Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 66
Ahli: 0
Jumlah: 66




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 2 hari yang lalu
Muslim1987: 8 hari yang lalu


Cerpen
Topik: calon solehah


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» calon solehah

Please Mendaftar To Post


Oleh calon solehah

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-08-04 17:34


CALON SOLEHAH.

Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang. Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran.

Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu.

“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”

Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku.
Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH.

“Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan. Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru,”

“ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ker?” eh, tetiba pula Tok Ayah mengutarakan soalan cepu mas ini. Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar.
“Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah,” harap-harap inilah alasan yang agak kukuh.
“Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz..alamat, sampai Tok Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajat..”
“ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada la jugak jumpa…”sempat juga aku melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng.

Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihanah.

Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat!

Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini.

“calon isteri yang solehah…orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betul,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topic tersebut. Aku sekadar tersenyum.

Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat.
Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian.

“Raihanah ada sebarang pendapat?” soal tok ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu.
“sekadar pendapat tok ayah…jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips,”riuh seketika.
“sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,” aku sedikit terkelu. Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosong aku, tidak terluah.
“nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh.

Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu.
“tapi, ada jaminan ker kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” ada qariah muda berani untuk mengutarakan soalan.
“Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.” Raihanah melepas lelah barangkali. Lalu dia tersenyum.

“ teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi,”
“Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga?
“bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.”

Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini.

“hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia…”kenyitan mata Syahid sewaktu menyerahkan surat bersampul ungu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan lamunannya. Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya, Raihanah.. calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat sarjana Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian calon solehah. Syukur Ya Allah.


-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 16-08-04 22:15




bagus citer ni.. segala nyer bermula dr diri sendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 16-08-04 23:04


Memang best..kalu sume dpt baca bagus ni... terutama mereka yg .... sbg panduan...
Karang sendiri ke cik ismi_safiza?
Bukan stkt Hafiz dlm citer ni je tersenyum..sy pun turut tersenyum bila baca...
ukhwah dan akhawat sekalian...fikir2 kanlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-08-04 09:22



sasician, ana cuma nak lepaskan tension so, ngadap pc..dengan majalah anis kat depan..terlahirlah CALON SOLEHAH...
kenapa akh tersenyum pulak?

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 19-08-04 18:29


...he...he...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

wardah_qlate
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.02.2004
Ahli No: 7473
Posting: 143
Dari: qlate

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-08-04 17:43


wah......malunyer!

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardah_qlateProfil   Hantar PM kepada wardah_qlate   Pergi ke wardah_qlate's Website   Quote dan BalasQuote

Nazri
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2003
Ahli No: 4023
Posting: 427
Dari: Arau, Perlis

Perlis  


posticon Posting pada: 22-08-04 18:45


Waahh... nampaknya cerpen di boleh filemkan.... mesti kalau difilemkan.... bijak betul pengarangnya.....

-----------------
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NazriProfil   Hantar PM kepada Nazri   Pergi ke Nazri's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-08-04 13:23




taklah...sekadar karya budak2...

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-08-04 13:24




taklah...sekadar karya budak2...

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-08-04 13:24




taklah...sekadar karya budak2...

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 25-08-04 18:18


apa plak karya budak2 ismi_safiza...
enti punya karya ni kalu dipanjangkan lagi dan dibuat novel insyaAllah laris...saya bole tolong jual dan promote...
bagus ni kalu semua dpt baca...ana bg sokongan sepenuhnya kalu enti kembangkan lagi bakat penulisan

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-08-04 21:15


wbt..

mudah2an ana juga menjadi hambaNya yang solehah dan dikurniakan suami yang soleh.. amiinnn..

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

mawarputih
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 146
Posting: 283
Dari: Bangsar, K.Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-08-04 22:03


Setelah selesai ana membaca cerpen ringkas nie... ana tersenyum sorang2.

Kalau tak saliap ana, Ukhti ismi_safiza menggabungkan cerita dari 2 bahan untuk menghasilkan karyanya. Sebahagiaan diambil dari Novel Remaja Utusan berjudul "Sesegar Nailofar" dan yang ke-2 adalah kupasan dari Majalah Anis Keluaran Ogos (kalau ana tak silap), yang sebahagian besarnya merangkumi tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi mengenai isteri solehah.

Ternyata, hasil karya dari 2 adaptasi bahan tersebut menarik perhatian.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarputihProfil   Hantar PM kepada mawarputih   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-08-04 18:08



alhamdulillah...
ana tunggu je ada antara member komuniti yg nak berikan sumbernya cerpen ni.
na'am ukht mawarputih, kat situlah kekuatan dan sumber cerpen ini.
ini menunjukkan masih ada yg tahu menilai karya islamik seperti majalah anis dan karya penulis yang berunsurkan islam.
maaflah andai ada persamaan.

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-08-04 16:20


alhamdulilah....best kisah ini, tahniah pada penulis ismi_safiza ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-08-04 17:22


...

Alhamdulillah...karya yang menarik..patut rasanya macam pernah terbaca tips yang dikemukakan..rupanya adaptasi daripada ANIS OGOS 2004...ana dah memilikinya..cuma Novel Sesegar Nailofar tu masih belum berada di tangan untuk mataku menatapnya mencari isi rahsia yang tersembunyi...Seronok dan tersenyum indah bibir ini beserta hati mengiakan tulisan ini. Moga kami juga begitu..

-----------------
SEKRETARIAT K-FIQH
Layari www.k-fiqh.com
Like our page www.facebook.com/kfiqh

Bookmark and Share

    


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 31-08-04 18:32


....
best nya......


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

condemned
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.06.2004
Ahli No: 9566
Posting: 121
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 31-08-04 22:51


best dan bergune untuk dijadikan panduan cite awk

Bookmark and Share

    


  Member Information For condemnedProfil   Hantar PM kepada condemned   Pergi ke condemned's Website   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 31-08-04 22:54


ramai puji awak ismi_safiza... teruskan lagi usaha dan bakat enti...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 11:03




takut lemas dlm pujian.
alhamdulillah
kritikan membina bukan meruntuhkan..


-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 11:06




takut lemas dlm pujian.
alhamdulillah
kritikan membina bukan meruntuhkan..


-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 11:22




emm..tahniah!!
best citer ni....
ana puji lillahi Taala......

teruskan penulisan enti.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 12:39


jangan takut...sediakan pelampung sebelum lemas.
Komen,kritikan dan sokongan jadikan sbg kekuatan untuk meneruskan perjuangan


Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

Maisarah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.08.2003
Ahli No: 2803
Posting: 205
Dari: Singapore

singapore   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 12:51



Alhamduilah... Tahniah...
Ana dah baca Anis n Sesegar Nailofar...
Best buku ni, tak tahu dah berapa kali ana ulang baca... Sernok n byk pengajaran....

Bookmark and Share

    


  Member Information For MaisarahProfil   Hantar PM kepada Maisarah   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 17:20




pelampung drp bisikan keangkuhan camne yer?

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 17:23




pelampung drp bisikan keangkuhan camne yer?

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

mawarputih
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 146
Posting: 283
Dari: Bangsar, K.Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 18:51


Quote:

On 2004-08-31 17:22, sunan-faqih wrote:
...

cuma Novel Sesegar Nailofar tu masih belum berada di tangan untuk mataku menatapnya mencari isi rahsia yang tersembunyi...



Nta teringin ke nak menatap novel Sesegar Nailofar tue sunan. Akak memiliki novel tue, dah khatam 2 kali pun. Sebuah novel yang bagus dan sesuai untuk dibaca, lebih2 lagi bagi seorang muslimin, sebab watak utama novel nie seorang lelaki. Insya Allah... kalau kita bersua lagi, akak akan pinjamkan pada nta.

Novel 'Cinta Madinah' pun boleh tahan. Dan untuk muslimat, jangan ketinggalan membaca novel 'Sekuntum Mawar Berduri'.

Itu novel cinta... insya Allah... cinta Islamik. Tapi kalau berminat nak baca novel mengisahkan perjuangan menegakkan Islam, ana suggest baca sebuah novel lama berjudul Mereka Yang Tertewas. Kalau tak silap ana, karya Hasanuddin Md. Isa. Pasti menitis airmata bila membaca mehnah yang harus didepani untuk mendaulatkan Islam di muka bumi nie.


Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarputihProfil   Hantar PM kepada mawarputih   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 22:43




utk pengetahuan, karya Hasanuddin mat Isa itu adalah karya terpilih utk kami yg mengambil subjek kesusasteraan melayu hafal, malah tahu setiap inci bahasa dalam karya tersebut. nak lulus dgn grade A kena tahu novel itu.

alhamdulillah, penelitian walaupun atas dasar keterpaksaan sebab nak lulus subjek tu membuahkan natijah yang lebih baik drp yg diharapkan. garapan yg berunsurkan islamic jihad walaupun ruang lingkupnya hanya kampung namun cukup memberikan impak yg besar kepada pelajar terutamanya.

dan khabar gembira, novel Mereka Yang Tertewas 2 sudah lama berada di pasaran. rentetan drp kisah MYT 1. cukup mendebarkan dengan plot yg indah, gaya bahasa memikat..alhamdulillah bahasa bersahaja namun mesej yg disampaikan cukup menusuk hati...

sekian.

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 08-09-04 11:45



sesungguhnya, wanita solehah itu adalah hiasan dunia. cintailah seseorang itu kerana Allah.
satu cerpen yang bagus.


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-04-05 13:40


Quote:

On 2004-08-31 17:22, sunan-faqih wrote:
...

Alhamdulillah...karya yang menarik..patut rasanya macam pernah terbaca tips yang dikemukakan..rupanya adaptasi daripada ANIS OGOS 2004...ana dah memilikinya..cuma Novel Sesegar Nailofar tu masih belum berada di tangan untuk mataku menatapnya mencari isi rahsia yang tersembunyi...Seronok dan tersenyum indah bibir ini beserta hati mengiakan tulisan ini. Moga kami juga begitu..

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker



isi rahsia yg tersembunyi... insyaAllah moga ketemui jua apa yg dicari2.bukan sekadar hiburan tetapi ia mendidik jiwa..

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-07-05 23:22


assalamualaikum. Alakullihal peribadi yang baik adalah lahir dari hati yang suci, bak pepatah arab mengatakan jika tiangnya tidak betul manakan pula bayang-bayangnya hendak menjadi betul. InsyaAllah semoga kita diberikan kecerahan dan ketenangan jiwa di dalam lebih mengabdikan diri kepadaNya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

murshidaidah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 13.10.2004
Ahli No: 11803
Posting: 26
Dari: puchong

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 07-07-05 09:24


wah bagus nya cerita..............keep it up

Bookmark and Share

    


  Member Information For murshidaidahProfil   Hantar PM kepada murshidaidah   Pergi ke murshidaidah's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 11-07-05 13:13


Assalamualaikum...
Bestnya dapat isteri solehah. Nak kena jadi soleh ni...... :lol:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

srikandi_syahadah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2005
Ahli No: 14660
Posting: 202
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-07-05 15:16


Alhamdulilah,tersentuh saya dengar criye ni best r..

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_syahadahProfil   Hantar PM kepada srikandi_syahadah   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-07-05 18:14


ramai yang bercita-cita untuk mendapat yang soleh & solehah, tapi nilaikan dulu harga diri untuk mendapatkan permata bernilai itu...
insyaAllah, mesrakan lagi hubungan itu dengan Rabbul Izzati...hubungan itu akan menatijahkan satu hubungan yang lebih bernilai untuk dikongsikan dengan manusia lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

murshidaidah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 13.10.2004
Ahli No: 11803
Posting: 26
Dari: puchong

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 11-08-05 19:15


bagus cerita ini....keep it up

Bookmark and Share

    


  Member Information For murshidaidahProfil   Hantar PM kepada murshidaidah   Pergi ke murshidaidah's Website   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-05-06 01:28


cinta soleh ada tak....hihi

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

fahim
WARGA SETIA
Menyertai: 08.05.2004
Ahli No: 8869
Posting: 613
Dari: Morioka, Jepun

japan  


posticon Posting pada: 22-05-06 02:06


Sedang tunggu situasi ini berlaku pada diri sendiri...

Hahaha...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fahimProfil   Hantar PM kepada fahim   Quote dan BalasQuote

airah77
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2005
Ahli No: 20959
Posting: 158
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-05-06 12:45


semoga antara yang dicalonkan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For airah77Profil   Hantar PM kepada airah77   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-05-06 14:02


tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh....

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

AsFaRiNa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.02.2005
Ahli No: 14050
Posting: 208
Dari: Jelapang Padi

Kedah  


posticon Posting pada: 22-05-06 16:31


Pada 22-05-06 14:02 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!

tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh....
tepat sekali


-----------------
ingin sentiasa dipuji itu tanda iman diuji
bila hati redha dikeji itu tanda iman yang suci


Bookmark and Share

    


  Member Information For AsFaRiNaProfil   Hantar PM kepada AsFaRiNa   Pergi ke AsFaRiNa's Website   Quote dan BalasQuote

AsFaRiNa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.02.2005
Ahli No: 14050
Posting: 208
Dari: Jelapang Padi

Kedah  


posticon Posting pada: 22-05-06 16:33


Barangsiapa mencintai orang yang mencintai ALLAH S.w.t, sesungguhnya ia telah mencintai ALLAH, BArangsiapa yang memuliakan orang yang mengagungkan ALLAH sesungguhnya dia telah mengagungkan ALLAH......(sufyan)

Bookmark and Share

    


  Member Information For AsFaRiNaProfil   Hantar PM kepada AsFaRiNa   Pergi ke AsFaRiNa's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-06-06 13:30


binalah keyakinan soleh untuk mendapatkan ketaatan solehah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

syauqahaziqah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.08.2005
Ahli No: 18509
Posting: 259
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 28-06-06 13:38


alhamdulillah
thoyyibun untuk di cipta untuk thoyyibaat

Bookmark and Share

    


  Member Information For syauqahaziqahProfil   Hantar PM kepada syauqahaziqah   Quote dan BalasQuote

laylee
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.01.2004
Ahli No: 6452
Posting: 55
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 01:09


ni yang teringin nak jadi raihanah ni.
heheh...
ustaz ana pun ada cakap...
macam mana akhlak kita begitu lah kita akan dapat zauj/zaujah kita nanti.
jangan mengharap suami sebaik Ali Kalau kita tidak sebaik Fatimah dan sebaliknya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For layleeProfil   Hantar PM kepada laylee   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 03-08-06 10:10


hm...boleh dijadikan panduan kpada kita semua...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

cinta_ilmu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2003
Ahli No: 5255
Posting: 160
Dari: Kajang dan Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-08-06 11:59


Orang dalam cerita tu nama hafiz lah.... macam boleh teka siapa gerangan nya lah!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For cinta_ilmuProfil   Hantar PM kepada cinta_ilmu   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-08-06 12:03


erm..
cinta_ilmu... bercita-cita nak jadi "hafiz"

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

fizal86_anakpadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.07.2006
Ahli No: 25417
Posting: 179
Dari: sg petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-08-06 12:09


=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizal86_anakpadiProfil   Hantar PM kepada fizal86_anakpadi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.13653 saat. Lajunya....