Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tak semestinya melakukan apa yang anda sukai tetapi menyukai apa yang anda lakukan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 38
Ahli: 0
Jumlah: 38




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 6 hari yang lalu
lidah-penghunus: 8 hari yang lalu
muslimin23: 17 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Tingkah Laku PASANGAN BAHAGIA (yang Dah Kahwin)


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Tingkah Laku PASANGAN BAHAGIA (yang Dah Kahwin)

Please Mendaftar To Post


Oleh Tingkah Laku PASANGAN BAHAGIA (yang Dah Kahwin)

centric
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2004
Ahli No: 7819
Posting: 335

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-08-04 08:44




Apa komen antum mengenai perkara-perkara berikut:


  1. Berinteraksi dengan sopan
    Mereka bersikap riang dan ramah mesra kepada pasangan, menahan diri daripada mengkritik peribadi, kebolehan dan pemikiran masing-masing.

  2. Berbincang mengenai masa depan
    Mereka banyak berbincang berkenaan masa depan, bukan perkara-perkara yang sudah terjadi dan kesilapan-kesilapan lalu. Sikap inilah yang menghindarkan mereka daripada mengungkit.

  3. Bercakap mengenai masa lalu yang bahagia
    Mereka hanya bercakap berkenaan perkara-perkara yang boleh membahagiakan mereka sahaja.

  4. Membuat aktiviti bersama
    Mereka lakukan dengan cara membuat pelbagai aktiviti secara bersama-sama.

  5. Menziarahi keluarga dan sahabat bersama
    Mereka suka menziarahi kaum keluarga dan sahabat handai bersama-sama

  6. Mereka sentiasa bersama-sama
    Bergurau senda dan menyakat satu sama lain, berbual kosong berdua-duaan. Ada kalanya mereka hanya duduk-duduk sahaja dengan tidak banyak bercakap.

  7. Mereka menjaga penampilan
    Mengambil berat berkenaan penampilan dan kesihatan mereka.

  8. Mereka mahir mendengar
    Kemahiran mendengar yang tinggi dan mereka tahu bila masanya untuk diam sahaja dan menumpukan perhatian kepada apa yang diucapkan oleh pasangan.

  9. Tolong-menolong
    Dalam semua hal termasuk dalam membuat kerja-kerja rumah.


[ Posting ini telah di edit oleh: centric pada 2004-08-24 08:48 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For centricProfil   Hantar PM kepada centric   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-08-04 21:02




maaf saya, cuma nak sentuh hal ke 2, menurut kajian (kata pensyarah saya), setiap pasangan yang terlalu banyak berbincang tentang masa depan, adalah pasangan paling mudah bercerai.

perkara ini juga lebih tertumpu pada pasangan yang merancang untuk berkahwin.

sebab nya, terlalu realistik tentang hal hal yang tidak diketahui sama ada mampu di capai atau tidak.

p/s: kene yakin dengan qada' qadar ALLAH

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-08-04 21:04




maaf saya, cuma nak sentuh hal ke 2, menurut kajian (kata pensyarah saya), setiap pasangan yang terlalu banyak berbincang tentang masa depan, adalah pasangan paling mudah bercerai.

perkara ini juga lebih tertumpu pada pasangan yang merancang untuk berkahwin.

sebab nya, terlalu realistik tentang hal hal yang tidak diketahui sama ada mampu di capai atau tidak.

p/s: kene yakin dengan qada' qadar ALLAH

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

Nazri
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2003
Ahli No: 4023
Posting: 427
Dari: Arau, Perlis

Perlis  


posticon Posting pada: 24-08-04 23:34


Apa yang nurkamar cakap tu, ana sokong... ada pernah terbaca dalam laman web, dalam skrip filem pun ada jugak ayat yang menyebut:
"mak bukan apa, Ina, mak tak nak kau jadi macam mak...dulu mak dgn bapak kau dulu mcm2 rancang sebelum kahwin.. bila dah tak jadi apa yang dirancang selepas kahwin, dia salahkan mak plak.. Sebab tu lah bapak kau ceraikan mak..."
(petikan drama TV)... tapi boleh buat teladan..

-----------------
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NazriProfil   Hantar PM kepada Nazri   Pergi ke Nazri's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-08-04 10:28


Quote:
Berbincang mengenai masa depan
Mereka banyak berbincang berkenaan masa depan, bukan perkara-perkara yang sudah terjadi dan kesilapan-kesilapan lalu. Sikap inilah yang menghindarkan mereka daripada mengungkit.




Pada pendapat ana, berbincang mengenai masa yang dikatakan boleh membawa perceraian itu bukanlah satu perbincangan tetapi kata2 manis dan janji2 pasangan kepada pasangannya. Sebagai suami isteri tentulah segala perancangan masa depan hendak dan perlu dibina bersama. Yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah melihat dan merancang untuk masa depan kerana dalam hidup ini perancangan dan matlamat adalah perkara paling penting untuk memastikan kehidupan dapat dibina dengan baik. Pasangan yang bahagia tidak akan mengungkit kisah lalu sebaliknya menjadikan setiap kesalahan sebagai tauladan di masa hadapan.

Wassalam

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

centric
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2004
Ahli No: 7819
Posting: 335

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-08-04 09:11




Thank you Cik Hanan. Bagi ana apa yang dimaksudkan Berbincang Mengenai Masa Depan ialah perancangan bagi masa depan. Of course sebelum kira merancang masa depan kita hendaklah berbincang dengan pasangan. Sebagai contohnya ialah perancangan mengenai pendidikan anak-anak. Takkan kita nak harapkan biasiswa semata-mata so apa yang boleh kita lakukan ialah menyimpan atau masuk takaful siswa misalnya RM50 sebulan untuk anak kita. So bila anak dah berumur 20 tahun ke insyaAllah adalah RM15,000 hingga RM20,000 ke.

Satu lagi perancangan mengenai takaful nyawa ke. Sebab kalau let say husband ditakdirkan meninggal lebih awal so kesianlah kat wife nak cari tempat bergantung so kenalah merancang untuk kewangan. Sebab kalau tak silap ana dalam Islam, kaedah faraid. Bila suami meninggal isteri dapat 1/8 dari harta sepeninggalan kan. Dalam islam juga menyebut bila suami meninggal at least kalau boleh lengkapkan isteri sehingga belanja untuk setahun. Contohnya makan, minum, pakaian dan tempat tinggal so kalau let say belanja untuk setahun ialah RM12,000 so at least RM96,000 coverage kita kena ada sebabnya isteri dapat 1/8 dari peninggalan. Sorrylah kalau confuse dengan apa yang ana tulis.



Bookmark and Share

    


  Member Information For centricProfil   Hantar PM kepada centric   Quote dan BalasQuote

abu_luqman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.08.2003
Ahli No: 2853
Posting: 121
Dari: Kajang

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-08-04 10:13



Berbincang mengenai masa depan adalah berbeza dengan merancang masa depan. Berbincang sahaja tanpa merancang tidak akan mencapai apa yg dibincang. Jadi memang perlu kita merancang. Terutama melibatkan kewangan dan pelajaran. Ramai orang kita guna cara mudah dlm hal kewangan. tak cukup duit, hutang.. bayar ansur tapi sebenarnya menjerat diri sendiri dengan bayaran faedah yg tinggi.

Tak ramai yg menabung dengan konsisten. Termasuk yang menulis ni.

p/s .. centric, enta dah berapa lama kawin?

Bookmark and Share

    


  Member Information For abu_luqmanProfil   Hantar PM kepada abu_luqman   Pergi ke abu_luqman's Website   Quote dan BalasQuote

centric
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2004
Ahli No: 7819
Posting: 335

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-08-04 10:36




Memang ana agree sangat yang berbincang tak sama dengan merancang tapi bagi ana sebelum kita merancang kita kena berbincang sebab perancangan perlu mengambil kira pendapat pasangan. Tak nak lah jadi dah beli something tapi bila difikirkan kembali rasa rugi sebab tak bincang betul betul.

Quote:
abu_luqmanp/s .. centric, enta dah berapa lama kawin?



Ana dah berkahwin lebih kurang 3 tahun. So kiranya banyak benda yang perlu belajar lagi tapi alhamdulillah so far banyak yang ana dah belajar mengenai hidup sebagai seorang suami dan ayah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For centricProfil   Hantar PM kepada centric   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114199 saat. Lajunya....