Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang difikir menentukan apa yang akan dicapai.
-- Hamka

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 50
Ahli: 0
Jumlah: 50




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 23 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Copy & Paste
Topik: askar bukan lagi utk melindungi..isk..isk..


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» askar bukan lagi utk melindungi..isk..isk..

Please Mendaftar To Post


Oleh askar bukan lagi utk melindungi..isk..isk..

abu_nawas80
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.01.2004
Ahli No: 6314
Posting: 103
Dari: Pantai Dalam,KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-09-04 13:26


Edisi Timur: Askar ragut beg dicekup

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
[email protected]

KUANTAN: Hasrat dua anggota tentera ingin meraikan hasil ragut mereka selepas meragut beg tangan seorang suri rumah tidak kesampaian apabila mereka ditahan selepas melakukan ragut, kelmarin.

Sebelum kejadian, seorang daripada anggota tentera itu berjalan kaki menuju ke arah mangsa ketika itu menunggang motosikal, berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Wong Ah Jang, di sini.

Rakannya pula menunggu tidak jauh dari lampu isyarat berkenaan dengan menunggang motosikal dalam kejadian, kira-kira jam 2.30 petang.

Bagaimanapun, anggota itu merampas beg tangan suri rumah berkenaan mengandungi wang tunai RM24 diletak di dalam raga motosikalnya sebelum melarikan diri ke arah rakannya.

Mangsa menjerit meminta pertolongan sebelum dibantu seorang lelaki mengejar anggota tentera itu beberapa meter sebelum anggota berkenaan ditahan.

Menyedari rakannya ditahan, anggota tentera yang menunggu tidak jauh dari tempat kejadian melarikan diri sebelum rakannya diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD), Kuantan.

Polis menemui semula beg tangan mangsa selepas anggota tentera itu ditahan seorang lelaki selepas terdengar jeritan mangsa.

Siasatan mendapati, sebelum itu, anggota tentera itu memerhatikan mangsa sebelum menuju ke arah mangsa.

Hasil penahanan rakannya, polis menahan rakannya tidak jauh dari tempat kejadian ketika cuba melarikan diri selepas menerima bantuan daripada pihak tentera mengenai kejadian itu.

Kedua-dua anggota tentera itu berusia 20-an ditahan di IPPD, Kuantan untuk siasatan lanjut manakala beg tangan mangsa diserahkan semula kepada pemiliknya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Ahmad Noordin Ahmad Mustafa mengesahkan menerima laporan penahanan dua anggota tentera terbabit.

-----------------
Ya Allah,layakkah ana untuk merindui syurgaMu di mana syaitan dan hawa nafsu sentiasa membisikkan ana supaya melupakan suruhan2MU.Ya Allah,selamatkanlah ana

Bookmark and Share

    


  Member Information For abu_nawas80Profil   Hantar PM kepada abu_nawas80   Pergi ke abu_nawas80's Website   Quote dan BalasQuote

di_azie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9868
Posting: 36
Dari: Melaka

Selangor  


posticon Posting pada: 02-09-04 14:02


... Ana cuma ingin memberi sedikit pandangan daripada perspektif seorang anggota tentera walaupun ana hanya seorang anggota Pasukan Simpanan Tentera Darat atau lebih dikenali sebagai Askar Wataniah... memang ana akui tidak semua anggota tentera tu tak kira la anggota tetap atau anggota sukarela betul-betul berdisiplin dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan... Ana akui semua tu... Tetapi tajuk topik yang anta utarakan di sini seperti menuding jari bahawa peranan asal anggota tentera iaitu melindungi kedaulatan negara kini tidak lagi relevan... Mungkin anta anggap ana ni cuma nak backing pihak terbabit... Ana tak bermaksud begitu sebenarnya... Bak kata peribahasa,dalam setandan pisang tu tak semuanya busuk... Janganlah dek kerana seorang dua anggota tentera yang 'buat hal' anta nak tuding jari kepada kami sebegitu rupa... Ana minta maaf sekiranya ana terkasar bahasa... Wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For di_azieProfil   Hantar PM kepada di_azie   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 02-09-04 14:55



ketika saya membaca tajuk topik ini..
saya terpanggil untuk membaca..
walaupun saya pernah berkhidmat untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).. memang ada segelintir warga ATM mempunyai sifat sebegitu..
tetapi jikalau mengikut peratusan hanya 0.5% sahaja.. dan yang selebihnya mempunyai reputasi yang boleh dikatakan amat membanggakan..
Saya juga tidak setuju dengan tajuk topik ini.. tajuk topik ini seolah mengatakan bahawa ATM tidak berdisiplin..
Saya sebelum mula berkhidmat saya adalah seorang yg boleh dikatakan Kantoi dalam kehidupan.. namun dengan didikan Disiplin dan latihan serta ajran agama yang diberikan Alhamdulillah saya berjaya merubah hampir 60% diri saya...
jadi saya juga berharap dengan adanya kenyataan saya dan sahabat saya yang menganggotai Pasukan tentera simpanan (AW) di_azie dapat mengubah serba sedikit tanggapan buruk terhadap ATM.. Tanpa ATM negara mungkin tidak akan mencapai kemerdekaan.. ATM banyak mengharumkan nama negara ketika menyertai operasi dibawah Panji-Panji Dunia (PBB) dan semasa konfrantasi Indonesia.. bagi saya ATM dah banyak melahirkan generasi yang berdisiplin.. mungkin yg anggota terbabit kurang didikan agama atau sebagainya...
dan saya rasa setakat itu biacra saya
Sekian

X- 10 bridget PARA
bat 1. rej 502 (AW)


-----------------

Jom Pakat˛ Naik GununG CEO Penguis



Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-09-04 17:39


x cukup duitlah tu....tapi janganlah dok buat keje mcm tu...rosak nama baik je...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-09-04 20:34


tajuk yg ditimbulkan seolah2 menyalahkan semua askar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.329899 saat. Lajunya....