dia dulu.keduanya cuba tunjuk sikap sebenar kita.maksud ana kita bersikap jujurlah.takut-takut di belakang hari apa yang kita kata tak sama dengan apa yang kita perkataankan masa first jumpa dulu.
oklah,
wbt


"biar rebah jangan berubah..biar terbuang terus berjuang..ujian adalah TARBIYAH dari ALLAH...semakin dekat bahtera diri kepada -NYA..semakin kuat ribut melanda".

-salam perjuangan dari ana-



Bookmark and Share

    


  Member Information For zaim_bushraProfil   Hantar PM kepada zaim_bushra   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 14-09-04 08:12



iskk.. isk.. isk... jgn la cuak sgt..
confidence.. kata nak kahwin dengan anak orang..
so macam mana Ibu Bapa nya nak setuju sedangkan bakal menantunya takde keyakinan langsung?
aiiyyoo... susah lor....
be pation and fill up ur mind with onfidence
(cewqwahhh Lan macam ada experience jer)

Jgn takut.. rileks? tarik nafas.. duk bersila pastu minum segelas sirap pastu terus ajak bakal mertua gi main takraw ke ping pong ker.. tak pun ajak gi
mandi sungai menembak ikan..
(Huhuhuuhuuuu~ Best tu)

*PS: Nak nunggu prof blanje mkn nasi kerabu dgn petai...

-----------------

Jom Pakat˛ Naik GununG CEO Penguis



Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 15-09-04 11:36


null

-----------------

Jom Pakat˛ Naik GununG CEO Penguis



Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

abadi
Warga Rasmi
Menyertai: 15.09.2004
Ahli No: 11131
Posting: 1
Dari: selangor

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-09-04 11:49


,,,,,



Bookmark and Share

    


  Member Information For abadiProfil   Hantar PM kepada abadi   Quote dan BalasQuote

sufi_anis
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.02.2004
Ahli No: 7365
Posting: 36
Dari: KingDOm Of Far Far Away

Melaka  


posticon Posting pada: 20-09-04 13:12




sudah bjumpa dgn bakal mak mentua...
b4 bertolak ...dah 7 kali kuar masuk toilet...sudin...sudin...

ditempat kejadian....mak mentua lembut sgt...borak2 biasa ajer...kejap aje boraknye..

lepas mkn tghari beramai2 dgn sumer org...cek mesej hp...

dr : ..katanya.."Alhamdulillah..mereka dah setuju.."

syukur...

-----------------
~bulan sabit munculkan diri mengingatkan bumi agar menegur insan yang meremehkan~

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufi_anisProfil   Hantar PM kepada sufi_anis   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 20-09-04 14:32



haaa.. kan dah ckp senang jer jumpa..
just fill up ur self with confidence
mesti selamat nyer..
hahahah



-----------------

Jom Pakat˛ Naik GununG CEO Penguis



Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.136796 saat. Lajunya....