Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila kita terlalu sibuk memikirkan kedudukan diri; kita lupa tanggung jawab kita yang sebenar
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 54
Ahli: 0
Jumlah: 54




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu


Sajak
Topik: Puteri Gunung Ledang


Carian Forum

Moderator: Administrator, kasih_kekasih
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sajak
    »» Puteri Gunung Ledang

Please Mendaftar To Post


Oleh Puteri Gunung Ledang

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 01-09-04 14:12



:: Nie sesaja je buat ni.. bila nengok DVD Puteri Gunung Ledang tetiba datang Ilham.. hahah (klakar betul).. Diminta anda semua berikan komen ok?

Quote:
Sejak kecil aku impikan menjadi seorang puteri
Memiliki raut wajah yang jelita, putih berseri-seri
Aku sedar ia hanya sebuah fantasi
Mustahil ia menjadi realiti

Meningkat dewasa masih aku impikan menjadi seorang puteri
Namun kali ini, berbeza persepsi
Ingin bertemu dan bercinta dengan putera raja
Seperti di dalam filem Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah

Ingin benar aku menjadi seperti Gusti Puteri
Seorang wanita yang berkayakinan tinggi dan berani
Berdiri diatas kaki sendiri dalam apa jua situasi
Berpegang teguh pada prinsip diri

Aku kagumi dengan dirinya
Sanggup ke Melaka seorang diri mencari Hang Tuah
Sanggup dikahwinkan demi berkorban pada negara
Sanggup menipu pada Sultan untuk terus setia pada Hang Tuah

Begitu setia Gusti Puteri pada Hang Tuah
Tidak pernah goyang cintanya pada laksmana
Walaupun diugut atau dipaksa, Gusti Puteri masih tetap setia
Menunggu laksmana hingga hujung nyawa

Walaupun disumpah tinggal di dalam gua selamanya
Hingga selamanya beliau akan terus setia
Sepertimana membaranya Sultan pada Gusti Puteri
Begitulah cintanya pada laksmana



CEO Penguins Of The Worlds
Growing without fear and tears
Only survivor can live with it..

kau permaisuri dihatiku
didunia ini engkau penghibur
menjunjung kasih amanah Ilahi
ku pasti akan terus menyayangi

Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 14:28


Azlan ...bagus..
sajak yg menarik..... ( personal komen )

Dah berangan mcm Hang Tuah ke Lan ?


Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 01-09-04 14:44


lebih impikan mendapat kekuatan seperti King Saladin (Sallahudin Al Ayubi) yg merampas Palestin dari penjajah....
Dari hang tuah,baik jebat..jebat setia ngan kawan

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 01-09-04 14:50



Amboi... Amboi... AAAMMMMBBOOIIII.....
Prof nie memang dah lama tak "Membelanda" topik Lan.... takpe kali nie lan lepaskan..
lan jumpa prof lan mintak blanja makan..
muhahahah

berangan jadi Hang tuah?
Hang tuah tak besh better lan jadi
muqharabbin (pendaki Everest)
hang tuah naik ledang jer.. lan kalau boleh nak naik Everest.. tak pun gi selam Jurang Marianna (Jurang terdalam Didunia) best tu...


CEO Penguins Of The Worlds
Only Servivor can live with pain and Tears
null

Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 01-09-04 14:56




Wahh.. JoshuaIsfahan member e-cyber aku..
rindu giler aku kat ko..
sihat ek?

CEO Penguin of The Worlds



Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 15:08


Quote:

On 2004-09-01 14:50, pLatipus wrote:
berangan jadi Hang tuah?
Hang tuah tak besh better lan jadi
muqharabbin (pendaki Everest)
hang tuah naik ledang jer.. lan kalau boleh nak naik Everest.. tak pun gi selam Jurang Marianna (Jurang terdalam Didunia) best tu...



heheheh..Insya-Allaah ada rezeki prof belanja..hehehe

Ler...nak daki Everest pulak..dah
nanti keluar tajuk Puteri Gunung Everest..

hehehehe...

Prof suka jadi Hang Kebun ......

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 15:09



dengar khabar habis tiket cerita puteri ni, agaknya apa manfaat yang dapat dari epik ini...ramainya manusia yang pergi sampai abis tiket, tapi masjid-masjid tetap lengang, kuliah2 agama tetap lengang.....puteri oh puteri, lagunya pun dah mengkhayalkan

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 01-09-04 15:27



ooOOooOOPP....
ntah ler..
apa nak jadikan..? (elellhh.. Lan ko sama jer sampai tak solat isyak terlajak nengok tu apa kejadahnyer..)
anyway.. ini hanya nukilan shj..
Hnag Kebun? Hang tanah takde ke prof?

-----------------

Jom Pakat˛ Naik GununG CEO Penguis



Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 15:37


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah umi cuma rasa duit hampir 20 juta tu boleh buat perkara yang lebih manfaat di jalan Allah. Maaf ya anakanda sekedar menyampuk kerana umi tak sanggup melihat filem tu yang iklannya hebat di tv kerana penuh dengan suasana yang unislamik. itu saja. Kalau kita tidak dapat bezakan antara hak dan batil siapa lagi yang akan jadi role model kepada generasi yang akandatang kelak. Jadi umi harap sangat anak-anak carilah ilmu yang boleh memantapkan iman di dada kerana sekeping hati itulah kelak yang akan dipersembahkan kepada Allah SWT. Dan rupa apakah ia kelak? Wallahuta'ala a'lam bissawab. terpulang pada anak-anak mencoraknya setelah berilmu dan berakal. Sekedar pandangan pribadi seorang ibu tua. Afwan.

Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - ps. Our sins are our real enemy
Sincerity is our real undestructible weapon
There is a vacuum inside each of us
it cannot be filled except by other sincere Muslim brothers and sisters


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 15:45




ewah!!! (2x)
makin ramai muslimin yg pandai bersajak sekrg ni...
prof, lan, kaze, dll...

Lan, bab sajak ni kena mintak Cikgu Nuraini bg markah...



-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

mawar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.10.2003
Ahli No: 4592
Posting: 119
Dari: k.lumpur

Pahang  


posticon Posting pada: 01-09-04 16:04


Sejak bile pulak dlm sejarah kate puteri gunung ledang tu pakai baju separuh....pandai2 je....haiya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarProfil   Hantar PM kepada mawar   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 17:03



itulah islam had hari, islam yg boleh dihadkan, dalam soal penerbitan filem ni, islam dihadkan, tak boleh masuk campur, halal haram tolak ke tepi, sama kategori mcm AF, audition dan tah apa-apa lagi......puteri gunung ledang tgh mandi la, nak bercumbu dgn hang tuah la....ceh, takde moral langsung, apa pengajaran yang nak diambil dari epik ni pun tak tau lah....maaf saudaraku, tang sajak tu tak salah, cuma seperti kata ummimq, iklannya kat tv pun dah tak islamik

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-09-04 09:43


Mawar.....tak tau jgn cakap...leh bukak sejarah pakaian org melayu nusantara...tulisan ghazie Shahak dan Annets, terbitan London Ents.Tu kira baik la nampak elok sikit,kalau ikut sejarah....lagi memalukan..
Mengikut Richard,1987:"Kebanyakkan mereka,masyrakat Melayu kuno, adalah jauh ke bawah dari aspek konservatif,ini dibuktikan apabila isteri kepada pemerintah,sultan tidak dibenarkan memasuki balairong"

"cuma rasa duit hampir 20 juta tu boleh buat perkara yang lebih manfaat di jalan Allah. Maaf ya anakanda sekedar menyampuk kerana umi tak sanggup melihat filem tu yang iklannya hebat di tv kerana penuh dengan suasana yang unislamik. itu saja. Kalau kita tidak dapat bezakan antara hak dan batil siapa lagi yang akan jadi role model kepada generasi yang akandatang kelak. Jadi umi harap sangat anak-anak carilah ilmu yang boleh memantapkan iman di dada kerana sekeping hati itulah kelak yang akan dipersembahkan kepada Allah SWT. Dan rupa apakah ia kelak? Wallahuta'ala a'lam bissawab. terpulang pada anak-anak mencoraknya setelah berilmu dan berakal. Sekedar pandangan pribadi seorang ibu tua. Afwan. "

Saya rasa,kalau awak fikir ia merugikan...awak harus tahu bahawa duit yg digunakan tu adalah duit pelaburannya sendiri,jadi apa dia nak buat...dia punya hal....filem melayu dah makin teruk...dengan ada kehadiran puteri gunung ledang mungkin satu masa ada filem yg setanding kualitinya akan dikeluarkan.Mungkin juga filem bercorak Islamik...ini hanya pemula kepada kebangkitan filem melayu setanding dengan mana mana filem di dunia.
Walau seperti kata awak it is unIslamic,at least kita nampak dari segi bacaan sejarah mengenai org melayu dizaman dahulu dan paling penting moral kualiti filem melayu sudah berubah dan tidak berhabuk apalagi lapuk.
Untuk bercakap mengenai hal negatif memang begitu mudah.Tu salah,ni salah semua salah,tak islam dan last last salahkan kerajaan.Tapi fikirkan sesuatu....sekurang-kurangnya ia merupakan permulaan bagi kebangkitan filem melayu.Nak harapkan org yg kata "Islamik"nak buat filem lagilah payah sebab sibuk berceramah.Jadi diharap,dengan bermulanya PGL ni,akan ada filem sama kualiti dan mungkin bercorak Islamik dapat dihasilkan.

"Criticism is easy,art is difficult"


p/s:Tunggu filem King Saladin....hasil kerjasama company jerman dan malaysia..




Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-09-04 09:46


"Wahh.. JoshuaIsfahan member e-cyber aku..
rindu giler aku kat ko..
sihat ek?

CEO Penguin of The Worlds "

Sihat....heheh,nampaknya semakin mencabar kat ukhwah ni......

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-09-04 10:15




ewah...ewah dik Lan...lama bertapa muncul terus dgn Puteri Gunung Ledang....kenapa tak Putera Gunung Ladang Lan....? hik..hik....

erm.....ttg cerita tu...sebenarnya, ana rasa malu tgk yg jadi Puteri tu...(tiara)....seksis....!







Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-09-04 12:11



Asalnya disini bukannya nak mengulas pasal citer PGL ni tapi khusus sajak tu tapi bila dah berkaitan dgn PGL ni maka ada la ulasan dan respon.

Saya merujuk posting ummi yang saya kira seorang ibu, seorang yang lebih tua yang patut kita hormati, seorang yang lebih makan garam dan matang pemikirannya dalam menilai perkara yang baik dan buruk dan mungkin juga seorang ustazah yang dalam pengetahuan agamanya.

si joshua ni melampau betul menjawab posting ummi macam tu, hormatlah pendapat orang tua-tua dan saya pasti selain jauh lebih tua ummi juga mempunyai asas dan pendirian agama dalam postingnya, bukan cakap pakai hawa nafsu. Yang jelas dalam ketandusan akhlak moral remaja melayu, hari ini, para penerbit filem patut memikirkan soal moral dari keuntungan semata-mata. Buatlah filem yang ada mesej membangunkan akhlak manusia, bukannya filem yang mengeksplotasi tubuh badan wanita. Dengan lagu temanya berjudul asmara yang mengasyikkan, joshua tau tak apa tu 'asmara'......itu penerbit filem, belum masuk kementerian yang meluluskan filem2 yang takde pembangunan moral. Sebagai kerajaan bagilah cadangan untuk menghasilkan filem yang boleh menginsafkan umat hari ini yang dah tak ada pegangan islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 02-09-04 13:57



Uiikkss... kalau boleh jgn lah cetuskan kontroversi kat topik nie...
Lan hanya minta komen dari apa yang lan tulis tu...
thats All... jgn la pulak nak salahkan pihak tu dan pihak ini...
Jangan dengan sepatah perkataan sesuatu buruk berlaku..



-----------------

Jom Pakat˛ Naik GununG CEO Penguis



Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-09-04 16:28



opps...maaflah kalau terlanjur bicara dan agak beremosi, cuma agak kurang senang dengan jawapan yang diberi pd posting ummimq, pandangan seorang ibu dan seorang yang lebih tua dari kita. Dan jawapan joshua kepada ummimq tak sepatutnya macam tu, saya nak tegur tu je.

Lagipun seperti kata platipus tujuan asal diposting sekadar utk memaparkan nukilan sajak tu kan... bukan nak kaitkan dengan filem ni.

apapun, bukan niat nak mencetus kontrovesi dan juga berharap sajak yang dipetik itu bukan dari filem yg boleh mengundang kontrovesi. Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah tak salah, yang salahnya penerbit filem yang menggambarkan puteri gunung ledang tu miskin sampai tak cukup kain nak buat baju. Ok, maaf ya. TERUSKAN BERSAJAK SEBAB NI RUANGAN SAJAK

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-09-04 16:41


Baiklah...masalahnya kira Prof anggap selesai..
dengan Putera Gunung Everest merangkap Presiden Penguin.... menenangkan keadaan..

hehehe...Kesian Platipus.. sibuk mencari seorang mcm Puteri Gunung Ladang..
Sabor.....ek...



Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-09-04 17:26


First...betul ke ummiq...tu ibu..org tua...saya mcm tak caya je.....mungkin hanya sekadar nickname....or maybe not...
Kalau betul ibu,maaflah....saya bukan nak berlaku KURANG AJAR....didikan agama saya jelas...hormati org yg lebih usianya..(bukan tua)....cuma saya rasa berhak untuk memberikan pendapat....
Saya tidak rasa filem pgl mengeksplotasikan tubuh wanita..jelas ia tidak islamik..namun cuba lihat dari sudut lain....
sejarahnya memang begitu.Orang Melayu secara sahih tidak begitu maju dalam erti kata yang lain "mundur".Tak percaya?cari buku tekstil di Nusantara..
Ia adalah kebenaran.Takkan kerana nak pertahan sesuatu kita asingkan sejarah.Nak letak puteri gunung ledang pakai tudung labuh berjubah dan bertasbih sedangkan ia bukan begitu?Filem harus jujur..bukan hipokrit.Jika Hang Tuah tak pakai capal,maka dia harus tidak memakainya.Ini sejarah dan ini sahaj identiti yang kita ada
Perkembangkan bahan bacaan anda terhadap sejarah.Tak puas hati pergi School Of Design UITM.Kunjung Jabatan Tekstil dan Jabatan Kreatif Fesyen UITM.Boleh tanya pakar pakar di situ.Kalau tak puas hati saya boleh ketemukan dengan mana mana pensyarah atau pelajar tahun akhir di situ untuk lebih jelas dengan sejarah tekstil dan pakaian org Melayu.
Ia bukan soal eksplotasi,ia soal perkara sahih dan benar.Ikutkan betul,Raja Melayu zaman dahulu,pakai selipar pun tak pandai.
Kita harus bersyukur,kini trampil Melayu lebih baik.Dari yg sesingkat kemban,sudah tertib.Bertudung,labuh,separuh labuh dan kita sudah sedar mengenai kepentingan berpakaian.
PGL hanya interpetasi sejarah,mitos Melayu ke filem bagi menutup mata anak anak hari terhadap ketaksuban mereka pada LOTR mahupun Harry Potter.
Takkan ada siapa nak ghairah tengok filem tu.Ia filem sejarah mitos melayu.Tu sahaja.Kalau tak suka,tutup mata.Duit dia bukan duit kita.Ada juga org Melayu mampu buat filem setinggi kos itu.Kali terakhir syukur21,namun ia dari seorang yg saudara baru Islam.Mana pergi yg Islamik-Islamik?tak fikir ke nak buat filem kalau nak berdakwah.

Tajuk ini ringan,saya minta maaf kerana terpaksa menjawab.Jika betuk Ummiq itu ibu,saya memohon maaf.Cuma,jika betul,saya kagum ada juga org dewasa,ibu pulak tu nak masuk posting begini.Macam 1 dalam seribu.

Thanks


Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-09-04 17:49


Hati Prof lagi lega....Setelah Joshua memberi posting.
Prof juga respek cara posting Joshua ...berani mengkritik ..... dan ayat sedap membacanya...

Untuk pengetahuan Joshua ...Ummimq itu sebenarnya wujud dengan wajah sebenarnya serta sesuai dengan pilihan nicknamenya ada dalam Galeri Ahli page 23..

Gambar beliau dengan anaknya...



Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 02-09-04 17:57



Alahmdulillah macam nielah sahabatku.. Joshua.. mu dok gi memana ke cuti ari tu?
dan kepada ummiq maafkan andai ada tutur perkataan yg buleh buat ummiq terguris.. adtlah remaja.. darah [email protected] darah panas
lagi satu amboi.. prof.. hang nie mmg nak kena ngan aku nie... sabar jer lah akan datang aku jumpa ko siap ko.. bile nak blanja makan rojak prof?

-----------------

Jom Pakat˛ Naik GununG CEO Penguis



Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 03-09-04 10:53


seperti yg telah saya ungkapkan..ummiqq adalah satu dalam seribu.......mak saya pun tak masuk portal mcm ni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-09-04 11:24


Quote:

On 2004-09-02 17:57, pLatipus wrote:

lagi satu amboi.. prof.. hang nie mmg nak kena ngan aku nie... sabar jer lah akan datang aku jumpa ko siap ko.. bile nak blanja makan rojak prof?




OOo.....dulu kat "kampung" sana kat Utara...takda rojak..
takpa kat kat sini Khatulistiwa ada byk rojak .....hehehe

Boleh apa salahnya...last sekali Lan bayar...hehheee

Terungkaplah syair...aaaarrrr

Datang jauh kemari..........................
seorang jejaka .....
sibuk mencari seorang puteri
Idaman hatii......

meredah Kutub melintas laut
mendaki bukit mara ke gunung
masih usaha hajat si jejaka

Singgah sekejap
jumpa saudara
perutnya lapor
minta belanja makan bersama
Hajat diminta itulah Rojak namanyaaaa


Sekian....

p/s: jgn mare....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 03-09-04 11:29


saya teringin nak makan pesembur..dulu pergi kedah,niat di hati nak makan pesembur,tapi sebab pergi ngan kawan yg moden sgt last last makan jugak KFC.....

p/s:nak gi Langkawi hujung tahun...ada kawan kawan ukhwah nak ikut?

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 03-09-04 11:31


saya teringin nak makan pesembur..dulu pergi kedah,niat di hati nak makan pesembur,tapi sebab pergi ngan kawan yg moden sgt last last makan jugak KFC.....

p/s:nak gi Langkawi hujung tahun...ada kawan kawan ukhwah nak ikut?

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-09-04 11:34



saya juga bersetuju dengan pendapat Joshua tu, ada benarnya. Secara peribadi saya memohon maaf pada saudara Joshua kalau agak terkasar bahasa. Walauapapun, dalam suasana masyarakat yang rosak sekarang, media, filem, televisyen adalah antara sumber yang mampu mempengaruhi minda dan gaya, cara hidup manusia, pihak yang berwajib fikirkanlah sesuatu. Kalau ada benda yang tidak baik dalam sesuatu filem itu ia tetap memberi pengaruh kepada mereka yang menontonnya, kalau yg mampu menilai tidak apalah, tapi kalau yg jahil bagaimana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-09-04 11:40


Quote:

On 2004-09-03 11:31, JoshuaIsfahan wrote:
p/s:nak gi Langkawi hujung tahun...ada kawan kawan ukhwah nak ikut?



Betul ker..?
Prof baru sekali pergi....ke sana...
Boleh ikut ke ni ?
Joshua....boleh ke ?


Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-09-04 12:31



erm....Joshua...
lama menyepi...
akhirnya muncul kembali....

alhamdulillah...ada perubahan........ :

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 03-09-04 12:54



MORNING JUMAAT... :-p
so prof siap buat sajak tu..
suspek tul lah.. eh respect tull la...
joshua naik flight ke atau kete, bas?
maybe nak follow..
cuti-cuti malaysia tuh...
ekekeke

-----------------

Jom Pakat˛ Naik GununG CEO Penguis



Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-09-04 12:56


aduh...seksis nye puteri gunung ledang 2.... betul ke puteri gunung ledang 2?????

Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-09-04 18:25


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah tak tau kenapa umi 'minat' untuk memberi komen dengan tajuk ini - mungkin kerana 'pemikiran yang ada kelainan' anakanda platipus ataupun kerana PGL kini sedang hangat menjadi isu semalaysia.

Beginilah anakanda lan yang umi tak pernah temui tapi 'dekat' di hati .... sekiranya di izinkan anakanda sudah menjadi seorang bapa adakah anakanda akan izinkan anak-anak lan kelak melihat PGL? Berilah jawapan seikhlasnya.

Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 06-09-04 10:32


filem tu filem mitos sejarah melayu je....selain sirah nabi,kita kena jugak tau bangsa kita punya sejarah..mitos....kalau saya jadi ayah,saya bawak je anak saya tengok......

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-09-04 17:42




Ummi, anakanda suka akan nasihat umi tu....semoga ummi senentiasa menasihati kami jika ada yang x betul....Sebagai seorg yang lebih tua, umi ada hak untuk membimbing kami kerna kami semua masih mentah2 belaka.
syuqran jazilan ya Ummi....


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-09-04 10:22



Quote:
filem tu filem mitos sejarah melayu je....selain sirah nabi,kita kena jugak tau bangsa kita punya sejarah..mitos....kalau saya jadi ayah,saya bawak je anak saya tengok.....



dalam bangsa kita, kita ada adat, dan tak semua adat itu selari dengan syariat, banyak adat-adat yang bercanggah dengan syariat. Kalau kita sebagai ayah dan punyai anak dalam usia remaja mahupun yang kecil, tak sesuai sangatlah nak bawak anak-anak menonton cerita macam tu. Dengan seksinya puteri gunung ledang tu, mahukah kita didik anak-anak kita dengan melihat benda-benda seumpama itu, mungkin cerita PGL ini bagus dari segi mitos sejarah kalau unsur-unsur moral dan kesopanan dimasukkan ke dalam cerita. Untuk makluman, sekarang unsur-unsur yahudi dan kristian sedang berlegar di sekeliling kita, dalam rumah kita dan di mana saja, jadi janganlah kita didik anak-anak kita dengan unsur sebegini. Wallahu'alam



Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-09-04 10:49


Quote:

On 2004-09-06 10:32, JoshuaIsfahan wrote:
filem tu filem mitos sejarah melayu je....selain sirah nabi,kita kena jugak tau bangsa kita punya sejarah..mitos....kalau saya jadi ayah,saya bawak je anak saya tengok......



sejarah dan mitos membawa maksud yg berbeza...
maksud sejarah ialah peristiwa yg benar2 telah berlaku...
maksud mitos/myths pula ialah peristiwa yg belum pasti betul2 berlaku... separuh mungkin kisah benar dan separuh lg tak benar... krn ia tidak mempunyai bukti yg kukuh... kadang2 ada yg menokok tambah dan menjadikan ia kisah dongengan semata2...

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 08-09-04 11:13


apa salah jadikan anak kita seksi..heheheh,takde siapa yg nak gi klcc berkemban mcm tiara tu...apa kejadahnya....tak suka jgn tengok.....

"mungkin cerita PGL ini bagus dari segi mitos sejarah kalau unsur-unsur moral dan kesopanan dimasukkan ke dalam cerita"

Unsur kesopanan....
Tengok adat org melayu,bagaimana mereka cakap berlapis....
Dari segi pakaian,tak mungkin sebab ia sejarah,kita tidak boleh menukar sejarah pakaian org Jawa semata mata nak ikut cara kita,sebab tu saya cakap baca buku tekstil di Nusantara...takkan zaman dulu memang org melayu berkemban oleh kerana nak ikut sensiviti kita nak pakaikan tiara tu jubah labuh sampai ke kaki..kalau ikut betulnya,org melayu zaman dulu,berkemban dan tidak bercapal,malah rajanya juga......jadi kenalah ikut hakikat..namapun film epik sejarah..kena ikut sejarah..takkan sultan melaka pakai keris nak tukar pistol....


p/s>minda merdeka

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-09-04 12:10


Quote:
takkan zaman dulu memang org melayu berkemban oleh kerana nak ikut sensiviti kita nak pakaikan tiara tu jubah labuh sampai ke kaki..kalau ikut betulnya,org melayu zaman dulu,berkemban



Habis tu, kalau wanita melayu dulu pakai kain saja, dada ke atas tidak pakai apa-apa, nak tonjolkan juga ke walaupun ia hakikat. Kerana sejarah kita nak ketepi soal halal haram, moral dan sebagainya. Betullah itu gambaran masyarakat melayu dulu, tapi salah ke kalau penerbit filem itu baiki sedikit untuk kesesuaian masyarakat melayu yang beragama islam untuk menontonnya, baiki sedikit sebagai menghormati sensitiviti orang islam


Quote:
sebab tu saya cakap baca buku tekstil di Nusantara



saya akui itu sebahagian daripada ilmu tapi banyak lagi ilmu-ilmu agama yang perlu kita cari dan pelajari. Tangguh dulu la buku tekstil nusantara tu ya.


P/S : minda orang melayu masih dijajah, zahirnya merdeka tapi hakikatnya minda masih di jajah ( Al-Ghazwul Fikr )

[ Posting ini telah di edit oleh: mujahadatunnafsi pada 2004-09-08 12:16 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 08-09-04 15:23


tak boleh terima sejarah toksah tengok,apa susah,modal pun duit dia bukan duit u! kalau tak suka pejam mata!tak suka jugak lagi....pergilah tanya yg islamik islamik tu kenapa taknak buat filem yg islamik mcm syukur21?itupun harap saudara baru..kalau takdenyalah.....u je yg sensitif...yg tengok tak rasa apapun.....dah nama jawa kraton,takkan nak jadikan jawa serambi mekah!


p/s Criticism is easy.Art is difficult.

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-09-04 17:27


sabor... tak guna gadoh sebab PGL ..
Penerbit dan pelakon tu .. tak rugi apa..
tapi sesama kita...

Lagipun kesian kat Azlan....
nie ruangan posting sajak dia..
bukan ruangan isu semasa.....

Ok.. Joshua rilek ek..
Atau yg lain.....

p/s: Nak daki Gunung Ledang....


-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-09-04 10:35



Ruangan sajak dah lari topik nampaknya kan, apapun lain kali harap sajak yang dipetik tu dipetik dari sumber yang tidak lagi boleh menimbulkan kontrovesi mcm PGL.

p/s : sekadar mempertahankan nasihat seorang ibu ( ummimq )



Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-09-04 15:37


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah senyum umi lihat posting anak-anak. InsyaAllah sekedar menumpang sama luahan hati anak-anak. Terima kasih pada yang backing umi dan juga yang tidak sependapat. Kita bebas untuk bersuara dan meluahkan apa yang dirasa cuma letaklah Al Quran dan Sunnah di hadapan. Dan nilai sesuatu dengan nilai Al Quran dan juga Sunnah. Sebab yang akan menanggungnya ialah kita bila berhadapan dengan Allah Yang Maha Esa. PGL bermatlamatkan dunia tetapi orang muslim mukmin bermatlamatkan akhirat. Jadi memanglah jauh bezanya. Apapun lan o lan ... janganlah duk pi main dengan penguin saja.. mai sini ikut prof Muslim mendaki gunung ledang. manalah tau antum berdua boleh dakwah kat si puteri tu agar pakai tudung ke selendang ke jadi tutup bahagian atas tu . lan .... mana ni? apapun maafkan umi ya .

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - O Allah! Let us live as Muslims and die as Muslims without disgracing or subjecting us to temptations.

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 09-09-04 16:52


sorrylah..patutnya sajak ni jadi perhatian,but dah mcm jadi tempat nak berdebat....anyway,,tahniah pd penulis sajak tersebut..cool dudes!

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-09-04 21:37


Trang..tang..tang..trang...tang... ( music intro ..)
Chingg.............!!!!

Sajak ku berbunyi :

"Pendakian di Puncak Gunung"

Wuuiiisshhhhh.....( angin bertiup )

Penantian suatu penyeksaan
Terkinja-kinja awangan
Aduhai rintihan kawan ku
datang dari jauh pelusuk
Kutub Utara ia berasal
tinggalkan ke mari

Oooo.....ahaaaaaaaaaa ( dengan suara merdu... ajer) Tak sedap jgn bunyi... ek

Bila terdengar satu bisikan
Suara bagaikan puteri
Gunung mana ek?
Tapi takpalaaaaa
Maka aku dtg bertemankan
tetap cuba daki Gunung
Perggh...letih..woo

Teringat kisah Hang Tuah
mendaki cari Puteri
mcm dalam filem PGL
menjunjung perintah sultan
tapi kami kerana
Cinta sejati..
waduh mcm cerita Hindustan pulak

Gunung Tahan, Gunung Kinabalu
Gunung Tebu, Gunung Ledang
Gunung Himalaya, Gunung Everest
apa lagi Gunung ek?
semuanya ...errr
belum kami daki lagi..
Sebab ?
Mana tak asyik posting dpan pc ..
meeting kami belum buat lagi..
hehehe..malunya

Lan ...ooo Lan..
Mana Hang nie..?
Kata nak daki..cepatla...
oklah ..setakat ini sajak ku berbunyi..

AaAArrrrrr....AAArrr
bukalah mata pandang ke sana..
( Music conclusion )


nukilan sendiri.
p/s : Selamat membaca...hehehe






-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.03.2004
Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-09-04 00:42


Biarkan mereka...
PGL tetap utuh di VENICE..
hakikatnya...
menjunam perasaan...
hakikatnya menang dalam kekalahan...

JoshuaIsfahan....bersama PGLnyer...
JoshuaIsfahan.....bersama Tiaranya
Prof_Muslim...hakikatnya...bersama pendakian..
harapan agar pendakian kita bersama
ilahi akan terus abadi

akan kita daki bersama
ke puncak lebih abadi...
tinggi dari HIMALAYA...
tinggi dari gunung jerai...
tinggi dari KLCC...

aku juga keriangan..
melihat kalian...
isu perdebatan...
hakikatnya ia adalah kenyataan..
PGL terus utuh dalam senyuman...
namun kita akan terus mempertahankan
maruah agama ...
maruah ISLAM tetap dipertahankan..

selamat meneruskan perjuangan!!




Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwah_mardihahProfil   Hantar PM kepada qudwah_mardihah   Pergi ke qudwah_mardihah's Website   Quote dan BalasQuote

Fernalisadelgaisse
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11057
Posting: 80
Dari: Kuala Lumpur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-09-04 11:58


...

Sekadar suka-suka...

Petikan menarik dari PGL

Pada suatu masa dahulu,
Di waktu kesetiaan,
Maruah dan kedaulatan padu,
Penghujung kurun ke-15 di Tanah Melayu,
Menebari kegemilangan ke segenap penjuru...

Melaka terkenal indah perkasa,
Memberi perlindungan pada yang meminta,
Di tika inilah kisah bermula,
Di Timur Jawa gelora melanda...

Merentas samudera, membelah gunung,
Sebuah cerita cinta yang agung...

Demikian petikan ringkas kisah cinta agung antara Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah dan Laksamana Hang Tuah yang dipaparkan di dalam epik Puteri Gunung Ledang.
Berita Harian 6 Februari 2003

"Kanda lupa cinta dinda seagung maya" - Hang Tuah
"Cinta kanda? Bukan semesta luasnya?" - Gusti Putri
"Masih kecil berbanding cinta dinda!" - Hang Tuah
"Tapi kanda ke mari juga" - Gusti Putri
"Laksana orang haus dahaga, berjumpa air satu telaga" - Hang Tuah

Dialog antara Hang Tuah lakonan M. Nasir yang menemui kekasih hatinya, Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah.
Utusan Malaysia 8 Mac 2003

Wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For FernalisadelgaisseProfil   Hantar PM kepada Fernalisadelgaisse   Pergi ke Fernalisadelgaisse's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-09-04 12:31



"
Quote:
Kanda lupa cinta dinda seagung maya" - Hang Tuah
"Cinta kanda? Bukan semesta luasnya?" - Gusti Putri



Cinta seagung maya.......cinta Tuhan macam mana...Tak payah lanjutkan lagi lah PGL ni....banyak benda tak elok...dialognya pun tak elok....ceritanya, pakaian tiara tu....TAK SESUAIII....LOCK LA TOPIK NI.


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.133306 saat. Lajunya....